You are on page 1of 33

TAJUK 3 : KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN

http://catatannota.blogspot.com/2012/02/tajuk-3-kaedah-teknik-pengajaran.html

KAEDAH PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur memerlukan guru menguasai kaedah yang tepat. Kaedah merujuk kepada prosedur-prosedur mengajar yang wujud berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan adalah berlandaskan teori linguistik dan psikologi. Oleh itu, sesuatu kaedah yang digunakan tidak boleh bercanggah daripada pendekatan. Kaedah bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu. Kaedah pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur 1- Kaedah terus Kaedah fonetik/ linguistik Kaedah eklektik Kaedah audio-lingual Kaedah komunikatif

12345-

KAEDAH TERUS Kaedah ini merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa pertama secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus, iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar dan bertutur adalah diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkara yang digunakan sehari-hari. Berdasarkan kaedah ini, perkataan konkrit contohnya, sudu di ajarkan dengan menunjukkan objek sudu. Perkataan abstrak contohnya, sayang pula diterangkan menggunakan perkataan yang diketahui oleh murid-murid (tunjuk contoh ibu bapa mereka). Pengajaran sesuatu topik baharu pula adalah berdasarkan sesuatu topik lain yang telah diajarkan tetapi mempunyai kaitan dengan topik baharu tersebut. Sebagai contoh, untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama + kata kerja + kata nama haruslah berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelumnya. Contoh ayat : - Saya minum (ayat sebelumnya) -Saya minum susu (ayat baru) Kaedah ini mengutamakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur dan bukannya pengetahuan tentang bahasa. Kelebihan penggunaaan kaedah ini ialah, kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan kerana muridmurid telah dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur secara terus dalam bahasa sasaran.

KAEDAH FONETIK/ LINGUISTIK Pengajaran berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran kemudian diikuti dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulakan dengan penyebutan bunyi, perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini kemudiannya digabungkan menjadi dialog dan cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan biasa tetapi menggunakan simbol-simbol fonetik misalnya [ma?] untuk perkataan emak. Nahu atau tatabahasa diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa itu dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan dan rumus-rumus itu diajarkan. Melalui kaedah ini juga murid murid akan menulis karangan berdasarkan apa yang didengar atau dibaca

KAEDAH EKLEKTIK Kaedah ini mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah lain dan menggabungkannya. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Berdasarkan kaedah eklektik, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan, iaitu bertutur, menulis, memahami dan membaca. Aspek tatabahasa diajarkan mengikut situasi, iaitu sama ada secara deduktif ataupun induktif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan meliputi latihan mendengar dan bertutur, bacaan kuat dan bersoal jawab.

KAEDAH AUDIO LINGUAL Kaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid ialah petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana misalnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan cerita, sajak, dan sebagainya. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendengar (contohnya bunyi sajak daripada pita rakaman). Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih tubi. Murid-murid seterusnya akan berlatih mendeklamasikan sajak dengan rakan secara berpasangan atau berkumpulan. Melalui kaedah ini, murid-murid lebih mudah mengingat maklumat yang didengar. Ingatan murid-murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakan-rakan.

KAEDAH KOMUNIKATIF

Kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. Proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut memerlukan guru-guru melatih murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif ialah penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan sebagainya.

TEKNIK- PENGENALAN
Teknik pengajaran merupakan taktik atau cara-cara yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Teknik dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran. Setiap teknik yang digunakan adalah selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar pula dengan pendekatan yang dipegang. Teknik pengajaran juga boleh dirujuk sebagai alat yang digunakan oleh guru bahasa untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur Teknik soal jawab Teknik main peranan Teknik lakonan/drama Teknik permainan bahasa Teknik hafazan Teknik latih tubi Teknik perbincangan Teknik penyelesaian masalah

TEKNIK SOAL JAWAB Teknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya. Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab : - untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid -untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis -untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

TEKNIK MAIN PERANAN Main peranan bermaksud melakonkan satu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Teknik ini adalah satu bentuk drama yang tidak memerlukan penghafalan skrip. Murid-murid yang berlakon dalam teknik ini akan cuba untuk menjelaskan sesuatu situasi kepada murid lain. Murid-murid yang lain pula akan mempraktikkan peranan murid-murid yang berlakon tadi secara spontan. Teknik ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai (contoh : amalan berbudi bahasa). Masalah ini dikemukakan kepada murid-murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, dan sebagainya. Berdasarkan apa yang dibaca, dilihat, didengar itu, murid-murid akan melakukan main peranan untuk menunjukkan amalan berbudi bahasa tersebut. Murid murid lain pula akan mempraktikkan peranan yang telah dimainkan secara spontan.

