You are on page 1of 23

Sample of good assignment

FACULTY OF INFORMATION TECHNOLOGY AND MULTIMEDIA COMMUNICATION ____________________________________________________________________________ CBCH 4103 HUMAN COMPUTER INTERACTION ____________________________________________________________________________

MAY 2012 SEMESTER

Sample of good assignment

KANDUNGAN.

PENGENALAN Keberkesanan Laman Facebook dan Twitter. Kecekapan Facebook dan Twitter Keselamatan Posting di Facebook dan Twitter Utiliti yang disediakan Facebook dan Twitter Adakah mudah Untuk Di pelajari (Facebook dan Twitter)

3 36 6-8

9 11 12 16

17 18

Keupayaan memori.

18 19

Ringkasan Facebook & Twitter.

19 - 21

KESIMPULAN RUJUKAN

22 23

Sample of good assignment

PENGENALAN.

Dalam dunia komunikasi dan internet berbagai laman web sosial yang boleh memudahkan kita berhubung antara satu sama lain di seluruh dunia. Walau berada jauh dengan keluarga atau rakan, dengan adanya laman sosial yang banyak terdapat di dalam internet, ia dapat dipermudahkan. Jaringan perniagaan juga dapat dimanfaatkan di laman sosial ini. Salah satu laman web sosial yang sedang memuncak naik sekarang ini ialah Facebook dan Twitter. Facebook dan Twitter merupakan laman sosial yang menarik minat semua golongan remaja di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Selain golongan remaja yang paling banyak memiliki akaun kedua-dua laman sosial ini pemilik perniagaan samada kecil-kecilan atau perniagaan yang telah maju juga menggunakan kedua-dua laman sosial ini untuk berinteraksi dan mempromosi barangan mereka. Oleh itu selain berkenalan dengan rakan baru atau berjumpa rakan lama di dalam laman sosial ini mereka juga dapat meluaskan perniagaan dan pelanggan dapat mencari barangan keperluan mereka dengan mudah serta segala maklumat yang terkini lebih mudah diperolehi. Berbagai-bagai lagi manfaat yang boleh diperolehi dari kedua-dua laman sosial ini kerana terdapat pelbagai aplikasi yang dimuatkan dilaman sosial ini yang memberi manfaat kepada pengguna seperti boleh juga menghantar pesanan kepada rakan dengan pantas, muat naik gambar, lagu, video, bersembang dan sebagainya. Facebook yang telah dilancarkan pada February 2004 dicatat oleh sebuah firma analisis iaitu Compete, sebanyak 3.2 billion jumlah keseluruhan telah pergi ke lamannya pada April 2010. Manakala Twitter yang telah dilancarkan pada March 2006, sebanyak 147.4 million jumlah keseluruhan yang melawat laman webnya. Ini menunjukkan pengguna pada dekad ini lebih meminati laman web sosial dan berinteraksi secara virtual ke seluruh dunia. Walau mempunyai keadaan bentuk muka bumi dan geografi yang berbeza ini tidak menghalang komunikasi dan perjumpaan di alam maya.

Sample of good assignment

KEBERKESANAN LAMAN SOSIAL FACEBOOK DAN TWITTER.

FACEBOOK.

Facebook memberitahu bahawa 50% penggunanya aktif log in ke webnya setiap hari. Ini menunjukkan laman web ini sangat digemari oleh pengguna internet di seluruh dunia. Penggunanya bukan sahaja dari kalangan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak sekolah pun turut sama mempunyai akaun Facebook sendiri walaupun terpaksa menggunakan email ibu bapa mereka. Facebook sudah tidak asing lagi bagi masyarakat hari ini. Selain menambah rakan atau menemui rakan lama, pengguna facebook juga dapat menyimpan gambar-gambar ahli keluarga atau acara-acara keluarga, tempat kerja, ataupun kelab minat mereka untuk dilihat oleh keluarga atau rakan-rakan. Rakan yang mempunyai capaian kepada akaun pengguna Facebook yang lain, mereka dapat melihat gambar atau berkongsi gambar, video dan berita di seluruh dunia tanpa berada di tempat tersebut. Ini membuatkan pengguna lebih minat memiliki akaun sendiri untuk menyimpan gambar-gambar yang penting dalam kehidupan seharian mereka. Sillaturrahim antara ahli rangkaian rakan atau keluarga juga lebih rapat kerana jika sebelum ini masing-masing sibuk untuk mengucapkan hari lahir atau kurang berkongsi maklumat keluarga kini dengan adanya jaringan Facebook ini komunikasi lebih mudah. Bagi pengguna yang menggunakan laman web ini sebagai medan untuk menambah pendapatan, mereka bukan sahaja dapat memperolehi pendapatan yang berlipat kali ganda malah kos iklan produk mereka juga dapat dikurangkan. Ini menambahkan lagi keberkesanan laman web sosial Facebook ini bagi mereka yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan ataupun yang sudah berjaya. Dengan memuat naik gambar, video tentang produk mereka dan ditambah dengan ruangan iklan yang boleh dicapai oleh pengguna Facebook maka ramailah pemilik perniagaan memiliki akaun Facebook untuk perniagaan mereka. Perkongsian maklumat yang terkini antara penggunanya adalah sangat berguna dan berkesan contohnya jika terdapat maklumat mengenai kecurian di kawasan tempat tinggal mereka, dengan mudah maklumat ini dapat disebarkan dan rakan-rakan atau keluarga, dan mereka akan lebih berhati-hati. Maklumat atau berita-berita terkini dalam atau luar negara juga

