You are on page 1of 5

PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG ) FASA 3 PPG AMBILAN JUN 2011

REFLEKSI DIRI

Assalamualaikum, Alhamdulillah hirabbilalamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya menyempurnakan tugasan kerja kursus laporan Program BIG Fasa 3 ini. Pertamanya , di kesempatan ini ingin saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing tugasan program BIG ini iaitu Encik Mohd Yusoff bin Md Nor atas toleransi dan dedikasi beliau yang telah memberi saya ruang dan peluang untuk saya merealisasikan tugasan laporan program BIG ini. Seterusnya , ucapan terima kasih tidak terhingga saya juga kepada Penyelaras BIG , IPG Kampus Ilmu Khas ini iaitu Puan Salmawati yang turut memberi ruang masa kepada saya untuk menghasilkan laporan program BIG ini. Sesungguhnya , segala pertimbangan yang diberikan amat saya hargai dan sanjung tinggi. Pada awalnya, sememangnya saya menghadapi kesukaran untuk

melaksanakan tugasan program BIG Fasa 3 ini. Tidak dapat dinafikan, terdapat beberapa halangan terutamanya dari segi kekangan masa dan juga kesibukan

bertugas. Namun begitu, hasil kolaborasi dengan rakan kumpulan , perkongsian idea dan kesungguhan maka pada akhirnya dapat juga saya melaksanakan program BIG Fasa 3 tersebut bersama rakan PPG. Saya dan rakan telah merancang dan telah bersepakat untuk menjalankan aktiviti kelas tambahan bagi murid tahun 6 seramai 173 orang dan makan beradab bagi semua murid SK Wangsa Maju Zon R10. Program kelas tambahan ini telah dijalankan pada setiap hari Sabtu, bermula pada jam 8.00 hingga 12.30 tengahari. Murid-murid masih berada dalam kelas yang sama seperti di waktu persekolahan biasa melainkan jadual belajar telah diubah mengikut mata pelajaran teras sahaja iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan

Sains. Guru-guru juga telah dipilih dari kalangan mereka yang berpengalaman dan berdedikasi mengikut jadual agar segala ilmu-ilmu dan tips-tips berguna dapat disampaikan dengan jayanya sekaligus dapat meningkatkan lagi tahap pencapaian murid dalam UPSR kelak. Dalam melaksanakan program ini, tiada banyak masalah yang timbul kerana kami telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak terutamanya guru-guru yang terlibat. Begitu juga dalam melaksanakan program makan beradab di mana kami telah mendapat kerjasama daripada Panitia Agama Islam dan Unit Bimbingan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10 malahan Pihak Panitia tersebut juga telah berbesar hati memberi sumbangan kewangan bagi menampung sebahagian pembiayaan pelaksanaan aktiviti program yang dirancang. Begitu juga dengan rakan PPG yang terlibat telah memberikan komitmen dari segi kewangan bagi melicinkan perjalanan program ini. Program ini juga telah kami namakan sebagai Minggu Semarak Budi Seindah Bahasa agar murid -murid dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam erti kata waktu makan perlulah ada adab dan tertibnya di mana murid-murid diajar agar tidak berbual-bual semasa makan dan tidak membuat bising di kantin sekolah. Sesungguhnya, program BIG ini merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru . Dengan itu, sejajar dengan konsep melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, intelek dan rohani ,maka saya berpendapat bahawa program ini adalah bersesuaian dijalankan di semua

sekolah kerana pengisiannya mengandungi penekanan terhadap keyakinan diri, mencungkil bakat dan kebolehan, semangat kerjasama serta penerapan nilai nilai positif iaitu melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua aspek. Umumnya, matlamat program Bina Insan Guru ( BIG ) adalah untuk

melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan pinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan

Guru. Berlandaskan

pada matlamat inilah saya merasakan adanya perubahan

dalam diri saya setelah mengikuti program BIG ini. Setelah menghayati impak dalam diri, selepas melaksanakan program ini, saya cuba menilai diri sendiri beberapa aspek kekuatan, kelemahan dan peluang. Aspek kekuatannya, program ini sebenarnya telah melatih diri saya untuk berfikir tentang bagaimanakah ciri seorang guru yang mampu menjadi agen perubahan yang diperlukan pada zaman ini. Justeru, saya melihat bahawa Bina Insan Guru merupakan suatu aspek utama yang dititikberatkan dalam program latihan dan pendidikan Institut Pendidikan Guru masa kini. Dalam usaha melahirkan guru maka permulaan yang berkesan dapat dipupuk melalui Program Bina Insan Guru kerana ianya merupakan wahana ke arah matlamat tersebut. Kursus ini dilaksanakan dalam bentuk suatu program sosial dan daripada

