You are on page 1of 20

Kursus Kesejahteraan Diri Pelajar Kesejahteraan Diri Pemangkin Kecemerlangan

Kemahiran Asertif (Assertive Skills)

KEMAMPUAN MELAHIRKAN EMOSI DIRI SECARA ASERTIF Definisi:


Kemahiran ini dibahagikan kepada tiga komponen: 1. Kebolehan untuk meluahkan perasaan (contohnya, menerima dan meluahkan perasaan marah dan mesra). Kebolehan untuk meluahkan pegangan dan pendapat secara terbuka (boleh menyuarakan pendapat, perselisihan pendapat dan mempunyai prinsip yang tegas, walaupun sukar) Kebolehan untuk mempertahankan hak individu (tidak membenarkan orang lain mengganggu atau mengambil kesempatan ke atas diri kita) Orang yang assertive tidak mudah dimanipulasi atau malu.Mereka boleh menyuarakan perasaan tanpa bertindak agresif atau ekstrim.

2.

3.

Agresif
Kebolehan menyatakan apa yang ada dalam fikiran tetapi dengan cara yang kurang sesuai lisan dan bukan lisan. Ini menyebabkan penerima merasa terancam, hina, malu dan mungkin membalas dengan lebih agresif lagi. Terdapat dua jenis agresif : Direct Indirect

Mereka yang dalam golongan ini, kurang sensitif/peka terhadap idea, perasaan dan keperluan orang lain. Mereka selalu mengetepikan pendapat dan kejayaan orang lain. Ada kalanya individu ini mengakui kejayaan/pekerjaan orang lain sebagai kejayaan atau usahanya. Orang yang begini selalu menggunakan bahasa sindiran serta merendah-rendah sikap orang lain. Mereka juga mudah meletakkan masalah dan menuduh sesuatu kesilapan itu disebabkan oleh orang lain.

Mereka juga sanggup mencaci dan melakukan penderaan. Tingkahlaku begini dikesan dengan pernyataan dan tingkahlaku bukan lisan mereka. Contohnya: Buat! kalau tidak ... Ah, itu bodoh! Tentu anda tidak mempercayainya! Itu tidak berkaitan dengan saya ... ini semua salah anda!

Tingkahlaku bukan lisan pula seperti mimik muka yang masam, nada suara keras dan tegas, sering diikuti dengan kata yang menyindir dan tajam. Suka merenung dengan pandangan yang tajam. Mereka suka menunjuk jari dan ada masanya menumbuk meja. Mereka percaya mereka adalah orang jujur dan selalu betul.

ASERTIF
Keupayaan seseorang individu menyatakan apa yang ada dalam fikirannya positif atau negatif dengan cara sesuai lisan dan bukan lisan. Mesej dinyatakan berterus terang. Penerima merasa selesa dan dihormati.

Mereka yang dalam golongan ini amat menghormati hak orang lain. Mereka menghormati idea, perasaan dan keperluan orang lain. Di waktu yang sama juga, mereka merasakan mereka berhak untuk meluahkan hak dan perasaan mereka.

Mereka ini selalunya berkeyakinan dan bila menyelesaikan masalah, selalu mengambil sikap memberi dan menerima seperti: Saya percaya ... bagaimana fikiran anda? Saya lebih suka ... Apa yang boleh kita buat untuk menyelesaikan masalah ini? Tingkahlaku bukan lisan pula dapat dilihat dengan jelas. Pada keseluruhannya mereka bercakap dengan nada suara yang tetap dan sederhana. Pandangan mereka tepat, tidak menunjukkan ingin berkuasa. Keadaan badan releks dan dapat dikawal.

PASIF
Ketidakupayaan individu menyatakan apa yang ada dalam fikirannya. Penerima merasa serba salah dan tidak jelas mesej yang diterimanya.