Sample of good assignment

mudah dikongsi antara ahli dan ini menambahkan ilmu pengetahuan yang tidak ternilai bagi pengguna-pengguna Facebok. Melalui jaringan sosial ini juga dapat mengurangkan kos komunikasi antara seorang individu dengan individu lain kerana jika mereka menggunakan talian telefon, kos panggilannya lebih mahal berbanding kos penggunaan internet. Walaupun terdapat beberapa kekurangan jaringan sosial ini tetapi ia tetap popular di kalangan pengguna-pengguna internet di dunia.

TWITTER.

Twitter juga adalah salah satu jaringan sosial yang tidak kurang hebatnya. Ia juga adalah microblogging yang membolehkan pengguna menghantar dan membaca pesanan yang dipanggil sebagai tweets. Twitter ini juga lebih kurang seperti blog.Ia juga seperti kita menghantar pesanan ringkas (SMS) dari telefon bimbit kepada rakan-rakan atau kenalan kita tetapi ia lebih terbuka kepada orang ramai. Ia lebih kepada pos berasaskan teks (text based post) iaitu seperti menulis surat sehingga 140 patah perkataan dan ia dipaparkan pada muka profail kemudian ia dihantar secara automatik kepada semua rangkaian rakan yang dihubungkan kepada akaun Twitter yang dipanggil pengikut atau follower. Banyak perisian boleh digunakan untuk kita menulis di twitter seperti perisian Twirl dan MadTwitter untuk sistem operasi windows atau untuk sistem operasi Mac dan Linux pula ialah Pwytter. Twikini pula untuk windows mobile Nokia, TinyTwitterBerry untuk BlackBerry. Apabila anda tweets kesemua orang yang menggunakan twitter akan menerima apa yang anda sampaikan, tidak seperti Facebook yang hanya pada mereka yang telah dijadikan rakan. Maksudnya Twitter tidak terhad kepada rakan kenalan anda sahaja yang menerima tweets anda itu. Jika anda seorang artis atau ahli muzik yang terkenal, mempunyai akaun Twitter adalah yang terbaik kerana anda boleh memberitahu peminat mengenai perkembangan anda serta persembahan anda yang akan berlangsung dimana bagi memudahkan peminat menghadirinya. Dapat dilihat Twitter juga adalah salah satu medium bagi mempromosi produk atau perkhidmatan bagi sesuatu perniagaan. Twitter juga boleh di hubungkan kepada Facebook. Jika anda update status di Facebook, secara automatik ia akan update juga status di akaun Twitter

Sample of good assignment

anda. Ini memudahkan pengguna Twitter menghantar pesanan atau berita terkini mengenai diri mereka. Selain itu keberkesanan akaun jaringan sosial Twitter mampu menghantar maklumat mengenai status penggunanya kerana ia seperti menghantar pesanan ringkas sms dengan pantas dan rakan lain mudah menerima pesanan walau bukan dari kalangan follower bermakna sesuatu maklumat yang penting akan lebih pantas diterima oleh pemegang akaunnya. Bagi mereka yang memang menggunakan Twitter untuk menghebahkan produk atau perkhidmatan seperti penyanyi yang memberitahu peminatnya mengenai konsert yang bakal berlangsung, Twitter adalah media yang sangat berkesan. Bagi jaringan sosial Facebook perlunya keizinan dari tuan punya akaun untuk menjadi rakan. Jika tidak ada keizinan maka capaian tidak akan dibenarkan ke akaun pengguna yang lain. Pengguna juga dapat mencapai dan tweets ke rakan dengan mudah hanya melalui telefon bimbit yang mempunyai capaian ke internet. Kebanyakkan mereka yang mempunyai akaun Twitter mempunyai telefon bimbit pintar. Dengan itu walau berada di tempat berbeza rakan lain pun akan mengetahui perkembangan diri anda.