TEKNIK LAKONAN/DRAMA Tujuan utama teknik ini adalah untuk melatih murid-murid menggunakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur, unsur paralinguistik (jeda, nada, intonasi), dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan merangsang muridmurid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Teknik ini dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di samping menyuburkan sahsiah mereka. *teknik ini berbeza dengan main peranan kerana murid berlakon berdasarkan skrip

TEKNIK PERMAINAN BAHASA Teknik ini adalah satu-satunya cara untuk mempelajari bahasa melalui permainan. Penglibatan dalam permainan akan memberi peluang kepada murid-murid bagi memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat pengesanan (diagnostik). Teknik ini dapat merangsang kemahiran lisan, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, serta sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Terdapat beberapa jenis permainan bahasa yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu iaitu : Permainan menyampaikan pesanan Permainan tekalah saya Permainan memerhati dan mengingat Permainan berpasangan Permainan slip undian

TEKNIK HAFAZAN

Teknik ini turut dikenali sebagai teknik latih tubi informan. Pengajaran dibahagikan kepada dua bahagian iaitu demonstrasi dan latih tubi. Pembahagian ini mempunyai nisbah 2 : 1 (1 demonstrasi dan 2 latih tubi). Bahagian demonstrasi adalah pengajaran tentang tatabahasa atau nahu, sebutan dan perbendaharaan kata. Demonstrasi dilakukan oleh guru atau informan yang terdiri daripada penutur jati. Melalui bahagian latih tubi pula, informan jati atau guru akan membaca beberapa baris ayat, manakala murid-murid mengajuk sebutan tersebut sehingga ayatayat itu dapat dihafal. Berdasarkan teknik hafazan ini, tatabahasa atau nahu diajarkan secara induktif atau melalui ayat-ayat contoh. Selepas tatabahasa diajarkan, pelajaran diteruskan dengan memberi kuliah, mengadakan pementasan drama dan perbincangan.

TEKNIK LATIH TUBI Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan itu. Teknik ini memberi penekanan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

Aspek kebolehan menggunakan bahasa Sebutan (accent)

Huraian menyebut perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi

Tatabahasa (grammar)

penggunaan bahasa yang tepat berdasarkan hukum-hukum bahasa daripada semua aspek

Perbendaharaan kata (vocabulary)

meluaskannnya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai berdasarkan konteksnya dalam situasi tertentu

Kefasihan (fluency)

menggunakan perkataan dan lainlain dengan cara spontan tanpa menitikberatkan maksudnya

Kefahaman (comprehension)

latihan memahami soalan dan mengemukakan jawapan yang wajar

TEKNIK PERBINCANGAN Teknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan dan pendapat dengan bernas. Teknik ini adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid dengan penyeliaan dan kawalan seorang guru. Terdapat beberapa langkah dalam menjalankan teknik ini : 1- Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. 2- Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua. 3- Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu berbincang sesama mereka dan semasa perbincangan berjalan, guru sentiasa memantau perbincangan tersebut supaya terarah. 4- Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.

TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH Teknik adalah aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka teki, silang kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Teknik ini melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah, mengingat semula pengalaman lalu, memilih strategi yang sesuai, dan menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian. Terdapat beberapa prinsip dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui teknik ini : 1- Sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-murid memperolehi ilmu pengetahuanatau menguasai kemahiran yang berkaitan. 2- Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan lepas muridmurid serta sesuai dengan pengalaman mereka. 3- Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti masalah itu. 4- Guru perlu berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah.

5- Guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk menyelesaikan masalah. Guru hanya boleh memberi sedikit bimbingan kepada murid yang berfikir agak lambat secara individu. Rumusan Kemahiran Bahasa A. Kemahiran Lisan Kemahiran mendengar Kemahiran bertutur Prinsip pembinaan dan penggunaan/pelaksanaan P&P Lisan Aktiviti P&P lisan B. Kemahiran Membaca Aktiviti Prabacaan Bacaan Mekanis Aktitivi bacaan langkah P&P puisi Pendekatan cerakinan Teknik-teknik bacaan SQ3R

o o o o o

C. Kemahiran Menulis Pendekatan menulis karangan D. Kaedah Pengajaran Kaedah komunikatif Kaedah pandang sebut Pendekatan Cerakinan - prosedur pelaksanan, kebaikan, kelemahan E. Teknik P&P Teknik pengajaran simulasi/main peranan/lakonan Peringkat pengajaran kemahiran membaca dan menulis Kemahiran membuat ramalan Peta minda kaeadah pelaksanaan dan contoh

Teknik main peranan Teknik permainan bahasa Teknik latih tubi Teknik bercerita Teknik inkuiri Teknik perbahasan

