Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword or section
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Aids

Aids

Ratings:

4.0

(2)
|Views: 1,968 |Likes:

More info:

Categories:Types, Brochures
Published by: Mohamad Shuhmy Shuib on Jul 28, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

07/20/2013

 
AIDS - FAKTA MENGENAI PENYAKIT
Oleh : Dr Ahamad bin Jusoh, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
PENDAHULUAN
 
Manusia mendapat penyakit sebab dijangkiti oleh kuman yang menyebabkan penyakit. Manusiamendapat penyakit AIDS sebab dijangkiti oleh kuman yang menyebabkan penyakit AIDS iaituHIV.AIDS ialah penyakit yang disebabkan oleh kuman HIV. HIV adalah sejenis virus.Acquired Immuno Deficiency Syndrome
(AIDS) adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virusyang dikenali sebagai
Human Immunodeficiency Virus
(HIV). Virus HIV digolongkan didalamkumpulan virus
retrovirus
. Ini bermakna virus ini sangat lemah dan tidak dapat membiak dengan sendiri.Semua virus jenis
retrovirus
perlu masuk didalam sel perumah (
didalam hal kes AIDS ialah manusia
) dan
mencuri
bahan genetik perumah berkenan untuk membiak.Maklumat yang ada menunjukkan virus HIV mengambil masa 8 hingga 10 tahun untuk menyebabkan penyakit AIDS. Maklumat yang ada juga menunjukkan hampir semua jangkitan HIV akan berakhir dengan AIDS. Walaupun begitu bukan semua tularan HIV menyebabkan jangkitan HIV. Ini bermaknadidalam keadaan tertentu (
ahli sains dan pakar perubatan masih tidak pasti apa kah keadaan "tertuntu" berkenaan),
virus HIV masuk kedalam badan manusia tetapi tidak menyebabkan penyakit.Laporan ada menunjukkan terdapat pesakit HIV kanak-kanak yang "
 sembuh
" selepas 5 tahun dijangkitiHIV. Kanak-kanak berkenaan yang disahkan dijangkiti oleh kuman HIV selepas dilahirkan oleh ibunyayang juga dijangkiti HIV tidak menunjukkan tanda-tanda yang biasanya dialami oleh pesakit HIV kanak-kanak. Pemeriksaan lanjut menunjukkan kuman HIV tidak ditemui lagi didalam tubuh kanak-kanak  berkenaan (Ref :
 saya akan memberikan rujukan kemudian, masa sekarang lupa!)
.Laporan juga ada menunjukkan terdapat kes HIV dewasa yang telah dijangkiti selama melebihi 10 tahuntetapi tidak menunjukkan tanda-tanda AIDS. Didalam satu kes yang melibatkan seorang dewasa wanita diAfrika. Kes satu lagi melibatkan penderma darah dan penerima darahnya. Jumlah sel CD4+ (
 yang biasanya dijadikan petunjuk keadaan kes-kes AIDS 
) juga berada di dalam keadaan normal.
SEJARAH
AIDS bermula daripada akhir tahun 1970. Pada awal 1980 dimana pakar-pakar perubatan di beberapa bandar besar Amerika Syarikat telah mula menemui suatu keadaan yang ganjil. Ianya ditunjukkan oleh
 gejala kurang daya tahan melawan penyakit 
. Ia ditemui di kalangan lelaki yang dahulunya sihat.Keadaan baru ini ditunjukkan oleh bengkak kelenjar linfa seluruh tubuh, infeksi
opportunistik 
(selalunya
radang paru-paru yang disebabkan oleh Pneumocystic carinii, mucosal candidiasis
dan
disseminated cytomegalovirus infection
) dan
 Karposi sarcoma
.Pada bulan Jun 1981, penyakit ini telah menarik perhatian ramai pakar perubatan apabila
Centers for  Disease Control (CDC)
melaporkan lima pesakit lelaki dari Los Angeles di dalam
Morbidity and Mortality Weekly Report (MMWR)
. Selepas itu terdapat beberapa laporan dimana penyakit yang samaditemui di kalangan lelaki homoseksual dan penagih dadah secara suntikan. Mereka-mereka inimenunjukkan sel T limfosit yang tidak bertindak balas dengan ransangan antigen dan mitogen (
Sebagai pertahan utama tubuh, sel T limfosit akan menyerang semua bahan asing yang masuk kedalam tubuh samada ianya antigen atau mitogen)
. Beberapa lama selepas itu keadaan menjadi lebih jelas. Penyakitkurang daya tahan ini juga melibatkan beberapa kumpulan lain. Kumpulan berkenaan ialah
 pendatang dari kepulauan Haiti
,
 pesakit hemofilia
(sejenis penyakit keturunan dimana tubuh secara semula jadi1
 
