You are on page 1of 7

UJIAN BULANAN 1 / PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

MAC 2012

BAHAGIAN A
Baca soalan dengan teliti. Pilih dan bulatkan jawapan yang betul. 1. Kita dapat mensyukuri anugerah yang diberi Tuhan dengan cara seperti berikut kecuali.... A). menjaga harta benda dan wang C). menjaga kesihatan diri B). menjaga hubungan baik dengan D). menjaga kebersihan diri sesama anggota keluarga 2. Sivakumar ___________ sampah yang terdapat di laluan kaki lima kelas. A). membiarkan C). mengutip B). melemparkan D). membakar 3. Mengapa kita perlu menjaga kesihatan diri kita ? A). kerana mahu kaya C). kerana suka-suka B). takut dimarahi ibu bapa D). sebagai tanda mensyukuri nikmat Tuhan 4. Camelia sering ___________ adiknya kerana adiknya merupakan seorang yang kurang upaya. A). membantu C). memarahi B). menengking D). mengganggu 5. Sebagai seorang pelajar, kita haruslah lebih bersikap ____________ dan pro aktif. A). malas C). leka B). cuai D). positif 6. Sikap kendiri yang positif akan dapat melahirkan masyarakat yang aman dan _________ . A). huru-hara C). harmoni B). negatif D). rosak akhlak 7. Seorang pelajar yang baik akan ________________ . A). mengejek orang tua C). menghormati guru-guru B). memaki hamun sesuka hati D). memarahi ibu bapa 8. Nilai kendiri yang positif haruslah dipupuk dan diamalkan ___________ . A). kadang kala C). bermusim B). setiap masa D). mengikut minat 9. Kita hendaklah bersedia ______________ secara ikhlas dan terbuka jika terdapat salah seorang rakan kita yang melakukan kesilapan secara tidak sengaja. A). bergaduh C). memarahi B). mengherdik D). memaafkan 1

UJIAN BULANAN 1 / PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

MAC 2012

10. Salah seorang rakan kamu telah tertinggal wang sakunya di rumah. Apakah yang boleh kamu lakukan sebagai rakannya ? A). Berkongsi bekal yang dibawa. C). Melaporkan kepada guru disiplin. B). Mengejeknya bersama rakan lain. D). Tidak menghiraukannya. 11. Sebagai seorang pengawas sekolah yang ditugaskan menjaga kawasan pintu masuk sekolah, apakah yang akan kamu lakukan jika rakan baik kamu lewat sampai ke sekolah ? A). Membiarkan sahaja rakan kamu C). Mencatat namanya dan memarahinya. masuk. B). Bertanya tentang masalah yang D). Memarahi ibu bapanya yang menyebabkan dihadapinya dan menasihati untuk rakan menjadi lewat hadir. tidak mengulangi perbuatan tersebut. 12. Rakan kamu mendapat tempat pertama di dalam kejohanan sukan sekolah sedangkan kamu hanya mendapat tempat kedua. Apakah tidakan kamu terhadap rakan kamu itu ? A). Mengatakan yang dia menipu. C). Berasa iri hati dengan kejayaannya. B). Bergaduh dan memburukkannya D). Mengucapkan tahniah di atas kejayaannya. kepada rakan-rakan. 13. Apabila kita diberi teguran oleh rakan atau guru, kita haruslah ___________________ . A). menerima dengan hati terbuka C). menangis dan bersedih B). bergaduh dengan orang yang D). mengutuk dan mencaci menegur kita 14. Pelajar yang kerap melakukan kesalahan adalah tergolong dari kalangan pelajar yang kurang ______________ . A). idea C). ajaran B). harga diri D). masa 15. Berikut adalah merupakan ciri-ciri pelajar yang mempunyai harga diri yang baik kecuali . A). suka membantu guru C). suka bersenam B). suka mengumpat dan mengata D). suka berkawan 16. Orang yang rendah harga dirinya ialah orang yang ___________ . A). suka memburukkan orang lain C). suka menasihati rakan B). suka membantu rakan D). merendah diri dengan kelebihan yang ada 17. Untuk mencapai sesuatu kejayaan, setiap orang haruslah mempunyai cita-cita, keazaman, usaha dan ______________ yang tinggi dalam melakukan sesuatu. A). keusahawanan C). keyakinan B). kelapangan D). keramahan 2

