You are on page 1of 50

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

PENDIDIKAN KESIHATAN ASAS

SIFAT-SIFAT AM BENDA HIDUP Pergerakan Tumbuhan Haiwan Tumbesar Tumbuhan mengambil makanan daripada tanah dan membuat karbohidrat dengan pertolongan cahaya matahari yang dipanggil fotosintesis. Haiwan mendapat makanan dari tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan lain dan melalui proses ungkaibena. Pernafasan Tumbuhan memerlukan karbon dioksida dari udara. Haiwan memerlukan oksigen. Kepekaan Pergerakannya terbatas. Akar tumbuhan bergerak atau membesar ke arah air dengan proses yang disebut gerak arah air. Boleh merangkak, berjalan dan terbang.

Kepekaan dalam tumbuhan dan haiwan ialah gerakbalas terhadap rangsangan. Dalam tumbuhan ia dinamakan gerak arah.
Pembiakan Haiwan membiak dengan persenyawaan. Tumbuhan mengeluarkan biji benih dan menjadi pokok baru.

Perbezaan Antara Sifat-sifat Tumbuhan dan Haiwan

Tumbuhan 1. Bercabang dan membentuk permukaan yang luas. Pergerakannya terhad. Tumbesarnya tidak terbatas. Gerak balas terhadap rangsangan sangat perlahan. Perkumuhan ialah melalui resapan terus ke udara.

Haiwan Mempunyai bentuk yang padat. Bergerak dengan bebas. Tumbesarnya terhenti pada peringkat tertentu. Rangsangan sangat cepat. Perkumuhan dilakukan terutamanya melalui organ-organ perkumuhannya.

2. 3. 4.
5.

A. KEHIDUPAN DAN KESIHATAN Kesihatan yang Baik Definisi: Kesihatan adalah keadaan yang memberi kebolehan (ability) yang penuh bagi seseorang menjalankan peranan-peranan dan pekerjaan dengan perasaan yang memuaskan. Kesihatan juga memberi kehidupan yang penuh dari segi fizikal, mental, sosial juga bebas dari penyakit. a) b) Makanan - Makanan seimbang diperlukan untuk membina badan dan rangkaian tubuh. Kerja/Senaman - Ia baik untuk pembangunan tubuh dan mengawasi kesihatan yang baik. Badan menjadi cergas, otot-otot segar untuk rangkaian tubuh. Sistem pernafasan lancar, Sistem penghadaman- selera makan baik, tidak sembelit dan peristalsis yang baik. Sistem peredaran darah menguat dan menambahkan kecekapan jantung. Fikiran tenang disegarkan oleh perasaan sihat. Hiburan (Recreation) - Hiburan fizikal diiringi dengan minat seperti permainan badminton, tarian dan sebagainya. Hiburan mental menonton permainan, menonton tv, mengait. Tidur - Tidur adalah satu istirehat yang baik sekali kerana semasa tidur, semua proses hidup dilambatkan. Bagi dewasa ia memerlukan 8 jam sehari. Bayi-bayi perlu tidur lebih untuk tumbesar. Kebimbangan dan gangguan fikiran akan menyebabkan keletihan di pagi hari. Rehat - Adalah perlu terutama selepas pekerjaan yang teruk/permainan ini memberi peluang bagi semua system dalam badan melambatkan kerja mereka. Otot-otot yang lemah dan rosak perlu dibaiki. Fikiran juga perlu istirehat.

c)

d)

e)

B.MAKANAN DAN PEMAKANAN

Makanan (Diet)
Masalah untuk mengadakan makanan yang cukup bagi manusia sejagat yang semakin lama semakin bertambah ramai adalah satu masalah yang mesti diatasi dengan segera. Bukanlah semata-mata perkara mengadakan kuantiti makanan yang cukup saja, tetapi yang penting sekali ialah mengenai kualiti makanan itu, terutama sekali untuk menjaga kesihatan kanak-kanak yang sedang membesar dan juga untuk mengekalkan kesihatan orang-orang yang sudah dewasa. Jika hendak terus hidup, kita mesti makan. Jika hendak sentiasa sihat, kita hendaklah bijak memilih makanan. Apakah yang dimaksudkan bijak dalam memilih makanan? Maksudnya, memilih jenis-jenis makanan yang berzat dan biar makan itu seimbang. Dalam menyediakan & menyimpan makanan, langkah langkah berikut perlu diberi perhatian a.Penyediaan 1. Kebersihan 2. Keselamatan 3. Keseimbangan 4. Hidangan 5. Dimasak Dengan Sesuai b.Kebersihan Makanan 1. Perlu DiBasuh 2. Tempat Alatan Memasak Perlu Dibersihkan 3. Tukang Masak Perlu Sihat & Bersih

c. Keseimbangan makanan Makanan hendaklah mengandungi zat & mengandungi jenis jenis makanan yang tertentu

d. Menyimpan Makanan
Simpan makanan di tempat yang ditetapkan seperti keju ditempatkan di peti sejuk. Makanan lain hendaklah disimpan dalam almari makanan (larder) atau di bawah tudung saji. Pengawetan Makanan 1. Pemasinan contoh: ikan masin, telur masin 2. Salai pisang salai, itik salai, daging salai 3. Pengetinan ikan sardine, buah-buahan 4. Pemanasan lauk-pauk 5. Pembekuan ikan, daging 6. Pemasaman jeruk 7. Pemanisan halwa kundur, sira pisang 8.Panggang ikan, daging, ayam 9. Pemeraman kacang soya (kicap), budu

KALORI MAKANAN
1. Kalori adalah cara sesuai mengukur kuasa tenaga makanan. 1 aun lemak memberi 264 kalori. 2. 1 aun protein / kabohidrat memberi 116 kalori, apabila jumlah & jenis diketahui, dapatlah dikira jumlah haba tenaga ( Kalori ) 3. Seseorang yang berbaring dikatil hanya memerlukan 1,700 kalori sehari 4. Apabila ia bekerja biasa > 2,200 ke 3,000 kalori 5. Jika melakukan tugas berat > badan memerlukan dari 4,000 ke 5,000 kalori 6. Sarapan pagi yang mengandungi sosej, telur, roti bakar, mentega, kopi susu & gula memberi 8,000 kalori. 7. Satu aun cereal menambah 100 kalori lagi

KERACUNAN MAKANAN
Keracunan makanan adalah penyakit yang berlaku akibat memakan makanan yang tercemar. Makanan dikatakan tercemar jika ia mengandungi sesuatu benda / bahan yang tidak seharusnya berada didalamnya. Makanan yang telah basi hendaklah di buang kerana ia akan mengakibatkan keracunan makanan. Keracunan ini juga boleh berlaku jika cara menyediakan makanan itu tidak betul/tidak bersih. Tanda-tanda dan gejala keracunan makanan ialah: Muntah, sakit perut, kerap membuang air besar, badan jadi letih dan kulit menjadi kering (dehydrated). Punca utama berlakunya keracunan makanan adalah dengan memakan makanan / minuman yang; 1. Mengandungi toksin / racun semulajadi seperti ; kulat, cendawan, makanan laut & sebagainya 2. Tercemar oleh kuman yang merbahaya 3. Tercemar oleh bahan bahan kimia 4. Tercemar oleh bahan bahan / bendasing Mengapa ia berlaku ? Pengendali makanan 1. Tidak mengamalkan kebersihan diri ketika menyedia, menghidang & menjual makanan 2. Mengamalkan kelakuan / amalan buruk seperti ; - Merokok / bersin ke arah makanan / meludah merata rata semasa mengendalikan makanan 3. Kebersihan persekitaran dalam / luar 4. Makanan terdedah kepada serangga / haiwan 5. Tidak menyediakan peralatan yang mencukupi

