You are on page 1of 20

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 2703 PENDIDIKAN KO-KURIKULUM

TAJUK TUGASAN : T1A1

NAMA PELAJAR NO. MATRIK NO. KP NO. TELEFON EMEL

: LO SEW LIN : 750606125266001 : 750606-12-5266 : 016-8103015 : koaychristy@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM LAHAD DATU NAMA E-TUTOR : LINA BINTI THOMAS @ TUPANG

SEMESTER JANUARI 2013

PRAKATA

Syukur kepada Tuhan atas lindungan dan pemeliharaan-Nya sehingga e-portfolio Kelab Ping Pong yang telah saya buat dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan forum saya yang sentiasa memberi bimbingan, pandangan dan dorongan dalam usaha menyiapkan portfolio ini. Tidak lupa juga kepada tutor dari Universiti Terbuka Malaysia dan guruguru SJK(C) Kiau Shing yang turut terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan portfolio ini.

Walaupun hasil portfolio ini tidak sebaik yang diharapkan tetapi inilah hasil yang terbaik bagi saya yang telah saya usahakan melalui pelbagai sumber maklumat.

Lo Sew Lin

Isi Kandungan

Perkara Prakata 1.0 Pengenalan 2.0 Senarai Nama Ahli 3.0 Surat Perlantikan Guru Penasihat 4.0 Tujuan Kelab 5.0 Carta Organisasi Kelab Ping Pong 6.0 Aktiviti-Aktiviti Kelab Ping Pong 7.0 Kelebihan Kelab 8.0 Peraturan Kelab 9.0 Undang-Undang dan Peraturan Permainan 10.0 Cabaran / Halangan Rujukan

muka surat 1 3-4 4 5 6 7 8-9 10 11 - 15 16 - 17 18 19

1.0 Pengenalan Ko-kurikulum sudah lama wujud di sekolah-sekolah di negara kita mengikut Peraturan Kursus Pengajian, Akta Pelajaran, 1956. Pada tahun 1985, ko-kurikulum diajar dan dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan di sekolah rendah. Aktiviti ko-

kurikulum dilaksanakan di luar dan di dalam bilik darjah berdasarkan kepada kesesuaian sesuatu aktiviti yang telah dirancangkan. Menurut Md. Aris Mansor (1985), kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran yang berasakan mata pelajaran akademik. Walaupun, sebahagian besar aktiviti ko-kurikulum merangkumi pembelajaran yang bukan berasakan mata pelajaran akademik. Setiap murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum. Ini selaras dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) yang mewajidkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu :

Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut: 1. Penyertaan dalam sukan dan permainan. 2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab. 3. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam. 4. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan.

Sejajar dengan itu, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kiau Shing telah menubuhkan Kelab Ping Pong dan Kelab Bola Keranjang. Hal ini kerana sekolah ini tidak mempunyai padang dan hanya mempunyai sebuah gelanggang bola keranjang. Kelab Ping Pong ditubuhkan adalah kerana sekolah tersebut mempunyai meja Ping Pong dan peralatanperalatan seperti raket dan bola Ping Pong. Budaya sukan sekolah tersebut telah

mempengaruhi pemilihan jenis-jenis sukan untuk kelab-kelab tersebut. Pemilihan sukan yang besesuaian dengan budaya sedia ada akan memudahkan penglibatan murid secara menyeluruh. Kelab Ping Pong SJK(C) Kiau Shing telah ditubuhkan secara rasminya
3

pada 5 Januari 2011 dan didaftarkan di bawah aktiviti kelab permainan SJK(C) Kiau Shing. Idea asal penubuhan kelab Ping Pong ini adalah dari En Siew Koh Voon selaku Penolong Kanan Kokurikulum. Pada masa itu, penubuhan kelab tersebut adalah memberi peluang kepada murid mencuba permainan yang baru yang sebelum ini agak asing bagi mereka. Ia juga bertetapan dengan arahan dari Menteri Pelajaran yang menetapkan dasar 1 Murid 1Sukan. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kiau Shing merupakan sekolah kurang murid yang terletak di kawasan pedalaman. Ia mempunyai 14 orang guru dan 65 orang murid. Oleh itu, bilangan ahli Kelab Ping Pong hanya mempunyai 15 orang sahaja. Penulis yang mengajar di sekolah tersebut telah dilantik sebagai guru penasihat Kelab Ping Pong. Penulis bersama guru-guru penasihat Kelab Ping Pong mengadakan satu pertandingan persahabatan di kalangan ahli kelab.

