You are on page 1of 7

CINTA ITU MEMUNGKINKAN Cinta bisa menukilkan kata-kata cantik yang satu ketika, mungkin, mungkin ya, mungkin

menjadi racun kerana kebodohan cinta sesekali menjerat rantai besi dikelilingi api lantainya berduri

Cinta mampu memberikan wang dan emas yang satu masa, agak, agak ah, mungkin menjadi batu kerana kesilapan cinta sesekali menyesatkan asyik dan lupakan sejadah dindingnya amarah

Cinta bisa mencipta mimpi-mimpi indah yang satu detik, sungguh, sungguh aduh, mungkin menjadi gaung kerana nafsu-nafsi cinta sesekali membunuh keteguhan dan keyakinan bumbungnya kesyaitanan

Cinta ironi kembang pagi mekar pada hari-hari yang pendek sepatutnya cinta melebihi usia pilihlah cinta yang satu satu, Tuhan.

Pengenalan Puisi sebagai salah satu jenis sastera merupakan pernyataan sastera yang paling inti. Segala unsur seni kesusasteraan mengental dalam puisi. Oleh kerana itu, puisi dari dahulu hingga sekarang merupakan pernyataan seni sastera yang paling baku. Mendeklamasikan puisi merupakan sebuah kenikmatan seni yang khusus, bahkan merupakan puncak kenikmatan seni sastera. Oleh kerana itu, dari dahulu hingga sekarang puisi selalu diciptakan orang dan selalu dibaca, dideklamasikan untuk lebih merasakan kenikmatan seninya dan nilai kejiwaannya yang tinggi. Puisi pada hari ini kian kompleks dan kian sukar untuk ditafsirkan. Hal ini disebabkan oleh keinginan para penyair untuk menyajikan kemajuan seni yang setinggi-tingginya. Hal ini juga bersesuaian dengan kemajuan seni dan kemajuan intelek manusia pada umumnya yang meliputi segala bidang seni, ilmu dan kehidupan. Maka, untuk semua itu diperlukan serana pemahaman yang maju dan setepatnya, tidak terkecuali puisi (Rachmat Djoko Pradopo, 1999:vi). Puisi mempunyai nilai seni apabila pengalaman jiwa yang menjadi dasarnya dapat dijelmakan dalam kata. Penjelasan ini membuktikan bahawa kata atau bahasa adalah alat untuk menimbulkan penghayatan yang berkaitan dengan hakikat keindahan dan seni. Jesteru itu, pemilihan puisi moden sebagai salah satu teks komsas yang dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu bagi tingkatan satu hingga tingkatan lima merupakan satu langkah bijak dalam membina modal insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Kewibawaan dan kesediaan guru menjadi prioriti utama dalam menentukan kejayaan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran teks puisi di sekolah. Pemahaman murid juga bergantung kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Apa yang penting murid dapat memahami teks di akhir pengajaran dan keseronokan dan kepuasan dapat dirasai dalam pembelajaran mereka. Puisi yang sesuai dijadikan teks komsas di peringkat sekolah biasanya mengandungi nilai dan pengajaran yang amat berguna untuk dijadikan pedoman dan pegangan hidup mereka.

Maksud Rangkap 1 Pada satu ketika cinta itu boleh mengungkapkan janji-janji manis dan boleh juga menjadi

racun disebabkan kebodohan diri sendiri. Terkadang cinta itu membawa kesengsaraan yang amat pedih dan menyakitkan. Rangkap 2 Pada satu masa juga, cinta boleh memberikan kemewahan hidup kepada seseorang seperti wang dan emas. Tetapi berkemungkinan, cinta itu boleh melalaikan kerana kesilapan diri dan lupa akan perintah agama d. Rangkap 3 Cinta mampu membuatkan manusia sering beragan-angan yang suatu masa mungkin akan menjadi punca kepada masalah dalam kehidupan mereka kelak. Manusia kadangkala akan mudah lemah dan tergoda dengan cinta berlandaskan nafsu ekoran daripada hasutan syaitan. Rangkap 4 Pada kebiasaannya, cinta di dunia hanya bersifat sementara dan hanya akan dilupakan dalam satu tempoh masa yang pendek sedangkan perasaan cinta kepada Maha Pencipta yakni Tuhan tiada penghujungnya dan tidak mengharapkan sebarang balasan. Tema Sajak ini bertemakan perasan cinta yang begitu sinonim dengan kehidupan manusia. Penyajak mengingatkan manusia yang sering kali terleka dan tergoda dengan cinta sesama manusia dan nikmat dunia sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba kepada Penciptanya. Persoalan 1) Kebahagiaan dan kesengsaraan. Cinta membuatkan seseorang itu merasakan hidupnya bahagia kerana disulami janji-janji manis. Namun, dek kerana kebodohan, cinta boleh memakan diri dan membawa kepada peritnya kehidupan yang dilalui.

