You are on page 1of 20

KOD ETIKA JURUAUDIT

JABATAN AUDIT NEGARA

PENGENALAN

Tujuan

1. Kod Etika Juruaudit digubal untuk menjadi panduan kepada semua anggota
Jabatan Audit Negara selaras dengan hasrat bagi mempertingkatkan prestasi dan
profesionalisme Jabatan. Ini kerana fungsi utama Jabatan adalah untuk membantu
meningkatkan akauntabiliti pengurusan awam. Laporan audit merupakan satu nilai
tambah bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan awam.
Sehubungan itu, Jabatan perlu memperolehi keyakinan daripada masyarakat umum
bahawa hasil kerja Jabatan telah dilaksanakan mengikut standard yang ditetapkan
berasaskan etika kerja yang tinggi.

Definisi

2. Kod Etika Juruaudit adalah satu sistem atau kod tingkah laku berdasarkan
kepada tanggungjawab moral dan kewajipan (obligasi) yang menerangkan
bagaimana Juruaudit perlu berkelakuan.

3. Kod Etika ini telah digubal berasaskan prinsip utama yang terkandung dalam
Guidelines on Ethics for Auditors, Manual Jabatan serta Nilai dan Etika dalam
Perkhidmatan Awam, Akta Audit 1957, Perlembagaan Persekutuan dan Pekeliling
serta Arahan Kerajaan.

Konsep

4. Kod Etika Juruaudit dirangka dan dibina di atas paksi Keutuhan, Kebebasan,
Keadilan, Keyakinan dan Kecekapan. Konsep ini menitikberatkan kepada tingkah
laku yang baik dan peribadi mulia semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab
bagi meyakinkan semua pihak terhadap integriti dan kredibiliti Jabatan.

(1)
TERAS KOD ETIKA

Keutuhan

5. Juruaudit mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi standard tingkah laku


yang mulia, bersih, amanah, berketerampilan serta beradab sopan dari segi
perhubungannya dengan auditi. Bagi mengekalkan keyakinan auditi, tingkah laku ini
hendaklah sentiasa terkawal dan utuh.

6. Keutuhan memerlukan Juruaudit menghayati prinsip keadilan dan kebenaran.


Ia juga menuntut Juruaudit berpegang kepada prinsip objektiviti, mematuhi standard
tingkah laku profesional dan membuat keputusan secara profesional semasa
menjalankan tugas.

Kebebasan, Adil Dan Saksama

7. Dalam melaksanakan tugas pengauditan, Juruaudit mestilah bertindak secara


bebas, adil dan saksama. Tindakan tersebut hendaklah diterjemahkan dari segi
pemikiran, niat atau perbuatan. Justeru itu, Juruaudit tidak boleh dipengaruhi oleh
mana-mana entiti dan individu yang mempunyai kepentingan tertentu.

8. Juruaudit perlu mengekalkan kebebasan daripada pengaruh parti politik atau


lain-lain pertubuhan supaya dapat menjalankan tugas dengan adil dan saksama.

9. Pendapat Juruaudit adalah berasaskan bukti yang sahih yang diperolehi


melalui kaedah pengauditan yang profesional. Pendapat Audit yang dikeluarkan
hendaklah bebas daripada pengaruh pandangan peribadi ataupun daripada pihak
lain yang berkepentingan.

10. Juruaudit hendaklah mempertimbangkan maklumat dan pandangan yang


dikemukakan oleh auditi atau pihak lain dalam mengeluarkan pendapatnya. Walau
bagaimanapun, pendapat Juruaudit mestilah dibuat secara bebas, adil dan saksama
setelah mengambil kira maklumat dan pandangan tersebut.

(2)
Profesionalisme

11. Juruaudit bertanggungjawab untuk berkelakuan secara profesional pada


setiap masa dan mengekalkan standard profesional yang tinggi semasa menjalankan
tugas dan melaporkan penemuan audit.

12. Juruaudit perlu memahami dan mematuhi standard pengauditan dan


perakaunan serta prosedur pengurusan wang awam. Juruaudit hendaklah
menggunakan pengetahuan dan kemahiran profesional ketika merancang,
melaksana serta melapor hasil pengauditan.