2.0 Senarai Nama Ahli Senarai Nama Ahli Kelab Ping Pong 2013 Bil Nama Ahli 1. Ahmad Chong 2. Danny Pray 3. Nurulisa 4. Ika Sherina 5. Mathew Chong Vui Keat 6. Shazleen 7. Farah Shazridah 8. Mark Oliver 9. Mohd Amy Shah 10. Ng Jit Yee 11. Ricky 12. Agnes Chong 13. Mohd Fareed 14. Noor Faryeena 15. Nur Atirah Kelas / Tahun 3 3 3 4 4 4 5 5 5 5 5 6 6 6 6 Jantina L L P P L P P L L P L P L P P
4

3.0 Surat Perlantikan Guru Penasihat

SJK KIAU SHING PETI SURAT 60085, 91110 LAHAD DATU. NO. TEL : 089-866832

_____________________________________________________________________ Rujukan kami: XCC3109/800-1/8/6 Kepada: LO SEW LIN SJK (C) Kiau Shing, Lahad Datu, Sabah. Tuan / Puan, PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT KELAB PING PONG SJK(C) KIAU SHING 2013 Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan / puan telah dilantik sebagai Guru Penasihat Kelab Ping Pong berkuatkuasa pada 09 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013. Tuan / puan akan menjalankan kuasa yang diberikan kepada saya seperti dalam Peraturan 8 Warta Kerajaan bertarikh 21/05/1998, P.U.(A) 196. 3. Semoga dengan perlantikan ini tuan / puan dapat menjalankan tanggungjawab untuk meningkatkan prestasi kelab ini. Sekian , terima kasih. Tarikh: 09 Januari 2013

Saya yang menjalankan tugas,

. ( Nurhidayah Chong ) Guru Besar, SJK (C) Kiau Shing


5

4.0 Tujuan Kelab Dalam jangka masa yang panjang, penubuhan Kelab Ping Pong adalah berhasrat untuk melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Pelaksanaan kelab ini juga membantu bagi mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan murid. Ia juga bertujuan untuk memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

Berikut adalah tujuan/ objektif jangka pendek: 1. Meningkatkan semangat bekerjasama di antara ahli-ahli kelab. 2. Melatih ahli kelab mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan kebolehan menjalankan aktiviti kelab. 3. Membina dan memupuk aspek kepimpinan dalam kalangan murid. 4. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan seronok. 5. Mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah. 6. Sekurang-kurangnya 70% murid-murid dapat menguasai kemahiran asas permainan.

5.0 Carta Organisasi Kelab Ping Pong

AHLI JAWATANKUASA KELAB PING PONG 2013 Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kiau Shing
PENAUNG Pn. Nurhidayah Chong (Guru Besar)

PENASIHAT En. Siew Koh Voon (GPK Kokurikulum)

PENYELARAS 1 En. Nordirian Shah (Guru Penasihat )

PENYELARAS 2 Pn. Lo Sew Lin (Guru Penasihat )

PENYELARAS 3 Cik Fo Ling Yee (Guru Penasihat )

PENGERUSI Agnes Chong (Murid Tahun 6)

NAIB PENGERUSI Noor Faryeena (Murid Tahun 6)

SETIAUSAHA Farah Shazridah (Murid Tahun 5)

BENDAHARI Ng Jit Yee (Murid Tahun 5)

AJK Ahmad Choong (Murid Tahun 3)

AJK Shazleen (Murid Tahun 4)

AJK Mark Oliver (Murid Tahun 5)

AJK Mohd Fareed (Murid Tahun 6)

6.0 Aktiviti-Aktiviti Kelab Ping Pong

TAKWIM KELAB PING PONG 2013 SJK(C) KIAU SHING

Semerter 1 Bulan Minggu / Tarikh Januari Minggu 1 09.01.2013 Minggu 2 16.01.2013 Minggu 3 23.01.2013 Minggu 4 30.01.2013 Februari Minggu 5 06.02.2013 Minggu 6 13.02.2013 Minggu 7 20.02.2013 Minggu 8 27.02.2013 Mac Minggu 9 06.03.2013 Minggu 10 13.03.2013 Minggu 11 20.03.2013 Latihan 1 ( Kemahiran Memegang Raket) Latihan 2 ( Menimbang & Melantun Bola) Latihan 3 ( Pukulan Ke dinding) Latihan 4 ( Lambung & Sambut) Latihan 5 ( Pukulan ke bakul / kotak ) Guru Penasihat Jurulatih Pengenalan Peraturan Pemainan Guru Penasihat Ping Pong Cuti Tahun Baru Cina Jurulatih Pembentukan AJK Suai Kenal Antara Ahli Mesyuarat AJK Pendaftaran Ahli Pendaftaran Kelab Aktiviti Catatan / Tindakan Guru Besar GPK kurikulum Guru Penasihat Ko-