Bahan bahan mentah 1. Terutama daging / hasilnya harus disimpan pada suhu yang rendah ( < 4 C ) 2. Bahan mentah harus disimpan berasingan daripada makanan yang telah dimasak / sedia untuk dimakan, Ini dapat menggelakkan pencemaran silang dari bahan mentah ke makanan yang sedia dimakan 3. Menggunakan peralatan yang berasingan > Elak pencemaran silang 4. Cuci bahan mentah dengan teliti Serangga & Haiwan 1. Makhluk perosak > Lalat, Lipas, Tikus, Burung & Binatang Peliharaan adalah pembawa habuk, kekotoran & bakteria 2. Kawalan serangga & haiwan ini akan membantu mengurangkan pencemaran makanan secara berkesan

MAKANAN SEIMBANG Makanan yang seimbang (well-balance diet) mengandungi perkara-perkara yang tersebut di bawah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Protein Karbohidrat Lemak (fat) Vitamin Garam galian (mineral salts) Serat (roughage) Air (water)

Makanan yang cukup dan berlainan jenis itu diperlukan untuk tujuan-tujuan berikut: 1. 2. 3. Mengeluarkan tenaga untuk kerja dan haba (to supply fuel for energy and heat) Mengeluarkan bahan-bahan untuk pembesaran dan untuk membaiki tisu-tisu (to supply material for growth and repair of body tissues) Memelihara kesihatan dengan mewujudkan perlindungan terhadap penyakit-penyakit (to supply material for good health and maintain resistance to disease).

1. Protein Kegunaan utamanya ialah membekalkan bahan-bahan untuk pembesaran (iaitu untuk membina badan masa membesar dari bayi hinggalah dewasa) dan untuk memperbaiki tisu-tisu badan.

Makanan-makanan yang mengandungi banyak zat protein adalah seperti berikut: 1.Daging yang tidak berlemak sama ada daging lembu, kambing atau ayam. Juga terdapat dalam hati (liver), telur, ikan dan susu. 2.Kekacang seperti kacang tanah, kacang dal, kacang hijau, kacang buncis, kacang soya dan hasilan daripada kacang soya seperti towfu dan tauhu. Protein yang asalnya dari haiwan, seperti daging, telur dan susu, serta hasilan daripada susu adalah lebih kaya daripada protein tumbuhan-tumbuhan. Oleh itu, protein yang asalnya daripada haiwan itu disebut protein kelas pertama (First Class Protein) dan protein yang asalnya daripada tumbuh-tumbuhan disebut protein kelas kedua (Second Class Protein). 2. Karbohidrat Kumpulan ini termasuklan gula (sugar) dan kanji (starches). Karbohidrat membekalkan badan kita dengan tenaga bagi pergerakan tubuh badan untuk menjalan sesuatu kerja. Jika lebih banyak pergerakan tubuh badan maka kita perlukan lebih banyak tenaga. Makanan-makanan yang banyak mengandungi karbohidrat ialah: 1. 2. 3. 4. Biji-bijian Ubi Gula Buah-buahan beras, roti, mi, biskut dan lain-lain. Ubi kentang, ubi keledek dan ubi kayu. Gula pasir, sirap, jam, madu lebah dan lain-lain. Pisang, betik, rambutan dan lain-lain.

Dalam tubuh manusia gula (sugar) yang berlebihan daripada yang hendak digunakan bertukar menjadi glikogen dan disimpan di dalam organ hati (liver). Karbohidrat dipecahkan dalam badan menjadi sejenis gula ringkas yang dinamakan Glukosa (the simplest form of Carbohydrate is called Glucose) dan dengan keadaan yang demikian dengan mudahnya masuk ke dalam aliran darah.

3. Lemak (Fat) Kegunaan utama di dalam tubuh manusia ialah sumber-sumber tenaga yang tetap (iaitu mengeluarkan tenaga dua kali lebih banyak daripada jumlah yang dikeluarkan oleh karbohidrat yang sama berat dengannya). Ini bermaksud lemak itu ditempatkan dalam beberapa tempat lemak dalam badan di bawah kulit. Lapisan lemak di bawah kulit itu menjalankan peranan penting menjaga suhu badan terutama dalam masa sejuk. Sebagai kebiasaan semakin sejuk hawa sesuatu tempat itu semakinlah banyak lemak dimakan. Badan mendapat lemak daripada makanan yang dimakan, umpamanya didapati dalam susu, mentega, majerin, keju, kuning telur, minyak-minyak haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta lemak-lemak haiwan. 4. Garam Galian (Mineral Salts) Terdapat beberapa unsur-unsur garam galian, tetapi yang penting ialah kalsium (calcium), fosforus (phosphorous), zat besi (iron) dan iodin (iodine). a) Kalsium dan fosforat adalah dikehendaki untuk membina dan menjaga kesihatan tulang rangka badan. Terdapat dalam susu, daging, sayur-sayuran yang hijau dan keju(cheese). Kekurangannya menyebabkan kerosakan gigi, kekejangan otot, kelesuan dan lain-lain. Zat besi adalah perlu untuk membina sel-sel darah. Zat ini terdapat dalam daging, hati, telur, keju dan sayuran-sayuran hijau (Pembentukan hemoglobin darah merah). Kekurangannya menyebabkan anaemia. Iodin ialah satu unsur yang menggalakan kerja kilang tiroid (thyroid gland). Jika didapati tidak cukup iodin di dalam makanan, hal itu akan menjadikan kilang itu besar, yang disebut goitro. Sumber iodine adalah makanan laut seperti agar-agar, ikan, siput, kerang, udang dan lain-lain.

b)

c)

5. Vitamin

Vitamin memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan badan (iaitu adalah mustahak untuk menjauhkan penyakit. Vitamin hanya terdapat sedikit sahaja dalam makanan kita, tetapi kekurangan salah satu daripadanya di dalam sajian makanan kita mungkin menyebabkan Penyakit Kekurangan Vitamin (Vitamin deficiency Diseases) seperti beri-beri (bengkak-bengkak badan), pellagra (kurus dan lemah) dan scurvy (kulit kering dan merekah).
Vitamin mempunyai nama-nama kimia, tetapi mereka biasanya dikenali melalui huruf A, B, C, D, E dan K yang diberikan kepada mereka. Tiap-tiap satu jenis vitamin ada tugas khas baginya. Vitamin-vitamin yang lebih penting ialah: Vitamin A Tugas : Penting bagi pertumbuhan gigi dan tulang. Mencegah penyakit rabun malam (night blindness). Melindungi badan daripada penyakit. Minyak hati ikan (fish liver oils), susu, mentega, keju, telur, lobak, tomato dan sayursayuran hijau.

