You are on page 1of 6

TANAMAN HIDROPONIK

APA ITU HIDROPONIK? Hidroponik berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air danponos yang bermaksud bekerja. Ia adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini hanya menggunakan air dan larutan nutrien atau baja khas sebagai agen utama untuk pertumbuhan. Kaedah hidroponik sangat mudah dan menyenangkan serta tidak memerlukan kos yang tinggi untuk penyelengaraan. Hidroponik adalah kaedah tanaman yang tidak melibatkan pengeluaran peluh malahan dengan kos yang rendah pengguna dapat menjimatkan wang mereka daripada membeli sayur dari pasar yang tidak diketahui jaminannya. SEJARAH HIDROPONIK Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.

KELEBIHAN HIDROPONIK Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut: Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain; Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi; Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak; Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul; Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien; Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.

KAEDAH HIDROPONIK Sistem Pengaliran Nutrien Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut: i) Pam air untuk akuarium. ii) Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal). iii) Tangki untuk larutan nutrien. iv) Tenaga elektrik. v) Pasu plastik kecil (jika perlu). Sistem Takung Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan: i) Takung tanaman. ii) Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik). iii) Pasu plastik kecil (jika perlu).

KAEDAH PENANAMAN Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:Cara Mengubah: Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih) Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.) Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai kepekatan penuh Cara Semaian terus Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air

*Larutan nutrien perlu ditambah (tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil dituai untuk kedua-dua kaedah penanaman.

Larutan Nutrien Kadar baja yang diperlukan untuk sayur jenis daun jika larutan nutrien disediakan sendiri adalah seperti berikut :-

BAJA Ammonium nitrat Kalium fosfat Kalium nitrat Kalsium klorida Magnesium sulfat Besi/Ferum (Fe-EDTA) Boron Manganous chloride Kuprum sulfat

BERAT (g) 75 40 32 55 18 3.29 0.56 0.18 0.04

UNSUR KEPEKATAN (bsj) N 300 P 80 K 230 Ca 200 Mg 36 Fe 5 B 1.0 Mn 0.5 Cu 0.1

Zingkam sulfat Ammonium molybate Baja komersil (Gred) Pertanian atau industri
Gred teknikal

0.05 trace

Zn 0.1 Mo trace

KELEBIHAN HIDROPONIK
Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman. Maka pengeluaran sayuran tetap dapat dijalankan walaupun berada di kawasan yang tidak subur, kurang sumber air, tidak mempunyai saluran baik dan kawasan tanah bermasalah Tidak memerlukan sistem giliran tanaman. Sayuran tumbuh dengan lebih cepat disamping pengeluaran hasil yang seragam sepanjang masa. Penggunaan baja dan air yang terkawal dan efficient. Tumbuhan mendapat nutrien yang mencukupi mengikut keperluan disamping tiada persaingan untuk mendapatkan air dan nutrien. Pembaziran baja juga tidak berlaku kerana ia tidak mengalami larut lesap. Pengawalan penyakit dan proses yang cekap selain bersih dan bebas daripada sebarang racun perosak. Pencemaran alam sekitar turut berkurangan berikutan penggunaan bahan kimia yang minimum. Tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.

KELEMAHAN HIDROPONIK
Memerlukan kos awal yang agak tinggi Hidroponik merupakan satu sistem tertutup. Sebarang patogen atau ketidakseimbangan nutrien akan mempengaruhi keseluruhan tanaman. Tumbuhan boleh mati dengan cepat jika sistem gagal. Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa

You might also like