Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan
Ringkasan Eksekutif
Bahagian ini mestilah menjelaskan jumlah kewangan yang ingin dipohon, bagaimana danaini akan digunakan dan juga bagaimana pembayaran balik akan dilakukan. Bahagian inimestilah ditulis sebegitu rupa sehingga ia dapat menarik minat pembaca untuk terusmembaca rancangan perniagaan anda. Jika bahagian ini tidak menarik minat pembacamungkin mereka tidak akan terus membaca rancangan perniagaan yang disediakan.Satu ringkasan eksekutif yang baik merupakan batu asas dalam membentuk “firstimpression” yang baik dan ia akan membantu dalam usaha mendapat sumber kewangan.Walaupun bahagian ini merupakan komponen pertama dalam rancangan perniagaannamun ia mestilah bahagian terakhir di tulis.
Pernyataan Misi
Misi ialah satu pernyataan yang menerangkan secara umum dan luas tentang mengapaorganisasi diwujudkan. Ia memberikan panduan yang umum tentang arah perkembanganorganisasi. Pernyataan misi membezakan antara satu organisasi dengan organisasi yanglain. Secara umumnya sesuatu pernyataan misi yang lengkap merangkumi sembilankomponen berikut:
•
Pelanggan Siapakah pelanggan syarikat?
•
Keluaran atau perkhidmatan Apakah produk atau perkhidmatan yang ditawarkanoleh syarikat?
•
Pasaran Dalam pasaran apa syarikat bersaing?
•
Teknologi Adakah teknologi yang digunakan mengikuti arus perkembangan terkini?
•
Menitikberatkan kewujudandan pertumbuhan organisasi Apakah organisasi mempunyai daya maju?
•
Pegangan asas, nilai, aspirasidan keutamaan falsafahorganisasi Adakah syarikat mempunyai nilai-nilai murni?
•
Konsep diri Apakah ciri-ciri tersendiri organisasi?
•
Menitikberatkan imej umum Apakah tanggungjawab sosial dan persekitaran?
•
Menitikberatkan pekerja Adakah kebajikan pekerja dijaga?Sebagai satu pernyataan yang menggambarkan wawasan dan inspirasi syarikat, misi perlumenekankan nilai-nilai dan polisi yang akan diamalkan dengan gigih untuk membinaharapan syarikat. Suatu pernyataan misi yang baik mesti dapat menyediakan panduan bersama diantara pihak pengurusan, pihak fungsian dan pihak operasian untuk menujukearah yang sama dan mengambil peluang yang wujud di persekitaran. Ia juga memberigaris panduan kepada setiap ahli organisasi yang mungkin berselerak dari segi kedudukangeografi yang bertindak secara individu atau berkumpulan tetapi mempunyai matlamatyang sama untuk mecapai objektif syarikat.4