Sumber

Vitamin B/Vitamin B Kompleks

Terdiri daripada beberapa vitamin-vitamin termasuk:


Vitamin B1 Vitamin B2 Vitamin B3 Vitamin B6 Vitamin B12 Folik Asid Vitamin B juga disebut Vitamin B Kompleks. Kekurangan Vitamin B1 menyebabkan penyakit beri-beri. Kekurangan Vitamin B2 menyebabkan perubahan pada kulit badan (bersisik). Kekurangan Vitamin B3 menyebabkan penyakit Pellagra. Kekurangan Vitamin B6 menyebabkan penyakit kulit (Dermatitis). Kekurangan Vitamin B12 menyebabkan penyakit Anaemia (kurang darah). Kekurangan Folik Asid menyebabkan penyakit Anaemia. Kekurangn Vitamin C (Ascorbic Acid) menyebabkan penyakit Scurvy. Kekurangan Vitamin D menyebabkan penyakit Tulang Rapuh (Rickets) Kekurangan Vitamin E menyebabkan keguguran (abortion) Kekurangan Vitamin K menyebabkan kehilangan banyak darah jika tercedera

Vitamin (Ringkasan) 1) Vitamin A Sumber 2) B Kompleks Kekurangan - untuk mata/rabun malam - lobak merah, ikan, susu - B1, B2, B3, B6, B12, asid folik B1 B2 B3 B6 B12 Asid Folik - Bengkak-bengkak badan (beri-beri) - Kulit tangan dan kaki bersisik - Tak boleh bergerak (sembab), gemuk berpenyakit - Dermatitis - Anaemia - Anaemia

Sumber 3) Vitamin C

- Produk susu, bijirin dan hati - Mengelakkan penyakit kulit. - Membina tisu baru yang licin. - limau, buah-buahan segar - Selsema, kulit merekah (skurvy) - Untuk membina tulang

Sumber Kekurangan 4) Vitamin D

Sumber

- ultra violet rays - susu lembu.


- tulang rapuh (riket)

Kekurangan

5) Vitamin E

- mengelakkan keguguran - sebagai awet muda - susu, sayur-sayuran - bagi ibu-ibu selalu keguguran - Untuk pembekuan darah - Susu - Apabila luka pendarahan tidak berhenti hingga pengsan.

Sumber Kekurangan 6) Vitamin K Sumber Kekurangan

6. Air (Water) Air adalah suatu keperluan untuk hidupan. Air bukanlah makanan tetapi di sini hendaklah disifatkan sebagai makanan kerana ia mustahak bagi segala proses tubuh badan. Ia menjadi lebih kurang 70 peratus daripada berat badan manusia. Air melarutkan makanan dan membantu dalam kerja penghadaman dan juga ia mengambil bahagian yang besar dalam tugas membuangkan benda-benda yang tidak berguna.

7. Serat (Roughage) Sayuran-sayuran yang tidak dapat dihadamkan disebut serat. Ia mengandungi selulosa (Cellulose) dan adalah penting untuk mencegah penyakit sembelit (Constipation).

Makanan Seimbang (A Well Balanced Diet) Sajian makanan seimbang mestilah mengandungi Protein, karbohidrat, lemak, garam galian, vitamin, serat dan air. Badan memerlukan makanan yang berzat untuk hidup dengan sihat dan kuat. Hidangan Makan Untuk Pesakit (Diet for the sick) 1. Makanan Cecair (Fluid Diet) Semua jenis minuman seperti susu, milo, kopi jus buah-buahan dan lain-lain kecuali minuman keras (beralkohol). Makanan seperti ikan, telur, roti, mentega, kanji dan makanan yang mudah dihadam. Ini adalah makanan seimbang yang diberi pada orang-orang yang sihat.

2.

Makanan Ringan (Light Diet) Makanan Biasa (Full Diet)

3.

4.

Makanan Rendah Kalori (Low Calorie Diet)

Termasuk semua makanan zat-zat dalam makanan itu rendah. Makanan ini berupa rebusan sahaja.

Ingat, biasanya makanan untuk pesakit-pesakit ditetapkan oleh doktor.

Menghidangkan Makanan
Bagi pesakit yang tidak boleh makan sendiri hendaklah disuap. Sabar -Tunggu hingga habis mengunyah barulah diberi lagi makanan. Keadaan perawat hendaklah duduk dengan selesa. Tolong potongkan makanan seperti daging, sayuran.

Merancang Sesuatu Makanan Tentukan kalori makanan tersebut. Jumlah kalori hendaklah sama dengan kalori untuk keperluan harian. Tentukan peratusan kalori sepatutnya diperolehi daripada protein, lemak dan karbohidrat. Panduan makanan di Malaysia: Protein Lemak Karbohidrat 20% 20% 60%

C. Kebersihan Diri Membersihkan diri: Tangan: Kulit tangan mesti licin dan bersih, kuku dan kulit jari terpelihara. Potong Kuku secara bulat dihujungnya. Gunakan pengasah kuku jika perlu. Cuci tangan selepas membuat kerja dan bila perlu. Lapkan tangan hingga kering. Gunakan losyen untuk tangan yang kering dan kasar. Gunakan sarung tangan (glove) jika perlu. Kaki: Jari-jari kaki hendaklah dipelihara. Kukunya harus sentiasa pendek. Cara potong kuku adalah lurus (straight). Ambil perhatian terutama di celah-celah jari kaki. Sentiasa memakai kasut jika hendak ke mana-mana. Pakai kasut yang sesuai/stoking yang bersesuaian saiznya. Kulit: Kulit tubuh juga mesti dijaga supaya sentiasa bersih dan licin, termasuk kulit muka, bahagian bawah mata. Tentukan tisunya teguh (firm). Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari, dan jika perlu. Penjagaan kulit muka penting sebab klit muka terlalu sensitif. Kulit muka juga mudah dijangkiti jerawat jika tidak dijaga bersih. Jika kulit kotor dan tidak sihat ia senang dijangkiti sakit kulit. Makanan yang banyak mengandungi vitamin C adalah baik untuk kulit. Mulut & Gigi : Cuci mulut bila perlu. Cuci gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Ada baiknya cuci mulut selepas tiap-tiap kali and makan. Gunakan ubat gigi yang mengandungi florida untuk mengelakkan karang gigi. Pelajari cara-cara menggosok gigi dengan betul. Vitamin A dan zat-zat galian, kalsium adalah baik untuk gigi. Elakkan memakan makanan yang mengandungi manisan kerana ia akan merosakkan gigi.

