You are on page 1of 4

Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia

ISU #3, 30 JUN 2013 Dalam isu ini: 1. Sekapur sirih: YBhg. Datuk Dr. Madinah Mohamad

2. Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: 11 Anjakan 3. Sekitar lawatan KSU ke Pejabat PADU Lawatan KPPM ke Paris

Sekapur Sirih: YBhg. Datuk Dr. Madinah Mohamad Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas di atas penerbitan Buletin Anjakan Bilangan Ketiga ini. Buletin ini merupakan wadah utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyalurkan dan menyampaikan pelbagai maklumat kepada masyarakat berkaitan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 terutamanya dari segi kemajuan dan pencapaian dari semasa ke semasa. KPM merupakan sebuah Kementerian yang penting dalam pembangunan negara terutamanya dalam membina modal insan yang berkualiti sebagai tunggak kejayaan. Dalam hal ini, saya amat bersyukur, Kementerian telah menetapkan hala tuju yang jelas dan mempunyai perancangan yang rapi serta komprehensif ke arah memastikan pencapaian cemerlang khususnya di peringkat persekolahan. Selain daripada itu, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) juga akan disempurnakan dalam masa terdekat. Dengan adanya kedua-dua pelan ini, KPM akan menjadi lebih teguh untuk terus memacu agenda negara ke arah mencapai kemakmuran dan kesejahteraan. PPPM 2013-2025 telah memasuki tempoh enam bulan pertama pelaksanaannya dan KPM sedang melaksanakan penilaian pertengahan tahun PPPM. Perkara ini amat penting untuk menilai status pelaksanaan dan merangka pelan penambahbaikan bagi memastikan semua inisiatif yang ditetapkan berjaya mencapai sasaran. Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua warga Kementerian khususnya para pendidik agar dapat memberikan komitmen sepenuhnya bagi kita sama-sama menggembeling tenaga dan usaha dalam memastikan kejayaan PPPM 2013-2025 ini. Sekian, terima kasih. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Anjakan isu #3 30 Jun 2013

PPPM mendapat perhatian antarabangsa


10 Jun - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud, telah menyertai Program Joint OECD and UNESCO Information Session untuk perwakilan UNESCO berkaitan dengan dasar pendidikan. Dalam siri lawatan tersebut, Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud telah berkesempatan bertemu dengan Sir Michael Barber (Head of the Prime Ministers Delivery Unit) yang pernah menjadi panel antarabangsa penyediaan PPPM 2013-2025. Pertemuan kedua-dua tokoh ini telah membincangkan asas pelaksanaan transformasi pendidikan. Antara perbincangan tersebut menyentuh tentang cara kejayaan transformasi boleh dicapai khususnya peranan guru. Tan Sri KPPM melahirkan rasa bangga kerana PPPM 2013-2025 telah mendapat perhatian daripada pelbagai negara yang menghadir program tersebut.

Memahami kandungan Pelan Pendidikan Malaysia: 11 Anjakan

Pembangunan

Menilai Pencapaian Pertengahan Tahun 2013 (PPPM) 2013-2025


Kementerian Pendidikan akan melaksanakan penilaian pertengahan tahun 2013 bagi 25 inisiatf utama di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pada 2 dan 3 Julai 2013 di Genting Highland. Antara matlamat utama penilaian ini adalah untuk mengenal pasti status kemajuan 25 inisiatif; mengenal pasti isuisu pelaksanaan; dan mencadangkan jalan penyelesaian bagi memastikan semua inisiatif mencapai sasaran menjelang akhir 2013. YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan sudi meluangkan masa untuk mendengar taklimat daripada Pengurus Program inisiatif dalam satu sidang gallery walk yang akan diadakan.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah menetapkan 11 anjakan yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan bagi mencapai aspirasi yang diharapkan. Penetapan 11 anjakan ini telah dirancang dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan dan permasalahan utama yang ditimbulkan oleh masyarakat awam melalui Dialog Nasional yang telah dianjurkan. Dapatan daripada makmal pendidikan dan pandangan panel penilai dalam dan luar negara juga dihimpunkan bagi memperhalusi 11 anjakan yang telah ditetapkan. Beberapa pertimbangan utama bagi menentukan kandungan 11 anjakan ini telah dilakukan. Antaranya ialah: 1. Setiap anjakan yang ditentukan perlu menjurus kepada pencapaian aspirasi sistem dan murid; 2. Terdapat bukti antarabangsa bagi mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada pencapaian keberhasilan murid dan sistem; 3. Anjakan yang ditentukan adalah relevan dan mengikut kemampuan kerajaan; dan 4. Pelaksanaan cadangan anjakan serta inisiatif memberi pulangan yang besar. Anjakan dalam PPPM ini merupakan suatu perubahan dari segi strategi dan amalan. Sebagai contoh, dalam usaha mencapai keberhasilan murid untuk mencapai hasrat dasar 60:40, perubahan dari segi strategi perlu dilakukan dengan meningkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM), seperti yang digariskan dalam Anjakan 1. Manakala seperti dalam anjakan 7, iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran, merupakan perubahan dari segi amalan dan pelaksanaan khususnya melibatkan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam PPPM, 11 anjakan disusun atur merentasi empat Bab, iaitu Bab 4 menyentuh anjakan 1,2,3 dan 6; Bab 5 membincangkan anjakan 4 dan 5; Bab 6 untuk anjakan 6,7,8,10 manakala Bab 7 merangkumi anjakan 1 dan 9. Bagi setiap anjakan ini, inisiatif tertentu untuk mencapai aspirasi telah dibincangkan dan pelan tindakan turut digariskan.

