mengenai hal ini. Tidak dinafikan memang ada kaum lelaki yang mengambilbahagian tetapi jumlahnya terlalu kecil berbanding dengan wanita.Salah satu sebab sukan ini mudah diterima umum ialah ia mudahdimainkan dan tidak memerlukan kawasan yang luas seperti halnya bolasepak dan hoki. Bilangan pemain tidak ramai. Hal ini turut mempengaruhi.Hari ini bola jaring telah diiktiraf sebagai salah satu sukan antarabangsadengan sebilangan besar negara dunia mengambil bahagian dalampertandingan – pertandingan antarabangsa.Di negara kita bola jaring diminati oleh semua golongan wanita.Berbagai kejohanan dan pertandingan dianjurkan dari semasa ke semasa.Majlis Sukan Sekolah – sekolah Malaysia (MSSM) menganjurkan kejohananbola jaring yang dianggap paling menarik dan mendapat sambutan yangmenggalakkan. Kejohanan ini dijalankan dari peringkat daerah, negerihinggalah ke peringkat kebangsaan. Persatuan Bola Jaring Malaysia jugaturut menganjurkan kejohanannya sendiri, dan turut mengambil bahagiandalam kejohanan antarabangsa.