• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
CerpenTerima Kasih Guru
 Nama : Nor Hafizah bt Ahmad SafriKelas : 5 IT Jam menunjukkan tepat jam 6.00 pagi. Kedengaran syahdu azan mendayu-dayu sudahmenjadi halwa telinga ku pada setiap hening di subuh dinihari. Lantas, aku segeramenunaikan kewajipan ku kepada yang Maha Esa. Setelah aku menunaikan solat,terasa tenang jiwa dan perasaanku. Di waktu itulah aku merasakan betapa bertuahnyaaku masih hidup di atas muka bumi ini. Setelah selesai semuanya aku melipattelekung dan sejadah ku. Ibu seperti biasa sedang sibuk menggoreng kuih.’Ija,tolong ibu di dapur sebentar.’. Tersentak aku dari lamunanku.’Baiklah ibu’, jawabku spontan.Lalu aku pun melangkahkan kakiku ke dapur untuk membantu ibu apa yangtermampu. Beginilah rutin harian ku iaitu membantu ibu membuat dan menggorengkuih di awal pagi. Ibu sedang sibuk membuat kuih karipap berintikan daging dan aku pula sibuk mengalihkan cucur udang di dalam kuali. Sambil itu, aku juga menolongibu mengguli tepung untuk dibuat karipap. Setelah selesai menggoreng kuih ibumemasukkan kuih tersebut ke dalam bekas untuk dijual di kedai mak cik Ani.Pada jam 6.35 pagi, aku mula bersiap-siap untuk kesekolah. Sebelum aku berangkatke sekolah, aku meminta restu dari ibu untuk menimba ilmu di sekolah dan menciumtangannya. Aku melihat wajah ibu dan aku berazam bahawa aku akan belajar  bersungguh-sungguh agar aku dapat gembirakan hati ibu, kerana hanya dengankejayaan ku saja dapat gembirakan dan mengubah nasib aku dan ibuku. Ayah ku telahlama kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Di saat itulah kehidupanaku dan ibu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana ayah yang bekerja sebagai penoreh getah tidak memperoleh apa-apa pampasan kemalangan diri.Mujur ibu pandai mencari wang saku keluarga dengan menjual kuih. Dapatlah sedikit
 
sebanyak meringankan beban keluarga ku. Setelah berjalan kaki hampir 20 minit, akuakhirnya sampai di gerai Mak Cik Ani lalu aku pun menyerahkan kuih yang aku bawa untuk dijual di kedai itu. Kami beruntung kerana Mak Cik Ani sudi menolongkami menjualkan kiuh tersebut. Setelah bersalaman dengan mak Cik Ani, akumeneruskan perjalanan ku ke sekolah dengan hanya berbekalkan wang 50 sen.Sampai di jeti, aku menaiki sampan untuk menyeberang ke kampung sebelah. Inilah pengangkutan ku setiap hari untuk sampai kesekolah. Sampan yang hanya muat untuk tujuh hingga sembilan orang membuatkan penduduk terpaksa beratur panjang keranasampan yang di sediakan hanya ada 3 buah sahaja. Menaiki sampan ini ibaratmempertaruhkan nyawa kerana sampan yang ada telah pun uzur. Sementara akumenunggu sampan, sempat juga aku bertemu dengan guru kelasku iaitu Cikgu Halijahyang sentiasa mengukir senyuman sepanjang masa. Wajah Cikgu Halijah tampak manis dan aku senantiasa tenang apabila melihatnya. Walaupun Cikgu Halijah adalahseorang guru yang hanya mengajar di pedalaman Sabah di tempatku, tetapi pengorbanannya sangat besar bagi kami sebagai anak murid yang dahagakan ilmu dikawasan ini.Aku tahu mungkin berat bagi cikgu untuk mengambil keputusan mengajar di kawasan pedalaman seperti ini kerana Cikgu Halijah adalah dari golongan berada di kawasan bandar dan atas permintaan pihak Kementerian Pelajaran Cikgu Halijah sanggupmembuang perasaan takut dan gementar dalam menghadapi situasi seperti ini.Walaupun Cikgu Halijah agak terkejut dengan perpindahannya mengajar diSemporna, Sabah tetapi demi menyampaikan ilmu kepada anak bangsa sendiri digagahkan jua dirinya untuk pergi mendidik anak-anak yang banyak ketinggalan dalam pelajaran. Mujur Cikgu Halijah belum berkahwin maka perpindahannya tidamenimbulkan banyak masalah. Pada mulanya Cikgu Halijah merasakan sesuatu yangasing dan tidak selesa kerana kemudahan yang lengkap tidak ada di kawasan ini tetapiCikgu Halijah berjaya menyesuaikan dirinya dengan situasi yang baru.Terhenti lamunanku seketika apabila Cikgu Halijah memanggil namaku dari belakang.’Hafizah, sudah lama menunggu?’, tanya Cikgu kepadaku. Aku membalas tegurantersebut dengan penuh hormat dan disulami senyuman.
 
’Tidak lama,baru lima minit. Cikgu pula sudah lama menunggu?’Belum sempat pertanyaanku dijawab, sampan pun tiba . Aku dan Cikgu Halijah punsama-sama menaiki sampan yang telah lama menanti untuk penumpang menaikinya.Di dalam kelas, aku menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran Fizik yang diajar oleh Cikgu Halijah. Walaupun kedatangan pelajar di dalam kelas tidak sampaiseparuh, tetapi Cikgu Halijah tetap meneruskan pengajarannya. Keadaan ini sudah biasa bagi beliau. Terdapat segelintir pelajar yang malas untuk ke sekolah. Kadangkala terdapat pelajar yang mempunyai masalah kewangan dan perlu menolongkeluarga keluar bekerja pada hari tertentu di hari persekolahan. Tembahan pula,terdapat guru yang selalu mengambil kesempatan bercuti dan tidak masuk ke kelasapabila tiba waktu mengajar yang di tetapkan.Cikgu Halijah sering kali menasihatkan pelajar yang malas supaya berubah demimasa depan tetapi sering kali beliau di ejek dan nasihatnya ibarat mencurah air kedaun keladi. Sebagai guru baru di sekolah tersebut, beliau mencuba yang terbaik untuk memastikan anak muridnya mencapai kecemerlangan setanding dengan pelajar di bandar. Berbagai cara di lakukan oleh beliau seperti mengadakan kelas tambahan pada waktu petang dan pada waktu malam mengadakan kelas tuisyen secara percumadi rumahnya. Tetapi, hanya enam hingga lapan orang sahaja yang bersungguh-sungguh mengikuti kelas tersebut termasuklah diriku. Walaupun aku rajin ke kelastersebut, tetapi kelemahan diriku ialah aku sukar mengingati formula dan faktatertentu. Mujur Cikgu Halijah menerangkan kepadaku secara berulang kali danmemberikan contoh. Dapatlah aku mengingati formula tersebut.Setelah selesai pembelajaran pada hari itu. Aku menjenguk keluar untu pemandangan di luar, begitu nyaman dan menyegarkan. Walaupun keadaan di sini panas terik, tetapi hembusan anginnya kuat kerana di sini terdapat banyak pokok dangunung-ganang yang beralun-alun. Burung pula riang terbang terawang- awangan diangkasa dan begitu juga perasaan ku ketika itu. Alangkah bahagianya aku jika jadiseperti burung yang sentiasa bebas dan hanya gembira. Tidak seperti aku yang ada berbagai masalah untuk di selesaikan. Keadaan keluargaku yang kedaifan dan sepertikais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Adakah aku mampu mengubah
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...