Pengenalan 1.Bahasa memainkan peranan yang pent ing dalam kehidupan manusia. Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung. Apabila timbul kesedaran tentang kepentingan bahasa, maka manusia mula berminat untuk mengkajinya. Sejarah pengkajian manusia terhadap bahasa telah b ermula sejak 3000 tahun yang lalu apabila ahli agama Hindu mula mengkaji bahasa Sanskrit dalam kitab suci Veda dengan tujuan agar sebutan yang tepat dapat dikekalkan ketika membaca kitab tersebut. 2.Apabila kehidupan manusia semakin maju, peranan bahasa j uga telah menjadi semakin penting. Bahasa mula dipelajari secara serius. Pengajaran bahasa turut menjadi satu kegiatan yang penting. Apabila timbul pelbagai masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, ahli ahli bahasa telah berusaha untuk mena ngani masalah masalah tersebut. Hal ini menjadikan kajian terhadap bahasa semakin berkembang. Pengkaji pengkaji bahasa telah berusaha mencari jalan bagaimana sesuatu bahasa dapat diajarkan dan dipelajari dengan lebih baik dan berkesan. Berdasarkan kajian k

ajian inilah maka terhasil beberapa teori bahasa yang dikenali sebagai teori linguistik. 3.Dalam pengajaran bahasa, teori psikologi pembelajaran turut diterapkan. Psikologi merupakan bidang yang mengkaji bagaimana manusia mempelajari sesuatu. Uji kaji yang dijalankan ke atas binatang oleh ahli ahli psikologi telah menemukan teori psikologi pembelajaran yang turut sama diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. 4.Berdasarkan kedua dua displin ilmu yang mengemukakan teori berkenaan suatu perkara yang sama, iaitu bahasa, tetapi berlainan dari segi kaedah, cara dan tujuan akhirnya menghasilkan satu displin ilmu yang baharu, iaitu yang menggabungkan kedua duanya sekali yang dikenali sebagai psikolinguistik. Ilmu psikolinguistik merupakan kajian terha dap hakikat bahasa, bagaimana bahasa dipelajari dan banyak lagi persoalan bahasa terutama berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa (Mengantar Simanjuntak, 1978 : 1-2) 5.Teori teori psikolinguistik memberi huraian tentang bagaimana bahasa dipelaj ari,

strategi strategi yang digunakan oleh pelajar untuk menguasai bahasa dan model pengajaran bahasa. Semua penerangan ini penting kepada guru bahasa bagi memilih prosedur pengajaran bahasa (Juriah Long et al. , 1990 : 16). Dalam pengajaran bahasa, guru b ahasa perlu mengetahui teori teori psikolinguistik dan berupaya untuk mengaplikasikannya melalui cara pemilihan pendekatan, kaedah atau teknik yang sesuai untuk menjadikan pengajaran bahasa lebih berkesan. Latar belakang kajian 1.Dalam pembelajaran bahasa terdapat empat komponen kemahiran utama, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran membaca merupakan kemahiran lanjutan daripada kemahiran kemahiran lain yang lebih asas, iaitu mendengar dan bertutur. Penguasaan dalam kemahiran me mbaca membantu seseorang pelajar memperluas pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreativiti dalam pelbagai bidang. 2.Kebolehan menguasai kemahiran membaca sangat penting dan sering menjadi ukuran kepada pencapaian pelajar di sekolah. Hal ini adalah kerana kemahiran tersebut menjadi faktor penentu terhadap pembelajaran yang berkesan dalam berbagai

bagai bidang ilmu. Pelajar yang berkebolehan tinggi dalam bacaan mempunyai kaitan yang rapat dengan pencapaian yang cemerlang dalam bidang bidang pembelaja ran yang lain. Oleh itu, pelajar yang dapat menguasai kemahiran mambaca dengan baik juga menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelbagai mata pelajaran. 3.Penguasaan dalam kemahiran membaca membolehkan seseorang individu menimba ilmu pengetahuan dari pada pelbagai sumber. Kebolehan membaca dikatakan boleh membuka seluas luasnya pintu ke alam pengetahuan manusia. Kepentingan membaca juga telah ditegaskan oleh Allah s.w.t dalam kitab suci al Quran, suruh al Alaq, iaitu Bacalah (ya Muhammad) dengan nam a Tuhan mu yang telah menciptakan. 4.Masalah pelajar

pelajar tidak menguasai kemahiran membaca dengan baik di peringkat sekolah rendah, malah di peringkat menengah seringkali mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Terdapat beberapa faktor yang men yebabkan kegagalan pelajar menguasai kemahiran ini dengan baik. Secara umumnya faktor faktor tersebut boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama, iaitu faktor pelajar, faktor guru, dan faktor persekitaran. Faktor ini pula saling berhubung kait antara sat u sama lain dan bersifat kompleks. 5.Antara faktor faktor tersebut, faktor pengajaran guru boleh dianggap sebagai salah satu daripada faktor penting dalam menentukan kejayaan pelajar menguasai kemahiran membaca. Hal ini disebabkan setiap guru mempunyai peg angan dan kepercayaan yang berbeza beza tentang bagaimana sesuatu pengajaran itu harus dijalankan. Pegangan dan kepercayaan ini mempengaruhi pemilihan kaedah, bahan dan alatan yang digunakan. (Marohaini Yusoff, 1989 : 6). 6.Guru perlu memainkan peranan ya ng sewajarnya dalam membina kemahiran

