You are on page 1of 15

RESUSITASI CARDIOPULMONARI CPR

Definisi Resusitasi kardiopulmonari Resusitasi kardiopulmonari (Cardiopulmonary resuscitation

(CPR)) adalah prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi otak sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup. Ini ditunjukkan pada seseorang yang tidak bertindak balas dengan berhenti bernafas atau pernafasan tidak normal, sebagai contoh pernafasan sengsara. Ia boleh dilakukan di dalam atau di luar hospital. CPR juga merupakan satu teknik, yang boleh menyelamatkan nyawa, tanpa menggunakan alat-alat yang canggih dan kepakaran yang boleh diperolehi di hospital. Ia merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Ia merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar. Dengan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh, penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama.

Mengapa kita perlu tahu mengenai CPR? Menurut Persatuan Palang Merah Amerika (American Red Cross), terdapat lebih kurang 1.5 juta manusia dirawat setiap tahun kerana serangan jantung ataupun jantung terhenti. Kedaan jantung terhenti bukan hanya disebabkan oleh serangan jantung, tetapi oleh kemalangan seperti lemas atau kejutan elektrik. Di Malaysia 30% daripada kematian yang yang disahkan di hospital-hospital kerajaan adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular. Daripada kematian ini, terdapat juga yang berlaku di luar hospital, biasanya dalam masa dua jam pertama selepas wujudnya gejala-gejala sakit jantung. CPR adalah amat penting dan mudah untuk dipelajari. Tujuan CPR Diberikan Kepada Mangsa CPR dilakukan bertujuan untuk mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota badan. Selain itu ia juga untuk mengekalkan aliran udara masuk dan keluar dari paru-paru. CPR adalah teknik mudah yang hanya memerlukan peralatan yang minima sahaja. Bila CPR Boleh Dilakukan CPR boleh dilakukan apabila seseorang itu telah : 1. Tidak sedarkan diri 2. Tidak bernafas

3. Tiada denyutan nadi di carotid

Bila CPR diperlukan?

CPR dilakukan apabila seseorang itu tidak bernafas atau pengaliran darah tidak mencukupi. Sebelum melakukan CPR, pastikan anda berada dalam keadaan yang selamat. Sebagai contoh jika kanak-kanak mengalami kejutan elektrik, pastikan dia tidak lagi tersentuh dawai elektrik. Jika tidak, anda turut berisiko mengalami kejutan elektrik. Apabila anda pasti keadaan persekitaran selamat, dengan segera pastikan apakah keadaan status mereka yang memerlukan bantuan. Analisis ini boleh dilakukan dengan melihat untuk tanda-tanda berikut :

1. Tahap kesedaran mangsa - membuka mata - menggerakkan kaki atau tangan - bunyi dari mulut

2. Pernafasan - lihat jika ada pergerakan dada yang menunjukkan proses pernafasan - dengar bunyi udara masuk ke dalam paru paru

3. Denyutan nadi / jantung

Jika anda tidak dapat menentukan mangsa itu bernafas atau tiada denyutan nadi mulakan bantuan CPR dan teruskan sehingga bantuan profesional tiba. Pastikan anda memanggil bantuan pertolongan . TEKNIK-TEKNIK CPR

Resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang awal adalah penghubung penting di dalam kitar mandiri kepada mangsa jantung terhenti atau pernafasan terhenti. CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke

mulut (ataupun pernafasan bantuan dengan cara lain) dan tekanan dada. Dengan cara ini darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ-organ penting hingga rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulihkan jantung. Jantung terhenti menyebabkan mengsa pengsan dalam masa beberapa saat. Hubungilah sistem rawatan

kecemasan dengan segera. Jika cepat melakukan CPR, difibrilasi dan rawatan lanjutan, mangsa mempunyai peluang untuk dipulihkan. CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: saluran pernafasan, pernafasan dan edaran darah (ataupun disebutkan ABCs of CPR: Airway,Breathing and Circulation). 1. Saluran pernafasan ( Airway) 2. Pernafasan (Breathing) 3. Edaran darah (Circulation) TEKNIK CPR CARA PERLAKUAN GAMBAR

AAIRWAY (Airway )

Saluran

pernafasan.

Ini

merupakan tindakan pertama yang proses dilakukan memastikan untuk perlu dilakukan dalam ia untuk udara adalah

CPR.

