• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
KERAJAAN MALAYSIAPEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAMBILANGAN 4 TAHUN 1991GARIS PANDUAN MENGENAISTRATEGI-STRATEGI PENINGKATANKUALITI DALAMPERKHIDMATAN AWAMJABATAN PERDANA MENTERIMALAYSIA1 APRIL 1991Dikelilingkan kepada:Ketua-ketua Setiausaha KementerianKetua-ketua Jabatan PersekutuanKetua-ketua Badan Berkanun PersekutuanY.B. Setiausaha-setiausaha Kerajaan NegeriPihak-pihak Berkuasa Kerajaan TempatanTUJUAN1. Pekeliling ini adalah bertujuan untuk membantu Ketua-ketua Jabatan bagimelaksanakanstrategi-strategi peningkatan kualiti dalam pengurusan di agensi masing-masing.Panduan MengenaiStrategi-strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam adalah seperti dilampiran kepadaPekeliling ini.LATARBELAKANG2. Semenjak pelancaran Gerakan Budaya Kerja Cemerlang yang berteraskan kualitipada 27November 1989, Kerajaan telah mengadakan beberapa aktiviti untuk meningkatkan lagikualiti dalamsektor awam, di antaranya ialah pelancaran Buku Panduan Pengurusan dan PeningkatanKualitiDalam Perkhidmatan Awam pada 25 Jun 1990. Buku ini, di antara lain, memberipenekanan kepadapenggunaan Model Proses Peningkatan Kualiti untuk melaksanakan usaha-usahapeningkatan kualiti.Agensi-agensi Kerajaan juga dikehendaki menyediakan struktur atau mekanisme yangsesuai bagimengurus dan mengawasi pelaksanaan program-program kualiti, iaitu pewujudanJawatankuasaPemandu Kualiti dan Produktiviti, Pasukan Petugas Kualiti dan Produktiviti sertaPasukan-pasukanKerja dan perlantikan Pegawai-pegawai Penyelaras. Adalah juga menjaditanggungjawab setiapagensi untuk menggubal dasar kualiti sendiri untuk disebarkan kepada semua anggotaagensiitu, memilih satu atau lebih jabatan atau bahagian untuk melaksanakan usaha-usahapengurusan danpeningkatan kualiti dan menyediakan Buku Panduan Kualiti bagi jabatan-jabatan ataubahagianbahagianyang dipilih.3. Bagi memperkukuhkan lagi usaha-usaha yang telah diperkenalkan setakat ini danuntukmembantu Ketua-ketua Agensi melaksanakan pengurusan berkualiti, Kerajaan telahmemperkenalkan tujuh program tambahan untuk dilaksanakan oleh setiap agensiKerajaan.PANDUAN TENTANG STRATEGI-STRATEGI PENINGKATAN KUALITI4. Panduan ini menggariskan tujuh program peningkatan kualiti yang bolehdilaksanakan.
 
Program-program tersebut ialah:Program 1 - Sistem Cadangan QProgram 2 - Sistem Proses QProgram 3 - Sistem Pemeriksaan QProgram 4 - Slogan QProgram 5 - Hari QProgram 6 - Sistem Maklumbalas QProgram 7 - Sistem Maklumat Q5. Melalui program-program ini, adalah diharapkan bahawa kualiti perkhidmatan/keluaranagensi-agensi Kerajaan dan perkhidmatan awam secara keseluruhan akandipertingkatkan lagi.TAN SRI DATO' SERI AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMIDKetua Setiausaha NegaraSTRATEGI-STRATEGIPENINGKATAN KUALITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM(Lampiran kepada PekelilingKemajuan Pentadbiran AwamBilangan 4 Tahun 1991)KANDUNGANMuka SuratI. TUJUAN 1II. GERAKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG DAN AKTIVITI- 1AKTIVITI PENINGKATAN KUALITIIII. STRATEGI-STRATEGI TAMBAHAN BAGI PENINGKATAN 5KUALITIPROGRAM 1Sistem Cadangan Q 6PROGRAM 2Sistem Proses Q 11PROGRAM 3Sistem Pemeriksaan Q 23PROGRAM 4Slogan Q 32PROGRAM 5Hari Q 35PROGRAM 6Sistem Maklumbalas Q 37PROGRAM 7Sistem Maklumat Q 46viiPANDUAN TENTANG STRATEGI-STRATEGI PENINGKATAN KUALITI DALAMPERKHIDMATAN AWAMI. TUJUAN1. Tujuan Panduan ini adalah untuk membantu Ketua-ketua Agensi Kerajaanmerancang dan melaksanakan tujuh program tambahan peningkatan kualiti dalampengurusan kualiti di agensi masing-masing.2. Panduan ini menggariskan 2 perkara utama iaitu:i. Gerakan Budaya Kerja Cemerlang dan aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti yangtelah dan sedang dilaksanakan; danii. Tujuh program tambahan bagi peningkatan kualiti.II. GERAKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG DAN AKTIVITI-AKTIVITIPENINGKATAN KUALITI3. Bagi mewujudkan satu budaya kerja yang berteraskan kualiti di kalangan semuapekerja, beberapa aktiviti hendaklah dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti dalamsektorawam. Aktiviti-aktiviti ini adalah seperti berikut:
 