Minggu 12 27.03.2013 April Minggu 13 03.04.2013 Minggu 14 10.04.2013 Minggu 15 17.04.2013 Minggu 16 24.04.2013 Mei Minggu 17 01.05.2013 Minggu 18 08.05.2013 Minggu 19 15.05.2013 Minggu 20 22.05.2013

Cuti Pertengahan Penggal

Latihan 6 ( Pukulan Forehand & Backhand ) Pertandingan Persabahatan (Perseorangan) Pertandingan Persabahatan (Bergu) Post- mortem

Guru Penasihat Pengadil

Cuti Hari Buruh

Guru Penasihat

Permainan Kecil

Permainan Kecil

Mesyuarat Agung

7.0 Kelebihan Aktiviti Kelebihan atau faedah melibatkan diri dalam aktiviti Kelab Ping Pong: (a) Meningkatkan disiplin murid. Aktiviti-aktiviti kelab dapat meningkatan disiplin murid. Ini kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam suatu permainan atau pasukan mestilah menepati masa, rajin berlatih dan mematuhi arahan jurulatihnya. Secara tidak langsung aktiviti kelab dapat

membentuk disiplin murid. Ini selaras dengan kenyataan penglibatab aktif murid dalam ko-kurikulum berupaya mengurangkan masalah salah laku dalam kalangan murid seperti merokok, minum arak, menghisap dadah dan melepak (Eccler & Barber, 1999; Darling, 2000).

(b) Melahirkan murid yang sihat dan cergas. Aktiviti permainan ping pong dapat menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Contohnya, muird yang selalu bermain ping pong atau bersukan jarang sakit berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan.

(c) Menggunakan masa lapang dengan lebih berfaedah. Biasanya murid yang aktif dalam aktiviti kelab tidak akan menghabiskan masanya untuk berlepak di pusat beli-belah, bermain permainan komputer dan sebagainya. Murid akan dididik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Contohnya, seseorang murid yang mewakili pasukan sekolah mesti ada jadual latihan dan jadual belajar. Oleh demikian, murid yang aktif dalam bidang sukan juga berjaya dalam pelajarannya.

(d) Membentuk sahsiah murid. Penglibatan murid dalam aktiviti ko-kurikulum amat berguna untuk pembentukan sahsiah, mengisi masa lapang dengan pengetahuan berfaedah, menimba pengalaman dan mengelakkan diri dari terjebak dalam masalah gejalah sosial seperti melepak, penyalahgunaan dadah dan gangsterisme (Omardin, 1996).
10

8.0 Peraturan Peraturan Kelab

SUKAN / PERMAINAN PING PONG


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KIAU SHING NO. PENDAFTARAN 01/2013/XCC3109 PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) KELAB Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan Mo.41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Senarai Ahli Jawatankuasa Persatuan/Kelab Ping Pong SJK(C) Kiau Shing yang selepas ini disebut sebagai sukan/permainan sahaja.

PERATURAN 1

NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan: Sukan/Permainan Ping Pong SJK(C) Kiau Shing b. Alamat : SJK(C) Kiau Shing, Peti surat 60085, 91110 Lahad Datu, Sabah.

PERATURAN 2 2.1

MATLAMAT

Mengembangkan potensi murid secara seimbang dan menyeluruh dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek. 2.2 Melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang

menyeluruh dalam kalangan murid melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.

PERATURAN 3 3.1 3.2

OBJEKTIF

Meningkatkan semangat bekerjasama di antara ahli-ahli kelab. Melatih ahli kelab mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan kebolehan menjalankan aktiviti kelab.

3.3

Membina dan memupuk aspek kepimpinan dalam kalangan murid.


11

3.4

Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan seronok.

PERATURAN 4 4.1 4.2 4.3

KEAHLIAN

Dibuka kepada semua murid Tahun 3- 6 sekolah ini. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan mengambil bahagian dengan aktif untuk menjayakan tujuan kelab ini.

PERATURAN 5 5.1 5.2

GURU PENASIHAT

Guru Penasihat hendaklah terdiri daripada guru sekolah ini. Guru Penasihat hendaklah memberi bimbingan dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.

5.3

Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli ketika aktiviti dijalankan.