membaca pelajar. Guru harus bijak memilih pendekatan, kaedah dan teknik serta merancang pengajarannya agar menarik dan sesuai dengan peringkat umur, kebolehan dan minat para pelajar. Sehubungan dengan itu, guru bahasa perlu mengetahui dan memahami teori bahasa yang dapat menjelaskan bagaimana bahasa diperolehi dan dipelajari oleh seseorang untuk dijadikan asas kepada pengkaedahan dalam pengajarannya. 7.Menurut Mengantar Simanjuntak (dalam Nik Safiah Karim, 1980 : 72), s atu satu pengajaran bahasa yang berjaya seharusnya berdasarkan teori teori linguistik yang mampu menerangkan hakikat bahasa dengan berkesan, asal usul, cara bahasa diaplikasikan dan bagaimana bahasa itu terhasil serta difahami. Dengan kata lain, menurut be liau hanya guru yang memahami teori bahasa dapat menentukan kaedah dan teknik yang sesuai digunakan untuk memastikan keberkesanan pengajaran. 8.Justeru itu, kajian ini akan meneliti hubungan penggunaan teori teori psikolinguistik oleh guru dengan pencapaia n pelajar menguasai dalam kemahiran membaca pada peringkat

permulaan. Kajian ini diharap dapat menjawab beberapa persoalan berkaitan penggunaan pendekatan yang paling berkesan untuk mengajar kemahiran membaca permulaan.
Bacalah (ya Muhammad) dengan nam a Tuhan mu yang telah menciptakan. http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/view.jsp?key=apPv2VfWHA2g5UWR45utGu aPHTviLJAC20090702154959016

RUJUKAN NOTA TEKNIK PENGAJARAN MEMBACA http://itukamibudakseni.blogspot.com/2011/05/teknik-pengajaran-kemahiran-membaca.html

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - TEKNIK KWLH


APAKAH KWLH? Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari. Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis. K What I know Know (Tahu) Murid-murid mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibincangkan. W Want (Hendak/Ingin Tahu) Murid-murid mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk atau perkara yang dibaca. L What I learned

Learn (Pelajari) Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan perkataan lain, murid-murid menjawab soalan yang dibina sendiri. H How much I want to know How (Bagaimana) Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks yang diberi. Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan untuk merujuk sumber lain.

BAGAIMANAKAH CARANYA? Guru menyediakan tajuk dan memberi borang KWLH kepada pelajar. Guru berbincang dengan pelajar tentang tajuk dan meminta pelajar mengisi ruanagan K ( apa yang saya tahu) berkaitan dengan tajuk. Guru meminta pelajar mengisi ruangan W ( apa yang saya ingin tahu) tentang tajuk yang diberi. Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca dan mencatat isi-isi penting dalam ruangan L ( apa yang saya telah pelajari). Guru berbincang dengan pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari dan meinta pelajar mengisi ruangan H ( bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tambahan) berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - TEKNIK SQ3R


APAKAH TEKNIK SQ3R ITU? Teknik SQ3R digunakan oleh guru kemahiran belajar pelajar. Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir . Ini semua dapat dilakukan dengan memberi penekanan kepada tinjauan Maklumat diperoleh melalui penyoalan. untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan

Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan menyemak semula

APAKAH YANG BERLAKU PADA SETIAP PERINGKAT BACAAN?

1. Survey Murid-murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahaman masing-masing. Mereka hanya memfokuskan terhadap bahan atau teks yang berkaitan tajuk utama, sub tajuk/tajuk kecil, gambar, symbol, ilustrasi, grafik dan pemenggalan teks.Teknik bacaan yang sesuai digunakan ialah teknik skimming dan scanning.

2.Soalan (Question) Pada peringkat ini, pelajar membina soalan daripada tinjauan yang telah dilakukan. Soalan boleh dibina dengan menggunakan what (apa?), when (bila?), where (di mana?), why (mengapa?), who (siapa?) how (bagaimana?). Dengan pertanyaan ini pelajar akan soalan-soalan yang dibina. tertumpu kepada mencari jawapan bagi prinsip 5W 1H iaitu

3. MEMBACA (READ)

Murid-murid menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati yang terkandung dalam teks. Soalan tersebut adalah berdasarkan perkara yang ingin diketahui oleh muridmurid tentang topik/isu dalam teks. Soalan tersebut juga adalah penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi di samping merupakan panduan kepada jawapan sebenar. Murid-murid akan mencari jawapan dan ramalan jawapan yang paling sesuai.

4. 4. RECITE (MENYEBUT/MENGULANG)

Setelah murid-murid membaca keseluruhan teks, mereka dikehendaki mengingat kembali kesemua atau sebahagian maklumat yang terdapat. Murid-murid perlu menyenaraikan maklumat yang berkaitan soalan atau tugasan sebelum dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Murid-murid juga boleh mengemukakan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat dalam teks serta membandingkan ketepatan jawapan masing-masing.