13. Bagi meningkatkan profesionalisme, Juruaudit hendaklah sentiasa peka


terhadap perkembangan dan perubahan terkini bidang pengauditan, perakaunan,
pengurusan dan teknologi maklumat di Malaysia dan sejagat. Juruaudit hendaklah
sentiasa kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas pengauditan bagi
meninggikan lagi mutu perkhidmatan.

Urus Tadbir Yang Baik (Good Governance)

14. Pengauditan merupakan salah satu mekanisme bagi memastikan rangka


kerja urus tadbir sesebuah organisasi berfungsi dengan baik. Untuk berperanan
dengan efektif, Juruaudit perlu mengamalkan urus tadbir yang baik dalam
menjalankan tugas dan peka terhadap fungsi kawalan dalaman serta pengurusan
risiko.

Kerahsiaan

15. Juruaudit tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperolehi daripada


pengauditan yang dijalankan kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan, sama
ada secara lisan atau bertulis. Sekiranya wujud keperluan perundangan, Juruaudit
boleh berbuat demikian.

16. Juruaudit bertanggungjawab memastikan keselamatan maklumat rahsia yang


diperolehinya.

(3)
Kompetensi dan Ketelitian Profesional yang Sewajarnya (Due Professional
Care)

17. Bagi melaksanakan tanggungjawab profesionnya, Juruaudit hendaklah


berusaha meningkatkan kompetensi dan pengetahuan secara berterusan selaras
dengan keperluan dan perkembangan semasa. Juruaudit hendaklah sentiasa
melibatkan diri dengan program pembelajaran profesional secara berterusan.

18. Juruaudit perlu mengamalkan Ketelitian Profesional Yang Sewajarnya


semasa menjalankan tugas dan penyediaan laporan audit.

Jaminan Kualiti

19. Juruaudit bertanggungjawab mematuhi segala proses kawalan kualiti yang


ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara bagi menghasilkan laporan audit yang
berkualiti dan memenuhi standard pengauditan Jabatan, INTOSAI dan yang diterima
umum.

20. Juruaudit perlu mengeluarkan laporan yang objektif dan seimbang bagi
memberikan keyakinan kepada Badan Perundangan, Eksekutif, auditi dan umum
bahawa laporan yang dikeluarkan menggambarkan keadaan yang sebenar dan
saksama.

Disiplin Diri

21. Juruaudit perlu mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi bagi mencerminkan
keperibadian sebagai seorang profesional. Juruaudit perlu patuh kepada arahan,
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Juruaudit juga perlu tampil
dalam keadaan yang kemas dan bersih semasa menjalankan tugas.

22. Juruaudit perlu menerapkan nilai-nilai murni pada diri dengan mengamalkan
budaya bersyukur, bertanggungjawab, bersabar dan bersederhana serta
menghindarkan diri daripada sebarang perilaku yang boleh menjejaskan imej dan
nama baik profesion Juruaudit.

23. Juruaudit perlu memupuk semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan


tugas pengauditan.

(4)
24. Juruaudit perlu berhemah dalam berkomunikasi sama ada secara lisan
mahupun bertulis dalam pelaksanaan audit serta penyampaian hasil pengauditan.

Percanggahan Kepentingan

25. Juruaudit dibenarkan memberi nasihat atau khidmat bantuan selain tugas
pengauditan kepada auditi. Walau bagaimanapun, nasihat yang diberi itu tidak boleh
bercanggah dengan peraturan kerajaan dan mengkompromi kepentingan dan
kebebasannya sebagai Juruaudit. Juruaudit juga hendaklah mengelakkan diri
daripada perbincangan yang mempersoal atau mengkritik polisi Kerajaan.

26. Juruaudit dilarang menerima hadiah atau ganjaran yang boleh mempengaruhi
kebebasan dan keutuhan tugasnya.

27. Juruaudit tidak boleh menggunakan kedudukan rasminya untuk kepentingan


peribadi. Perhubungan yang boleh menimbulkan risiko dan keraguan terhadap
integriti dan kebebasannya hendaklah dielakkan.