Kepala: Syampu rambut sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Dapatkan rawatan yang sempurna bagi rambut yang berkelemumur. Jika perlu sapukan minyak rambut, dan kulit kepala. Sekiranya terdapat kutu, dapatkan rawatan dengan segera sebelum ia merebak ke kepala orang lalin. Hidung: Tentukan hidung anda bersih. Jika tersumbat, dapatkan rawatan dari doktor.

Mata:Cuci mata bila perlu; tentukan mata anda tidak bertahi. Sekiranya mata anda sakit dan mempunyai gejala-gejala sakit mata (conjunctivitis) berjumpa doktor dengan segera. Pakaian: Pakaian hendaklah sesuai dengan cuaca dan tempat. Bagi Negara kita, pakaian kapas adalah paling sesuai. Pakaian itu mestilah tidak terlalu ketat atau terlalu longgar hingga mengganggu si pemakai membuat kerja dan sebagainya. Mencuci Pakaian: Cuci pakaian apabila telah dipakai atau kotor dengan sabun pencuci dan dibilas dengan air bersih. Jemur pakaian di bawah sinaran matahari untuk membunuh kuman di samping mengeringkan pakaian tersebut. JIka kain tersebut terkena jangkitan (infection linen) rendamkan semua pakaian tersebut di dalam losyen karbolik 1:40 selama dua belas jam. Kemudian boleh dicuci dengan sabun dan air biasa. Sabun Mandi: Sabun yang sesuai dengan kulit anda dan gunakan ia setiap kali anda mandi. Ada baiknya jika anda memilih sabun mandi yang ada mengandungi antiseptic dan selamat digunakan. Sabun Pencuci: Pilih sabun yang tepat. Seeloknya rendamkan pakaian dengan sabun sebelum dicuci kerana daki-daki mudah dibersihkan selepas direndamkan pakaian tersebut.

Ubatan Membasmi Kuman: alkalis, sabun formalin.

Asid Karbolik (Pherol), cresols, alcohol oxidizing agents, acids,

AIR MINUMAN Air minuman ialah air yang telah dibersihkan dan dibubuh klorin dan hendaklah dimasak sebelum diminum. Takungan Pasir Halus Pasir Kasar

Cara Air dibersihkan Secara Kecil-Kecilan

Batu Kerikil Ketul Batu

Perigi

Air yang sudah dibersihkan

Perigi adalah lubang yang digali melalui lapisan tanah sehingga menemui air. Tiga jenis perigi: 1. Perigi Cetek Air ini didapati di atas lapisan kalis air pertama. 2. Perigi Dalam Air ini didapati di atas lapisan kalis air kedua. Air perigi dalam lebih selamat digunakan. Ia keras dan bersinar. 3. Perigi Artesian Perigi ini digali sangat dalam hingga ke lapisan batu. Air ini di bawah tekanan yang kuat sehingga memancut keluar tanpa dipam.

Perlindungan Bagi Perigi Cetek 1. Aras lantai perigi hendaklah seberapa jauh yang boleh dan bebas dari semua sumber-sumber pencemaran. 2. Kawasan itu hendaklah dipagar untuk mengelakkan lembu dan binatang-binatang. 3. Lain-lain langkah pencegahan: Tudung besi untuk perigi. Lantai simen curam dibina di sekeliling perkarangan perigi. Pam digunakan menggantikan timba. Calvet perlu diletakkan di sekeliling perigi.

Pembuangan Sampah a. Sampah Kering - Jika rumah di Bandar-bandar, kumpulkan sampah tersebut ke dalam beg plastik hitam, dan dibuangkan ke dalam tong sampah. Membakar kertas, kayu-kayu. Menanam kaca-kaca, botolbotol dan tin. Sisa-sisa makanan boleh digunakan sebagai makanan binatang. b. Sampah basah dibuangkan di limbahan, longkang.

Pembuangan Najis

a. Tandas Tong b. Tandas lubang tandas curah. c. Tandas Tarik


Mangkuk tandas dibekalkan oleh pusat kesihatan yang berdekatan. Begitu juga dengan tenaga kerja. Alatalat binaan mesti disediakan oleh pihak tuan rumah. Lubang tandas (8 10 kaki dalam). Lebar (4 x 4 kaki). Untuk lima (5) orang keluarga, tandas seperti ini boleh digunakan dalam jangka masa 8 10 tahun. Tandas ini hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 25 kaki dari binaan dan 150 kaki dari bekalan air (perigi).

Kedudukan Rumah Sesiapa yang hendak mendirikan rumah, ia mesti mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa perumahan. Rumah yang Sesuai 1. Tempat Sempurna

Ia hendaklah kering dan tidak tercemar. Tempat itu boleh dikuatkan dengan pasir, batu kerikil, tanah yang menyerap air, kepingan batu pejal, batu pasir dan batu kapur. Tanah tersebut hendaklah tidak berselut, kerana tanah bersalut itu lembab dan sejuk. Tanah itu hendaklah curam sedikit untuk melarikan air hujan. Bahan-bahan kedap seperti kepingan asfal, kepingan timah hitam dan mortar simen digunakan untuk mengelakkan air dari menyerap ke dalam retak-retak di dinding. 2. Aspek yang Wajar

Di negeri tropika rumah dibina supaya bilik tidak mendapat cahaya matahari secara langsung pada waktu siang hari, juga tiupan angin yang lazim hendaklah dipertimbangkan. 3. Lapangan Udara dan Cahaya

Jarak antara satu rumah dengan yang lain adalah penting, bersangkutan dengan ganti udara dan cahaya matahari. Banyak tingkap-tingkap untuk peredaran udara, air well, ruang udara di dinding bawah dan di atas, pintu-pintu dan kipas. Cahaya matahari hendaklah masuk ke dalam rumah pada siang hari. Lampu elektrik adalah sesuai di malam hari kerana cahaya yang malap akan merosakkan mata.

4.

Bekalan Air yang Mencukupi Tentukan bekalan air mencukupi seperti dapat bekalan air paip dan perigi yang sempurna.

5.

Najis dan Kotoran Rumah Sekiranya di bandar, sampah dan kotoran rumah dimasukkan ke dalam plastik sampah dan dibuang ke dalam tong sampah

6.

Struktur Binaan Binaan dari batu pejal, konkrit, batu-bata berkehendakkan belanja yang lebih. Rumah-rumah papan dan rumah-rumah buatan tersedia adalah murah, tetapi penjagaannya lebih mahal dan lebih merbahaya bagi kebakaran.

PENYAKIT BIASA TROPIKA Penyakit yang Dibawa oleh Serangga di Usus Cacing Cacing adalah parasit yang menghisap darah dalam tubuh akibat dari tabiat kotor seseorang. A.Cacing Kerawit Cacing kerawit berwarna putih, kelabu atau merah tua (perang). Panjangnya lebih kurang 1 sm. Mulutnya mempunyai pengait bengkok yang digunakan untuk mengaitkan dirinya di usus kecil. Ia bertelur di dalam usus kecil dan telur ini keluar dalam najis. Jejentik-jejentik cacing ini menetas dari telur-telur di atas tanah yang lembap dan masuk ke dalam bumi. Ia akan menembusi kulit kaki yang tidak berkasut dan dibawa dalam saluran darah ke jantung. Dari jantung, ia dibawa ke tenggorok (bronchi) faring dan ditelan ke dalam perut dan terus ke usus kecil. Di sini, ia membesar dan bertelur lagi. Tanda-tanda dan Gejala 1. 2. 3. 4. 5. Anaemia (kurang darah) Hilang penumpuan fikiran Hilang tenaga dan berat badan Perubahan selera makan berkurangan

Langkah-langkah Pencegahan 1. 2. 3. Pembuangan najis yang sempurna (tandas sempurna) Gunakan kasut bila berjalan Pengubatan kepada orang yang dijangkiti dengan alcopar.