memusnahkan sel darah. Oleh itu darah perlu diberikan kepada pesakit untuk terus hidup),
 penerimadarah
dan
 pasangan seks atau anak-anak kumpulan ini
juga didapati mengidap penyakit yang sama.Oleh itu sehingga pada masa berkenaan kumpulan-kumpulan dibawah didapati mengidap penyakit ganjilini:
homoseks lelaki
 pendatang daripada palau Haiti
 pesakit hemofilia
 penerima darah
 pasangan seks pesakit ganjil berkenaan
anak pesakit ganjil tersebutKajian seterusnya menunjukkan, penyakit ini disebarkan atau diperolehi melalui
hubungan seks danpemindahan darah dengan orang-orang yang dijangkiti
dan disyakki disebabkan oleh agen mikrob.Memandangkan keadaan ganjil ini adalah baru dan tidak pernah dilaporkan didalam sejarah ilmu perubatan moden, ianya di gelar 
A
cquired
I
mmuno
d
eficiency
S
yndrome (
AIDS
)Diantara tahun 1981 hingga 1983, beberapa agen mikrob telah ditemui dan dianggap penyebab penyakitAIDS ini. Pada tahun 1983, ahli-ahli sains dari Institut Pasteur Peranchis menjumpai sejenis
retrovirus
yang didapati daripada pesakit asimptomatik (
tidak menunjukkan tanda atau simptom
) yang mengalami
lymphadenopathy
(bengkak kelenjar linfa) seluruh badan dan tidak diketahui asal usulnya. Virus baru inidinamakan
LAV
(
 L
 ympadenopathy
 A
 ssociated 
irus)
. Berlainan dengan retrovirus lain, virus inididapati membunuh sel CD4 limfosit didalam kultur tisu. Pakar-pakar sains lain juga mengasingkan virusyang sama didalam pesakit AIDS dalam tahun 1984. Adalah jelas selepas itu bahawa virus ini adalah agenetiologi penyakit AIDS yang semasa itu ditemui di Amerika Syarikat, Eropah dan Afrika Tengah. Virustersebut seterusnya dinamakan
 H 
uman
 I 
mmunodefeciency
irus
(
HIV
).Pada tahun 1986, satu lagi virus ditemui yang hampir bersamaan dengan virus HIV yang ditemui padatahun 1984. Ianya ditemui dikalangan penduduk Afrika Barat dan juga menyebabkan AIDS. Virus inidinamakan HIV-2 dan virus yang ditemui pada tahun 1984 dinamakan HIV-1.Sehingga sekarang AIDS didapati disebabkan oleh dua jenis virus yang hampir sama iaitu HIV-1 danHIV-2.
AIDS : AGEN PENYEBAB( Virus HIV-1 dan HIV-2)
- Maaf, bahagian ini sangat teknikal.
Banyak hal-hal berkenaan penyakit AIDS yang masih kurang jelas. Diantaranya ialah sel apakah yangyang mula-mula diserang oleh virus HIV yang menyebabkan genjala seperti selsema diawal jangkitan?.Dibahagian manakah didalam badan yang mula-mula diserang oleh virus ini ( sel darah periferal, tisulimfa, tisu sel dendrit atau sumsung tulang)?. Apakah sel monoklonal CD4 yang diserang oleh virus berada didalam keadaan rihat atau tidak aktif?. Apakah faktor (faktor-faktor) yang menyebabkan keadaanklinikal pesakit menjadi AIDS?. Apakah kehilangan CD4 sahaja dapat menerangkan semua keadaan ini?.Maklumat lanjut tentang virus juga menjadi masaalah kerana keadaan yang seakan-akan kelenjar limfasecara mikro sukar atau tidak boleh diadakan didalam kelalang kultur tisu. Walaupun begitu maklumattentang virus HIV yang ada sekarang didapati dari kultur tisu atau dikiaskan berlaku didalam tubuhmanusia dari analisa klinikal spesimen yang diperolehi dari pesakit yang seropisitif.Virus HIV seperti retrovirus lain adalah virus RNA. Ianya memerlukan sejenis enzim yang dinamakan
reverse transcriptase
 
untuk menukar bentuk kepada DNA dan seterusnya membiak didalam sel tubuhmanusia. Seperti retrovirus lain juga, virus HIV mempunyai bahan genetik 
 group specific antigen
yangdinamakan
 gag 
 , polymerase ( 
 pol 
 )
dan
envelope ( 
env
 )
. Virus HIV-1 dan virus HIV-2 dibezakan oleh2
 
