You are on page 1of 4

Tajuk Jurnal : The Use of Computer Tools to Support Meaningful Learning Penulis : Keengwe,J. Onchwari, G.

, & Wachira, P. Tahun : 2008 Sumber : http://www.editlib.org/p/23647/ (AACE Journal, Volume 16(1), 77 92 Ulasan Jurnal 1. Ringkasan Jurnal Artikel Secara keseluruhan, jurnal artikel ini adalah berkenaan tentang penggunaan teknologi komputer di dalam pendidikan. Penulis penulis membincangkan mengenai pembelajaran menggunakan alat alat teknologi seperti komputer, audio, video dan sebagainya di dalam interaksi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pada permulaan jurnal ini, penulis penulis telah mengulaskan

perkembangan penggunaan teknologi di dalam bilik darjah bermula pada ebelum tahun 1970 di mana radio, pemain kaset dan projektor filem telah digunakan. Kemudian, pada tahun 1970, penggunaan komputer telah mula berkembang di sekolah sekolah di negara Barat. Bermula dengan komputer kemudia disusuli dengan internet pada awal tahun 90-an. Sejak daripada itu, peruntukan untuk teknologi di sekolah sekolah ataupun di kampus kampus telah meningkat. Ini adalah selaras denagn harapan guru di mana mereka inginkan pelajar pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan dapat menimba ilmu dengan lebih baik. Namun begitu, terdapat pendapat di mana penggunaan teknologi di sekolah tidak akan meningkatkan prestasi dalam pelajaran mahupun dalam memperbaiki kaedah pengajaran di dalam kelas kecuali jika pihak pentadbir sekolah dan guru dapat menerapkan teknologi di dalam kurikulum. Jurnal artikel ini meliputi tiga bidang iaitu kebaikan menggunakan teknologi komputer, pembelajaran bermakna dan kaedah pengajaran dan komputer. 2. Komen Jurnal Artikel Terdapat tiga perkara yang difokuskan dalam jurnal artikel ini iaitu kebaikan menggunakan teknologi dalam pendidikan, teknologi komputer sebagai kaedah pengajaran dan teknologi komputer serta pembelajaran bermakna.

Menurut penulis penulis, terdapat banyak kebaikan menggunakan teknologi dalam pendidikan. Antaranya ialah pelajar yang menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mencapai markah yang lebih tinggi berbanding pelajaran yang kurang menggunakannya. Berdasarkan penyataan penulis, terdapat banyak pendapat yang menyokong penyataan tersebut kerana terdapat bukti bukti yang kukuh diberikan berdasarkan kajian kajian yang dilakukan. Pada pendapat saya, saya bersetuju dengan penyataan yang diberikan oleh penulis. Hal ini kerana pada zaman sekarang, murid murid lebih terdedah dengan teknologi teknologi. Dengan menggunakan teknologi, murid murid akan tertarik dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Selain itu, murid murid tidak akan merasa bosan. Selain itu, penulis turut menyatakan bahawa teknologi memberikan kesan yang sangat besar kepada kanak kanak berkeperluan khas. Saya bersetuju dengan pendapat penulis. Kanak kanak berkeperluan khas memerlukan peralatan mengajar yang mampu menarik perhatian mereka dalam seis pengajaran dan pembelajaran. Sesuatu subjek ataupun topik yang sukar untuk dijelaskan dapat diatasi dengan menggunakan teknologi di mana mereka dapat menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran secara maksimum di dalam kelas. Disamping itu, sesuatu perkara yang abstrak mahupun kompleks dapat dipermudahkan menggunakan teknologi seperti perisian. Selain penggunaan perisian, kanak kanak ini juga dapat menjalani terapi bagi membantu menguatkan motor kasar dan motor halus mereka seperti terapi multisensory dengan menggunakan teknologi. Perkara kedua yang difokuskan dalam jurnal artikel ini ialah teknologi komputer sebagai kaedah pengajaran. Menurut penulis, dengan menggunakan teknologi komputer sebagai kaedah pengajaran dalam sesuatu sesi, murid murid dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan juga kemahiran pembelajaran. Berdasarkan kenyataan tersebut, saya kurang bersetuju kerana sesuatu pengajaran dan pembelajaran tanpa teknologi juga dapat membantu murid murid untuk mempertingkatkan aras kemahiran berfikir serta pembelajaran mereka. Hal ini kerana seseorang guru perlu bertindak dalam membantu mereka berfikir dengan memberi contoh bahan rangsangan di sekitar mereka seperti kesan buli kepada pembuli. Ini secara tidak langsung dapat membantu car amereka berfikir. Selain itu, sesuatu perkara yang melibatkan cara berfikir yang kritis dan