Tujuan

adalah saluran

pernafasan

terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan

mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat

pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda sebarang untuk bahan membuang asing dari

mulut. Contohnya gigi palsu yang pecah.

BBREATH ING (Pernafa san)

Selepas dibuka,

saluran tindakan

pernafasan seterusnya

yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut dengan dan hidung keadaan mangsa muka

menghadap ke dada mangsa.

Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat dada.

pergerakan (Kaedah

turun-naik

3M=Mendengar,

Merasa, Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut. C

Langkah ke tiga adalah untuk peredaran perlu darah.

CIRCULA mengekalkan TION (Peredar an darah) Langkah ini

dilakukan

sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan

kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari

atas hulu hati (cuaran xiphoid).

KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT

1. Siasat kejadian dan perkenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan kecemasan. 2. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang. 3. Buangkan sebarang benda asing dari mulut. Bukakan saluran pernafasan. 4. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. 5. Tentukan mulutnya terbuka. 6. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. 7. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. 8. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa.

9. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi. Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit. Catatan: 1. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa. 2. Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa. 3. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik

CPR UNTUK BAYI ( BAWAH 1 TAHUN)

1. Jerit dan tepuk bahu bayi dengan perlahan. Sekiranya tiada tindakbalas, pastikan posisi bayi dalam keadaan terlentang. 2. Buka salur pernafasan dengan teknik dongakkan kepala dan angkat dagunya. Jangan dongakkan kepala terlalu jauh. 3. Beri 2 hembusan sekiranya tiada pernafasan. Tutup mulut dan hidung bayi sekaligus dengan mulut kita dan hembus dengan kadar 1.5 hingga 2 saat pada setiap hembusan. 4. Sentiasa periksa dada bayi untuk melihat sebarang pergerakan pada setiap bantuan pernafasan yang diberikan. 5. Posisikan 2 jari di tengah-tengah dada dan inci ke bawah putingnya. Kemudian, beri 30 tekanan sedalam antara ke 1 inci pada kadar 100 kali seminit. 6. Ulangi dengan 2 hembusan nafas dan 30 tekanan. Selepas 1 minit (ulangan 1 pusingan), hubungi ambulans (999 atau 991) dan teruskan dengan teknik hembusan dan tekanan di dada. CPR UNTUK KANAK-KANAK ( 1 HINGGA 8 TAHUN )

CPR boleh dilakukan ke atas kanak-kanak kecil sama seperti kepada orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih besar kecuali dalam 4 perkara berikut : 1. Jika penyelamat itu tiada pembantu, berikan CPR selama 1 minit sebelum membuat panggilan sistem rawatan kecemasan.

2. Gunakan pangkal sebelah tapak tangan sahaja untuk memberikan tekanan kepada dada 3. Tekan sternum sedalam 1 hingga 1 1/2 inci 4. Berikan 100 tekanan seminit dan 1 pernafasan bantuan bagi setiap 5 tekanan.

A. SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY)

1. Tentukan mangsa tiada tindak balas. Gerakkan bahunya perlahanlahan sambil memanggil, "apa hal ini?" 2. Panggil "tolong" 3. Telentangkan mangsa dengan berhati-hati, ampu kepala dan

tengkoknya jika dikhuatiri ada kecederaan. 4. Buka saluran pernafasan; guna teknik dongak-kepala-angkat-dagu. B. PERNAFASAN (BREATHING) 1. Tentukan mangsa tidak bernafas. Letakkan telinga ke atas mulutnya, perhatikan dadanya, lihat dengar dan rasa udara pernafasan sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka . 2. Jika mangsa tersebut masih bernafas dan tiada tanda-tanda trauma, baringkan mangsa dalam posisi pemulihan. 3. Jika mangsa tiada bernafas, berikan 2 pernafasan bantuan, gunakan pernafasan bantuan mulut kemulut (11 1/2 saat setiap

pernafasan).Perhatikan pergerakkan dada mangsa. C. EDARAN DARAH (CIRCULATION)