Kecekapan Facebook dan Twitter. Facebook dan Twitter masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Terpulang kepada pengguna untuk memilih jaringan sosial yang mana berkenan atau mengikut keperluan mereka sendiri. Bagi pengguna biasa Twitter dan Facebook, mungkin mereka hanya login, kemaskini status atau tweets beberapa perkataan atau ayat dan selesai kerja kemaskini status. Tapi sesetengah pengguna Twitter dan Facebook inilah peluang mereka menggunakan laman web sosial ini dengan lebih efisien. Seperti contoh Twentyfeet, ia seperti Google Analytics untuk Twitter iaitu ia menjejaki semua statistik penting serta membolehkan pengguna mengetahui sesuatu yang penting sedang berlaku. Aplikasi ini memaparkan graf yang mudah dibaca jadi pengguna boleh menyimpan nombor pengikut mereka atau follower dan bagaimana mereka berubah mengikut peredaran

Sample of good assignment

masa. Aplikasi ini bukan sahaja menjejaki Twitter statistik tetapi mereka juga mencari laman web seperti Facebook dan YouTube. Keepstream adalah perkhidmatan yang ditawarkan pengguna Twitter yang membolehkan pengguna menyimpan tweets tertentu serta boleh menguruskan ia di dalam koleksi. Ini memudahkan untuk kembali mencari tweets tertentu yang mungkin penting. Ini adalah cara pengurusan yang baik untuk meningkatkan kecekapan Twitter kerana daripada menghabiskan masa yang lama untuk mencari tweets yang penting itu lebih baiklah digunakan untuk membuat tweets yang baru. Twitter juga mempunyai aplikasi untuk memberitahu penggunanya mengenai pengikutnya yang tidak aktif atau sudah lama tidak tweets atau kurang tweets supaya membuang tweets yang tidak diperlukan bagi memasitkan akaun Twitter lebih terurus dan teratur dengan ketiadaan pengguna yang tidak aktif. Aplikasi yang dimaksudkan adalah Tweepy. Bagi penghibur seperti pemuzik, artis penyanyi atau pelakon mempunyai akaun Twitter adalah seperti menjadi suatu keperluan dan kelebihan. Dengan Twitter mereka bebas memberitahu perkembangan diri terkini atau kegiatan mereka dengan lebih pantas walau dimana juga mereka berada. Promosi album terbaru mereka atau konsert akan lebih pantas tersebar dengan status di Twitter. Terdapat juga alat untuk memberitahu pada ketika bila dan masa yang terbaik untuk tweet supaya apa yang anda tweet akan menjadi impak yang besar kepada persembahan mereka. Ia di panggil Tweriod dan bagi peniaga yang menjadikan Twitter sebagai pemasaran ia adalah sangat berharga kerana mereka mahu seramai mungkin pengguna Twitter yang tertumpu pada tweets mereka. Pengguna Facebook adalah satu trend untuk mencari rakan baru, rakan lama ketika dibangku sekolah dan sebagainya. Pengguna Facebook pula boleh menerima rakan baru atau hanya rakan yang mereka kenali sahaja. Maknanya pengguna sendiri berhak menentukan siapa rakan dan siapa tidak di dalam akaun mereka. Banyak kelebihan yang boleh menjadikan laman sosial ini lebih efisien iaitu selain menambahkan kenalan terdapat juga ciri-ciri lain yang menarik. Ia seperti sebuah blog dan kita bebas memenuhkan laman dengan muat naik gambar keluarga, rakan-rakan serta aktiviti menarik

