Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kokurikulum Membantu Insan Cemerlang

Kokurikulum Membantu Insan Cemerlang

Ratings:
(0)
|Views: 3|Likes:
Published by Cik Iha

More info:

Published by: Cik Iha on Oct 19, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/19/2013

pdf

text

original

 
1
Kokurikulum Membantu Insan Cemerlang
Cetusan barakah buat peneraju acara,Saf kehakiman intelektual lagi berkarisma,Sidang dewan warga berwibawa, Assalamualaikum wbt dan salam Satu Malaysia.Malaysia ku cantik negara terbilang,Terkenal sudah di seluruh dunia,Kokurikulum membantu insan cemerlang,Itulah tajuk pidato pilihan saya.Sebelum kecelaruan mengasak minda kita, eloklah rasanya Saya Ummi Maisarah Akmal Binti Mat mengupas terlebih dahulu tajuk pidato saya.Menurut Kamus Dewan edisi keempat, di bawah lembayung kata kokurikulumditakrifkan sebagai satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerjaterancang yang di jalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah aktiviti sukandan permainan, unit beruniform dan kelab atau persatuan. Manakala insancemerlang pula ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai jati diri yang kukuh,berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.Konklusinya dapatlah diperkatakan bahawa kegiatan kokurikulum sangat pentingkerana ia membantu pembangungan insan dan modal insan yang cemerlangsebagaimana yang diwar-warkan oleh para pemimpin kita.
 
2
Warga dewan yang dimuliakan,sayang Malaysia negara yang indahtempat pelancong datang bermudiksihat jasmani fikiran bersihaktiviti sukan amalan yang baik. Aktiviti yang dijalankan secara terancang dan praktikal di sekolah dapatmembantu melahirkan murid yang berpontensi dengan mengembangkan bakat yangsedia ada yang seterusnya digilap sehingga mencapai pada tahap yang maksimum.Melalui aktiviti yang bersepadu juga dapat melahirkan murid yang seimbang darisegi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang dihasratkan dalam FalsafahPendidikan Negara.Tambahan lagi, kegiatan kokurilum dapat meningkatkan kemahiran bersosial.Nilai-nilai murni murid akan lebih terbina melalui sikap bekerjasama, bertoleransi,kasih sayang dan mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain disamping memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilangkaum. Contohnya Kementerian akan meneruskan Rancangan Integrasi Murid untukPerpaduan atau dikenali (RIMUP) disemua sekolah. RIMUP memadankan dua jenissekolah yang berbeza untuk menjalankan aktiviti kokurikulum bersama-sama,seperti sukan, muzik dan khidmat masyarakat. Usaha ini selaras dengan dapatankajian antarabangsa bahawa langkah menjalankan kerja kumpulan berdasarkantugasan merupakan salah satu cara untuk menggalakkan murid membentukpersahabatan antara kumpulan.
 
3
Berkhasiat sungguh air pegagaDiminum dengan air telagaBeriadah bersukan amalan mulia,Badan sihat tentu bertenagaPenyertaan dalam aktviti sukan dan permainan boleh membantumeningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental serta membudayakan hidup yangsihat. Ini dapat dibuktikan apabila kegiatan sukan dapat membinan stamina disamping dapat mengeluarkan peluh dan seterusnya apabila badan sihat otak akanmenjadi cerdas. Ini akan membuatkan pelajar sentiasa dalam keadaan bersediauntuk menghadapi apa-apa cabaran dan tugasan yang diberikan.Meneruskan bicara dengan cetusan idea ketiga daripada saya. Kita hayatipremis kata jati diri disemai, menjulang semangat juang ke arah kecemerlangan.Kecemerlangan kokurikulum diukur dengan aktiviti-aktiviti yang sungguh mencabar.Mereka harus melalui pertandingan peringkat kelompok, zon, daerah, negeri dankebangsaan sebelum bergelar juara. Kejayaan seseorang yang bergiat aktif dalamkokurikulum memerlukan komitmen yang tinggi. Mereka harus mempunyai jiwa yangkental, berani menghadapi cabaran dan tidak mudah menyerah kalah.mereka samasekali tidak boleh akur kepada sikap putus asa melainkan bingkas bangunmembaiki kelemahan diri dan membina keyakinan untukmenguasai kejayaan.menyedari hakikat ini mereka dapat menerima kekalahantetapi sentiasa bersikap positif dalam menangani cabaran yang mendatang. Inilahinsan cemerlang yang tinggi jati dirinya dalam memperjuangkan kedaulatan negarakita agar duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju diperingkat global.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->