You are on page 1of 1

Pantun Merdeka

Bendera berkibar di rumah Pak Agos Di halaman rumah pasang pelita Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos Tarikh kemerdekaan negara kita.

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia Bumi bertuah indah permai Lima Puluh Enam tahun kita merdeka Rakyat hidup aman damai

Setiap tahun menyambut merdeka Jalur gemilang berkibar megah Sejarah negara jangan dilupa Beratus tahun kita dijajah.

Kaum melayu, Cina dan India Hidup sejahtera bersatu padu Jasa pemimpin jangan dilupa Rakyat terbilang negara maju.

Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat Bersama kita menyambut merdeka Bersatu berazam penuh semangat Mari pertahankan kemerdekaan kita.

You might also like