SOALAN 6
Terangkan Peranan Kumpulan Kerja Dalam Suatu Organisasi
PENDAHULUAN
Organisasi merupakan satu sistem yang wujud dimana terdapat beberapabahagian dalamnya dan persekitarannya saling berkait antara satu sama lain. Robbins(1999) mendefinisikan organisasi sebagai satu aktiviti kolektif yang dirancang oleh duaorang atau lebih yang mengandungi pembahagian buruh dan autoriti berhierarki untukmencapai matlamat secara bersama. Walau apa definisi yang diberikan, organisasiadalah satu sistem yang merangkumi pelbagai aktiviti bersama manusia seperti sumber semulajadi, modal dan bahan. Pelbagai aktiviti ini akan dapat memenuhi matlamatindividu melalui interaksi dengan persekitaran. Organisasi juga dapat didefinisikansebagai satu kumpulan kerja yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dansaling bergantung antara satu dengan lain untuk mencapai matlamat individu, kumpulandan organisasi. Definisi ini menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada di dalam sesebuahorganisasi sebagai satu kumpulan kerja, penyatuan usaha, dan hubungan antaraseorang individu dengan individu yang lain.Apabila organisasi itu dianggap sebagai kumpulan kerja, ini bermakna iamempunyai beberapa orang pekerja yang telah diberi peranan tertentu untukmenjalankan sesuatu tugas. Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satudengan lain bagi menyiapkan sesuatu tugas itu.
2
KURSUS INDUKSI UMUM BIL 05/2008 KUMPULAN ENAM
Leave a Comment
putera