Sample of good assignment

dalam kehidupan kita. Perkongsian ini menjadi lebih menarik dengan adanya kuiz serta games yang dikongsi bersama rakan Facebook yang lain. Pengguna juga dapat membuat komen daripada status, gambar serta maklumat menarik yang dikongsi antara rakan dan ini menjadikan Facebook seperti internet dalam internet. Bagi pengguna yang minat dalam bidang perniagaan kecil-kecilan Facebook adalah salah satu medium yang penting untuk mempromosi barangan. Pengguna yang sudah mempunyai rangkaian perniagaan yang besar juga masih menggunakan laman sosial ini untuk mengurangkan kos iklan. Mempunyai rangkaian rakan yang ramai, produk mudah untuk dipromosi iaitu dengan menggunakan hebahan dari pengguna Facebook itu sendiri dan Facebook juga ada menyediakan ruangan yang khas untuk iklan. Kemudahan ini memberikan kesan positif bagi mereka yang ingin meningkatkan inovasi dan produktiviti dalam bidang perniagaan. Kecekapan yang Facebook tunjukkan, menambahkan bilangan pengguna ke laman tersebut. Dengan Facebook Marketplace, ruang lingkup perniagaan anda menjadi lebih meluas di seluruh dunia. Interaksi secara liveantara penggunanya menjadikan Facebook lebih efisien untuk menjadi alat penghubung dan alat pemasaran yang berkesan dan cekap. Facebook Ads dan Pages juga adalah ruang untuk mereka yang ingin mempromosikan produk keluaran bagi mereka yang berniaga. Dengan mempunyai tambahan gambar untuk iklan yang dibuat pengguna Ads dan Pages boleh menghantar ke alamat laman web yang telah ditentukan dan ini adalah salah satu cara yang efisien untuk mempromosi produk. Pengggunaan Ads dan Pages ini dapat menentukan sasaran pengguna produk yang akan menggunakan produk tersebut contoh dari segi jantina, umur, pendidikan serta status.

Sample of good assignment KESELAMATAN MAKLUMAT YANG DIHANTAR PADA LAMAN SOSIAL FACEBOOK DAN TWITTER.

Facebook berbanding Twitter mempunyai pilihan untuk tatapan awam ataupun hanya rakan-rakan yang melihat dan juga mempunyai privacy setting yang dapat melindungi pengguna-pengguna yang mementingkan keselamatan dalam bersosial di alam maya. Terdapat ramai pengguna Facebook membuat aduan yang privacy setting Facebook adalah sangat rumit untuk dikawal dan difahami. Tetapi bagi yang mementingkan keselamatan ia adalah sesuatu yang wajar. Bagi Twitter, syarikat yang bertanggungjawab memberitahu bahawa Twitter dibuat untuk paparan awam dan jika pengguna mahukan privasi pengguna hanya perlu meluluskan ataupun tidak didalam follower pengguna. Sementara ada pengguna serta negara yang prihatin terhadap tahap keselamatan rakyatnya memikirkan tentang isu keselamatan di Facebook, Facebook sendiri telah menawarkan penetapan privasi di laman sosialnya. Dengan privacy setting yang ditawarkan pengguna boleh menyekat atau menafikan aksess kepada maklumat mereka. Oleh kerana Facebook adalah laman sosial yang digunakan untuk berkongsi maklumat maka bahagian set privasi tersebut boleh disetkan pada asal open by default. Maka terpulang kepada pengguna untuk mengaktifkan set privasi tersebut atau tidak. Antaramuka untuk kemasukan ke laman web pengguna masing-masing juga memerlukan login serta password walaupun ia tidak menjamin keselamatan menyeluruh laman sosial tersebut. Ini kerana terdapat juga laman sosial tersebut yang digodam oleh penggodam yang pintar. Banyak kes yang dilaporkan yang Facebook mereka telah digodam oleh mereka yang pintar mencuri password. Rajah 1 dan 2 di bawah menunjukkan bahagian di Facebook yang boleh kita kawal jika kita perlukan privasi.

Sample of good assignment

Rajah 1.

Rajah 2. Bagi Twitter ramai pengguna akaunnya tidak sedar yang ia juga mempunyai kawalan privasi bagi penggunanya jika mereka tidak membenarkan orang lain untuk melihat update mereka di Twitter. Rajah 3 menunjukkan kawalan privasi bagi Twitter dan pengguna boleh memilihnya ataupun tidak. Dengan setting ini di tick maka setiap kali ada pengguna yang

Sample of good assignment

ingin mengikut (follower) maka setiap kali itulah Twitter akan menghantar email untuk memberitahu bahawa ada penguna yang mahu follow dan terpulang untuk kita samada untuk benarkan atau tidak.