PERATURAN 6 6.1 6.2 6.3 6.4

AHLI JAWATANKUASA

Dilantik ketika Mesyuarat Agung. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagi Ahli Jawatankuasa dan dipilih secara undian. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. Ahli Jawatankuasa yang ingin meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.5

Ahli Jawatankuasa hendaklah terdiri: 6.5.1 6.5.2 6.5.3 6.5.4 6.5.5 Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa

PERATURAN 7 7.1 Pengerusi 7.1.1

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Mempengerusikan

semua

mesyuarat

dan

bertanggungjawab

ke

atas

kesempurnaan semua mesyuarat.


12

7.1.2

Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.2

Naib Pengerusi 7.2.1 7.2.2 7.2.3 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.3

Setiausaha 7.3.1 7.3.2 7.3.3 7.3.4 7.3.5 Menguruskan hal-hal surat menyurat. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan. Mencatat kehadiran ahli. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan kelab. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.4

Bendahari 7.4.1 7.4.2 Bertanggungjawab berkenaan semua kewangan kelab. Melakukan dan menyimpan kira-kira kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. 7.4.3 7.4.4 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. 7.4.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. 7.4.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan Guru Penasihat dari masa ke semasa.

13

7.5

Ahli Jawatankuasa 7.5.1 7.5.2 7.5.3 Membantu menjalankan tugas dalam aktiviti yang dilaksanakan. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan Guru Penasihat dari masa ke semasa.

PERATURAN 8 8.1 8.2

KEHADIRAN / PENYERTAAN

Ahli hendaklah menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun. Ahli yang tidak hadir sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Jika ahli gagal berbuat demikan, tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaia ko-kurikulum boleh diambil.

PERATURAN 9 9.1

AKTIVITI

Dijalankan mengikut perancangan yang ditetapkan dalam Mesyuarat Agung / Mesyuarat Ahli Jawatankuasa.

9.2

Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan pemakluman akan diberikan kepada ahli.

PERATURAN 10 10.1 10.2 10.3

PERATURAN-PERATURAN

Peraturan sekolah sebagai peraturan asas. Peraturan khas yang ditetapkan dalam mesyuarat hendaklah dipatuhi. Kegagalan mamatuhi atau melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 11 11.1

TINDAKAN DISIPLIN

Amaran lisan atau bertulis akan diberi kepada: 11.1.1 Ahli yang melanggar perlembagaan kelab. 11.1.2 Ahli yangtidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

11.2

Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan secara bertulis kepada Guru Penasihat.

PERATURAN 12 12.1

PINDAAN PERLEMBAGAAN

Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


14

12.2

Ahli, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah boleh membuat cadangan pindaan perlembagaan kelab.

12.3

Satu mesyuarat khas akan dibuat bagi membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. Mesyuarat kahs ini mesti dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa.

12.4

Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Guru Besar.

PERATURAN 13 13.1

PEMBUBARAN KELAB

Guru Besar berkuasa membubarkan kelab jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

PERATURAN 14 14.1

HAL-HAL LAIN

Setiap ahli mestilah mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang di jalankan.

. ( Farah Shazridah Setiausaha Kelab Ping Pong Tarikh: . )

( Agnes Chong )

Pengerusi Kelab Ping Pong Tarikh: .

. ( Lo Sew Lin )

Guru Penasihat Kelab Ping Pong Tarikh: .

15

9.0 Undang-Undang Dan Peraturan Permainan (a) Satu Permainan Satu permainan ping pong dipertandingankan dengan menggunakan sistem 11 mata. Setelah 2 mata pemain atau pasangan pemain yang menerima servis akan bertukar menjadi pemain atau pasangan pemain yang melakukan servis dan seterusnya sehingga tamat permainan. Setiap permainan akan dimenangi oleh pemain atau pasangan pemain yang mula-mula mendapat 11 mata, atau Jika kedua-dua pemain atau pasangan pemain mendapat 10 mata di mana permainan akan dimenangi oleh pemenang yang mula-mula mendapat 2 mata yang mendahului pihak lawannya, contoh: 12-10, 15-13. ( di mana susunan menservis dan menerima servis hendaklah membuat servis untuk 1 mata bergilir-gilir). Selepas tamat satu permainan pertukaran tempat dilakukan. Pemain yang mula menerima servis dalam permainan pertama akan memulakan servis dalam permainan kedua.

(b) Satu Perlawanan Sesuatu perlawanan ditentukan dengan kemenangan daripada sebarang nombor ganjil permainan yang biasanya 3, 5 atau 7 permainan.