5.

5. REVIEW (MENYEMAK) Pada peringkat ini, murid-murid dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan

yang ditulis atau dicatat. Ini adalah peringkat untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakan oleh murid-murid pada peringkat recite (menyebut/mengulang). Muridmurid perlu mempastikan bahawa semua bahagian sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Murid-murid sepatutnya tidak tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question (menyoal).

TUJUAN SQ3R Membolehkan pelajar membaca secara kritis. Meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar. Menarik minat pelajar untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui. Mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang belum diketahui lagi .

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - BIMBINGAN MENJANGKA Bimbingan menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru khususnya untuk membantu murid membaca dan memahami.

Hj Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman, Elly Chong, 1992:86), mengistilahkan bimbingan menjangka sebagai aktiviti membaca terarah. Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk membimbing murid membaca dan memahami petikan, rencana dan karya sastera. Aktiviti ini juga sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman kepada kumpulan kecil atau keseluruhan kelas. Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dan murid ketika menjalankan aktiviti bimbingan membaca.

LANGKAH 1 Guru perlu melakukan tinjauan terhadap pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid berkaitan petikan yang akan dibaca. Sekiranya pengetahuan dan pengalaman murid kurang mencukupi maka, guru perlu menjalankan beberapa aktiviti awal, iaitu (i) membaca petikan sepintas lalu, (ii) menyampaikan isi utama petikan

kepada murid, (iii) menyenaraikan perkataan dan konsep baharu dan menghuraikan maknanya dan (iv) menggunakan gambar, foto, tayangan slaid atau filem sebagai pengukuhan pengetahuan dan pengalaman murid tentang isi petikan. LANGKAH 2

Sebelum pembacaan yang sebenarnya dijalankan, guru menjelaskan kepada murid tentang tujuan pembacaan itu. Penyataan tujuan pembacaan dapat ditunjukkan melalui empat aktiviti, iaitu (i) mendapatkan isi-isi utama petikan, (ii) memberi makna perkataan tertentu mengikut konteks, (iii) mengemukakan pendapat tentang kesesuaian tajuk dan (iv) menghuraikan gerak balas afektif terhadap petikan. LANGKAH 3 Guru menentukan had masa untuk murid membaca petikan khususnya berdasarkan pembacaan senyap. Pembacaan kuat pula dijalankan hanya untuk interpretasi terhadap sesuatu persoalan atau penghayatan keindahan bahasa dalam petikan. Teknik pengajaran bacaan kuat tidak digalakkan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam peringkat ini.

LANGKAH 4 Perbincangan isi petikan dijalankan secara bersoal jawab seperti yang dijalankan ketika aktiviti mengenal pasti tujuan pembacaan. Perbincangan juga boleh dijalankan berdasarkan pengalaman baharu yang dialami oleh murid. Perbincangan boleh dijalankan di peringkat kelas dan dijalankan oleh guru dengan melibatkan murid secara aktif. Guru boleh berperanan sebagai penasihat dan pemudah cara jika perbincangan dijalankan dalam kumpulan kecil.

LANGKAH 5

Langkah ini merupakan aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan berdasarkan aktiviti dalam keempat-empat langkah sebelum ini. Aktiviti pengayaan boleh dijalankan dalam kelas atau sebagai kerja rumah berdasarkan tiga kaedah, iaitu (i) melakukan ilustrasi peristiwa dalam petikan, (ii) menulis cerita berdasarkan tema yang sama dan (iii) melakukan bacaan luas tentang tajuk yang dibaca.

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - TEATER PEMBACA


Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek. Teater pembaca dikenali sebagai teater minda kerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca. Skrip boleh berupa prosa naratif atau puisi. Suara-suara dalam teks ditugaskan kepada pembaca yang berbeza. Penekanan dilakukan pada suara, nada, intonasi, kadar, hentian dan tekanan. Ketika murid-murid membaca, wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran dalam dimensi yang luas. Melalui teknik teater pembaca, murid-murid membaca cerita dengan lancar. Murid-murid juga menggunakan nada dan intonasi yang betul berdasarkan cerita di samping melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan tema cerita. Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka.

Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu muridmurid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolaholah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka. Aktiviti teater pembaca memerlukan skrip pendek yang sesuai dan mengandungi dialog. Pemilihan seorang murid sebagai pencerita untuk memulakan cerita dan menyambung jalan cerita adalah diperlukan hingga cerita tamat. Murid-murid yang mengambil bahagian dikehendaki duduk atau berdiri dalam separuh bulatan di hadapan penonton. Pencerita pula berada di sebelah kanan penonton, manakala pelakon membaca cerita masing-masing. Terdapat dua cara untuk menjalankan teknik teater pembaca seperti yang dikemukakan oleh Kamaruddin Hj.Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1998), iaitu (a) pencerita berada dalam kelompok cerita dan (ii) pencerita berada di luar kelompok cerita. Pencerita yang berada dalam kelompok cerita, membaca skrip sambil berjalan ke arah pelakon yang wataknya sedang dibacakan. Pelakon tersebut akan berdiri apabila wataknya dibacakan. Pencerita yang berada di luar kelompok cerita pula hanya membaca cerita dari suatu tempat lain. Pelakon pula hanya akan bertindak balas dengan berdiri dan berlakon apabila skrip tentang wataknya dibacakan oleh pencerita.