Rajah 3. Twitter hanya mempunyai dua pilihan samada semuanya public atau semuanya dilindungi (protected). Ini disebabkan Twitter adalah rangkaian terbuka dimana semua yang anda tuliskan boleh dilihat oleh semua walaupun oleh orang yang anda tidak kenali. Elakkan sentiasa menggunakan salah satu ciri Twitter iaitu geo-tagging kerana dengan aplikasi ini, dimana pun pengguna berada pengguna lain dapat mengesan apabila anda membuat tweet. Kecualilah jika pengguna sendiri yang mahu kesemua rakannya mengetahui dimana lokasinya berada pada bilabila masa. Bagi memastikan keselamatan anda pastikan anda tidak memasukkan nombor telefon, alamat rumah, nombor kad identiti dan yang sebagainya yang berkaitan kerana jika berlaku akaun yang dicuri segala pendedahan dan gambar-gambar tentang diri, keluarga mungkin akan berada dalam keadaan bahaya jika terdapat mereka yang dendam atau mahu membuat sesuatu yang tidak baik dengan kita. Semua kemungkinan ini perlulah difikirkan buruk dan baiknya. Selain masalah keselamatan tentang isu yang di pos ke status laman ini, Twitter mempunyai masalah lain yang tersendiri iaitu ia sebagai media untuk menyebarkan virus terutama dengan pautan yang dipendekkan yang menyembunyikan punca yang asal. Pautan yang dipendekkan iaitu URL yang terlalu panjang dipendekkan dengan menggunakan URL-shortening services. Sebenarnya banyak ancaman keselamatan yang dihadapi kedua-dua laman sosial Tweeter dan Facebook ini termasuklah akaun yang dicuri, virus cacing (worms), pancingan data (phising) dan juga spam. Walaubagaimanapun pengguna kedua-dua laman sosial ini bertambah ramai dari hari ke hari. Ini menunjukkan orang ramai masih meyakini keselamatan laman sosial ini. Yang penting pengguna hendaklah sentiasa berhati-hati dalam menggunakan laman sosial ini.

Sample of good assignment

UTILITI YANG TWITTER.

DI SEDIAKAN OLEH

LAMAN

SOSIAL

FACEBOOK DAN

Laman sosial Facebook mempunyai banyak utiliti yang ditawarkan dan kebanyakkan pengguna Facebook sendiri jarang ataupun tidak menggunakan langsung utiliti yang ditawarkan ini. Tanpa menggunakan utiliti ini pengguna sudah cukup sibuk melayan komen serta mengemaskini status, tetapi ini adalah kemudahan yang berguna kepada pengguna antaranya ialah Filefly. Filefly yang boleh didapati di https://apps.fcebook.com/filefly/ adalah percuma dan fungsinya ialah jika ingin menghantar file kepada rakan Facebook yang lain. Pengguna boleh berkongsi sesuatu dengan rakan Facebook yang dikehendaki dengan membuat satu folder dan memuat naik file ingin dikongsi dan kemudian invite rakan-rakan untuk mencapai file folder tersebut. Dengan saiz 2GB untuk memuat naik file, pengguna dapat berkongsi file dan akan tamat dalam tempoh 30 hari.

Rajah 4 & 5. Antaramuka untuk Filefly.

Sample of good assignment

Facebook Di https://apps.facebook.com/filefly/

Rajah 5.

Selain dari aplikasi Filefly di Facebook bagi penggemar permainan di internet CityVille adalah salah satu permainan yang ditawarkan oleh Facebook. Pemain dapat bersama-sama dengan pemain lain iaitu pengguna Facebook sendiri dalam permainan ini. Ia adalah permainan membina sebuah perkampungan yang lama kelamaan akan menjadi sebuah bandar. Permainan ini memerlukan anda membina, membangun dan meningkatkan penduduk. Menurut Facebook seramai 83 juta pengguna Facebook secara aktif menggunakannya (PC Magazine Julai 2011).

Rajah 6.

Sample of good assignment

Bagi yang ingin menukarkan file format PDF ke Microsoft Word dokumen dengan lebih pantas boleh menggunakan aplikasi ini. PDF Converter boleh menyelesaikan kerja anda tanpa perlu anda menaip semula dokumen tersebut. Setelah selesai dokumen boleh di muat naik ke wall di Facebook dan rakan-rakan pengguna boleh muat turun dokumen tersebut. Aplikasi ini boleh didapati di http://apps.facebook.com/pdf-converter dan pengguna boleh menukarkan file PDF tersebut. Rajah 7.