(c) Permulaan Satu Permainan Sebelum mula suatu pertandingan / permainan, undian hendaklah dibuat untuk menentukan pemain yang mana satu akan memulakan servis. Terdapat 3 pilihan bagi pemenang undian: i. ii. iii. Hak memilih untuk memulakan servis, atau Membenarkan pihak lawannya memu memulakan servis, atau Melakukan pemilihan tempat.

16

Jika pemenang undian membuat pemilihan tempat, pihak lawannya ada

pilihan sama ada hendak memulakan servis atau memilih pihak lawannya memulakan servis dahulu. Jika pemenang undian membuat pilihan untuk memulakan servis dahulu,

pihak lawannya hanya terdapat membuat pemilihan tempat untuk memulakan permainan.

(d) Servis Asas Sukan Ping Pong Penservis wajid berdiri di belakang hujung meja ping pong. Bola diletakkan di atas tapak tangan yang terbuka di atas permukaan permainan meja dan melambungkan bola itu menegak ke atas dan pastikan lambungan itu adalah di atas permukaan meja dan di belakang hujung meja. Semasa bola menurun, pemain perlu memukul bola dengan raket dan pastikan bola melantun di atas bahagian meja sendiri sebelum melepasi ke bahagian atas meja lawan. Jika bola servis menyentuh jarring dan masih dilantun di atas meja lawan, Let akan dipanggil dan servis perlu diulangkan semula. Jika bola servis menyentuh jarring dan bola tidak dilantun di atas meja lawan, maka penservis akan hilang satu mata.

(e) Satu mata Seseorang pemain akan kehilangan satu mata kecuali apabila rally itu adalah satu let. Jika gagal membuat servis yang baik. Jika memukul bola dua kali berturut-turut. Jika pemain atau apa-apa yang dipakai atau dibawanya tersentuh bola. Jika menggerakkan permukaan meja semasa bola itu dalam permainan. Jika tangan bebasnya menyentuh permukaan permainan semasa bola itu dalam permainan. Jika berkelakuan buruk walaupun selepas diberi amaran oleh umpire pengadil.

17

10.0

Cabaran / Halangan

Cabaran-cabaran atau halangan yang dihadapi untuk menggalakkan penyertaaan aktivitiaktiviti kelab Ping Pong boleh dikalsifikasikan kepada 3 faktor utama; iaitu:

(a) Faktor struktur Faktor struktur yang dialami oleh murid-murid sekolah ini ialah kekurangan kemudahan, peralatan, masa, dan wang. Sekolah ini hanya mempunyai sebuah meja ping pong dan 10 buah raket. Ini tidak dapat menampung murid yang ramai. Murid terpaksa membuat aktiviti lain sambil menunggu gilirannya untuk bermain dan ini akan mengurangkan minat murid. Sebilangan murid menjadikan masalah kewangan sebagai alasan untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti kelab. Peralatan seperti raket telah membebankan sebilangan murid yang kurang kemampuan. Kedudukan rumah yang jauh dan masalah pengangkutan ke sekolah juga menjadi faktor halangan yang menyebabkan murid-murid tidak melibatkan diri dalam kegiatan kelab.

(b) Faktor interpersonal Faktor interpersonal ialah faktor-faktor yang melibatkan interaksi atau hubungan antara individu seperti kesulitan mencari pasangan yang sesuai untuk bermain dalam permainan ping pong. Pengetahuan tentang aktiviti tidak mencukupi dan tidak mempunyai kemahiran menjadikan faktor halangan yang paling tinggi menyebabkan murid-murid tidak menyertai dalam kegiatan Kelab Ping pong.

(c) Faktor intrapersonal Faktor intrapersonal ialah faktor melibatkan keadaan psikologi individu yang bertindak menghalang penglibatan aktiviti ko-kurikulum. Ramai murid beranggapan kegiatan ko-kurikulum tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Ramai ibu bapa juga tidak menggalakkan anak-anak mereka menyertai aktiviti ko-kurikulum kerana tidak memahami kepentingan pendidikan ko-kurikulum.

18

Rujukan

Ahmad Fauzi Bin Mohammad. Perbandingan Akta Pelajaran 1961 dengan Akta Pendidikan 1996. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK), KPM (2009): Buku panduan pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: A.G Grafik Sdn. Bhd. Kementerian Pelajaran (2011). Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan sekolah: Ping pong sekolah rendah. Bahagian Sukan. Mahoney, R.W, Larson, R.W & Eccler, J.S. (2005). Organized activities as contexts of development: Extracurricular activities, after-school and community programs. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates. Omardin Ashaari (1996). Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

19

You might also like