1. Tentukan ketiadaan nadi. Gunakan 2 atau 3 jari untuk merasa nadi karotik sambil mendongakkan kepala dengan tangan sebelah lagi tetap memegang diatas dahi mangsa (untuk mengekalkan saluran pernafasan sentiasa terbuka. 2. Jika tiada rasa nadi, mulakan tekanan dada, letakkan satu tangan ditempat sama. Tekan sternum lebik kurang 1-1 1/2 inci. Gunakan bahagian pangkal sebelah tapak tangan sahaja. Tekan dada 100 kali seminit dan berikan 1 pernafasan bantuan bagi setiap 5 tekanan. 3. Lakukan 30 kitaran tekanan dan pernafasan bantuan. 4. Periksa nadi 5. Jika tiada nadi, beri 1 pernafasan bantuan dan teruskan tekanan dada dan pernafasan bantuan 6. Periksa nadi setiap beberapa minit 7. Jika nadi pulih, periksa pernafasan spontan.Jika tiada, berikan 1 pernafasan bantuan bagi setiap 3 saat (20 pernafasan bantuan seminit) dan sentiasa dalam awasi posisi nadi. pemulihan Jika dan mangsa pastikan bernafas, saluran

baringkannya

pernafasan sentiasa terbuka dan awasi pernafasan dan nadi.

CPR untuk orang dewasa

A. SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY)

5. Tentukan mangsa tiada tindak balas. Gerakkan bahunya perlahanlahan sambil memanggil, "apa hal ini?" 6. Panggil "tolong" 7. Telentangkan mangsa dengan berhati-hati, ampu kepala dan

tengkoknya jika dikhuatiri ada kecederaan. 8. Buka saluran pernafasan; guna teknik dongak-kepala-angkat-dagu. B. PERNAFASAN (BREATHING) 4. Tentukan mangsa tidak bernafas. Letakkan telinga anda ke atas mulutnya, perhatikan dadanya, lihat dengar dan rasa udara pernafasan sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka . 5. Jika mangsa tersebut masih bernafas dan tiada tanda-tanda trauma, baringkan mangsa dalam posisi pemulihan.

6. Jika mangsa tiada bernafas, berikan 2 pernafasan bantuan, gunakan pernafasan bantuan mulut kemulut (1.5 saat setiap pernafasan) .Perhatikan pergerakkan dada mangsa. C. EDARAN DARAH (CIRCULATION)

8. Tentukan ketiadaan nadi. Gunakan 2 atau 3 jari untuk merasa nadi karotik sambil mendongakkan kepala dengan tangan sebelah lagi tetap memegang diatas dahi mangsa (untuk mengekalkan saluran pernafasan sentiasa terbuka. 9. Jika tiada rasa nadi, mulakan tekanan dada, letakkan tangan ditempat sama seperti orang dewasa. Tekan sternum lebik kurang 1-1 1/2 inci. Gunakan bahagian pangkal sebelah tapak tangan sahaja. Tekan dada 100 kali seminit dan berikan 1 pernafasan bantuan bagi setiap 5 tekanan. 10. Lakukan 30 kitaran tekanan dan pernafasan bantuan. 11. Periksa nadi 12. Jika tiada nadi, beri 1 pernafasan bantuan dan teruskan tekanan dada dan pernafasan bantuan 13. Periksa nadi setiap beberapa minit 14. Jika nadi pulih, periksa pernafasan spontan.Jika tiada, berikan 1 pernafasan bantuan bagi setiap 3 saat (30 pernafasan bantuan seminit) dan sentiasa dalam awasi posisi nadi. pemulihan Jika dan mangsa pastikan bernafas, saluran

baringkannya

pernafasan sentiasa terbuka dan awasi pernafasan dan nadi.

Perbezaan Rawatan CPR

Orang dewasa Kepala dicondongkan Berikan 2 hembusan nafas penuh Tekanan mula menggunakan kedua-dua tangan30 kali Ulangan - 2 nafas, 30 tekanan Berterusan sehingga ambulans tiba, pesakit pulih atau pengsan.

1-8 tahun Kepala dicondongkan. Berikan 2 hembusan nafas penuh Tekanan mula menggunakan satu tangan -30 kali Ulangan - 2 nafas, 30 tekanan Berterusan sehingga ambulans tiba, pesakit pulih atau pengsan.

Bawah 1 tahun Berikan 2 hembusan nafas penuh (sedutan) Tekanan mula menggunakan dua jari sahaja30 kali Ulangan - 2 nafas, 30 tekanan Berterusan sehingga ambulans tiba, pesakit pulih atau pengsan.

You might also like