Dengan Tweets Selektif (rajah 8) anda boleh kemaskini status di Facebook dengan menggunakan Twitter anda. Anda boleh memilih tweet mana yang anda ingin pos di status Facebook denga hanya menamatkan tweets anda dengan #fb maka ia akan dihantar ke status Facebook anda.

Sample of good assignment

Rajah 8.

Bagi pemegang akaun Twitter banyak juga kelebihan dan kemudahan yang disediakan kepada penggunanya untuk meningkatkan lagi pengalaman dalam tweeting. Twitter menggunakan URL(Uniforme Resources Locator) shortener services. Manakala Bit.ly adalah antara laman web yang digunakan untuk memendekkan URL tersebut. Kebanyakkan link yang kita masukkan di Twitter terlalu panjang sedangkan kandungan text untuk Twitter hanyalah 140 patah perkataan jadi dengan adanya bit.ly ini penggunaan link di Twitter lebih mudah dan ringkas.

Rajah 9.

Sample of good assignment

TrueTwit juga utiliti yang sangat baik kerana dapat mengenalpasti atau mengesahkan siapakah pengikut (follower) pengguna dalam Twitter pengguna. Samada benar-benar manusia atau terdapat robot diantaranya. TrueTwit dapat membantu pengguna Twitter untuk mengesahkan orang dari robot, mengelakkan Twitter spam dan dapat menguruskan pengikutpengikut pengguna Twitter.

Rajah 10.

Banyak lagi utiliti yang ditawarkan oleh kedua-dua laman sosial ini kerana masingmasing ingin menarik perhatian pelayar internet untuk membuka akaun dengan mereka. Apapun kesemua utiliti yang ditawarkan banyak yang digunakan untuk kegunaan seharian terutama yang menggunakannya untuk meraih pendapatan. Melalui perantaraan laman web jaringan sosial serta utiliti-utiliti yang ditawarkan, mereka dapat meluaskan rangkaian perniagaan keserata dunia. Walaupun banyak juga kebaikkan terdapat juga keburukkan yang akan diperolehi dari segala kemudahan yang diberikan tersebut. Yang penting guna laman sosial yang lebih sesuai untuk kegunaan anda.

Sample of good assignment

MUDAHKAH UNTUK MEMPELAJARI FACEBOOK DAN TWITTER.

Mengikut dari pengalaman saya sebagai pengguna kepada kedua-dua laman sosial ini iaitu Facebook dan Twitter, paling mudah dipelajari ialah dengan menggunakan Facebook. Kerana ia mempunyai ciri-ciri yang mudah difahami dan user friendly. Saya menulis demikian kerana saya mempunyai anak-anak yang telah mempunyai akaun ini walaupun sepatutnya umur minima untuk membuka akaun ini adalah 13 tahun. Saya gunakan email saya dan hanya daftarkan sahaja untuk mereka yang selebihnya mereka yang muat naik dan mencuba utiliti atau aplikasi yang ditawarkan di dalamnya. Kanak-kanak rajin bertanya pada kawan mereka mengenai Facebook dan bagaimana hendak menggunakannya terutama permainan yang ditawarkan di dalam Facebook ini. Pilihan pelbagai bahasa yang ditawarkan terutama bahasa melayu dan bahasa inggeris menjadikan ia lebih disukai. Twitter juga adalah laman sosial yang popular tetapi tidak di kalangan kanak-kanak atau di kalangan mereka yang merasakan ia begitu ringkas dan agak rumit untuk mencari bagaimana hendak memulakannya. Terdapat seorang guru dan saya bertanya adakah beliau mempunyai akaun Twitter, dia kata memang ada tapi agak rumit dan tiada masa untuk belajar bagaimana hendak menggunakannya, lagipun rakan-rakannya lebih banyak menggunakan Facebook. Pada pendapat saya pengguna Twitter ini lebih kepada untuk segolongan tertentu seperti penyanyi, pelakon atau selebriti kerana ini lebih mudah untuk mereka tweets peminat mereka dan boleh menghebahkan perkara terbaru mengenai mereka. Saya juga mempunyai akaun Twitter tapi seperti kebanyakkan orang lain saya lihat ia agak rumit untuk difahami dan seperti saya tercaricari fungsi-fungsi yang berkaitan. Apabila agak sukar maka saya hanya masuk untuk melihat perkembangan terkini penyanyi kegemaran saya. Walaupun terdapat manual panduan untuk menggunakan facebook yang diletakkan di dalam forum Facebook tetapi kebanyakkan pengguna akaun ini tidak pernah ke forum tersebut kerana jika mereka tidak tahu mereka akan bertanya kepada rakan-rakan yang mengetahui atau mereka berinteraksi satu sama lain di Facebook chat. Ini menunjukkan ia lebih mudah dikendali berbanding Twitter.