B.

Cacing Gelang Cacing gelang serupa dengan cacing tanah. Panjangnya antara 6 hingga 15 dan cacing betina lebih panjang dari cacing jantan. Cacing betina bertelur di dalam usus dan telur ini keluar bersama-sama najis. Telur-telur cacing masuk balik ke dalam perut bersama sayur-sayuran dan air kotor. Di usus kecil, telur-telur ini menetas dan jejentik cacing masuk ke dalam saluran darah dan terus ke jantung, ke perut seterusnya ke usus, di mana mereka membesar. Apabila cukup besar, ia akan bertelur lagi.

Tanda-Tanda dan Gejala


1. 2. 3. 4. Sakit perut cirit-birit Hilang selera makan Jaundice Ruam, buncit abdomen

Langkah-langkah Pencegahan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Suasana kesihatan yang baik pembuangan najis yang sempurna. Jangan gunakan najis manusia sebagai baja. Cuci tangan selepas gunakan tandas dan sebelum makan dan selepas makan atau sebelum menyediakan makanan. Masak makanan baik-baik dan lindungkan daripada lalat. Periksa najis dari masa ke semasa (stool for examination) Pengidap cacing ini diberi ubat Elixir Antepar.

PENYAKIT YANG DIBAWA OLEH AIR


A. Kolera (Taun) Definisi Kolera ialah penyakit yang berjangkit yang disertai dengan tanda-tanda dan gejala seperti cirit-birit, muntah, kekeringan yang teruk (dehydration). Ia disebabkan oleh kuman Vibro Cholera. Masa meram ialah lima hari. Cara-cara Jangkitan 1. 2. 3. 4. Air minuman yang telah tercemar dengan kuman vibro cholera. Makanan yang telah tercemar Lalat Jangkitan terus daripada pesakit yang mengidap penyakit itu (direct contact).

Tanda-tanda dan Gejala 1. 2. 3. Cirit-birit yang teruk dan muntah secara memancut dan kerap. Najisnya terlalu cair seperti air beras (rice water stool) dan tidak dapat dikawal. Tidak ada tanda sakit atau memulas perut Selepas beberapa jam cirit-birit dan muntah, pesakit akan merasa kejang (cramp) di kaki dan abdomen. Bila pesakit terlalu kekeringan, ia akan pengsan.

Rawatan 1. 2. Pengasingan rehatkan pesakit di tempat khas (cholera ward). Dapatkan katil khas (cholera bed) Kedudukan pesakit hendaklah recumbent. Elakkan kudis tekanan. Mandi atas katil. Ubat-ubatan: Anti-biotik tetracycline 250mg. 4 x sehari. Mist kaolin i/v infusion bagi kes-kes teruk Avomine/stematil 2 biji 3 x sehari.

3.

Cara-cara Mengelakkan dari Jangkitan Kolera Semasa wabak berlaku, cuba kesan tanda-tanda dan gejala, seperti orang yang mengadu sakit perut. 1. Laporkan kes-kes tersebut kepada pihak berkuasa kesihatan awam supaya punca penyakit itu dapat dikesan. 2. Suntikan anti-kolera untuk penduduk di mana wabak berlaku. 3. Kuarantin kumpulkan semua orang yang disyaki membawa penyakit ini sekurang-kurangnya untuk 5 hari. 4. Perawat yang merawat pesakit tersebut hendaklah menjalankan rawatan dengan teliti dan mempunyai perlindungan sendiri tentang kebersihan, cuci tangan dengan kerap, menukar uniform dan memakai jubah yang dikhaskan. 5. Pembunuhan atau Pembasmian Kuman Najis dan muntah pesakit hendaklah direndam ke dalam Iysol sebelum dibuang ke tandas. Segala sisa makanan pesakit hendaklah direndam dalam Iysol dan ditanam. Tilam, bantal pesakit hendaklah dihantar ke autoclave. Kain cadar dan pakaian pesakit hendaklah direndam dalam ubat pembunuh kuman Iysol 1:40 selama 4 jam sebelum dicuci dan dibersihkan. Pinggan mangkuk juga direndamkan ke dalam losyen pembunuh kuman selama 4 jam dan direbus selama 20 minit. Bekas najis/air kencing/muntah hendaklah direndam ke dalam pembunuh kuman selama 2 jam dan barulah dibuang ke dalam salur air, kemudian basuh dan rebus bekas tersebut. 7. Cuci tangan selama 2 minit dengan sabun dan air bersih.

DYSENTRY Definisi Dysentry adalah penyakit yang menyerang dengan tiba-tiba dan disertai dengan cirit-birit yang amat kerap. Sakit di bahagian abdomen, demam. Najisnya mengandungi lendir, nanah/darah (red current jelly). Jenis-jenis Dysentry Bacillary Saigella (salmonella) Amoebic Entamoeba histolitica a. Bacillary Dysentry Bacillary dysentery disebabkan oleh kuman shigella. Cara-Cara Merebak Tanda-Tanda dan Gejala Sakit perut. Cirit-birit yang kerap lebih 20 kali. Najis bercampur air berwarna kemerah-merahan seperti red current jelly. Demam yang rendah Air kencing akan berkurangan dan sakit-sakit otot. Rawatan 1. Ubat-ubatan Lomotil 2 biji bila perlu 2. i/v infusion 3. Minuman Melalui tangan yang telah tercemar oleh kuman tersebut. Melalui makanan yang tercemar, air dan lalat.

Tab ampicillin 500mg. 4 x sehari

untuk kes-kes yang kekeringan minum air banyak (replace fluid loss)

Cara-cara Mengelakkan Jangkitan - Sama seperti kolera.

PENYAKIT BERJANGKIT MELALUI SENTUHAN Kudis Buta Kudis buta adalah penyakit kulit disebabkan oleh kutu bernama Acarus Scabie. Edaran Hidup Kutu jantan tinggal di permukaan kulit tubh sahaja. Kutu betina menebuk lobang ke dalam kulit dan bertelur di dalamnya. Bila telur menetas, jejentik kutu itu naik ke permukaan kulit dan bila cukup besar ia akan bertelur lagi dan menyebabkan kudis buta. Tanda-tanda dan Gejala 1. Gatal di tempat yang dijangkiti. 2. Serangan terjadi di tangan, pergelangan, celah-celah tangan, siku, celah-celah kaki dan ketiak. 3. Ia cepat merebak kepada ahli keluarga terutamanya keluarga yang ramai dan sesak. Rawatan 1. 2. Ubat sapu Piriton EBB (Emulsion Benzyl Benzoate) disyorkan tiap-tiap malam selama 3 malam. Ubat ini dimakan 1 biji, malam sahaja untuk mengelakkan gatal.

