Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
72Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Contoh Ucapan Nilai Murni

Contoh Ucapan Nilai Murni

Ratings:

4.5

(2)
|Views: 6,053 |Likes:
Published by dekchik

More info:

Published by: dekchik on Jul 28, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/05/2013

pdf

text

original

 
Terima kasih tuan Pengerusi Majlis. Yang Berbahagia Datin Hajah Rokaiyah bintiBujang, selaku pengarah Pelajaran negeri Sarawak. Yang Berusaha DatoJessieLimbang, Yang dihormati, Cikgu Barbara, guru besar SK Methodis, serta hadirin yangdihormati sekalian.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Saya Datin Hajah Nuur Aisyah bt. Haji Jas wakil dari Bahagian Pendidikan Guruakan menyampaikan sebuah taklimat yang bertajuk “Penerapan Nilai Murni di Sekolah”.Baiklah saudara dan saudari sekalian. Matlamat dan tindakan tertentu yangdilaksanakan oleh seseorang ditentukan oleh nilai. Ini kerana nilai merupakan satuprinsip atau garis panduan yang menyediakan anggota masyarakat untuk menjalanikehidupan. Menurut Clyde Kluckhohn, nilai adalah suatu standard yang agakberkekalan dari segi masa, atau dalam pengertian yang luas, suatu standard yangmengaturkan satu sistem perlakuan. Beliau juga menakrifkan nilai sebagai sesuatuyang lebih disukai, baik mengenai hubungan sosial, mahupun mengenai matlamat-matlamat serta ikhtiar untuk mencapainya. Nilai murni masih belum dapat diterapkandengan memuaskan di kalangan pelajar di sekolah berasaskan masalah disiplin yangdilaporkan oleh para penyelidik dan akhbar tempatan. Penyelidikan ini dijalankanterhadap kesedaran pentingnya membina insan yang berakhlak, dan pentingnyaperanan guru di sekolah dalam membentuk sahsiah murid. Persoalannya ialahbagaimanakah nilai murni dapat diterapkan dengan berkesan dalam proses pengajarandan pembelajaran? Guru harus mempersiapkan diri dengan strategi-strategi yangberkesan untuk menangani masalah disiplin dan akhlak bagi menghadapi cabaranremaja yang sedemikian rupa. Sekiranya masalah remaja dibiarkan maka masa depannegara amat membimbangkan kerana bertambahnya kelak bilangan remajabermasalah yang bakal menjadi pemimpin Malaysia. Pasti keamanan negara akanterancam. Sebagai usaha untuk memperbaiki keadaan, penyelidik memberi fokuskepada aspek pedagogi. Bagaimanakah nilai murni dapat diterapkan kepada pelajar didalam bilik darjah dengan berkesan?Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telahmeneliti nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negarakita, tidak hanya memfokuskan kepada agama Islam sahaja. Berasaskan kepadapandangan dan maklumbalas yang diperolehi , jawatankuasa ini yang dianggotai olehwakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepadasemua pelajar di negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruhdari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak.Tujuan pendidikan nilai murni ialahuntuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuatkeputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat.Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,Kerajaan kita telah menjalankan strategi-strategi penerapan nilai murni melaluitiga cara iaitu: nilai merentasi kurikulum, ko-kurikulum serta melalui budaya sekolah.Secara umumnya, nilai-nilai murni dalam kurikulum merupakan kesepaduan antara nilaimoral, nilai budaya, nilai agama dan nilai estetik. Pendidikan nilai menjadi salah satu
 
unsur yang penting setelah Kementerian Pendidikan melaksanakan FalsafahPendidikan Kebangsaan ke dalam kurikulum. FPK menegaskan penerapan 16 nilaimurni masyarakat Malaysia dalam sistem pendidikan Malaysia. KementerianPendidikan memutuskan untuk menggunakan strategi bersepadu di peringkat rendah(KBSR) dan menengah (KBSM). Langkah ini bertujuan untuk memastikan bahawasemua matapelajaran yang diajar tidak terpisah di antara satu sama lain, malahberkaitan dan bersifat bersepadu. Unsur-unsur utama yang akan digunakan untukmewujudkan kesepaduan itu ialah unsur nilai.Dalam pendidikan, penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidaklangsung. Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerana nilaitidak boleh diajar secara formal seperti matapelajaran lain. Ini merupakan satupenghayatan dan pengusahaan secara beramal bukan sekadar peringatan ataupenghafalan. Bagi strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran,pendekatan kognitif dalam bentuk perbincangan dapat dilakukan. Contohnya, fakta-fakta sejarah dan cerita-cerita dalam matapelajaran sastera umpamanya akan dapatdibincang melalui isu-isu yang dapat dikaitkan secara langsung dengan unsur nilai yangdipegang oleh pelajar atau nilai sejagat tertentu. Pelajar membuat penilaianberdasarkan kepada nilai mereka sendiri manakala guru hanya bertindak sebagaipembimbing kepada pelajar dalam memuhasabah nilai sendiri. Nilai yang diterapkanboleh menjadi kriteria panduan tentang bagaimana sesuatu nilai harus dilakukanmisalnya nilai keberanian ataupun rasional. Orang yang rasional boleh membuatpertimbangan yang baik dalam menghadapi dan menyelesaikan sesuatu masalah.Sikap perihatin guru dan kesedaran pelajar dalam memupuk nilai murni baik secaraformal ataupun spontan menyebabkan nilai murni akan sentiasa dapat dipupuk darisemasa ke semasa. Di sini kita dapat melihat betapa besarnya peranan guru sebagaiibubapa pelajar-pelajar di sekolah dalam membentuk peribadi pelajar selaras denganpenerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi,Aktiviti ko-kurikulum merupakan aktiviti terancang dan berstruktur di luar bidangakademik. Ia merupakan kegiatan luar bilik darjah seperti sukan, aktiviti badanberuniform aktiviti kelab dan persatuan yang dilakukan di luar jadual persekolahan ataukurikulum. Kegiatan kurikulum di sekolah diharap dapat melahirkan murid yangseimbang dari segi fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan FPN. Ini juga kerana pendidikan bagi menghasilkan insan harmonis dan seimbang tidak akanberkesan jika kurikulum semata-mata digunakan sebagai media penerapan nilai-niliamurni sejagat. Justeru, pendidikan yang mantap dan kukuh dapat menyalurkan aspekkurikulum ke dalam kokurikulum bagi meningkatkan keupayaan pendidikanmenghidupkan falsafah tersebut. Oleh yang demikian, pengetahuan yang diperolehidari kurikulum akademik dapat diintegrasikan secara praktis semasa menjalankanaktiviti kokurikulum. Aktiviti ko-kurikulum yang dirancang juga diharapkan dapatmengembangkan potensi, bakat dan kebolehan murid dalam pelbagai aktivitiberuniform, kelab, persatuan dan sukan. Kokurikulum perlu untuk menerapkan nilai-nilaimurni melalui perkembangan diri inidividu ke dalam diri murid-murid. Nilai-nilai murni
 
