You are on page 1of 23

Terbakar dan Melecur

Kecederaan tisu kerana haba panas, terlalu sejuk, bahan kimia dan radiasi

Terbakar
Kecederaan kepada kulit dan lain-lain tisu badan, disebabkan terkena haba kering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek-objek panas, bahan kimia atau arus elektrik

Melecur
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab, seperti air mendidih, wap atau minyak panas.

Terbakar dan melecur biasanya adalah serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.

Ketenatan mangsa bergantung kepada: Luas permukaan yang cedera Tempat yang terbakar atau melecur Tahap terbakar Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa

Jenis-jenis Terbakar:
Luar terbakar pada bahagian kulit Dalam terbakar dalam rongga atau perut

Sebab-sebab terbakar
Haba kering Bahan api/api Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau puntung rokok Geseran Bahan kimia Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput, asid atau alkali

Radiasi Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra violet) Terdedah kepada punca-punca radioaktif Elektrik Arus elektrik yang rendah seperti dari perkakas rumah Kilat dan petir

Tahap Kecederaan:
Tahap 1 (Superficial Burn) Kecederaan pada bahagian kulit luar sahaja Ianya melibatkan bahagian epidermis dan terasa sangat sakit Kulit kelihatan kemerahan

Tahap 2 (Intermidiate Burn) Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis) Kulit kelihatan merah gelap, lepuh dan mengelembung Terasa sakit

Tahap 3 (Deep Burn) Semua lapisan kulit telah rosak Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak

Tanda-tanda: Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama atau kedua Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerahan pada tahap awal, merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua, kehitaman seperti arang pada tahap ketiga Pengaliran keluar plasma Renjatan

Tindakan
3B Burning Stop Padamkan Breathing Maintain Periksa Pernafasan Body Examine Periksa tahap terbakar 3C 2. Cool Sejukkan 4. Cover Tutup bahagian yang terbakar 5. Carry Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital

Pengendalian Am:
1. Hentikan kebakaran air 2. Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan) 3. Tentukan ia bernafas 4. Alirkan air bagi terbakar tahap pertama dan kedua selama 20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan.

1. Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar. 2. Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak berlaku renjatan 3. Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan 4. Beri rawatan renjatan jika perlu dan hantar ke hospital dengan segara.

Langkah Perlu Diambil


PERLU Basuh tangan sebelum memberi rawatan dan pakai sarung tangan jika ada Baringkan mangsa dalam kedudukan yang selesa Tanggalkan jam tangan, tali pinggang, pakaian ketat dan barang kemas sebelum bahagian yang tercedera membengkak

Guna dressing bersih dan basah untuk menutup bahagian yang tercedera Periksa pernafasan/nadi setiap 5 minit CPR jika perlu

JANGAN Tanggalkan pakaian yang terlekat pada kulit Pecahkan gelembong Guntingkan kulit yang terkoyak Beri makanan/minuman Letak atau sapu merjerin, kicap, ubat gigi dan lain-lain Membuang masa untuk memberi rawatan

Kejutan Elektrik
Boleh berlaku melalui dua cara iaitu secara pancaran (arcing) dan sentuhan (contact) Pancaran berlaku dalam kemalangan arus voltan tinggi (melebihi 1000 voltan). Arus elektrik memancar daripada punca elektrik dan menyambar mangsa menyebabkan pakaian dan kulit terbakar

Antara faktor berlaku kejutan elektrik Kerosakan kabel atau alat elektrik Kecuaian Persekitaran yang basah Tidak mengikut peraturan keselamatan Semasa kejutan, badan mangsa sebagai pengalir arus elektrik Kesan mungkin terjadi 1mA kejutan ringan 10mA melecur dan hilang kawalan otot 100mA - mati

Tindakan:
1. Jangan bantu mangsa selagi kawasan kemalangan belum disahkan selamat 2. Hubungi penguasa elektrik tempatan supaya bekalan elektrik diputuskan. 3. Bila kawasan selamat, tentukan mangsa ada nadi dan nafas, jika tiada, lakukan CPR 4. Bawa mangsa ke hospital dengan segera. 5. Rawat mangsa untuk terbakar dan juga renjatan

You might also like