You are on page 1of 4

Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia

ISU #1, 26 APR 2013 Dalam isu ini: 1. Sekapur sirih: Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud

2. Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Aspirasi Sistem 3. 100 Hari Pertama Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan

Sekapur sirih: Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud


Saya berbesar hati memperkenalkan Anjakan, buletin bulanan untuk memastikan semua warga pendidik mendapat maklumat status terkini pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Saya berharap Buletin ini sedikit sebanyak dapat dijadikan wadah kepada warga Kementerian untuk memahami dan menilai tahap kemajuan masing-masing dalam pelaksanaan inisiatif. PPPM adalah perjalanan 13 tahun (dari tahun 2013-2025) dalam usaha untuk membangunkan sistem yang memberi akses universal kepada pendidikan yang berkualiti, berekuiti, lagi menggalakkan perpaduan dengan cekap. Perjalanan sepanjang 13 tahun ini memerlukan momentum yang besar dan kejayaan kita dalam masa 100 hari pertama pelaksanaan sejak Januari 2013 telah menyuntik semangat bagi mencapai kejayaan yang lebih besar. Sejak permulaan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, saya telah mengunjungi banyak sekolah dan daerah, khususnya di Sabah dan Kedah yang merintis Program Transformasi Daerah. Saya beriltizam untuk meneruskan lawatan turun padang di masa hadapan, dan berharap dapat mengunjungi daerah dan sekolah anda. Semasa kunjungan, saya akan menitikberatkan dua perkara yang penting, iaitu kepentingan turun padang; dan gabungan sokongan dengan akauntabiliti. Selepas lawatan, saya semakin yakin bahawa kita akan berjaya melaksanakan PPPM dengan baik. PPD yang turun padang dengan kerap untuk memahami isu dan menyokong sekolah telah menunjukkan kejayaan yang menakjubkan. Saya bertekad untuk menyokong PPD dengan membekalkan data yang diperlukan, jurulatih sekolah khususnya untuk setiap daerah, dan sebagainya. Tetapi, jika kita masih gagal meningkatkan keberhasilan murid, maka kita semua haruslah bertanggung jawab. Oleh itu, saya menyeru semua pihak supaya memberikan sokongan kepada guru untuk meningkatkan keberhasilan murid kita. Semoga segala yang diusahakan demi bangsa dan negara ini akan diberkati Allah s.w.t. Sekian, terima kasih.

KPM dalam berita


100 hari Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia membanggakan Utusan Malaysia, April 2013 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelaksanaan 100 hari Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia membuahkan hasil yang dapat dibanggakan. Beliau berkongsi enam inisiatif awal daripada 100 inisiatif yang menjadi keutamaan untuk dilaksanakan pada tahun ini. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pelancaran 1Agenda KPM Penubuhan PADU Pelancaran dan pengagihan sarana ibu bapa Pengujian guru bahasa Inggeris melalui Cambridge Placement Test. Pelaksanaan program rintis program transformasi daerah Penyediaan video e-guru

Anjakan isu #1 26 April 2013

Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Aspirasi Sistem


Pendidikan berkualiti masih merupakan satu jaminan terbaik untuk berjaya di masa hadapan. Kajian telah menunjukkan bahawa pendidikan berkualiti di peringkat awal kehidupan membawa kepada pendapatan yang tinggi dan meningkatkan mobiliti sosioekonomi, membolehkan kita untuk memenuhi wawasan menjadi negara berpendapatan tinggi. Sejak negara mencapai kemerdekaan, komitmen kerajaan dalam penyediaan pendidikan tidak pernah surut. Kerajaan sentiasa meletakkan agenda pendidikan sebagai agenda utama negara. Malaysia telah membelanjakan sebanyak 3.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar ke atas pendidikan, satu jumlah yang besar berbanding dengan purata negara OECD sebanyak 3.4%. Dengan pelaburan yang besar, negara kita telah mencapai akses kepada pendidikan yang hampir menyeluruh. Namun begitu, kita masih ketinggalan dari segi kualiti berdasarkan pentaksiran antarabangsa PISA dan TIMSS. Sebagai contoh, prestasi murid berusia 15 tahun di Singapura, Korea Selatan, dan Hong Kong adalah tiga tahun terkehadapan berbanding dengan prestasi murid di sekolah kita. Oleh itu transformasi pendidikan ini amat penting selari dengan hasrat untuk menjadikan negara kita sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang 2020. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah disediakan untuk mencapai 5 aspirasi iaitu: 1. 100% enrolmen daripada prasekolah hingga Tingkatan 5 menjelang 2020;

Sarana ibu bapa, sekolah dilancar Berita Harian, Feb 24 Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah peringkat kebangsaan dilancar hari ini sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah. Sarana Ibu bapa mengandungi empat elemen iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak. Sarana Sekolah pula mempunyai enam elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa.