yang disisipkan melalui penerapan nilai semua mata pelajaran melalui pengajaran danpembelajaran dapat dikukuhkan lagi melalui kegiatan kokurikulum. Pengalamanmenjalankan aktiviti kokurikulum akan meluaskan daya fikir dan pengetahuan muridserta melahirkan kematangan fizikal, intelek, emosi, sosial dan nilai-nilai murni. Melaluikefahaman yang jelas terhadap konsep kokurikulum, adalah diharapkan nilai-nilai murnidapat diterapkan ke dalam kegiatan kokurikulum.Hadirin dan hadirat yang dihormati,Negara Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaumseperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan Sikh. Kepelbagaian kaum ini jugamengundang kepada kepelbagaian dan keunikan budaya yang terdapat di negara kita.Kurikulum sekolah yang dibentuk dalam sistem pendidikan di negara kita adalahberorientasikan Malaysia bagi tujuan memupuk nilai-nilai kemalaysian. Namun inibukanlah bermaksud untuk menolak atau menidakkan budaya sesuatu kaum denganwujudnya nilai kemalaysiaan ini. Kurikulum ini dibentuk sebagai alat untukmenyatupadukan pelbagai kaum di negara ini. Kurikulum yang terdapat dalam sistempendidikan juga menerapkan dan mengintergrasikan nilai-nilai murni yang telah diterimaoleh masyarakat di Malaysia. Malahan nilai-nilai murni yang dipilih secara khususadalah mengikut pelbagai budaya kaum dan bangsa di Malaysia ini. Maka denganadanya keseragamanan nilai bagi semua murid di sekolah yang berorientasikan budayaMalaysia, maka dijangka akan dapat atau struktur yang sama bagi kefahaman budayamasyarakat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan juga fahaman. Pendidikansebagai asas intergrasi juga bergantung kepada pemupukan nilai-nilai dan langkah-langkah penyebaran dan pembudayaan yang dilakukan oleh guru semasa pengajarandan pembelajaran di sekolah. Malah dengan adanya penerapan nilai maka akanterbentuklah generasi yang mempunyai nilai-nilai yang sama melalui satu bahasa dansatu pembudayaan. Justeru, sekolah sebagai sebuah institusi memainkan perananyang penting dalam menerapkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.Hadirin sekalian,Sudah tentu saudara dan saudari tertanya-tanya apakah rasionalnya penerapannilai-nilai murni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pada bulan Mei 1969,rusuhan kaum berlaku dalam sejarah negara. Ini menunjukkan kerapuhan semangatkebangsaan kita. Masyarakat kita tiada semangat muhibbah yang dapat menyatukansetiap kaum. Selain daripada itu tekanan daripada cendikiawan Islam terutama sejakPersidangan Sedunia tentang Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977 sertapenularan pelbagai jenis penyakit kerohanian, akhlak, sosial dalam kalangan pelbagailapisan masyarakat mengalakkan pihak yang berkenaan memberi perhatian yang lebihkepada isu nilai dalam pendidikan. Sebagaimana yang kita tahu matlamat dasapendidikan negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin,berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan berwawasan dan terlatih. Makaapakah corak pandangan hidup atau "world view" yang harus didedahkan kepadapelajar atau belia sekarang untuk mereka hayati, amal dan wariskan?. Untuk melihathasil dan produk positif yang dijelmakan oleh pelajar ialah melalui penanaman nilai-nilaimurni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik mereka agar selaras

Activity (72)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
cluetime liked this
naz2412639025 liked this
Eddie Wong liked this
azmady liked this
Sara Maisarah liked this
Whitney Ping liked this
Hafizah Zakaria liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->