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - TATACERITA

10 PERINGKAT TATACERITA :

PERINGKAT 1 Guru dan murid berkongsi pengalaman sebenar. Pengalaman sendiri diutamakan keranapengalaman orang lain adalah kurang berkesan dan menarik.Pengalaman yang dikongsi oleh guru juga membolehkan guru memerhati penguasaan kosa kata murid dan memperkaya pengalaman mereka. Guru turut mempastikan murid menghasilkan input yang sama dengan berkongsi pengalaman yang sama-sama mereka lalui.

PERINGKAT 2

Murid-murid menjalankan aktiviti berdasarkan pengalaman melalui teknik main peranan, drama dan muzik yang turut membantu menjadikan pengalaman itu lebih menarik. Latihan yang dijalankan juga membolehkan murid mengalami semula peristiwa yang telah berlaku secara fizikal di samping meneguhkan elemen kognitif yang sedang diproses. Aktiviti yang dijalankan juga dengan sendirinya boleh mengembangkan perbincangan tentang pengalaman masa lalu murid-murid.

PERINGKAT 3

Murid digalakkan bercerita dan menceritakan semula peristiwa yang berlaku berdasarkan pengalaman mereka. Interpretasi yang kreatif tentang peristiwa tersebut membolehkan murid-murid berkongsi idea dan mendapat perkataan serta makna baharu.

PERINGKAT 4

Murid diminta melukis gambar yang mempunyai kaitan dengan pengalaman masingmasing. Melalui aktiviti ini, murid berpeluang memilih isi-isi penting. Guru juga mendapat objek yang dilukis oleh murid dan melabelkannya. Lukisan itu kemudiannya dibincangkan dan murid berpeluang sekali lagi untuk mengemukakan pendapat masingmasing dengan lebih terperinci.

PERINGKAT 5 Guru membina ayat-ayat yang gramatis berdasarkan cerita daripada pengalaman murid. Murid perlu mengetahui bahawa cerita yang ditulis oleh guru itu sebenarnya adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Oleh itu, ayat yang digunakan seharusnya tidak mempunyai perbezaa yang ketara daripada yang disampaikan oleh murid. Perkara ini secara tidak langsung memudahkan penggunaan strategi ramalan apabila murid membaca kembali pengalaman mereka yang ditulis itu.

PERINGKAT 6

Guru menulis cerita yang lengkap berdasarkan pengalaman murid. Murid pula membantu guru mengekalkan urutan cerita dengan menyebut kembali ayat-ayat yang telah dibina secara gramatis oleh guru. Melalui pengulangan ini, biasanya ekspresi lisan murid akan bertambah baik.

PERINGKAT 7

Setelah selesai menulis, guru membaca cerita kepada murid secara perlahan dan berhati-hati. Ini membolehkan murid mendapat pendedahan sekali lagi kepada ceritanya sebelum diarahkan oleh guru untuk membacanya. Seterusnya, murid akan membaca cerita itu sama ada secara individu atau kumpulan berdasarkan arahan guru. Guru memberi bimbingan apabila perlu.

PERINGKAT 8 Strategi berfikir berdasarkan kandungan cerita perlu ditekankan pada peringkat awal lagi. Guru mengemukakan soalan berdasarkan petikan cerita kepada murid dan soal jawab dijalankan secara lisan. Soalan yang dikemukakan kemungkinan soalan berkaitan kosa kata atau urutan peristiwa dalam cerita tersebut. Guru membimbing murid memngemukakan jawapan.

PERINGKAT 9

Perkataan-perkataan baharu yang dihasilkan melalui proses mencipta berdasarkan pengalaman akan dimasukkan oleh guru ke dalam bank perkataan. Perkataan baharu tersebut dicatat di atas kad perkataan dan menjadi kamus asas untuk murid. Kad-kad ini boleh dicantum semula oleh murid untuk menghasilkan cerita yang baharu.

PERINGKAT 10

Murid boleh membaca ceritanya kepada murid-murid dalam kumpulan lain. Murid juga boleh bertukar-tukar cerita untuk mnegetahui pengalaman murid lain. Hasil karya yang lengkap seterusnya boleh dijilidkan berdasarkan tema. Perkara ini secara tidak langsung mampu menambah jumlah bahan bacaan yang sesuai untuk murid.