Sample of good assignment

Jika dibandingkan Facebook dan Twitter, keduanya mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri tetapi untuk lebih mudah dipelajari Facebook adalah yang terbaik. Banyak fungsi-fungsinya yang mudah difahami dan senang diingati. Disamping mempunyai nilai tinggi dalam memperolehi maklumat yang diperlukan ia juga satu cabang untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia siber.

KEUPAYAAN MEMORI.

Ikon-ikon di dalam Facebook ditempatkan diruangan yang sesuai dan mudah dingat menjadikan ia sangat mudah dikendalikan walaupun bagi kanak-kanak berusia 7 tahun. Paduan warna biru yang agak gelap dan biru lembut yang mendamaikan mata setelah penat melihat melayari internet menjadikan Facebook ingin sentiasa dilawati oleh pengunjungnya. Gambar-gambar juga lebih mudah di muat naik dengan penyediaan album yang menarik minat untuk pengguna memiliki akaun di Facebook. Bahagian ruangan iklan disebelah kanan, ruangan kumpulan yang dianggotai(group), rakan, album disebelah kiri, bahagian pos di wall serta komen dibahagian tengah, untuk ucap hari lahir berada disebelah kanan atas sekali supaya mudah untuk di lihat. Antaramuka yang menarik dan mudah menjadikan Facebook amat popular pada masa kini. Berbanding Twitter yang agak sukar untuk mencari di mana ikon-ikon yang penting ditempatkan seperti untuk pos tweets, lihat profail di page yang berbeza dan sebagainya. Permainan di Facebook pengguna boleh invite rakan lain untuk sama bermain, juga bersama rakan mengikuti kuiz, bergabung dalam kalendar hari lahir menjadikan Facebook mudah diikuti dan diingati dengan kepelbagaian fungsinya. Bagi Twitter, ia bukan seperti facebook yang dapat menyimpan semua perkara yang penting seperti itu, ia hanyalah seperti pengumuman dan pesanan jadi tidak banyak yang pengguna biasa perlukan walaupun ada kelebihan lain.

Sample of good assignment

RINGKASAN FACEBOOK VS TWITTER. FACEBOOK Keberkesanan (Effectiveness) Lebih bersifat mesra pengguna. Mudah melihat banyak ruangan dalam satu muka surat. Mudah melihat maklumat seluruh dunia dengan mudah. Dapat melihat Facebook rakan lain jika ia adalah rakan yang dipersetujui. TWITTER Ia hanya seperti menghantar pesanan ringkas. Iaitu hanya 140 patah perkataan. Mempunyai tertentu operasi Seperti Dapat untuk yang sistem melihat bukan perisian sistem berlainan. operasi tweets dalam

Linux-perisian Pwytter. walaupun

rangkaian rakan. Cekap dalam mencari rakan lama pengguna di dalam Kecekapan (Efficiency) carian. Berfungsi seperti blog yang dapat menyusun album, dan mengurus posting di wall status pengguna mengikut turutan tarikh. Efisien kerana mempunyai live chat memudahkan direct komunikasi selain terdapat pesanan messages di kotak pos. Mempunyai ruang iklan yang khas bagi menjadikannya sebagai medium mencari pendapatan. Mempunyai jejak untuk mengetahui statistik Twitter malah boleh mencari Facebook dan Youtube. Pantas dalam penghantaran status pemilik akaunnya (seperti menghantar pesanan ringkas di telefon bimbit). Lebih cekap apabila di telefon bimbit pintar. Kecekapan mengurus koleksi tweets yang penting dan membuang tweets yang tidak aktif.