i. Anugerah Kualiti Perdana MenteriKerajaan telah pun memberi Anugerah Kualiti Perdana Menteri sebagai satu tandapenghargaan kepada sesuatu agensi yang telah menunjukkan prestasi cemerlangdalam tahun yang berkenaan. Anugerah ini akan disampaikan setiap tahun pada 9hbNovember sempena Hari Kualiti Sedunia.ii. Panduan Pengurusan dan Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan AwamPanduan ini menjadi rujukan asas kepada agensi-agensi Kerajaan dalam usaha merekauntuk menghasilkan perkhidmatan dan keluaran yang berkualiti. Berpandukan kepadaPanduan tersebut, kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan adalah dikehendakimenyediakan Panduan Pengurusan dan Peningkatan Kualiti masing-masing.iii. Bengkel-bengkel LatihanBeberapa Bengkel Pengurusan dan Peningkatan Kualiti telah diadakan bagiPenyelaras-penyelaras Kualiti dan Produktiviti dan Pasukan-pasukan Petugas mereka.Selepas menghadiri latihan ini, Penyelaras-penyelaras Kualiti dan ProduktivitisertaPasukan-pasukan Petugas mereka adalah dikehendaki melaksanakan usaha-usahapeningkatan kualiti di agensi masing-masing. Selain itu mereka juga perlu melatihdan mendidik pegawai-pegawai dan staf di bawah jagaan mereka tentang pengurusanyang berkualiti.iv. Ceramah dan PerbincanganCeramah-ceramah dan perbincangan-perbincangan mengenai pengurusan danpeningkatan kualiti dalam perkhidmatan awam hendaklah diberikan iaitu bertujuanuntuk membantu meningkatkan lagi kesedaran agensiagensi ini tentang pengurusankualiti.v. Pita Video KualitiSebanyak dua pita video berkenaan dengan pengurusan kualiti telah pun disediakandan digunakan sebagai bahan latihan bagi Bengkel Pengurusan Kualiti. Pita-pitavideo ini adalah berjudul "Ke Arah Perkhidmatan Awam Yang Produktif" dan"Pengurusan Produktiviti Dan Kualiti Yang Berkesan".vi. Pengumuman Melalui TelevisyenBagi meningkatkan lagi kesedaran serta menerapkan quality consciousness dikalangan orang ramai, tiga pengumuman telah disiarkan melalui televisyen.Pengumuman-pengumuman tersebut bertajuk:Kualiti-Memenuhi Kehendak PelangganKualiti Melalui PencegahanKos Tidak Memenuhi Kehendak Pelangganvii. Siri Panduan Pengurusan KualitiSebagai sebahagian daripada usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran danpengetahuan tentang kualiti serta menunjukkan cara-cara yang praktikal untukmengurus kualiti dan produktiviti secara berkesan, satu siri Panduan PengurusanProduktiviti telah disediakan. Panduan-panduan ini telah pun diedarkan kepadasemuaKetua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan.4. Ketua Setiausaha Negara, di dalam suratnya bil. PM. 17479/11 Jld. 2 bertarikh30Julai 1990 telah mengarahkan Ketua-Ketua Agensi Kerajaan untuk mengambil beberapatindakan susulan untuk melaksanakan usaha-usaha peningkatan kualiti di agensimasingmasing.Tindakan-tindakan susulan ini adalah seperti berikut:i. Membuat lawatan mengejut ke jabatan-jabatan/bahagian-bahagian di bawahagensi masing-masing bagi memerhati sama ada usaha- usaha peningkatankualiti dilaksanakan. Kesempatan ini juga boleh digunakan oleh ketua agensiuntuk memberi bimbingan bagi mempertingkatkan lagi usaha-usaha yang telahdan akan dijalankan oleh mereka.ii. Memilih satu atau lebih jabatan/bahagian untuk melaksanakan usaha-usahapengurusan dan peningkatan kualiti.iii. Memilih Penyelaras Kualiti dan Produktiviti dan ahli-ahli Pasukan Petugasnyauntuk diberi latihan sebagai persediaan bagi pelaksanaan usaha-usaha
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...