2) Kepentingan menunaikan perintah agama.

Oleh kerana cinta, mereka sanggup memberikan apa sahaja hatta, wang dan emas. Pada mulanya dapat menimbul kegembiraan namun disebabkan mengabaikan perintah agama, maka cinta itu tidak lagi beerti kerana hanyut dan alpa dengan kemewahan yang bersifat sementara.

3) Berhati-hati dengan cinta yang berlandaskan hawa nafsu. Sebagai manusia kita sememangnya seorang insan yang mudah terdorong untuk mengambil sesuatu tindakan berlandaskan hawa nafsu. Jesteru itu, kita hendaklah sentiasa mengawal tindak tanduk agar tidak tergoda dengan hasutan syaitan yang hanya akan menghancurkan masa depan kita kelak. 4) Ketaatan dan kecintaan kepada Pencipta. Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang hamba untuk patuh dan menyembah Penciptanya agar memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Jesteru itu, kita seharusnya menyemaikan rasa cinta yang mendalam kepada Tuhan melebihi cinta kepada manusia atau keduniaan. Gaya Bahasa Metafora - Perkataan yang mempunyai satu kata konkrit dan satu kata abstrak, iaitu perbandingan tidak terus. Contohnya : i) bumbungnya kesyaitanan Personifikasi - Sejenis gaya bahasa perbandingan, pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuhan, peristiwa, barang tidak bernyawa, atau idea yang absrak. Contohnya : i) dindingnya amarah ii) cinta ironi kembang pagi Asonansi - Pengulangan huruf vokal. Contohnya : i) cinta bisa menukilkan kata-kata cantik ii) cinta sesekali menjerat iii) rantai besi dikelilingi api iv) cinta mampu memberikan wang dan emas v) yang satu masa, agak, agak vi) cinta bisa mencipta mimpi-mimpi indah Hiperbola - Sejenis gaya bahasa yang member gambaran yang berlebih-lebihan terhadap sesuatu yang diperkatakan. Contohnya : i) cinta sesekali membunuh

Bentuk 1. Rima akhir setiap rangkap adalah bebas. Contohnya : Rangkap 1 : a-b-b-b-c-d-d Rangkap 2 : a-b-c-d-e-e-f-f Rangkap 3 : a-a-b-c-a-d-d Rangkap 4: a-b-c-d-d-e 2. Jumlah rangkap dalam sajak ini terdiri daripada 4 rangkap sahaja. 3. Jumlah baris dalam rangkap ialah antara 6 hingga 7 baris dalam serangkap. Contohnya : (rangkap 4 : 6 baris serangkap) cinta ironi kembang pagi mekar pada hari-hari yang pendek sepatutnya cinta melebihi usia pilihlah cinta yang satu satu, Tuhan. 4. Jumlah perkataan dalam baris pula antara 1 hingga 6 perkataan sebaris. Contoh 1 patah perkataan : - Tuhan (R4:B6) Contoh 6 patah perkataan : - Cinta mampu memberikan wang dan emas

Nilai 1) Kebijaksanaan Dalam menilai cinta, harus ada kebijaksanaan. Tanpa kebijaksanaan, mudahlah bagi seseorang itu tersalah langkah dan akhirnya mengundang duka yang menyakitkan.

2) Ketaatan Sebagai khalifah di bumi Allah, seharusnya segala perintah agama dituruti dan meninggalkan apa yang dilarang. Jika tuntutan agama diabaikan maka seseorang itu akan mudah tersasar dan ter eka dengan harta dunia yang tidak kekal abadi itu.

3) Keinsafan Manusia seharusnya menginsafi diri di atas segala tindakan mereka yang sering mengenepikan perasaan cinta dan sayang kepada Tuhan. Sesungguhnya cinta

terhadap Tuhan tidak mempunyai sempadan dan hadnya serta kekal abadi hingga akhir hayat.