Sample of good assignment

FACEBOOK Mempunyai pilihan untuk memilih samada untuk bersetuju atau tidak Sekuriti/Keselamatan Ketika pos maklumat di web. menjadikan pengguna lain sebagai rakan. Mempunyai privacy setting yang dapat mengubah status samada untuk tatapan orang ramai atau hanya rakan yang hampir sahaja. Mempunyai login dan password untuk memasuki akaun pengguna. Kemudahan (Utilities) Mudah di serang oleh pencuri password. Mempunyai kemudahan -

TWITTER Memang dibuat untuk bertujuan tatapan umum, hanya jika tidak mahu pilihan jangan menjadi follower. Mempunyai login dan password untuk memasuki akaun pengguna. Elakkan penggunaan geotagging jika tidak mahu pengguna lain tahu di mana anda berada. Mudah jangkitan virus melalui kemudahan URL shortener.

Kemudahan Tweet Selektif yang dapat mengemaskini status di Facebook dari akaun Twitter pengguna.

menghantar file iaitu Filefly supaya dapat berkongsi file antara pengguna. Kemudahan untuk bersamasama pengguna lain dalam permainan (games). Kemudahan menukarkan file berbentuk Word. PDF ke bentuk -

Kemudahan untuk memendekkan URL apabila memberikan link di dalam tweets pengguna kerana sifatnya seperti SMS di telefon bimbit, 140 patah perkataan sahaja. Dengan Truetwit dapat mengecam penghantar tweets adakah manusia atau robot.

Sample of good assignment

FACE BOOK Lebih mudah dipelajari kerana ikon untuk setiap bahagian mudah kelihatan. Ciri-ciri laman dari segi mudah dipelajari (Learnability) Bahagian menyimpan album yang lebih teratur mudah dicari. Bahagian status di bahagian tengah iaitu bahagian yang sentiasa berubah mudah dilihat. Kebolehan Laman Menyimpan Ingatan (Usability-memorability) Lebih banyak tempat atau ruang untuk menyimpan seperti gambar. Seperti blog dapat menyimpan pos yang penting. Posting atau gambar yang terawal akan di koleksikan mengikut tahun. -

TWITTER Agak sukar mencari ikon yang pengguna selalu perlukan seperti setting profile.

Tidak banyak kebolehan untuk menyimpan seperti gambar atau iklan. Tetapi lebih mudah untuk sesuatu pemberitahuan dan perlu menguruskan penghapusan tweets yang tidak aktif (ruang terhad).

Sample of good assignment

KESIMPULAN.

Kesimpulan dari tugasan yang telah diberikan ini saya mendapati dalam dunia internet kita sedang mengalami satu bentuk fenomena bersosial melalui alam maya yang lebih mencabar. Walau tidak dapat berjumpa tetapi kita sentiasa disambungkan dengan wayar dan gelombang yang membolehkan kita berinteraksi seolah tiada sempadan walau berada jauh. Walaupun begitu perhatian adalah penting kerana disebabkan laman sosial seperti Facebook dan Twitter, banyak perkara yang tak sepatutnya berlaku telah berlaku. Contohnya mereka yang lupakan tanggungjawab terhadap bayi mereka kerana terlampau sibuk bermain permainan di Facebook dan terdapat juga laporan dari Borneo Post Online (Dis.2010) mengatakan Facebook punca keretakkan rumahtangga. Ini adalah kesan buruk bagi mereka yang terlampau ketagih dengan permainan di laman sosial. Laman web sosial juga banyak menawarkan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil yang baru untuk membangun dan tidak perlukan modal yang banyak untuk mengiklan. Maklumat dan berita mudah diperolehi kerana rangkaian rakan yang bersambung antara satu sama lain ini menjadikan laman sosial Facebook dan Twitter adalah media terbaik untuk perhubungan dan maklumat semasa. Tetapi berlaku juga kadar jenayah yang tinggi dengan wujudnya laman sosial ini. Oleh itu dalam melayari dunia siber yang serba mencabar ini perlulah berhati-hati walaupun banyak manfaat yang diperolehi dengan adanya laman sosial ini.

Sample of good assignment

RUJUKAN.

Teknologi Dalam Kilasan, http://edittag.typepad.com/

Apa itu Twitter Macam mana nak Guna, http://www.seniaku.com, Jun 2010

How to Protect Your Privacy on Twitter, http://www.lifehacker.com.au, Mei 2009

http://developers.facebook.com/docs

Eric Griffith, PC Magazine, www.pcmag.com/author , July 2011

Beirut, Top 10 Twitter Utilities, http:tweepi.com/blog, Okt 2011

http://truetwit.com/truetwit/welcome/index

Saibi Gi, Facebook Punca Penceraian, www.theborneopost.com, Disember 2010 Friday.

You might also like