kemasyarakatan dalam tempoh tertentu yang mengandungi pengisian dari segi jasmani, rohani dan intelek. Tujuan program ini ialah memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri ciri kualiti insan guru yang unggul dan ia mencakupi enam domain utama kurikulum Bina Insan Guru . Enam domain tersebut ialah kerohanian dan akhlak keguruan,berilmu, beramal dan berbakti, berakauntabiliti dan amanah, berdaya tahan yang tinggi, berjiwa merdeka dan perkasa serta kreatif dan inovatif. Pelaksanaan Bina Insan Guru melalui program ini adalah menjurus kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar sebagai usaha memperkasakan ilmu, kemahiran , daya intelek, nilai dan akhlak keguruan. Di samping itu, Bina Insan Guru juga telah melibatkan pelajar dengan pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Ini juga sebahagian daripada kekuatan kerana sebenarnya, aktiviti yang disediakan merupakan cabang pembelajaran informal yang menyediakan

pengalaman yang lebih menyeluruh dan seimbang yang mana murid-murid tidak akan memperoleh di dalam bilik darjah. Penyertaan mereka dalam pelbagai aktiviti program ini juga merupakan suatu kaedah yang mampu memberi pengukuhan dan pengayaan berkaitan dengan perkara yang dipelajari secara formal di dalam bilik darjah malahan lebih berkesan dan menyeronokkan. Hal ini kerana murid-murid

belajar berinteraksi dengan cara yang fositif dengan bertukar-tukar idea ketika aktiviti berlangsung. Selain itu, mereka juga belajar bertolak ansur dan belajar menerima pendapat atau pandangan yang berbeza daripada rakan yang lain.Dengan

menyertai kegiatan begini, juga dapat membantu perkembangan sosial murid-murid kerana dapat berkenalan dengan rakan-rakan dari kelas yang lain dengan lebih dekat secara koperatif. Selain itu , antara kekuatan lain program ini juga berjaya membina keyakinan dan memperkembang bakat ,ilmu, serta potensi diri murid-murid. Misalnya,dalam kelas tambahan yang dijalankan, murid perlu ada disiplin diri yang kuat untuk menghadirinya memandangkan ia dijalankan pada hari Sabtu yang mana secara umumnya pada hari tersebut adalah hari bercuti dari sesi persekolahan. Manakala, dalam aktiviti makan beradab murid-murid juga dapat membina disiplin diri, berdikari dan bersopan santun semasa waktu makan tidak kira sama ada di sekolah, di rumah atau di mana sahaja mereka berada. Sebagai maklumbalas melalui penilaian kendiri , maka saya juga dapat melihat beberapa kelemahan yang harus diberi cadangan penambahbaikan. Dengan melibatkan diri dalam program Bina Insan Guru, saya telah menyedari beberapa kelemahan sepanjang program ini dijalankan. Pertamanya, ialah dari segi kehadiran murid tahun enam ke kelas tambahan yang kurang memuaskan. Oleh itu permasalahan murid dari segi pengangkutan perlu diambil kira kerana terdapat sebilangan besar ibu-bapa mereka keluar bekerja pada hari tersebut. Satu tinjauan awal perlu dibuat agar adanya jalan penyelesaian sebelum melaksanakan program tersebut. Melalui aktiviti ini, saya menyedari bahawa bukan mudah untuk

menjayakan sesuatu program tanpa memikirkan permasalahan yang dihadapi oleh anak didik kita terlebih dahulu agar setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Namun begitu, ianya boleh penambahbaikan diatasi dengan

seperti cuba mendapatkan sumber kewangan tambahan bagi

mendapatkan kemudahan pengangkutan untuk murid-murid yang bermasalah agar ia tidak menjadi satu alasan untuk mereka mendapatkan ilmu bagi mencapai kejayaan yang lebih baik.

Program BIG ini juga memberi peluang kepada diri sendiri untuk mempertingkat kemampuan diri dalam sesuatu pengurusan program dengan lebih baik. Melalui proses pelaksanaan program Bina Insan ini, saya dapat menggunakan kesempatan untuk memperkembang intraksi sosial atau berkolaborasi dengan para pelajar PPG dari Institut Pendidikan Guru yang lain. Kepercayaan yang diberi untuk melakukan sesuatu tugas adalah merupakan peluang keemasan bagi diri saya untuk mempertingkat daya saing serta sahsiah diri. Tidak dapat dinafikan juga bahawa program ini merupakan suatu wadah yang paling sesuai untuk mempraktikkan daya kepimpinan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Apa yang dapat saya rumuskan ialah pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang merealisasikan tugasan ini, sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik yang bertanggungjawab untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru, golongan pendidik adalah orang yang harus sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Akhir bicara, saya amat berharap agar hasil tugasan yang telah saya siapkan ini dapat diterima dan menepati kehendak objektifnya. Konklusinya, komitmen yang tinggi amat diperlukan untuk menyempurnakan tugasan ini. Sekali lagi saya

merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing program Bina Insan Guru ( BIG ) ini atas toleransi dan dedikasinya yang tinggi kerana telah memberi saya ruang dan peluang menyempurnakan tugasan ini. Sebarang kesulitan dan kesilapan, saya mohon ribuan kemaafan. Sesungguhnya, segala yang baik itu dari Allah SWT dan segala kekurangan itu adalah atas kelemahan diri sendiri. Wassalamu.

You might also like