PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM(KELAKUAN DAN TATATERTIB) (PINDAAN) 2002
P
ADA
menjalankan kuasa yang diberikan oleh Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan,Yang di-Pertuan Agong membuat peraturan-peraturan yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuandan Tatatertib) (Pindaan) 2002
.(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 20 Jun 2002.
Pindaan peraturan 2
2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [
P.U. (A) 395/1993
], yangdisebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2 denganmemotong subperaturan 2(2).
Penggantian peraturan 3
3. Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 3 dengan peraturan yangberikut:“3. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—“anak” ertinya anak bagi seseorang pegawai yang di bawah tanggungannya, termasuk—
(a)
anak yang lahir selepas kematian, anak tiri tanggungan dan anak tak sah taraf pegawaiitu;
(b)
anak yang diambil sebagai anak angkat oleh pegawai itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adatatau kelaziman, dengan keterangan yang memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan
(c)
anak, tidak kira apa jua umurnya, yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmanidan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri;“disabitkan” atau “sabitan”, berhubung dengan seseorang pegawai, ertinya suatu dapatan olehmahkamah di bawah mana-mana undangundang bertulis bahawa pegawai itu bersalah atas suatukesalahan jenayah;“emolumen” ertinya segala saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada seseorangpegawai dan termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan lain;“gaji” ertinya gaji pokok seseorang pegawai;“institusi kewangan” ertinya bank atau institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank danInstitusi Kewangan 1989 atau bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 ataumana-mana bank yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;“kesalahan jenayah” ertinya apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran atautingkahlaku keji;
2
Leave a Comment