sejenis bahan genetik yang menghubungan
pol 
dan
env
. HIV-1 mempunyai bahan genetik 
vpu
, sementaraHIV-2 mempunyai bahan genetik 
vpx 
.Apabila virus HIV memasukki tubuh manusia, ia menyerang sel limfosit monoklonal CD4. Untuk menjadikan ianya berjaya hidup didalam tubuh manusia, virus ini misti melakukan satu proses yangdinamakan
replication.
Replication virus HIV hanya akan berjaya jika ianya dapat menghasilkan bahan progeni yang mengandungi:
dua salinan genon RNA 9.2 kilobase (kb) yang dirangkumi oleh
nucleocapsid 
protin Gag;
enzim (
 pretease, reverse transcriptase-RNase,
dan
integrase);
 
membran lipoprotin luar dan kulit glikoprotin viral yang bersangkutan.
AIDS: RIWAYAT HIV SECARA IN VIVO- Maaf, bahagian ini sangat teknikal
Sepanjang abad lalu, pengentahuan lanjut didalam virologi, biologi sel, immunologi dan biologimolekular telah menyebabkan pemahaman lebih mendalam jangkitan HIV secara klinikal. HIV ditularkandari seorang keseorang melalui darah dan hasil darah, cairan faraj, air mani tetapi tidak melalui hasil biologi yang telah diperoses seperti
 gamma globulin
. Ianya juga boleh dijangkitkan dari ibu ke anak didalam kandungan, berkemungkinan besar semasa bersalin dan proses bersalin.
 Partner studies
menunjukkan individu yang dijangkitan dan mempunyai tahap daya pertahanan tubuh yang teruk sertamempunyai kadar virus didalam badan yang tinggi mempunyai kemungkinan yang lebih besar menularkan jangkitan. Adalah dianggarkan kemungkinan jangkitan adalah 1 per 3 ke 4 untuk ibu ke anak,1 per 100 ke 500 setiap hubungan seks secara liwat, 1 per 500 ke 1,000 untuk setiap hubungan sekslelaki-perempuan melalui faraj, 3 ke 4 per 1,000 setiap tusukan
 percutaneous
darah yang dicemari.Jangkitan primer virus HIV ditunjukkan dengan genjala sementara selalunya beserta dengan demam, bengkak kelanjar limfa, sakit tekak, ruam, sakit perut dan kadang-kadang genjala neulogi. Jika pemeriksaan darah dilakukan semasa ini, partikel virus dapat dikultur dan diasingkan. Selepas itu bilangan virus didalam tubuh berkurangkan dengan mendadak disertai oleh pembentukan antibodi kepada protin Gag dan Env. Keadaan ini selalunya berlaku didalam masa 2 hingga 4 minggu selepas genjala pertama. Bilangan virus semasa ini boleh menjadi begitu rendah sehingga tidak dapat di asingkan dari pesakit. Jangka masa
latent 
ini dianggarkan selama 8 hingga 10 tahun. Adalah tidak dapat dipastikankenapakah keadaan ini berlaku tetapi teori jangkitan virus herpes diketengahkan. Virus herpes simplexyang menyebabkan penyakit kayap juga hidup secara
dormant 
didalam sel ganglia saraf manusiasehingga satu ketika dimana virus itu aktif dan menyebabkan penyakit. Virus herpes juga dikatakan akan berada didalam tubuh seseorang seumur hidup apabila dijangkiti.
AIDS : PENGESANAN
Memandangkan masa inkubasi yang panjang ( 8 hingga 10 tahun ), adalah tidak praktikal menunggutanda-tanda klinikal penyakit untuk mengesahkan seseorang itu dijangkiti kuman HIV atau tidak. Secarateori bila seseorang dijangkiti virus HIV, kesan tindakbalas tubuh terhadap penyakit berlaku. Tindakbalasini boleh dikesan dimakmal dengan melakukan pemeriksaan darah untuk mengesan antibodi terhadapvirus HIV. Suatu teknik yang dinamakan Enzyme Link Immuno Assay (ELISA) digunakan. Pemeriksaanini dijalankan dihampir seluruh dunia dan di semua pusat pengesanan HIV diseluruh SemenanjungMalaysia. Teknik ini sangat sensitif. Dengan menggunakan kaedah yang betul tahapnya ialah 99.99 peratus (Bermakna kaedah ini hanya gagal mengesan 1 kes bagi setiap 10,000 pesakit yang mempunyaikuman HIV).Satu lagi ujian yang dijalankan dan juga mengesan kehadiran antibodi dinamakan
artical 
A
 gglutination
(
PA
) digunakan. Cara ini didapati kurang sensitif daripada ELISA tetapi lebih spesifik. Ianya digunakansebagai ujian kedua selepas sesuatu darah pesakit disahkan mempunyai antibodi dengan ujian ELISA.3

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Adnan Shimin liked this
Geetarnie Melang liked this
Siti Raihanisha liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->