You are on page 1of 10

E.A.

R Expired Air Resuscitation

Apakah itu EAR?


Bantu mula yang melibatkan pernafasan mereka. Tersekat nafas kerana tercekik, tersedut wap, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah penafasan tertentu seperti asma atau emfisema. Penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya Memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi

Definisi EAR

A - airway (laluan udara)

R - resuscitation (resusitasi atau pemulihan pernafasan)

E - elevation

(meninggikan)

Teknik EAR
TEKNIK EAR CARA PERLAKUAN GAMBAR Mulut-Ke-Mulut Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut

Mulut-Ke-Hidung Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air.

Penyelamat akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan rahangnya perlahan-lahan untuk dan

kemudiannya

melepaskan

membolehkan

mangsa menghembuskan nafas keluar. Mulut-KeHidung-DanMulut Ini adalah kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut.

Indikasi EAR
Sianosis kepucatan Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang dari 4-5 kali dalam seminit Tiada nafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi

Procedur EAR
Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher. Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran (contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu) Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa, kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut dipaksa memasuki paruparu.

Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan mulutnya dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan kepada orang dewasa. Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara terusmenerus dengan cepat. Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba.

Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat CPR) Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang dan ketiadaan pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan kekalkan keadaan saluran udara. Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan atau mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan lagi kecederaan pada leher. Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan dada jika pernafasan dan nadi masih tidak ada.

Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan resusitasi dijalankan, anda perlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan ibu jari kaki berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada kepala. EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR)

You might also like