2
Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan
4. Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS) yang disediakan bersama-samadengan Pekeliling ini meliputi:Bab A - PenerimaanBab B - Merekod StokBab C - PenyimpananBab D - PengeluaranBab E - PemeriksaanBab F - Keselamatan dan KebersihanBab G - PelupusanBab H - Kehilangan dan Hapus Kira
Penubuhan Bahagian/Seksyen/Unit Pengurusan Aset Kerajaan
5. Kementerian/Jabatan/PTJ hendaklah menubuhkan Bahagian/Seksyen/Unityang sesuai bagi menguruskan aset Kerajaan (aset alih/hidup dan stor).6. Struktur organisasi Pengurusan Aset Kerajaan di Bahagian/Seksyen/Unithendaklah mempunyai dua (2) fungsi berasingan iaitu Pengurusan Aset Alih/Hidupdan Pengurusan Stor diketuai oleh pegawai-pegawai yang lebih kanan.7. Pegawai-Pegawai Aset/Stor hendaklah menjalankan tugas sepenuh masabagi menguruskan aset alih/hidup atau stor secara berasingan. Bilangan dan gredperjawatan yang akan diwujudkan adalah tertakluk kepada beban tugas, nilai sertabilangan aset Kerajaan di bawah kawalan/pegangan masing-masing.8. Pegawai-Pegawai Aset yang telah dilantik oleh Pegawai Pengawal di bawahperaturan sebelum Pekeliling ini berkuat kuasa boleh meneruskan tugas sehinggastruktur organisasi diluluskan.
Tanggungjawab Pegawai Pengawal Dalam Pengurusan Stor Kerajaan
9. Pegawai Pengawal Kementerian/Jabatan hendaklah memastikan pengurusanStor Kerajaan dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan di Kementerian/ Jabatan masing-masing dengan melaksanakan perkara-perkara berikut:-(a) Memastikan organisasi Stor diletakkan di bawah kawalan Bahagian/ Seksyen/Unit Pengurusan Aset Kerajaan di Kementerian/Jabatan/PTJ;(b) Menentukan pegawai-pegawai khusus melaksanakan pengurusan storbagi Stor Pusat dan Stor Utama. Bagi Stor Unit pegawai-pegawaikhusus boleh diwujudkan berasaskan beban tugas dan pegangan stok, jika perlu;