Diperhatikan di sekolah
Paparan dashboard menonjol membolehkan perbincangan prestasi dilakukan serta merta - SMK Mahsuri, Langkawi, Kedah Sudut membaca berhawa dingin menggalakkan murid untuk membaca SMK Merpati, Sandakan, Sabah Ruang bermain di dalam kelas menggalakkan murid untuk bermain dan membaca pada masa lapang mereka - SMK Padang Sanai, Padang Terap, Kedah

2. Negara dalam kelompok sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik dunia dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA dalam 15 tahun; 3. 50% pengurangan dalam jurang pencapaian bandar-luar bandar, sosio-ekonomi dan gender menjelang 2020; 4. Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian; dan 5. Sistem yang memaksimumkan peruntukan sedia ada. keberhasilan murid mengikut

1Impian 1Agenda Peribadiku


Datuk Dr. Amin bin Senin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Saya terasa amat kagum semasa lawatan kerja saya bersama Tan Sri KPPM ke Sabah. PPD di Sabah sedang menggunakan data yang terperinci dan relevan untuk mengenalpasti punca isu yang mereka hadapi, lalu membina pelan tindakan untuk menanganinya. Tahniah! Emelkan 1Impian 1Agenda peribadi anda dan kami akan menerbitkan yang terbaik setiap bulan.

Pelan Pembangunan boleh dimuatturun di: http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-Eng.pdf

Anjakan isu #1 26 April 2013

100 Hari Pertama Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan

Inisiatif Bulan Ini e-Guru

Inisiatif e-Guru menyediakan akses universal kepada perpustakaan video 10 April adalah hari ke-100 perjalanan 13 tahun transformasi sistem teknik pengajaran terbaik. Perpustakaan pendidikan di Malaysia. Pada hari tersebut, Timbalan Perdana Menteri video ini akan merangkumi 12 aspek SKPM merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd merentasi 4 subjek teras. 5 video pertama telah dimuatnaik dan akan berkembang Yassin merasmikan sambutan 100 hari pertama di SMK Jalan Empat, Bangi kepada 50 menjelang akhir tahun. 3 langkah mudah untuk menonton video TPM merasmikan Majlis Pencapaian 100 Hari di e-Guru Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Langkah 1: layari EduwebTV (http://eduwebtv.com/v2/home) dan klik pautan e-Guru

Langkah 2: pilih kategori video yang anda berminat

Kemajuan yang kukuh pada 100 hari pertama adalah penting untuk membina keyakinan dan momentum, serta membuktikan keupayaan sistem untuk melaksanakan transformasi pendidikan. Pada 100 hari pertama, Kerajaan telah memperoleh 6 pencapaian berikut: 1. Pelancaran 1Agenda yang menyatukan inisiatif-inisiatif Kementerian Langkah 3: pilih video yang anda ingin tonton untuk mencapai aspirasi di dalam PPPM 2013-2025;

2. Penubuhan PADU sebagai unit pelaksanaan untuk 1Agenda; 3. Pelancaran dan pengedaran sarana ibubapa dan sekolah; 4. Pengujian kemahiran semua Guru Bahasa Inggeris dan memulakan latihan peningkatan kemahiran bagi mereka yang memerlukan; 5. Rintis Program Transformasi Daerah di Sabah dan Kedah; dan 6. Pelancaran perpustakaan video e-Guru untuk membolehkan akses Layarilah portal e-Guru dan rujukanlah universal kepada teknik pengajaran terbaik di dalam kelas. guru yang anda minat untuk difilemkan. Langkah terus dilakukan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan selama 13 Sembang pendidik tahun ini.

Anjakan isu #1 26 April 2013

Bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025, kita memerlukan 11 anjakan utama

Cetakan ini diterbitkan oleh PADU, unit prestasi pelaksanaan pendidikan kepada KPM yang bersifat praktikal dan berorientasikan tindakan. Peranan PADU adalah untuk merancang, memantau, menyelesaikan masalah dan menyelaras penyampaian inisiatif 1Agenda, sementara bahagian-bahagian lain di Kementerian bertanggungjawab untuk melaksanakannya. PADU ialah unit kecil terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang kukuh dalam pengurusan projek dan penyampaian hasil. Individu-individu ini mempunyai latar belakang berbeza yang mengandungi unsur pengurusan dan profesional, dari dalam dan luar Kementerian. Sila hubungi kami jika ada sebarang komen atau maklum balas mengenai Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia, pelaksanaan Pelan, atau cetakan ini. Emel: padu.maklumbalas@moe.gov.my Telefon: +6 03 8872 1604 / +6 03 8872 1605

Anjakan isu #1 26 April 2013

You might also like