You are on page 1of 11

PENGENALAN

A1002 / Unit1/ halaman 1

UNIT11 UNIT

PENGENALAN

OBJEKTIF AM

Unit

Memahami kepentingan Pendidikan Moral dalam Wawasan dan Falsafah Pendidikan Negara

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat : menerangkan kepentingan Pendidikan Moral dalam Wawasan dan Falsafah Pendidikan Negara menyenaraikan nilai-nila moral yang baik

Unit 1-1

PENGENALAN

A1002 / Unit1/ halaman 2

INPUT INPUT

1.0 PENGENALAN
. Pendidikan Moral adalah satu mata pelajaran yang menekankan aspek-aspek kerohanian, kemanusiaan dan kemasyarakatan. Tumpuan khusus akan diberikan kepada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai murni yang terdapat di dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia, sejajar dengan nilai murni sarwajagat

Pendidikan Moral dibina bertujuan untuk memupuk dan menghayati nilai-nilai moral agar dapat disumbangkan ke arah pembentukan insan yang mulia dan bertanggungjawab selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Masyarakat yang berilmu, bertatasusila, berbudi dan penyayang akan memenuhi hasrat negara bagi mewujudkan masyarakat yang aman dan kondusif.

Unit 1-2

PENGENALAN

A1002 / Unit1/ halaman 3

1.1 PENGENALAN KURSUS PENDIDIKAN MORAL

Muqaddimah Pendidikan moral adalah satu daripada mata pelajaran teras dalam kurikulum politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia yang diwajibkan kepada pelajar-pelajar yang beragama selain daripada agama Islam semasa pelajar-pelajar Islam mengikuti pelajaran Pendidikan Islam. Ia sebenarnya lanjutan daipada pelajaran Pendidikan Moral di sekolah menengah dan rendah sebelum ini. Sebagai satu mata pelajaran lanjutan, ia akan memperkukuhkan lagi amalan tabiat dan tingkah laku moral yang telah disemai pada peringkat sebelumnya. Sukatan Pendidikan Moral ini memberi tumpuan kepada pemupukan nilai-nilai moral yang terdapat di dalam agama, tradisi dan adat resam berbagai kaum di Malaysia serta selaras pula dengan nilai-nilai moral sejagat Pengajaran di kelas-kelas adalah perlu dan merupakan salah satu cara ke arah pemupukan nilai-nilai moral kepada pelajar. Nilainilai moral yang telah disemai perlu diperkukuhkan lagi melalui gerak kerja dan sebagainya.

Unit 1-3

PENGENALAN

A1002 / Unit1/ halaman 4

Matlamat Kursus Pendidikan Moral di politeknik adalah bertujuan memberi peluang kepada pelajar menghayati nilai-nilai moral supaya mereka dapat mengenal, menerima, mengamal dan seterusnya membuat keputusan yang bertanggungjawab mengenai berbagai perkara dan situasi dalam kehidupan. Penghayatan terhadap nilai-nilai ini membolehkan mereka membuat pertimbangan sendiri secara rasional dan sentiasa berlandaskan prinsip-prinsip moral apabila berhadapan dengan pelbagai isu dalam masyarakat Malaysia. Penghayatan dan amalan nilai-nilai moral ini dapat membentuk seorang individu yang berperibadi mulia.

Objektif Objektif kursus Pendidikan Moral di politeknik adalah supaya pelajar dapat : memperkukuhkan amalan tabiat dan tingkah laku dengan sikap dan nilai moral yang diperolehi pada peringkat sekolah menyedari, memahami dan menghayati nilai-nilai moral serta norma dalam masyarakat malaysia ke arah pembinaan pemikiran yang lebih ideal membuat pertimbangan dan bertindak mengikut teori, pemikiran, prinsip dan peraturan moral mengamalkan nilai-nilai moral dalam kehidupan seharian.

Unit 1-4

PENGENALAN

A1002 / Unit1/ halaman 5

1.1

ASPEK MORAL DALAM WAWASAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan dan bersepadu untuk membentuk insan yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat yang Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Pendidikan selama 9 tahun dikatakan sebagai pendidikan universal percuma, iaitu Pendidikan Sekolah Rendah selama 6 tahun dan Pendidikan Sekolah Menengah selama 3 tahun. Pendidikan yang lebih tinggi juga dikatakan seperti pendidikan kemahiran dan vokasional, pendidikan Extention, pendidikan pengajian tinggi dan sebagainya. Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar rasmi dan digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, terdapat dua alternatif bahasa pengantar iaitu bahasa Cina dan bahasa Tamil. Pendidikan negara diusahakan dengan giat untuk mencapai beberapa matlamat yang ditetapkan. Di antara matlamat-matlamat yang lebih penting ialah untuk memperbanyakkan masyarakat yang berpengetahuan, melahirkan masyarakat yang selaras dengan aspirasi dan hasrat negara seperti terkandung dalam rukun negara, sebagai alat strategi dalam dasar ekonomi baru, mempertingkatkan produktiviti individu dan lainlain lagi untuk merealisasikan secara percuma, mengadakan sistem politeknik, pendidikan extention dan menambahkan jumlah universiti. Pembentukan falsafah pendidikan negara adalah merujuk kepada perkara-perkara yang terkandung dalam Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961,Laporan Jawatankuasa mengkaji semula pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979,Rukun Negara dan Prinsip Pendidikan serta matlamat pendidikan.Pernyataan falsafah ini berbunyi : Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan berketerampilan , berakhlak mulia ,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara . Falsafah pendidikan negara bertujuan untuk memperkembangkan lagi potensi individu, mewujudkan insan yang seimbang, kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia, bertanggung jawab, berkeupayaan untuk menikmati kesejahteraan diri dan melahirkan masyarakat Malaysia bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama.