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - LINGKARAN SOALAN Lingkaran soalan yang sesuai digunakan oleh guru berupaya memantapkan penguasaan kemahiran membaca dalam diri murid-murid. Lingkaran soalan yang digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca sewajarnya dijalankan berdasarkan pendekatan yang sesuai. Sehubungan itu, Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (187:160) telah mencadangkan empat pendekatan yang sesuai dijalankan dalam KBSR yang diistilahkan sebagai pendekatan A, B,C dan D. Setiap pendekatan ini mempunyai lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca.

PENDEKATAN A Guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakannya, berbual tentang gambar dan menyerapkan isi pengetahuan daripada mata pelajaran lain. Guru seterusnya menunjukkan kad perkataan dan meminta murid menyebutnya. Murid diminta melekatkan kad perkataan pada gambar dan menyebutnya. Setelah guru mengenepikan kad gambar, murid diminta pula membaca kad perkataan. Guru turut menunjukkan kad-kad suku kata satu persatu untuk perkataan tadi misalnya, suku kata ba + ju. Akhirnya, guru membahagikan suku kata tadi pada huruf dengan menggunakan kad lain lalu meminta murid-murid membunyikan huruf-huruf itu, iaitu a (a), b (beh), u (u), j (jeh) = ba (ba) + ju (ju) = baju.

PENDEKATAN B Pada peringkat permulaan, dua huruf sahaja diperkenalkan kepada murid-murid, iaitu huruf m dan s.

Tujuan pengenalan kedua-dua huruf ini adalah untuk menarik minat murid di samping mempastikan mereka memahami konsep bunyi huruf. Guru seterusnya menunjukkan kad huruf m dan s lalu membunyikan kedua-duanya, manakala murid mengikut sebutan guru. Guru berulang kali menunjukkan kad huruf dan membunyikannya hingga murid dapat menyebutnya dengan betul. Guru seterusnya meminta beberapa orang murid membaca bunyi huruf-huruf tersebut secara kumpulan dan individu contohnya, mu.ka, saya. PENDEKATAN C Melalui pendekatan ini, Raminah Sabran dan Rahim Syam (1987:169-172) telah mengemukakan lapan langkah pelajaran yang berbeza.

Sehubungan itu, lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru adalah berdasarkan kelapan-lapan langkah pelajaran tersebut.

PELAJARAN 1 ATAU 2 Guru memulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal, a, i, u . Kad imbasan digunakan untuk meminta murid membunyikan huruf tersebut beberapa kali secara berselang seli. Guru memperkenalkan bunyi satu huruf konsonan misalnya, k. Murid diminta menggabungkan bunyi konsonan dengan bunyi vokal supaya menjadi suku kata contohnya, ka ki ku. Murid-murid diminta lagi untuk berlatih menyebutnya sebelum diminta mencantumkan suku kata tersebut untuk menjadi beberapa perkataan yang bermakna contohnya, ka+ki = kaki dan ku+ku = kuku. Murid-murid diminta menyebut perkataan tersebut berulang kali dan

menggabungkannya menjadi frasa atau ayat yang bermakna contohnya, kuku kaki ku

PELAJARAN 3 Guru mengulang pelajaran lalu tentang bunyi huruf vokal a, i, u. Guru memperkenalkan pula satu atau dua lagi bunyi konsonan, iaitu b dan s.

Guru meminta murid-murid melakukan latih tubi menyebut kedua-dua bunyi tersebut dengan menggunakan kad imbasan. Murid-murid diminta mencantumkan bunyi huruf b dan s dengan huruf-huruf vokal a, i dan u agar menjadi bunyi ba, bi, bu, sa, si dan su. Latih tubi dilakukan lagi sebelum murid-murid diminta mencantumkan suku kata tersebut menjadi perkataan misalnya, ba+ba = baba, bu+bu = bubu. Guru membina beberapa ayat dan meminta murid membacanya contohnya, ibu baba. Akhirnya, guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat lain serta membacanya.

PELAJARAN 4 Guru boleh menggunakan huruf-huruf dan suku kata dalam pelajaran 1, 2 dan 3 untuk membina pelbagai perkataan dan ayat untuk meminta murid membacanya. Seterusnya, guru meminta murid mencantum suku kata contohnya, ka, ki, ku, ba, bi, bu menjadi beberapa perkataan dan meminta murid membacanya. Guru turut membina beberapa ayat misalnya, Abu buka buku untuk murid-murid membaca. Guru turut menggantikan perkataan Abu dengan perkataan lain misanya, baba atau ibu sebagai latih tubi murid. Guru seterusnya meminta murid membaca ayat contohnya, ibu baba buka buku baba.

PELAJARAN 5 Guru memperkenalkan kepada murid-murid bunyi dua atau tiga konsonan lain misalnya, t, m dan d. Guru meminta murid membina suku kata misalnya, ta, ti, tu. Seterusnya, guru meminta murid membina perkataan misalnya, dada, muda, uda dan membacanya. Akhirnya, guru meminta murid membina frasa dan ayat daripada perkataan berikut misalnya, (i) dada dia budi ibu, (ii) mata dia budi uda.

