• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
Lt Adnan bin Saidi
Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan diKampung Sungei Ramal,Kajang,Selangorpada tahun1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi jugamerupakan anggotatentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas diamemasukiangkatan lautpada tahun 1939. Kapalnya,HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepundalam pelayaran keAustralia. Adiknya yang termudaAmarullah Saidi  terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap diKajang,Selangor. Adnan Saidi menerimapendidikandi Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris.Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepasmenamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagaiguru pelatihdan mengajar (
almamater 
) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untukmemasukitentera.Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasukiRejimen Askar Melayu(
Malay Regiment 
). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Padatahun 1936, Adnan dilantik ke pangkatSarjan– kenaikan pangkat yang pantas bagiseorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnyadalam perbarisan memberi hormat diLondonbagi menyambut pertabalan RajaGeorge  VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar keSingapurauntuk kursus latihan pegawai. Setelahmenamatkan kursus sebagaiLeftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketuaPlatun  ke-7,Kompeni'C' .
Sebagai ketua keluarga
Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripadaLondon, dia berkahwin dengan seorangguru dikampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dualelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal diSerembandan Johor), dan seorang anak perempuan. Termuda di antara tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurusselepas kejatuhanSingapura.Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan diSingapuradan membawakeluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar diPasir Panjang, dalamkawasan yang dikhaskan untuk keluargaRejimen Askar Melayu.Apabila berita peperanganPerang Dunia IIsemakin hampir, dan pihak Jepun  bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali kekampung mereka diKajangIni merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan keranaisterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakankali terakhir mereka bersama.
Pertempuran di Bukit Candu
Pendaratan tentera Jepun di Malaya [Tanah Melayu](Malaysia)dan tindakanpantas tentera Jepun memaksa Tentera Britishberundur ke Singapura. Pertempuran-pertempuran akhir mempertahankanSingapuratermasuk pertempuran diPasir Panjang 
 
yang lebih dikenali sebagai
.Bukit Candudinamakansempenakilangmemprosescanduyang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut. Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepunyang biasa tempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasikedudukan pertahanan strategik diSingapura.Bukit Candumenandakan sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapuraberasaskan dua alasan strategik; ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan selainitu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluanlangsung ke kawasanAlexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalanpeluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British.Dengan itu, permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepadaKompeni'C' . Kompeni 'C'merupakan sebahagian satu pasukan kecil Batalion PertamaRejimen Askar Melayu(1Melayu). Batalion 1 Melayu dan Batalion 2 Melayu, bersama-sama dengan batalion ke-2"Loyal Regiment" Tentera Britishdipusatkan menjadiBriged Infantri Pertama Malaya  (1st Malaya Brigade)Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yanghandal di bawah pemerintahan Lt. Gen.Renya Mutaguchimenumpukan perhatianmereka kepada persisiran selatan Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagitersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara,mortarberatdan bedilanmeriam. Kompeni 'C' dan Lt. Adnan Saidi ketika itu telah ditempatkan diPerkampunganPasir Panjangtelah memberikan tentangan hebat. Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni 'C'. Adnandan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanahtinggi, yang dikenali sebagai Celah (
Gap
). Walaupun mempunyai bilangan anggotayang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisanpertahanan di Celah (
Gap
).Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untukbergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahanditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan menjadikan jumlahkeseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt.Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahananmereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah.Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India(
British-Indian Army 
) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt.Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itubergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British.Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakandan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itumemaksa tentera Jepun berundur.Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besarandalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan
 
tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, RegimenMelayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.
Kematian Pejuang
Potret Lt. Adnan SaidiPertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenissenjatadigunakan,termasukbom tangandan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjatamesingan jenis
Lewis gun
. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalampertempuran berhadapan menggunakanbayonet. tetapi, mereka kekal bertahanmengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dantentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruhorang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yangmenaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.Korporal Yaakob, yang mendapatPingat Keberanian 
Medal of Gallant 
, merupakansalah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu.Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yangterkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya danmelihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt.Adnan. Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platunitu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telahmenggantungkan kakinya pada pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramairakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali.Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkanmayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurutbeberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu,teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempurantersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, diamelihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik,terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnyabasah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya,Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...