Unit 1-5

PENGENALAN

A1002 / Unit1/ halaman 6

Kementerian Pendidikan telah menyelaraskan nilai nilai murni yang terdapat dalam berbagai agama di Malaysia yang bersifat universal. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Moral 1976 telah meneliti dan menggubal nilai-nilai moral untuk diajar di sekolah- sekolah berasaskan nilai-nilai universal yang terkandung dalam ajaran agamaagama di Malaysia. Jawatankuasa ini telah menerima secara muktamat 16 nilai murni untuk diajar di sekolah-sekolah.

Untukmenguji mengujikefahaman kefahamananda, anda,sila silabuat buat Untuk aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuas hati aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuas hati denganjawapan jawapananda, anda,sila silabuat buatulangkaji ulangkaji dengan pada input yang anda rasa masih kabur. pada input yang anda rasa masih kabur. SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!! SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!

Unit 1-6

PENGENALAN

A1002 / Unit1/ halaman 7

AKTIVITI 1A

1.1 Pendidikan Moral adalah pengajaran yang memberi tumpuan kepada pemupukan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum. Sebutkan nilai nilai murni yang hendak diterapkan kepada para pelajar?

1.2 Falsafah Pendidikan Negara digubal berdasarkan kepada Penyata Razak 1956 Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Laporan Jawatankuasa mengkaji semula pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979. Apakah tujuan Falsafah Pendidikan Negara diwujudkan?

1.3 Kerajaan Malaysia telah menggubal sukatan pelajaran Pendidikan Moral bagi kursus Pendidikan Moral . Jelaskan bagaimana sukatan Pendidikan Moral itu digubal?

Unit 1-7

PENGENALAN

A1002 / Unit1/ halaman 8

MAKLUMBALAS 1A

1.1 Nilai-nilai murni yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara yang hendak disampaikan kepada para pelajar ialah kesemua 16 nilai nilai murni yang terkandung dalam sukatan palajaran pendidiksan moral. 1.2 Tujuan Falsafah Pendidikan Negara dibentuk untuk memperkembangkan lagi potensi individu, mewujudkan insan yang seimbang, kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia, bertanggung jawab, berkeupayaan untuk menikmati kesejahteraan diri dan melahirkan masyarakat Malaysia bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama 1.3 Kerajaan telah membentuk satu jawatankuasa Penndidikan Moral pada tahun 1976 di mana ahli-ahlinya terdiri daripada pakar-pakar yang berbagai agama telah berbincang dan membuat satu rumusan bersetuju menjadikan 16 nilaiyang sesuai diajar kepada pelajar-pelajar diseluruh pusat pengajian di Malaysia.

Untuk menguji menguji kefahaman kefahaman anda, anda, sila sila Untuk buataktiviti aktiviti berikut....... buat berikut....... Jikaanda andatidak tidakberpuashati berpuashatidengan dengan Jika jawapananda, anda,sila silabuat buatulangkaji ulangkajipada pada jawapan inputyang yang anda rasa masih kabur........ input anda rasa masih kabur........ SELAMATMENCUBA MENCUBA!!!!!!!!!!! !!!!!!!!!!! SELAMAT

Unit 1-8

PENGENALAN

A1002 / Unit1/ halaman 9

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

1) Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan dan bersepadu untuk membentuk insan yang seimbang dari segi intelik, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Apakah tujuan daripada usaha-usaha yang telah dilakukan.

2)

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara .

Unit 1-9

PENGENALAN

A1002 / Unit1/ halaman 10

Berdasarkan petikan dia atas, bagaimanakah Falsafah Pendidikan Negara ini dibentuk.

3. Pendidikan negara diusahakan dengan giat untuk mencapai beberapa matlamat yang ditetapkan. Sebutkan empat matlamat Pendidikan Negara.

TAHNIAH! Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan dalam penilaian kendiri. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas untuk memastikan jawapan anda adalah betul.

Unit 1-10

PENGENALAN

A1002 / Unit1/ halaman 11

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

1.1 Usaha yang dilakukan bertujuan bagi melahirkan rakyat yang Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 1.2 Pembentukan falsafah pendidikan negara adalah merujuk kepada perkara-perkara yang terkandung dalam Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Laporan Jawatankuasa mengkaji semula pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979, Rukun Negara dan Prinsip Pendidikan serta matlamat pendidikan. 1.3 Matlamat-matlamat Pendidikan Negara ialah untuk memperbanyakkan masyarakat yang berpengetahuan, melahirkan masyarakat yang selaras dengan aspirasi dan hasrat negara seperti terkandung dalam rukun negara, sebagai alat strategi dalam dasar ekonomi baru, mempertingkatkan produktiviti individu.

Anda sudah Anda sudah berpuashati dengan berpuashati dengan unit ini!!!!!!! unit ini!!!!!!! Kalau sudah jom kita Kalau sudah jom kita ke Unit 2. ke Unit 2.

Unit 1-11

You might also like