28. Juruaudit tidak boleh menggunakan maklumat yang diperolehi semasa


menjalankan tugasnya sebagai satu cara untuk memperolehi keuntungan peribadi.

Penglibatan Dalam Aktiviti Luar

29. Juruaudit tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti luar yang melanggar
peraturan kerajaan. Juruaudit juga tidak dibenarkan terlibat sebagai agen,
penceramah atau Jawatankuasa dalam seminar/ceramah agensi pihak swasta yang
memberi pulangan ekonomi kepada diri sendiri dan pihak penganjur.

30. Juruaudit tidak boleh terlibat dengan aktiviti sosial, ekonomi dan parti politik
yang bercanggah dengan peraturan kerajaan.

20 Disember 1999
18 November 2003 (Pindaan)

(5)
Penjelasan Bagi Perenggan yang Terdapat dalam Kod Etika Juruaudit (Pindaan 18 November 2003)

Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan


5 Mulia Nilai mulia diri seseorang dapat ditafsirkan sebagai seorang yang mudah memberi i. Nilai & Etika Dalam
pertolongan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan serta mempunyai gerak geri Perkhidmatan Awam
dan tingkah laku yang sopan terhadap orang lain.
ii. Dasar Penerapan Nilai
Contoh: Islam Dalam Pentadbiran

i. Juruaudit hendaklah saling tolong menolong antara satu sama lain, bersopan santun
dalam berkomunikasi serta saling hormat menghormati ketika menjalankan tugas.
ii. Melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan dengan ikhlas dan menganggap ia
sebagai satu amanah.
iii. Juruaudit juga hendaklah bersedia membantu dan berhemah ketika berhadapan
dengan auditi bagi membolehkan advisory role dapat dilaksanakan dengan berkesan.
iv. Juruaudit hendaklah bersedia mendengar pendapat orang lain dan tidak memandang
rendah terhadap kemampuan mereka.

Bersih Nilai bersih dapat dibahagikan kepada dua iaitu kebersihan dari segi luaran (penampilan) i. Nilai & Etika Dalam
dan dalaman (hati). Kebersihan dari segi luaran dapat dinilai melalui cara individu tersebut Perkhidmatan Awam
berpakaian manakala dalaman pula tidak menunjukkan sifat negatif seperti berniat jahat, iri
hati dan dendam.
ii. Dasar Penerapan Nilai
Islam Dalam Pentadbiran
Contoh:

i. Juruaudit hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri serta memakai pakaian yang
kemas dan bersih ke pejabat.
ii. Juruaudit perlu memastikan keadaan tempat bertugas adalah kemas dan teratur.
iii. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan bersopan-santun.
iv. Perolehan harta melalui sumber yang halal.
v. Menjauhkan diri daripada kegiatan rasuah, pecah amanah dan penipuan.
vi. Berfikir sebelum bertindak serta meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara yang
betul bukan melalui surat layang.

(i)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan

Amanah Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk i. Nilai & Etika Dalam
melaksanakannya. Seorang yang amanah akan sentiasa menjaga dirinya daripada Perkhidmatan Awam
sebarang perlakuan yang tidak bermoral seperti menipu, menyeleweng, menyalahgunakan
kuasa, cuai dalam melaksanakan tugas serta tidak menepati janji.
ii. Dasar Penerapan Nilai
Contoh: Islam Dalam Pentadbiran

i. Juruaudit hendaklah bersikap amanah dalam melapor dan merekodkan sesuatu. (al-
Baqarah:282).
ii. Juruaudit hendaklah menuntut apa-apa tuntutan yang dibenarkan mengikut peraturan
seperti tuntutan perjalanan, pindahan dan kerja lebih masa serta menggunakan mesin
punch kad mengikut peraturan yang ditetapkan.
iii. Menggunakan peralatan atau kemudahan pejabat untuk tujuan rasmi. Contohnya
kemudahan telefon dan internet yang telah disediakan oleh Jabatan.
iv. Bertanggungjawab atas apa jua keputusan dan tindakan yang telah dibuat serta tidak
menyalahkan orang lain.
v. Memastikan segala tugas yang diberi disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.
vi. Tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diberi untuk kepentingan diri.

