You are on page 1of 5

DAKWAH NABI ZAKARIA DAN NABI YAHYA A.S.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . Syukran Jazila buat pengacara, barisan hakim yang bijaksana, penjaga masa yang setia, guru-guru,rakan-rakan serta hadirin budiman. Salam dihulur di pagi nan mulia, Buat hadirin hadirat semua, Dakwah Nabi Zakaria dan juga Yahya, Buat pedoman sematkan di jiwa. Ya hadirin Nabi Zakaria putera kepada Daan Berhubung nasab hingga Nabi Sulaiman Baginda diutus di kalangan Bani Israel Isterinya bernama Isya Nabi Zakaria juga Penjaga Maryam bonda Nabi Isa Nabi Zakaria terlalu tua Beratus tahun umur baginda Namun tiada anak dikurnia Isteri mandul itulah punca Rakan rakan Allah Maha Mendengar lagi Maha Berkuasa. Faktor baginda yang lanjut usia dan isterinya yang mandul, bukanlah penghalang. Rintihan seorang hamba segera diperkenankan. Namun timbul persoalan di minda, apakah tanda hajat diterima? Turunlah kalam Ilahi, petanda pada baginda Selama 3 hari, tiada bisa bicara Sepertimana firman Allah dalam surah Maryam ayat 7 :

Pantun

7. (Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar Yang mengembirakanmu Dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, Yang Kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorang pun Yang senama denganNya". Tiba masanya, lahirlah bayi lelaki bernama Yahya. Baginda sangat sayangkan puteranya. Tidak seperti kejadian masa kini, ada siswi yang sanggup membuang bayi sesuka hati. Tindakan kejam itu melampaui sifat seekor haiwan. Eheh..eh kejamnya

Hadirin yang dihormati , Nabi Zakaria dan Yahya a.s. berdakwah kepada Bani Israel. Mereka diseru agar menyembah Allah Yang Esa. Di samping itu juga mereka diseru agar mendirikan solat, rajin bersedekah dan berzikir mengingati Allah. Tapi sayang seribu kali sayang, Bani Israel enggan menerima dakwah Nabi Zakaria dan Yahya . Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 78 :


78. Dan di antara mereka pula ada orang-orang Yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.

Oleh itu kawanku Mantapkan amal ibadat Dalam kehidupan setiap waktu Lihatlah pada masa kini, semakin ramai orang mempersendakan hukum Allah menyambut hari raya dengan pesta arak dan maksiat. Berlaku peristiwa di zaman baginda Raja bercinta dengan anak saudara Perkahwinan sesama mahram ditentang agama Sajak

Nabi Yahya a.s. menyatakan tentang haramnya hukum berkahwin sesama mahram. Bani Israel amat marah kepada Nabi Yahya. Akhirnya Nabi Yahya diperintah dipenggal kepala. Hadirin semua, Institusi kekeluargaan wajib dipelihara . Jangan dicemari dengan gejala sumbang mahram seperti yang banyak berlaku pada masa kini. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 61 :

....

61..dan mereka pula membunuh Nabi-nabi Dengan tidak ada alasan Yang benar.... Dalam keadaan pilu, Nabi Zakaria gagal berbuat sesuatu. Baginda duduk menyembunyikan diri di dalam sepohon pokok yang besar. Namun tanpa disangka ..kekejaman Bani Israel terus menggila.Kerana cebisan kain, dirinya digergaji. Masya Allahkejamnya mereka. Kita hendaklah sentiasa waspada dengan muslihat musuh.

Pada masa kini , banyak kes pembunuhan kejam yang berlaku di Negara kita. Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 64 :

...

64. ....dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melakukan kerosakan.

Maksudnya ; dan mereka pula terus melakukan kerosakan di muka bumi. Ya hadirin, Buat baik dibalas baik,buat jahat jangan sekali-kali. Kekejaman Bani Israel membunuh para Nabi mendapat balasan Ilahi. Kaum Bani Israel diserang musuh silih berganti. Firman Allah dalam surah Al-An`am ayat 6 :

....
6. Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat Yang telah Kami binasakan sebelum mereka....

Hadirin budiman, Sesungguhnya kaum yang zalim akan dikecam oleh masyarakat. Seperti serangan Israel ke atas kapal bantuan Gaza. Sekian sahaja cerita saya, Buat hadirin hadirat semua, Salah dan silap terkasar bahasa, Maafkan hamba insan biasa.

Pantun

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like