Tingkahlaku yang begini disebabkan terlalu sensitif terhadap idea, perasaan dan keperluan orang lain. Mereka ini tidak tegas dan selalu mengeluarkan pendapat dengan cara yang berhati-hati serta takut. Orang yang sedemikian selalu diambil kesempatan oleh orang lain. Di bidang pekerjaan pula, orang lain akan mengambil kesempatan mengakui bahawa sesuatu tugas itu dia sendiri yang membuatnya tanpa mengiktiraf orang yang asal. Ada kalanya orang yang tidak tegas ini cuba berkeras, tetapi gagal kerana sikap mereka yang terlalu mengalah. Tingkahlaku begini senang dikesan melalui pernyataan yang mereka buat.

Petunjuk tingkahlaku tidak tegas bukan lisan meliputi suara yang terputus. Kalau berbicara, mereka tidak akan menatap muka orang yang mereka berbicara itu. Mereka ini kelihatan takut, mungkin memulas-mulas tangan sendiri, membongkokkan bahu ketika berdiri. Bila duduk akan memeluk tubuh sebagai benteng pertahanan.

KESAN GAYA TINGKAHLAKU

Tingkahlaku Agresif Asertif

Hak
Utama hak sendiri, ketepi hak orang Utama hak sendiri, hormati hak orang

OK
Saya ok Anda tak ok

Menang Kalah
Saya menang Anda kalah

Saya ok Anda ok

Saya menang Anda menang

Pasif

Ketepi hak sendiri, utama hak orang

Saya tak ok Anda ok

Saya kalah Anda menang

Ketegasan diri adalah satu pendekatan untuk berinteraksi dengan orang lain dan mempunyai ciri, 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Boleh positif atau negatif. Tingkahlaku penyayang, menitikberatkan hal positif tentang diri sendiri. Berupaya meluahkan perasaan kepada orang lain. Penilaian terhadap sesuatu tanpa prasangka. Selalu menyatakan kemahuan dan sesuatu yang tidak disukai dengan cara berterus-terang tanpa menyerang dan mengugut.

Matlamat tingkahlaku tegas ialah: 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Meningkat perasaan yakin pada diri sendiri Dapat meluahkan perasaan dengan bebas dan berkeyakinan tanpa mengetepikan hak orang lain Disanjung kerana jujur, dan berterus terang Percaya tentang apa yang diperkatakan Dapat menghadapi masalah dan kritikan dengan lebih berkesan lagi

KEBAIKAN TEGAS DIRI


6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 Pencapaian dan kebolehan kita akan dihargai dan diakui. Meningkatkan nilai diri. Mengenalpasti tanggungjawab di atas tingkahlaku, perasaan dan fikiran kita. Kurang menyalahkan orang lain serta tidak selalu memberi alasan (excuses). Setelah menyinggung perasaan seseorang, ia tidak akan menggunakan masa dan tenaga yang lama untuk memikirkan hal tersebut tetapi mengambil langkah mengatasi masalah itu.

HAK TEGAS DIRI 7.1 Saya bertanggungjawab di atas tingkahlaku; fikiran; dan emosi saya dan memastikan akibatnya. 7.2 Saya mempunyai hak untuk menyatakan batasan, andaian serta perasaan saya terhadap tingkahlaku orang lain. Tetapi ini semua dinyatakan dengan menghormati perasaan dan harga diri mereka. 7.3 Jika saya diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah orang, saya mempunyai hak untuk membuat keputusan serta memudahkan cara mereka menyelesaikan masalah mereka. 7.4 Saya berhak menukar fikiran.

7.5 7.6 7.7 7.8 7.9 7.10

7.11

Saya berhak melakukan kesilapan, bertanggungjawab di atasnya serta belajar daripada kesilapan itu. Saya berhak untuk berkata, Saya tak tahu. Saya berhak mendapat layanan yang baik. Saya berhak untuk menerangkan situasi sebenar mengikut apa yang saya fikirkan sesuai. Saya berhak untuk berkata tidak tanpa berasa bersalah. Saya berhak meminta penerangan jika saya tidak faham. Saya berhak untuk meminta apa yang saya mahu dengan memahami bahawa orang lain juga berhak tidak mahu memberinya.

Kemahiran Asertif
Bersambung

. To be continue

KOMUNIKASI ASERTIF

You might also like