Berketrampilan Seorang yang berketrampilan adalah seorang yang berkebolehan serta mempunyai
kecekapan dan kemampuan dalam menjalankan tugas.

Contoh:

i. Juruaudit perlu berkebolehan dalam menggunakan teknologi terkini.

Beradap sopan Seorang yang beradap sopan merupakan seorang yang sentiasa menjaga tutur katanya i. Nilai & Etika Dalam
terhadap orang lain. Sentiasa memberikan layanan yang baik terhadap orang lain. Beliau Perkhidmatan Awam
juga akan memastikan percakapannya adalah sopan, lemah lembut tetapi tegas.
ii. Tonggak 12
Contoh:
i. Juruaudit hendaklah sentiasa menjaga percakapannya terutamanya terhadap ketua
dan rakan sekerja dengan memastikan percakapannya tidak mengguris hati dan
perasaan orang lain.
ii. Bersopan santun ketika berkomunikasi menggunakan telefon terutamanya terhadap
auditi dan pihak luar.
iii. Tidak meninggikan suara ketika sedang marah.

(ii)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
6 Keadilan Adil bermaksud memberikan kepada yang berhak itu akan haknya mengikut kadar masing- Nilai & Etika Dalam
masing atau meletakkan sesuatu ditempatnya. Seorang yang bertindak adil akan Perkhidmatan Awam
mempertimbangkan sesuatu perkara dengan merujuk kepada peraturan dan undang-
undang, bukti dan fakta yang telah diperolehi sebelum sesuatu tindakan atau keputusan
diambil. Prinsip keadilan juga melibatkan keadilan terhadap diri sendiri, orang bawahan,
orang atasan dan teman sejawat. Dalam konteks pengauditan pula, adil juga akan
melibatkan pihak auditi.

Contoh:

i. Juruaudit hendaklah mengutamakan kepentingan Jabatan dan tidak melebihi diri


sendiri.
ii. Membuat pertimbangan dengan sewajarnya serta mengeluarkan laporan yang
seimbang.
iii. Juruaudit perlu memberikan ruang kepada semua peringkat dalam memberikan
pendapat dan ide.
iv. Tidak mengamalkan sikap pilih kasih terutamanya di kalangan kakitangan.

Kebenaran Nilai kebenaran dapat dilihat dalam diri seseorang apabila setiap amalan, tindakan dan
perilaku adalah berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan.

Contoh:

i. Juruaudit hendaklah jujur ketika melaksanakan tanggungjawabnya.


ii. Sentiasa bercakap benar dan mengakui segala kesalahan dan kesilapan.
iii. Bersedia menerima teguran dan nasihat

Objektiviti a) Objektiviti telah dinyatakan dalam MIA By-Law A-2 sebagai berikut: i. MIA By-Law A-2

The principle of objectivity imposes the obligation on all members to be fair, intellectually
honest and free of conflicts of interest. Members shall be fair in their approach to their
professional work and shall not allow any prejudice, bias or influences of others to override
their objectivity.

(iii)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
b) Institute of Internal Auditors pula mendefinisikan objektiviti sebagai: ii. Institute of Internal
Auditors
Individual Objectivity – Auditors should have an impartial, unbiased attitude and avoid
conflicts of interest.

Contoh:

i. Juruaudit hendaklah membuat keputusan/pendapat berasaskan kepada fakta,


berfikiran rasional dan tidak berat sebelah.

7 Bebas Manual Jabatan Audit Negara telah menyatakan mengenai kebebasan di mana Juruaudit Manual Jabatan Audit Negara
hendaklah pada setiap masa mengekalkan kebebasan dari segi pemikiran dan perlakuan
diri dan tidak membenarkan apa-apa perkara yang boleh menggugat kebebasan Ketua
Audit Negara dalam merancang, menyiasat dan melaporkan secara profesional dan
objektif.

Contoh:

i. Juruaudit hendaklah memastikan bahawa pendapat yang dikeluarkan dalam Laporan


Audit tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
ii. Juruaudit perlu mengambilkira kepentingan semua pihak sebelum sesuatu keputusan
dikeluarkan.