4) Keyakinan dan keteguhan Keyakinan dan keteguhan amat penting dalam diri manusia agar sentiasa berpegang teguh dengan prinsip dan pegangan agama untuk mengelakkan diri daripada tergoda dengan hasutan syaitan yang hanya mahu menyesatkan manusia. Pengajaran 1) Kita haruslah bijak menilai cinta. Jangan terlalu mudah percaya akan janji-janji manis yang dituturkan. Disebabkan kebodohan diri sendiri dalam menilai erti cinta sebenar, ianya boleh membawa kepada keperitan hidup. 2) Kita janganlah terleka kerana cinta. Harta dunia boleh menyesatkan kita apabila terlalu leka dan alpa dengan keasyikan cinta yang belum pasti

penghujungnya.Sehingga sanggup mengabaikan suruhan agama contohnya dengan meninggalkan solat. Oleh yang demikaian, tuntutan syariat agama perlu dijadikan pegangan utama dalam melayari kehidupan yang penuh onak dan duri ini. 3) Janganlah kita terlalu taksub dengan dengan cinta serta kenikmatan dan keindahan dunia sehingga menyesatkan kita daripada jalan yang betul. 4) Janganlah kita terlalu mengikut hawa nafsu dalam bercinta kerana ia hanya akan mendatangkan masalah kepada kita kelak. 5) Janganlah kita mudah tergoda dan terleka dengan cinta manusia dan nikmat dunia kerana ia sememangnya akan melalaikan dan menyesatkan. Ulasan Pemilihan Sajak Puisi moden (sajak) Cinta Itu Memungkinkan karya Ariff Mohamad ini dipetik daripada buku Pilar-pilar Waiduri. Setelah diteliti kami merasakan bahawa sajak ini amat sesuai untuk dijadikan salah satu teks komsas untuk pelajar tingkatan empat. Hal ini demikian kerana, jika dilihat dari aspek gaya bahasa sajak ini mempunyai keempat-empat unsur gaya bahasa yang disenaraikan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (HSP KBSM) Bahasa Melayu bagi tingkatan empat. Empat unsur gaya bahasa tersebut ialah unsure perbandingan (metafora dan personifikasi), pertentangan (hiperbola), pengulangan (aliterasi, asonansi dan rima), dan penyirnaan (sinkof). Selain itu, gaya bahasa dan diksi yang digunakan di dalam sajak ini juga tidak sukar untuk difahami oleh pelajar tingkatan empat khususnya.

Faktor kedua kepada pemilihan sajak ini sebagai teks komsas adalah dari aspek mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak melalui sajak Cinta Itu Memungkinkan. Sajak ini lebih menjurus kepada nilai keagamaan dan kemanusiaan yang dapat ditafsirkan secara keseluruhannya. Sajak ini mampu memberikan banyak pengajaran kepada para pelajar mengenai nilai cinta itu sendiri. Di akhir pengajarn guru seharusnya mampu meya kinkan ppara pelajarnya bahaa mencintai Maha pencipta yakni Tuhan yang satu merupakan cinta terbaik di dunia ini. Hal ini demikian kerana, dengan mencintai Tuhan kita akan memperoleh pegangan dan pedoman hidup yang kukuh yang seterusnya dapat dijadikan benteng kehidupan. Selain itu juga, faktor-faktor kelainan gaya sajak ini ialah kelainan pemilihan kata (diksi), kelainan penyusunan ayat dan adanya unsur estetik atau unsur keindahan. Unsure estetik ialah unsure nilai keindahan dalam sebuah karya atau teks kesusasteraan, iaitu nilai yang bersifat subjektif kerana nilai sedemikian mempunyai kaitan dengan perasaan manusia. Sebagai contoh, pada rangkap ketiga sajak ini : Penyair telah menggunakan keupayaan dan kebijaksanaannya memanipulasi bahasa melalui aspek teknik dan gaya itulah yang menetukan nilai sesebuah karya atau teks kesusasteraan. Ungkapan puisi ini sekali lau kedengaran agar berlebihan tetapi tidaklah sedemikian. Betapa tidaknya kerana kalau kita benar-benar membaca, memahami dan kemudiaannya mendalami bentuk dan isi puisi ini maka pasti sekali kita akan mendapat kesimpulan dan maksud tersiratnya. Rujukan Maniyamin Haji Berahim (2006) Gaya Bahasa Kiasan penggunaan Dan Keberkesanannya Dalam Sajak. Shah Alam : Karisma Publications Sdn Bhd. Siti Khairiah Mohd Zubir (2011) Kupasan Teks Kesusateraan Melayu Baharu. Tanjung Malim : Emiritus Publications. Abdul Halim Ali dan Azhar Haji Wahid (2005) Penghayatan Kesusasteraan Melayu Moden. Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris. Naapie Mat dan A. Halim Ali (2012) Pilar-pilar Waiduri. Kuala Lumpur : Easing Industries Sdn. Bhd. Nik Hasssan Basri Nik Abd Kadir (2005) Stalistik Komsas. Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

You might also like