kreatif bukan hanya dipengaruhi oleh media media pengajaran tetapi juga cara pengajaran yang dilakukan oleh guru seperti cara menyelesaikan permainan catur. Ini secara tidak langsung akan menarik minat dan mengasah cara berfikir mereka. Namun begitu, penggunaan teknologi adalah tidak salah dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana ia akan bertindak sebagai alat pembantu menyelesaikan sesuatu yang kompleks seperti lukisan 3D. Selain itu, perkara ketiga yang difokuskan dalam jurnal artikel ini ialah teknologi komputer dan pembelajaran bermakna. Dalam subtopik ini, penulis menerangkan bahawa penggunaan teknologi komputer dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna kepada murid murid. saya bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh penulis dimana kemahiran berfikir aras tinggi murid murid dapat diasah dengan baik. Hal ini kerana teknologi dapat membantu murid murid dalam mengekpresikan cara berfikir mereka melalui aspek yang berbeza. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap pembelajaran aktif, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, pembelajaran secara koperatif dan lain lain lagi. Secara keseluruhan, saya bersetuju dengan penyataan penyataan penulis dalam penggunaan teknologi komputer dapat membantu pembelajaran bermakna murid murid di sekolah. 3. Cadangan/Penambahbaikan Setiap perkara yang dilakukan pasti akan ada kelenahan mahupun kebaikan. Setiap kelemahan itu pasti ada jalan untuk menyelasaikannya. Begitu juga dengan penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan. Berdasarkan jurnal artikel yang dihasilkan oleh penulis, sesuatu teknologi dalam pendidikan bukan sahaja akan berjaya berdasarkan keperluan sesuatu teknologi tetapi bergantung kepada kemahiran yang ada pada seseorang guru. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan perlu melatih guru guru agar untuk menguasai kemahiran teknologi. Terdapat banyak cara untuk memastikan guru guru di sekolah dapat menguasai sesuatu kemahiran teknologi. Antaranya ialah dengan mengikuti kursus kursus yang dianjurkan sama ada melalui program - program tajaan ataupun bertindak secara berkolaborasi dengan guru guru yang lebih mahir dalam teknologi. Secara tidak langsung, perbelanjaan dapat dijimatkan.

Selain itu, bagi memastikan pembelajaran yang bermakna dapat diteruskan di dalam bilik darjah, pihak pentadbiran sekolah haruslah merangka jadual dimana penggunaan teknologi dalam pendidikan perlulah diterapkan sekurang kurangnya seminggu sekali di dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah untuk mengelakkan murid murid merasa bosan dengan kaedah pengajaran yang sama sahaja. Hal ini juga bermaksud dimana kaedah pengajaran secara teknologi ini dapat merealisasikan strategi berpusatkan murid yang diwar war digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.. Disamping itu, guru haruslah menyediakan soalan yang mencabar kemahiran berfikir mereka terutamanya melibatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Soalan soalan tersebut haruslah menggunakan teknologi dalam pelaksanaannya seperti merancang satu persembahan menggunakan OHP sebagai medium penyampaian. Penggunaan OHP sebagai medium penyampaian kreativiti murid murid telah luas digunakan di negara negara Barat yang lain seperti Mexico. Kita sebagai negara yang kian membangun dan bersaing untuk maju setaraf dengan negara negara maju perlulah mencontohi negara negara yang lain dari segi kebaikan dan bukannya dari segi keburukan.

You might also like