8 Pengaruh Parti Seseorang pegawai hendaklah setiap masa mengamalkan sikap berkecuali atau tidak Perintah Am Bab D
Politik memihak kepada mana-mana parti politik semasa menjalankan tugasnya dan tidak (Kelakuan dan Tatatertib)
melanggari larangan yang terkandung di bawah Peraturan 21 Perintah Am Bab D 1993 – Peraturan 21
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Contoh:

i. Juruaudit hendaklah mengeluarkan pendapat atau keputusan yang tidak berat sebelah
dan menyokong mana-mana parti politik semasa menjalankan tugas.

(iv)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
9 Bukti yang sahih Juruaudit hendaklah memastikan bahawa bukti yang diperolehi adalah sah dan boleh Manual Jabatan Audit Negara
dipercayai dengan menimbangkan perkara berikut: & Garis Panduan
i. Penyatuan pelbagai bukti audit adalah satu teknik yang berkesan untuk meningkatkan Pengauditan Prestasi
kesahihannya. Ini melibatkan Juruaudit mencari pelbagai jenis bukti audit dari berbagai
punca.
ii. Bukti yang diperolehi daripada punca luaran lazimnya adalah lebih dipercayai
berbanding maklumat yang diperolehi dari dalaman.
iii. Bukti dokumentasi pada kebiasaannya dianggap lebih dipercayai berbanding bukti
lisan.
iv. Bukti yang diperolehi secara langsung melalui pemerhatian atau analisis adalah lebih
meyakinkan.
v. Kebolehpercayaan maklumat yang dikemukakan oleh auditi bergantung kepada
keberkesanan sistem kawalan dalamannya.
vi. Bukti lisan yang disokong oleh bukti bertulis adalah lebih meyakinkan berbanding bukti
lisan semata-mata.
vii. Dokumen asal adalah lebih meyakinkan berbanding salinan potostat.

10 Pendapat Juruaudit a) Manual Jabatan Audit Negara telah menerangkan mengenai Pendapat Juruaudit yang i. Manual Jabatan Audit
diberikan boleh dalam bentuk seperti berikut: Negara

i. Bersih – Di mana Juruaudit berpuashati sepenuhnya dengan kebenaran dan


kesaksamaan penyata kewangan;
ii. Berteguran – Di mana Juruaudit tidak berpuas hati dengan aspek-aspek tertentu
penyata kewangan yang berhubung kesaksamaan pelaporan, prinsip perakaunan
yang digunakan atau ketekalan serta pembatasan yang disebabkan oleh sekatan
skop;
iii. Bertentangan – Di mana Juruaudit berpendapat bahawa penyata kewangan dan nota-
nota yang disertakan secara keseluruhan tidak memberi gambaran yang saksama
sama ada berkenaan kedudukan kewangan atau hasil operasi atau perubahan di
dalam kedudukan kewangan sesebuah entiti;
iv. Penafian – Di mana Juruaudit tidak dapat melahirkan pendapat atas beberapa sebab
tertentu termasuk kekangan ke atas skop.

Pendapat Juruaudit yang dikeluarkan juga mestilah bebas daripada sebarang


pengaruh yang boleh menjejaskan kewibawaan seorang Juruaudit.

(v)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
b) Garis Panduan Pengauditan Prestasi pula telah menyatakan bahawa pendapat ii. Garis Panduan
Juruaudit perlu berdasarkan kepada prinsip berikut: Pengauditan Prestasi

i. Pendapat didahului dengan tajuk yang sesuai.


ii. Pendapat ditandatangani dengan sewajarya.
iii. Pendapat hendaklah merujuk kepada objektif dan skop pengauditan.
iv. Pendapat hendaklah dinyatakan dan diterbitkan bersama-sama penyata kewangan
yang berkaitan, tetapi laporan pengauditan prestasi boleh dilaporkan secara
berasingan.
v. Pendapat hendaklah mengenal pasti pihak yang ditujukan.
vi. Pendapat hendaklah mengenal pasti bidang pengauditan prestasi yang berkaitan.
vii. Pendapat hendaklah mengenal pasti perundangan dan kuasa lain yang membenarkan
pengauditan dijalankan.
viii. Pendapat hendaklah menunjukkan standard pengauditan yang diikuti dalam
menjalankan pengauditan.
ix. Pendapat hendaklah diperolehi tepat pada masanya supaya ia berguna kepada
pembaca dan pengguna.