Langkah-langkah Pencegahan 1. Pengasingan pesakit dan pengubatan yang sempurna seperti Benzyl Benzoate. 2. Mandi tiap-tiap hari. 3. Elakkan kedudukan yang sempit (penghuni yang ramai dalam bilik kecil) 4. Jangan gunakan barang-barang/pakaian yang telah digunakan oleh pesakit tersebut.

Gonorrhoea Gonorrhoea adalah sakit puan yang disebabkan oleh kuman Heisseria Goborrhoea yang berbentuk seperti kacang. Cara-cara Jangkitan 1. Melalui hubungan jenis. 2. Melalui tangan yang telah tercemar oleh kuman tersebut atau kainan yang telah tercemar. Tanda-tanda dan Gejala 1. Kencing dengan kerap tapi air kencing amat sedikit. 2. Di tepi-tepi kemaluan di lubang kencing dan servik terdapat bendalir berwarna putih kehijauan. 3. Kadangkala dinding rectum juga akan membengkak. Penyiasatan - Contoh-contoh specimen diambil dari servik dan lubang kencing untuk smear dan culture and sensitivity.

Rawatan Anti-biotik - Procaine Penicillin 1.2 mega unit - 2 x seminggu x (2bulan) Analgesics (untuk penahan sakit) - Panadol atau ponstan. 3. Cara-cara kebersihan diri - jika bendalir terlalu banyak, cuci kemaluan dengan kerap menggunakan saline lotion.
Kesan Buruk 1. Opthalmic Heonatorum - Jika ibu mengandung anak dalam kandungan akan dihinggapi oleh kuman itu dan menyebabkan mata kanak-kanak tersebut buta. 2. Vulvo Vaginitis - Terdapat pada kanak-kanak. Pencegahan 1. Elakkan hubungan jenis secara rambang. 2. Kebersihan diri. 3. Perawat hendaklah memakai glove semasa memberi rawatan kepada pesakit tersebut.

Siplis Siplis adalah sakit puan yang dibawa oleh kuman Treponema Pellidum yang berbentuk spiral. Cara mengesannya adalah dengan wasserman test. Cara-cara Jangkitan 1. Melalui perhubungan jenis kuman siplis hanya akan masuk melalui kulit yang luka. 2. Ciuman. 3. Minuman/makan yang tercemar. Bekas dan benda-benda kepunyaan pesakit seperti cawan dan mangkuk. Tanda-tanda dan Gejala Gejala akan timbul 2 5 minggu selepas seseorang itu dijangkiti oleh kuman tersebut. Peringkat Pertama Tempat yang dijangkiti akan menjadi merah dan keras apabila permukaannya pecah, ia akan menjadi kudis, berwarna coklat kemerah-merahan. Terdapat di kemaluan, terutama di servik

Peringkat Kedua

- Demam rendah rasa malas dan sakit kepada, sakit tekak, tonsil membekak, kudis terdapat di dahi, di tepi mulut. - Keadaan akan menjadi buruk apabila rambut akan gugur dan jangkitan di mata (iritis).
Rawatan Suntikan Penicillin 1.2 mega unit 2 x seminggu ( untuk 2 bulan). Langkah-langkah Pencegahan Rujuk nota Gonorrhoea

Kusta Kusta adalah penyakit berjangkit yang melibatkan kulit dan sarat. Kuman yang membawa penyakit kusta dipanggil Mycobacterium Palrae. Cara kuman ini merebak adalah dengan titisan air (droplet infection). Masa meram: 2 hingga 1 tahun atau lebih. Jenis-jenis Kusta 1) Indeterminate 2) Tuberculoid 3) Borderline 4) Lepromatous

Tanda-tanda dan Gejala 1. Tompok putih seperti panau terdapat di bahagian belakang badan pesakit. Kadangkala tompok ini berwarna kemerah-merahan. Di kawasan tompok tersebut tidak ada deria rasa (no sensation). Dalam kes-kes yang teruk, pesakit akan menjadi cacat. Jika tanda-tanda dan gejala itu menjadi lebih buruk lagi seperti di tangan, jari-jari pesakit akan kudung dan jika kuman ini menyerangkan hidung, pesakit akan kelihatan lebih hodoh kerana batang hidungnya akan hilang, bulu kening akan gugur.

2.

Rawatan 1. 2. Pengasingan Ubatan Biasanya pesakit kusta ini dihantar ke pusat pemulihan (leprosy Centre) Dapsone Ricampicin Lamprene dan lain-lain lagi

Pesakit harus menerima rawatan selama 6 bulan hingga 2 tahun. Pesakit juga boleh dirawat di rumah.

Cara-cara Pencegahan 1. 2. Menjauhkan diri atau mengambil langkah-langkah perlindungan semasa menjalankan perawatan. Pengidap hendaklah mengambil ubtan yang telah diarahkan oleh doctor.

Cara-cara Menolong Pesakit supaya Masyarakat dapat Menerima mereka 1. 2. 3. Memberitahu masyarakat sekeliling supaya tidak sangsi dengan pesakit yang telah pulih dari penyakit ini. Menerima kembali pesakit ini dalam masyarakat. Nasihatkan pesakit supaya mendapatkan rawatan di peringkat awal sebelum penyakit ini merebak.

PENYAKIT BERJANGKIT MELALUI SERANGGA Demam Kepialu (Typhoid) Demam kepialu adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman Salmonella Typhii. Ia dibawa oleh lalat. Cara Merebak 1. 2. 3. 4. Dari najis/kencing yang tercemar oleh bakteria tersebut. Makanan/minuman yang tercemar, buah-buahan dan sayur-sayuran . Susu dan keju Makan laut sperti kerang.

Tanda-tanda dan Gejala 1. Minggu Pertama

Sakit kepala, tangan-tangan, kaki, sembelit. Pesakit merasa sejuk, rasa mual. Suhu badan akan naik pada waktu petang dan turun pada waktu pagi.

2.

MInggu Kedua Suhu badan tinggi sehingga 101F - 103F Nadi 80 100 Mulut kering dan kotor (kulit mulut terkopek) Abdomen sedikit membekak Ruam (rashes) akan kelihatan di bahagian atas abdomen, di tepi dada dan di antara bahu.

3.

MInggu Ketiga
Pesakit yang teruk akan menjadi separuh sedar (semiconscious) Matanya layu dan kelopak matanya separuh terbuka. Meracau dan tangannya bergerak-gerak. Cirit-birit seperti bubur kacang. Suhu badan tinggi, nadi cepat dan tidak tertib.

4.