KPM dalam berita


PBS lebih menyeluruh Berita Harian, Jun 2013
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan penilaian yang lebih menyeluruh kerana prestasi murid dinilai sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. PBS telah diperkenalkan pada 2011 membabitkan murid Tahun Satu dan pada 2012 bagi murid Tingkatan Satu. Melalui PBS, murid akan dinilai melalui empat komponen iaitu pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat, pentaksiran jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik. Prestasi murid dinilai mengikut band, iaitu band satu hingga band enam. Penanda aras ini menentukan kedudukan setiap murid bermula dengan band awal hingga kepada band enam iaitu pada tahap cemerlang. Lembaga Peperiksaan (LP), KPM dipertanggungjawabkan untuk memantau standard kertas soalan PBS. Bagi tujuan yang sama, setiap sekolah membentuk Jawatankuasa PBS. Di samping itu, penilaian pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (BIPG) turut dilaksanakan.

Laporan Awal Pelan Pembangunan boleh dimuat turun di: http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-Eng.pdf

Emelkan 1Impian 1Agenda peribadi anda dan kami akan menerbitkan yang terbaik setiap bulan.

Anjakan isu #3 30 Jun 2013

Lawatan KSU ke PADU


Pegawai di Pejabat Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) amat berbangga dan berbesar hati kerana telah dikunjungi Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr Madinah Mohamad pada 12 Jun 2013. Lawatan ini juga telah disertai oleh Ketua Setiausaha II, YBhg. Dato Seri Ir Zaini Ujang. Turut serta dalam lawatan ini ialah Timbalan Timbalan Ketua Setiausaha termasuk Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Pengajian Tinggi dan Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan.

Inisiatif Bulan Ini


Kesemua sekolah mempunyai infrastruktur asas yang berada dalam keadaan baik menjelang 2015 Satu daripada inisiatif berkaitan penambahbaikan kualiti pengajaran pembelajaran ialah melengkapkan infrastruktur asas di sekolah menjelang 2015. Bahagian Pembangunan serta Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset bertanggungjawab memastikan inisiatif ini berjaya. Sasaran utama bagi 2013 ialah memastikan 1,608 projek pembangunan di bawah PRK (Projek Rancangan Khas) 2012 dilaksanakan. Di bawah projek ini, sebanyak 387 projek yang memerlukan pembaikan struktur dan penggantian/naik taraf blok daif dilaksanakan, 205 projek melibatkan pendawaian semula dan 1,016 projek pembangunan melibatkan pembaikan bukan struktur. Pelaksanaan projek ini dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya. Sehingga Jun 2013, sebanyak 990 daripada 1,608 projek (61.6%) telah berjaya disempurnakan. Bahagian Pembangunan adalah bertanggungjawab menyelaras semua projek di bawah PRK.

YBhg.Datuk Dr. Madinah disambut oleh YBhg. Dato Prof. Dr. Rujihan

Satu taklimat ringkas berkaitan dengan peranan PADU khususnya dalam melaksanakan pemantauan 100 inisaitf telah disampaikan. Antara perhatian utama yang diberikan oleh YBhg. KSU ialah berkaitan dengan penyediaan PPPM, pegawai dan staf PADU, status pencapaian inisiatif, dan bajet pelaksanaan PPPM. Beliau berharap agar semua inisiatif dapat dilaksanakan dan setiap isu yang timbul perlu diselesaikan secepat mungkin.

Sembang Pendidik

Taklimat ringkas oleh Dr Habibah Abdul Rahim

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari relai.blogspot.com atau http://lensasmkttj.blogspot.com

http://omrel-

Anjakan isu #3 30 Jun 2013

Bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025, kita memerlukan 11 anjakan utama

Cetakan ini diterbitkan oleh PADU, unit prestasi pelaksanaan pendidikan kepada KPM yang bersifat praktikal dan berorientasikan tindakan. Peranan PADU adalah untuk merancang, memantau, menyelesaikan masalah dan menyelaras penyampaian inisiatif 1Agenda, sementara bahagian-bahagian lain di Kementerian bertanggungjawab untuk melaksanakannya. PADU ialah unit kecil terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang kukuh dalam pengurusan projek dan penyampaian hasil. Individu-individu ini mempunyai latar belakang berbeza yang mengandungi unsur pengurusan dan profesional, dari dalam dan luar Kementerian. Sila hubungi kami jika ada sebarang komen atau maklum balas mengenai Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia, pelaksanaan Pelan, atau cetakan ini. Emel: padu.maklumbalas@moe.gov.my Telefon: +6 03 8872 1604 / +6 03 8872 1605 Anjakan isu #3 30 Jun 2013

You might also like