11 Berkelakuan Juruaudit hendaklah menunjukkan perilaku yang baik.


secara Profesional
Contoh:

i. Sentiasa mengamalkan disiplin diri yang tinggi.


ii. Mengamalkan sifat adil, bertanggungjawab, berdedikasi, integriti, neutraliti,
akauntabiliti dan berkecuali.
iii. Membuat keputusan atau tindakan dengan berfikir dan bukan mengikut emosi.

Standard Dalam melaksanakan tugas pengauditan, setiap Juruaudit perlu mempunyai kemahiran
Profesional yang dan kecekapan di samping berilmu. Juruaudit juga mesti mempunyai wawasan diri yang
tinggi tinggi, pintar serta kreatif.

(vi)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan

12 Pengetahuan Pengetahuan merupakan ilmu yang diperolehi daripada pembelajaran, pengalaman serta
ilmu pengetahuan lain yang diperolehi daripada internet dan media massa terutamanya
yang berkaitan dengan pengauditan, perakaunan serta IT.
Contoh:
i. Juruaudit perlu menerapkan budaya suka membaca dalam diri masing-masing bagi
memastikan mereka sentiasa peka dalam persekitaran yang berubah.
ii. Melayari laman web institusi antarabangsa bagi mendapatkan maklumat serta isu
terkini terutamanya dalam bidang pengauditan.
Y. Bhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menekankan mengenai kemahiran profesional
Kemahiran yang perlu dimiliki oleh seorang Juruaudit semasa Persidangan Pegawai Kanan Bil. Laporan Persidangan
Profesional 1/2002. Pegawai Kanan Bil. 1/2002

Contoh:
i. Keupayaan untuk berfikir secara global dan menyeluruh di samping memahami
keadaan auditi secara lebih mendalam serta mengambil tahu pergolakan dalaman
dan luaran yang bakal memberi kesan kepada auditi.
ii. Memahami, menganalisa dan peka terhadap dasar dan program semasa kerajaan.
iii. Menggunakan peralatan yang moden serta menerima penggunaan ICT.

13 Meningkatkan Y. Bhg. Datuk Ketua Audit Negara juga telah menekankan mengenai cara untuk Laporan Persidangan
Profesionalisme meningkatkan profesionalime seorang Juruaudit semasa Persidangan Pegawai Kanan Bil. Pegawai Kanan Bil. 1/2002
1/2002 seperti berikut:
i. Memahami, menganalisa dan peka terhadap dasar dan program semasa kerajaan.
ii. Menggunakan peralatan yang moden serta menerima penggunaan ICT.
iii. Menghadiri kursus dan latihan bersesuaian dengan tugas.
iv. Meningkatkan kemahiran dan ketelitian melalui penggunaan ICT serta menganggotai
badan profesional.
v. Meningkatkan pengetahuan melalui pekeliling dan standard pengauditan.
Kreatif dan Inovatif Kreatif dimaksudkan sebagai kemampuan atau kebolehan mencipta. Inovatif pula i. Nilai & Etika Dalam
bermaksud sesuatu yang baru yang diperkenalkan atau dimaklumkan (seperti kaedah, Perkhidmatan Awam
sistem, adat dan lain-lain).
Contoh:
ii. Tonggak 12
i. Juruaudit perlu sentiasa mencari ide dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah.
Ii Berani mencuba dengan teknik dan kaedah baru bagi memudahkan sesuatu kerja.