MInggu Keempat

Suhu badan turun dan pesakit akan beransur pulih. Rawatan 1. 2. 3. Pengasingan Pengubatan Merawat pesakit yang demam rujuk nota kolera Choroycetin 500mg. 4 kali sehari utk 7 hari. Demahan sejuk, paracatemol

Langkah-langkah Pencegahan 1. 2. 3. 4. Cuci sayur-sayuran dengan air bersih. Najis/air kencing pesakit hendaklah dibubuh anti-septik. Tata cara pengasingan hendaklah dijalankan dengan betul. Kainan direndam ked lam larutan karbolik 1:40 selama 1 jam barulah dibasuh.

Jubah Perawat hendaklah memaki jubah perlindungan tiap-tiap kali membuat rawatan. Barang-barang seperti pinggan/mangkuk hendaklah direndam ke dalam larutan pemusnah kuman untuk membunuh kuman tersebut dan barulah dicuci dan direbus. Ianya hendaklah dikhususkan untuk pesakit itu sahaja. Makanan Tutup makanan supaya tidak dihinggapi lalat. Lebihan makanan pesakit hendaklah dicampurkan dengan disinfectant dan dibuang ke dalam beg-beg plastick. Bekas Najis/Air Kencing/Muntah Rendam ke dalam bahan kimia selama 2 jam dan buang najis ke dalam salur air. Cuci bersih bekas tersebut dan rebus selama setengah (1/2 jam) Tangan Cuci tangan selepas tiap-tiap kali merawat pesakit. Basuh tangan selama 2 minit dengan sabun dan air bersih dan lapkan tangan.

HAWAR Hawar (plague) adalah penyakit yang disebabkan oleh Bacillus. Ia adalah parasit yang terdapat pada kutu tikus melalui gigitannya. Jenis-jenis Hawar 1. 2. Bubonic Pneumonic

Tanda-tanda dan Gejala


1. 2. 3. Lymph gland membengkak Demam yang amat tinggi Bronchpneumonia

Langkah-langkah Pencegahan 1. 2. 3. Rawatan ubat - anti biotic Streptomycin) - panadol untuk demam Bunuh semua tikut (elakkan penyakit merebak). Kebersihan di rumah perlu dititikberatkan. Kuarantin.

RABIES Rabies (penyakit anjing gila) adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus yang dibawa oleh anjing.

Cara-cara Merebak
Penyakit ini merebak bila anjing gila ini mengigit mangsanya. Air liur anjing tersebut mengandungi virus tersebut dan masuk ke dalam tubuh manusia. Tanda-tanda dan Gejala

1. 2. 3.

Kekejangan otot terutama di saluran penghadaman. Kesukaran untuk menelan makanan. Letih dan kekeringan (dehyderated).

Rawatan Pesakit hendaklah diberi anti-rabies vaccine. Langkah-langkah Pencegahan 1. 2. 3. Kuarantin. Bunuh anjing-anjing gila yang berkeliaran dan tidak bertuan. Anjing-anjing hendaklah diberi suntikan anti-rabies vaccine.

DENGGI Denggi ialah sejenis penyakit yang dibawa oleh virus. Jangkitan ini dibawa oleh nyamuk yang bernama Aedes Egypti. Tanda-tanda dan gejala. 1. 2. Pesakit kelihatan lebih sakit kepala dan demam dan kadang-kadang pesakit akan menggigil. Demam tinggi (102F - 105F). mukanya merah. 3. Tidak berselera makan, muntah dan susah tidur. Selepas 3 4 hari demam akan turun dan suhu badan akan naik semula. Ruam akan timbul (seperti campak) berwarna merah. Ia bermula dari belakang tangan atau kaki dan keseluruhan badan pesakit berasa gatal.

4. 5.

Denggi Berdarah 1. 2. 3. 4. 5. Seringkali terdapat pada kanak-kanak. Bintik-bintik pendarahan terdapat di bawah kulit. Dalam beberapa hari muka akan membengkak dan pendarahan dari gusi dan hidung. Pesakit akan muntah/batuk darah. Tekanan darah rendah dan pesakit akan mati.

Rawatan Aspirin 2 biji 4 kali sehari untuk elakkan sakit. Calmine lotion disapu pada gatal. Sekiranya terdapat pendarahan, beritahu doktor. Pengawalan 1. 2. Tidur di dalam kelambu/gunakan ubat nyamuk. Kawalan terhadap nyamuk aedes sebelum merebak. 3. 4. Menyembur dengan ubat. Nyamuk aedes terdapat di dalam air yang bertakung (bersih) di dalam rumah (pasu-pasu bunga).

Tin-tin dan tayar-tayar buruk ditanam. Lopak-lopak dan air bertakung hendaklah dikambus dengan tanah. Cuci kolah (takungan air harian). Bubuh abetes.

5.

mangkuk-mangkuk pasu bunga sentiasa ditukar airnya. Letakkan garam ke dalam bekas perangkap semut (almari makan).

Boleh hidup/merebak 10km radius. aktif waktu matahari mula terbit. Kurang aktif pada 11.00 am dan ke atas.

MALARIA Malaria adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh spasmodium Malaria yang dibawa oleh nyamuk Anopheles betina. Ia akan merebak apabila nyamuk tersebut menggigit mangsanya atau dengan menggunakan jarum/picagari yang tercemar. Masa eraman: 7 hari. 1. Tanda-tanda dan Gejala

Demam tinggi 38 C (101F) dan lebih - demam ini terbahagi kepada tiga (3) peringkat:
Sejuk (1 jam) Pesakit akan merasa terlalu sejuk dan menggigil. Kulitnya pucat dan sejuk. Nadi cepat dan tidak tertib. Tekanan darah tinggi. Muntah/loya.

Panas ( 2 6 jam) Dengan tiba-tiba pesakit merasa panas. Kulitnya merah dan panas. Nadi menjadi kuat. Mual dan muntah akan bertambah. Pesakit gelisah dan meracau.

Berpeluh Mula kelihatan di muka dengan banyaknya. Suhu badan akan turun Nadi menjadi perlahan

2. 3.

Tidak muntah. Pesakit akan rasa penat dan selalunya ia tidur.

Tanda-tanda dan gejala anaemia akan kelihatan. Spleen akan membesar.

Penyiasatan BFMP untuk tiga (3) kali berturut-turut. Rawatan 1. Chloroquin 300mg dly x 3 days Quinine 2. 3.

600mg stat. thn 500mg. selepas 6 jam 650mg 2 x sehari x 10 hari

Minum air yang banyak. Di peringkat sejuk, berikan pesakit selimut. Di peringkat panas, demahan sejuk/kipas angin Di peringkat berpeluh, lapkan peluh dan tukar pakaian yang basah. Ambil suhu badan 4 jam sekali.

Pengawalan 1. 2. 3. 4. 5. Laporkan kes tersebut ke Pusat Kesihatan. Semburan DDT (Benzyl Hydrochloride) di dinding rumah dalam dan luar serta kawasan rumah. Sistem perparitan yang betul. Air sentiasa mengalir dan tidak bertakung. Tempurung, tin-tin kosong, tayar-tayar buruk hendaklah ditanam/dibakar. Gunakan kelambu pada waktu malam.