UJIAN BULANAN 1 / PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

MAC 2012

18. Maruah diri dapat dipelihara dengan _____________ . I. bersopan santun II. bertutur dengan lemah lembut III. bergaul bebas IV. bercakap benar A). I, II, dan III B). I, II,dan IV C). II, III, dan IV D). I, II, III, dan IV

19. Pilih pernyataan yang melambangkan sikap yang positif. A). Nina merasakan bahawa buku yang hilang itu adalah berpunca dari kelalaiannya. B). Ravindran merasakan bahawa Imran mendapat markah yang tinggi adalah disebabkan dia meniru. C). Chynthia berasa iri hati dengan kejayaan adiknya di dalam peperiksaan. D). Karim mengejek rakannya yang kurang upaya. 20. Kadir lemah di dalam subjek Matematik, dia perlu _____________ . A). berputus asa C). berusaha dengan lebih gigih B). ponteng kelas tersebut D). terus menjadi pemalas

( 20 Markah )

UJIAN BULANAN 1 / PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

MAC 2012

BAHAGIAN B
A). Sila jawab soalan di bawah ini dengan jawapan yang betul.

1. Berikan lima contoh cara menghargai dan mensyukuri nikmat pemberian Tuhan. i. ___________________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________________ iii. ___________________________________________________________________ iv. ___________________________________________________________________ v. ___________________________________________________________________ ( 5 Markah )

2. Berikan 3 contoh amalan sikap yang postitif. i. ii. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________

iii. __________________________________________________________________ ( 3 Markah )

3. Berikan 2 contoh amalan yang negatif. i. ___________________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________________ ( 2 Markah )

UJIAN BULANAN 1 / PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

MAC 2012

B). Sila isi ruangan di bawah dengan jawapan yang betul dan sesuai .

Cara mensyukuri nikmat Tuhan

( 12 Markah ) C). Perhatikan situasi di bawah dengan teliti. Sila jawab soalan di bawah ini dengan betul .

1.

Rakan kamu telah meminjam basikal kamu untuk ke sekolah pada waktu petang. Apabila dia memulangkan kembali basikal itu, kamu dapati tayar basikal telah pancit. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan ? __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________

2.

Semasa berada di pusat sumber, kamu terlihat seorang murid membelek-belek sebuah buku dengan tingkahlaku yang pelik dan mencurigakan. Apakah yang perlu kamu lakukan ? _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________

( 4 Markah ) 5

UJIAN BULANAN 1 / PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

MAC 2012

D). Namakan aktiviti yang sihat berdasarkan gambar di bawah ini .

( 8 Markah )

UJIAN BULANAN 1 / PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

MAC 2012

E). Isikan ( Bermatlamat ) atau ( Tidak Bermatlamat ) pada pernyataan di bawah .

1. Gabriel minat menonton filem-filem dokumentari kerana dia bercita-cita ingin menjadi seorang saintis yang berjaya ketika dewasa kelak.

2. Justin tidak suka menyertai sebarang aktiviti perkhemahan di sekolah kerana dia menganggap aktiviti tersebut begitu memenatkan dan membosankan.

3. Walaupun Eng Chia miskin, dia tidak menjadikan kelemahan itu sebagai satu penghalang untuknya lebih berjaya dalam hidupnya.

4. Aidil menyimpan separuh daripada wang saku sekolahnya dengan tujuan untuk membeli buku ensiklopedia idamannya.

5. Malik menyertai pertandingan bercerita di sekolahnya. Namun dia tidak yakin yang dia akan memenangi pertandingan tersebut.

6. Kamila bangun pada awal pagi kerana telah berjanji dengan rakannya semalam untuk ke perpustakaan bagi tujuan mendapatkan bahan untuk kerja kursus Kajian Tempatan.

( 6 Markah )

PENILAIAN Pergaulan Kerja harian Kelakuan / sikap Pakaian JUMLAH

MARKAH /5 /5 /5 /5 / 20

You might also like