(vii)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
14 Urus Tadbir yang Urus tadbir yang baik dapat dinilai dalam sesebuah oraganisasi apabila satu sistem Garis Panduan Pengauditan
Baik (Good kawalan dalaman yang telus dan berkesan dapat dihasilkan. Sistem kawalan dalaman Prestasi
Governance) yang berkesan ini akan membolehkan sesuatu tugas dapat dilaksanakan mengikut
perancangan. Juruaudit perlu memastikan bahawa urus tadbir yang baik diwujudkan
dengan:

i. membuat perancangan yang teliti mengenai sesuatu tugas


ii. menyemak semula tugas yang telah dirancang
iii. menyemak secara berterusan segala tugas yang telah dilakukan
iv. mengkaji semula semua tugasan yang telah diselesaikan sebelum laporan
ditandatangani atau dikeluarkan
v. memberi panduan, latihan dan penyeliaan kepada semua ahli pasukan audit.

Selain itu, Juruaudit juga perlu memahami persekitaran auditi secara keseluruhan dan
memastikan aspek kawalan dalaman telah berfungsi dengan sebaiknya.

15 Mendedahkan Seksyen 8 Akta Audit 1957 telah memperuntukkan bahawa Ketua Audit atau mana-mana i. Seksyen 8 Akta Audit
Maklumat orang lain tidak boleh membocorkan maklumat yang dianggap sulit kepada pihak lain. 1957

Seseorang pegawai tidak boleh pada bila-bila masa membuat kenyataan awam secara ii. Perintah Am Bab D
bertulis atau lisan, menerbit atau mengedarkan maklumat tertentu kepada media massa Peraturan-Peraturan
mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Kerajaan melainkan setelah mendapat Pegawai Awam
kebenaran Ketua Jabatan. Ini telah dinyatakan di bawah Peraturan 19 Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 1993 - Peraturan 19

Contoh:

i. Juruaudit tidak boleh membocorkan maklumat yang dianggap sulit kepada mana-
mana pihak selagi ia belum dibentangkan di Parlimen.

(viii)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
16 Keselamatan Rahsia rasmi merupakan apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain yang i. Akta Rahsia Rasmi 1972
Maklumat dikelaskan sebagai ‘Rahsia Besar’, ‘Rahsia’, ‘Sulit’ atau ‘Terhad’, mengikut mana yang Seksyen
Rahsia berkenaan oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau
mana-mana pegawai awam yang telah dilantik.

Juruaudit perlu memastikan bahawa keselamatan maklumat yang diperolehi adalah


ii. Arahan Keselamatan
terjamin dan mengikut tatacara yang telah ditetapkan di bawah Arahan Keselamatan
seperti berikut:

Dokumen Terperingkat:

Rahsia besar – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan
tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia. Kulit
fail berwarna kuning dengan berpalang merah di sebelah luar kulit depan dan belakang.

Rahsia – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa
kebenaran akan membahayakan keselamatan Negara, menyebabkan kerosakan besar
kepada kepentingan dan martabat atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah
kuasa asing. Kulit fail berwarna merah jambu dengan berpalang merah di sebelah luar kulit
hadapan dan belakang.

Sulit – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, yang jika didedahkan tanpa
kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan tetapi memudaratkan
kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan
atau akan menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau
akan menguntungkan sesebuah kuasa asing. Kulit fail berwarna hijau.

Terhad – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain daripada yang
diperingkatkan di atas. Kulit fail berwarna putih.

Dokumen terperingkat tidak sekali-kali boleh dibawa keluar dari pejabat melainkan jika
dikehendaki untuk rujukan rasmi di mana-mana tempat.Dokumen terperingkat Rahsia
Besar atau Rahsia tidak sekali-kali boleh dibawa balik ke rumah melainkan ada sebab
tertentu dan mendapat kebenaran bertulis Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha
Kerajaan Negeri. Kebenaran bertulis Ketua Jabatan hendaklah didapati terlebih dahulu
untuk membawa balik dokumen terperingkat Sulit atau Terhad ke rumah.

(ix)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
17 Pengetahuan Pengetahuan merupakan ilmu yang diperolehi daripada pembelajaran, pengalaman serta
ilmu pengetahuan lain yang diperolehi daripada internet dan media massa terutamanya
yang berkaitan dengan pengauditan, perakaunan serta IT.

Contoh:

i. Juruaudit perlu menerapkan budaya suka membaca dalam diri masing-masing bagi
memastikan mereka sentiasa peka dalam persekitaran yang berubah-ubah.
ii. Melayari laman web institusi antarabangsa bagi mendapatkan maklumat serta isu
terkini terutamanya dalam bidang pengauditan.