PELAJARAN 6

Guru meminta murid membina perkataan suku kata tertutup misalnya, du+duk = duduk, lalu membacanya. Murid-murid seterusnya diminta membaca ayat-ayat lain dan cerita berkaitan misalnya, muka budak itu masam, budak itu sakit kaki, ubat sakit kaki tidak ada.

PELAJARAN 7 Guru memperkenalkan bunyi tiga konsonan lagi misalnya, r, p, n. Guru dan murid mencantumkan bunyi-bunyi konsonan ini dengan bunyi-bunyi vokal, a, i, u. Guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat baharu berdasarkan suku kata dan perkataan yang telah dipelajari dalam pelajaran ini dan pelajaran sebelumnya serta berlatih membacanya.

PELAJARAN 8 Guru memperkenalkan bunyi vokal-vokal lain, iaitu o, e (pepet),e (taling). Guru meminta murid membina suku kata berdasarkan huruf vokal o misalnya, bo + tak = botak. Guru seterusnya membina suku kata dengan vokal e pepet dan e taling untuk membezakannya misalnya, emak dan esok. Guru meminta murid membaca beberapa frasa atau ayat misalnya, (i) kotak besar itu di situ (ii) ekor kuda. Guru seterusnya meminta murid mencantum suku kata untuk menjadi perkataan atau ayat yang bermakna dengan menulisnya di papan putih dan murid membacanya. Akhirnya, guru memperkenalkan lebih banyak huruf konsonan misalnya, l, g, h, f, j, c, y, z, w, q dan x serta memperkenalkan bunyi gabungan lambing huruf dalam ejaan misalnya, ng = bising, nga = bunga, sy (sya) = syarat, gh (gha) = ghaib dan ny = nyanyi.

PENDEKATAN D Melalui pendekatan ini, guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakan serta berbual tentang gambar tersebut.

Guru memperkenalkan nama huruf-huruf tunggal misalnya, b, a, j, u dan meminta murid menyebutnya. Guru meminta murid mencantum huruf b dengan huruf a dan menyebutnya serta huruf j dan huruf u dan membunyikannya. Seterusnya guru meminta murid mencantumkan kedua-dua suku kata dan menyebut perkataan, iaitu baju. Guru menunjukkan pula kad perkataan baju dan meminta murid menyebutnya. Guru mengulang untuk perkataan lain. Akhirnya, guru menunjuk gambar dan perkataan yang telah dipelajari lalu bertanya, Ini apa? kepada murid-murid p/s : nota kuliah daripada Dr Faridah Nazir... REFLEKSI Syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Kemahiran berbahasa yang terdiri daripada kemahiran lisan, membaca dan menulis. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi. Pertama sekali menerima tugasan ini persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul di kotak minda saya ialah dapatkah saya menyiapkan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak mengambil mudah untuk memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah tajuk-tajuk yang sudah kami pelajari. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, pelbagai inisiatif telah saya ambil bagi mengatasi masalah-masalah yang telah saya hadapi tersebut. Antaranya termasuklah

mencari bahan rujukan buku yang terdapat di perpustakaan IPKS untuk mencari dan mengumpul maklumat berkaitan tajuk tugasan yang telah diberikan. Bagi

mempelbagaikan

sumber dan bahan rujukan yang digunakan, saya juga telah

meminjam dan menggunakan bahan rujukan buku daripada rakan-rakan saya. Dalam memastikan bahan rujukan yang saya gunakan adalah bersesuaian dan menepati kehendak serta dapat menjawab soalan, saya telah melakukan kolaborasi atau perbincangan dengan para pensyarah dan rakan-rakan dalam penulisan tugasan ini terutamanya bagi soalan yang sedikit sukar untuk difahami. Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini sepenuhnya, saya telah berjaya mempelajari dan mengetahui beberapa pengetahuan yang baru berkaitan tajuk tugasan. Walaupun tajuk tugasan sudah pun dipelajari dalam sesi kuliah oleh pensyarah yang mengajar kami, namun, pelaksanaan tugasan ini telah membantu meningkatkan dan menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada yang telah saya perolehi tersebut. Dalam erti kata lain, pelaksanaan tugasan ini dapatlah dikatakan sebagai sesi ulangkaji secara tidak langsung kerana, dalam penulisan tugasan sebenarnya saya melakukan bacaan terhadap rujukan yang saya gunakan. Melalui bacaan inilah saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya berkaitan tajuk soalan yang dibincangkan. Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan penulisan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan penulisan tugasan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya dapat mengelakkan untuk

melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini. Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit

pengajaran untuk lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah agar saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang berfaedah. Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.

http://www.slideshare.net/JospherJoanes/kemahiran-menulis-sekrendah-2

You might also like