UBAT Kumpulan Ubat 1. Antibiotik Antibiotik adalah ubat untuk membunuh kuman dan mengelakkan dari kuman/bakteria membiak. Contoh: Ampicillin Tetracycline - 1 bijji 4 x sehari selama 7 hari - 1 bijij 3 x sehari selama 7 hari

Sekiranya antibiotic tidak diambil seperti yang diarahkan oleh doctor, kuman akan menjadi resistant pada ubat tersebut. 2. Analgesics Analgesics adalah ubat untuk melegakan sakit tanpa mengganggu kesedaran seseorang. Contoh: Ponstan Paracetamol (PCM) - 1 biji bila perlu - 1 biji 3 x sehari

Pesakit akan merasa sakit kembali apabila kesan ubat tersebut hilang. Jika ianya diambil terlalu kerap, ia boleh mendatangkan ketagihan.

3.

Anthelmintics Membunuh atau menghapuskan cacing di dalam usus. Contoh: Combantrin Vermox - 4 stat - 4 stat

4.

Antacids

Meneuteralkan asid di dalam perut (ubat gastric).


Contoh: Actal Gelusil Susu - 2 biji 3 x sehari (kunyah) - 2 biji 3 x sehari

Pesakit gastric hendaklah mengambil ubat dengan patuh seperti yang diarahkan oleh doktor. 5. Antipyretics Mengurangkan/menurunkan suhu badan yang panas. Contoh: Panadol (PCM) - 2 biji 3 x sehari

6.

Expectorant
Membuatkan lender di tenggork lebih cair dan mudah dikeluarkan (batuk). Contoh: Benadryl Phensedryl - 3 tsp 3 x sehari - 2 tsp 3 x sehari (kesan mengantuk)

Klasifikasi Ubat-ubatan 1. Antibiotik 2. untuk bunuh kuman elakkan jangkitan, contoh: ampicilin dan penglobe 1 BD x 5/7

Anthelmentic untuk ubat cacing, contoh: combantrin (4 STAT-segera), Vermox.

Analgesis untuk tahan sakit contoh: postan (jika diamalkan ketagih).

4.

Antacids untuk neutralkan asid, contoh: gelusil, MMT

5.

Antipyretic ubat demam Turunkan suhu badan, contoh panadol

6.

Expectorant ubat batuk contoh: sirap cotmil

7.

DDA Dangerous Drugs Act.

DADAH Dadah adalah ubat yang boleh menyebabkan ketagihan jika diambil terlalu kerap dan berlebihan. Pengambilan Ubat Ubat-ubat hendaklah diarahkan oleh doktor-doktor dan bergantung kepada penyakit-penyakit tertentu. Ia termasuk dalam ubatan merbahaya (DDA) seperti: - Morphine, Opium (Candu), Heroin, Valium, Pescidine, Ganja dan Cocain. Morphine Kegunaan: 1. 2. 3. 4. Menghilangkan kesakitan yang teruk. Penenang dari segi fizikal dan mental. Tidur Untuk sakit-sakit tertentu (sakit jantung bengkak)

Kesan Buruk 1. 2. 3. 4. 5. Kekejangan di pylorus dan salur hempedu. Muntah-muntah Sembelit Mengurangkan degupan jantung Keracunan yang teruk Khayal dan membawa kepada koma dan mati. Pernafasan lambat menyebabkan sesak nafas.

Tanda-tanda dan Gejala-Gejala Ketagihan 1. 2. 3. 4. 5. Tekanan jiwa Kekejangan di abdomen muntah dan cirit-birit. Tidak dapat tidur malam kesihatan mental, fizikal terganggu. Keinginan untuk mendapatkan dadah memuncak. Mukanya pucat, biru, sejuk dan berpeluh dan menggigil. Keadaan ini akan bertambah teruk dan koma mati.

Rawatan 1. 2. 3. Hantar pesakit ke puasat pemulihan dadah Pusat Serenti. Mengurangkan pangambilan dadah secara beransur-ansur selama 6 minggu. Di peringkat awal, beri methaduna untuk mengurangkan ketagihan.

PENCEMARAN UDARA Pencemaran udara menjadi semakin serius setiap tahun akibat aktiviti-aktiviti manusia yang semakan bertambah. Punca-punca Pencemaran Udara 1. 2. 3. 4. Kenderaan Kilang Debu Sampah sarap asap-asap yang dikeluarkan. asap-asap di kilang mengandungi bahan-bahan kimia dan racun. angin menerbangkan debu dan udara tercemar akan dihidu oleh manusia. Bau-bauan yang timbul dari sampah-sampah dan bangkai-bangkai binatang.

Akibat Pencemaran Udara Penyakit - Di bahagian pernafasan melibatkan hidung, mata, paru-paru seperti selsema, radang paru-paru, batuk. PENCEMARAN AIR Pencemaran air perlu ditangani dengan segera kerana semua hidupan memerlukan air yang bersih untuk hidup. Punca-punca pencemaran air 1. 2. 3. Kilang Kapal Sampah sarap Pembuangan sisa toksik terus ke dalam sungai Tumpahan minyak mengganggu ekosistem laut Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai atau longkang

Akibat Pencemaran Air Air tidak boleh digunakan untuk mencuci seperti minuman dan mencuci kerana telah mengandungi racun 1. 2. 3. Cirit-birit, taifod Sakit kulit Hidupan laut kudis buta, gatal, sakit telinga. tercemar ikan mati.

MEROKOK Rokok dibuat dari tembakau. Asapnya boleh mencemarkan udara. Tembakaunya mengandungi nikotin. Jenis-jenis Rokok 1. 2. 3. Paip Cerut Cigars

Kesan Sampingan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Gigi kuning Membazir wang Muka cepat kedut mempercepatkan ketuaan. Sakit dada barah paru-paru, peptic ulcer, PTB. Ketagihan Asap rokok mencemarkan udara. Ibu-ibu mengandung - kesan pada janin berkemungkinan akan cacat atau keguguran. Memendekkan umur.

Barah Paru-paru 75% daripada perokok akan mengidap barah paru-paru. Barah paru-paru lebih ramai dihidapi oleh kaum lelaki.

Tanda-tanda dan Gejala


1. 2. 3. 4. Batuk kahak mengandungi darah. Paru-paru akan kecut (collapse) dan mengandungi cairan di dalam pleura. Pernafasan menjadi lambat dan sesak nafas. Hilang selera makan berat badan akan berkurangan.

Cara-cara Mengesan
1. 2. CXR Bronchoscopy

Pengubatan 1. Ubatan 2. Pembedahan NOTA TAMBAHAN 1) DLY 2) BD 3) TDS 4) Qid 5) DN 6) DM tiap-tiap hari 2 x sehari 3 x sehari 4 x sehari malam sahaja siang sahaja 7) PRN 8) STAT 9) 1/7 10) 1/12 11) 1/52 bila perlu segera satu hari 1 bulan 1 minggu seperti suntikan valium untuk mengurangkan sakit. pneumoncetomy/lobectomy pada paru-paru yang terlibat.

You might also like