You are on page 1of 1

LAPORAN Pada 6.08.

2013 (selasa) semua penghuni blok G dari aras 1 telah berkumpul di bilik rehat pada pukul 8.00malam. kami telah berbincang beberapa isu yang perlu dibaiki oleh penghuni-penghuni aras 1. Kami telah berbincang tentang peraturan-peraturan blok g. Selepas itu, kami selaraskan beberapa peraturan supaya perlu diikuti oleh semua. Peraturannya seperti di berikut : Penempatan Pelajar Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke tempat lain tanpa kebenaran Ketua Warden. Kebersihan Bilik dan Kawasan Asrama Bilik mestilah sentiasa kemas, bersih dan teratur. Buku dan alatan hendaklah disusun dengan kemas. Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan. Gambar dan poster tidak dibenarkan ditampal di dinding. Tempat tidur mestilah sentiasa bersih dan kemas. Kasut hendaklah disimpan di rak kasut. Pelajar mestilah bertanggung-jawab menjaga almari dan kunci masing-masing. Pelajar dilarang memaku, melekat, menulis, melukis atau menconteng di dinding, katil, almari, bantal, tilam dan lain-lain kemudahan yang disediakan. Pelajar akan dipertanggungjawabkan atas segala kerosakan kemudahan dan peralatan asrama serta peralatan kecemasan. Pelajar adalah diwajibkan menjaga kebersihan asrama supaya sentiasa berada di dalam keadaan bersih, selesa dan teratur terutama kebersihan di bilik air / tandas, koridor, tangga, longkang dan kawasan persekitaran.

Setelah beberapa peraturan dipilih oleh penghuni aras 1, ketua aras telah memuktamadkan peraturan-peraturan tersebut. Pada pukul 9.00malam semua bersurai.

You might also like