You are on page 1of 3

KISAH SI BUNGA

Watak : 1. Pokok tua. 2. Lebah 3. Bunga matahari. 4. Bunga merah kecil. 5. Sekumpulan budak nakal.

Tersebutlah kisah pada suatu musim bunga.Ketika itu banyak bunga-bunga yang cantik tumbuh mekar dan berkembang di kawasan sebelah lereng sebuah gunung. Bunga-bunga yang indah dan berwarna-warni itu menarik perhatian kumpulan rama-rama yang cantik dan lebah-lebah yang sibuk.Selain daripada bunga-bunga yang cantik,terdapat sebatang pokok tua di lereng gunung itu.Pokok tua itu dipanggil Pak Cik Pokok. Semasa musim bunga,semua bunga-bunga itu kelihatan lebih cantik dan indah daripada biasa.Suatu hari,sekumpulan lebah madu terbang ke lereng gunung itu untuk mencari madu. Helo! sapa bunga-bunga dengan mesra.Terima kasih kerana datang menziarahi kami. Bunga-bunga tumbuh dengan lebih berseri seri pada musim bunga kali ini.Ini satu tuaian yang baik,kata lebah madu dengan gembira.

18

Apa tujuan kamu semua datang ke sini? Tanya bunga-bunga merah yang kecil.Kami datang untuk mengambil madu, jawab lebah madu.Kenapa kamu tanya begitu? tanya lebah madu pula. Bunga matahari ketawa dan menerangkan kepada lebah madu,Janganlah rasa tersinggung.Bunga-bunga merah yang kecil ini masih baru dan muda.Mereka baru saja berkembang musim ini. Kami lebah madu yang menghisap dan mengumpul madu daripada bungabunga.Pada masa yang sama kami menyebarkan debunga kamu di merata tempat, terang lebah madu kepada bunga-bunga merah. Suatu petang,sekumpulan budak lelaki yang nakal dating ke lereng bukit itu.Mereka menggunakan jaring untuk menangkap rama-rama yang berterbangan dan memetik bunga-bunga di situ.Mereka memusnahkan keindahan alam semuajadi dan merosakkan persekitaran di situ. Apabila budak-budak nakal itu meninggalkan lereng bukit,mereka membawa pulang bunga-bunga yang dipetik.Mereka juga memijak bunga-bunga yang bertaburan di situ ketika berjalan pergi dari situ. Pak Cik Pokok berasa sungguh sedih.ia Nampak bunga-bunga yang cantik itu dipetik dan dibuang bertaburan di atas tanah.Budak-buadak nakal itu juga memijak tumbuh-tumbuhan rendah dan memusnahkan tangkai-tangkai bunga.Semua ini sungguh dasyat, keluh Pak Cik Pokok dengan rasa kecewa. Keesokkan paginya,lebah-lebah madu itu datang semula dan mendapati bungabunga sudah tiada lagi di situ.Ini sungguh teruk.Tanpa bunga-bunga,kita tidak boleh mendapat madu! kata lebah-lebah madu itu dengan sedih. Bunga-bunga itu telah dimusnahkan oleh sekumpulan budak nakal.Saya minta maaf.Saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang mereka, kata Pak Cik Pokok kepada lebah-lebah madu itu.

19

Jika tidak ada bunga,tidak akan adalah madu, kata lebah-lebah madu itu dengan sedih.Kita terpaksa pergi ke tempat lain untuk mencari madu,kata kumpulan lebah itu sambil terbang pergi dari situ.Pak Cik Pokok hanya dapat memandang lebahlebah madu itu terbang pergi.Ia berasa sungguh sedih. Saya harap bunga-bunga itu akan mekar berkembang lagi pada musim yang akan datang,fikir Pak Cik Pokok sendirian. Moral Kita harus menjaga keindahan alam semulajadi.Sikap merosakkan alam semulajadi adalah satu sikap yang tidak baik.

20

You might also like