18 Ketelitian Sikap ketelitian profesional yang sewajarnya bermakna Juruaudit berdasarkan kepakaran, Manual Jabatan Audit Negara
Profesional yang kemahiran dan pengalamannya hendaklah menggunakan pertimbangan yang sewajarnya
Sewajarnya untuk memilih ujian dan prosedur audit yang sesuai untuk mengumpul dan menilai bukti
serta menyediakan laporan. Perkara ini telah dinyatakan di dalam Manual Jabatan Audit
Negara.

Selain itu, ketelitian profesional yang sewajarnya juga merangkumi kerja susulan ke atas
penemuan audit sebelumnya untuk menentukan sama ada langkah-langkah pembetulan
telah diambil tindakan yang sewajarnya. Juruaudit perlu menimbangkan untuk melaporkan
isu yang dibangkitkan daripada pengauditan yang lepas yang mana tidak ada tindakan
pembetulan diambil.

19 Proses Kawalan Manual Jabatan Audit Negara dan Garis Panduan Pengauditan Prestasi telah Manual Jabatan Audit Negara
Kualiti menggariskan mengenai perkara ini. Jabatan perlu mempunyai polisi dan prosedur & Garis Panduan
kawalan kualiti yang bersesuaian. Pihak Jabatan perlu menerangkan mengenai polisi dan Pengauditan Prestasi
prosedur kawalan kualitinya kepada kakitangan melalui pendekatan yang sesuai agar
boleh difahami oleh semua pihak.

Juruaudit perlu berhati-hati dalam memberi arahan, menyelia dan menyemak kerja yang
diagihkan kepada pembantunya. Juruaudit juga perlu mendapatkan kepastian yang
munasabah bahawa kerja yang dilakukan oleh juruaudit atau pakar lain adalah memadai
bagi memenuhi keperluannya. Pembelajaran dan latihan yang berterusan juga membantu
untuk mencapai kehendak jaminan kualiti.

(x)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
Laporan Audit yang Juruaudit perlu peka terhadap proses penghasilan Laporan Audit yang berkualiti. i. Manual Jabatan Audit
Berkualiti Negara
a) Laporan yang disediakan hendaklah memenuhi standard pelaporan yang telah
ditetapkan iaitu:

i. Padat
ii. Jelas
iii. Konsisten
iv. Lengkap
v. Tepat
vi. Tepat pada masa
vii. Objektiviti

b) Standard INTOSAI selanjutnya menyatakan format dan kandungan bagi semua laporan ii. Garis Panduan
audit adalah berdasarkan kepada prinsip berikut: Pengauditan Prestasi

i. Tajuk
ii. Tandatangan dan tarikh
iii. Objektif dan skop
iv. Kesempurnaan
v. Pengguna/Penerima
vi. Perkara yang perlu yang dikenal pasti
vii. Peruntukan Undang-undang
viii. Pematuhan kepada standard
ix. Ketepatan masa

20 Laporan yang Juruaudit hendaklah memastikan bahawa setiap laporan perlu: Manual Jabatan Audit Negara
objektif
i. Mengandungi satu penjelasan yang tepat mengenai skop pemeriksaan
ii. Padat, jelas, konsisten, lengkap, tepat dan tepat pada masa
iii. Hanya membincangkan isu yang material dan signifikan
iv. Membentangkan penemuan dan kesimpulan secara objektif dan membina dengan
disokong oleh bukti yang mencukupi dan didokumenkan dengan sempurna dalam
kertas kerja.

(xi)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
Laporan Seimbang Idea ini telah dicetuskan oleh Y. Bhg. Datuk Ketua Audit Negara semasa Persidangan Laporan Persidangan
Pegawai Kanan Tahun 2000 di Langkawi. Pegawai Kanan Tahun 2000
di Langkawi
Laporan seimbang ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:
i. Melaporkan perkara yang baik mengenai auditi secara keseluruhan serta perkara yang
perlu diambil perhatian (tidak baik) oleh pihak auditi.
ii. Melaporkan perkara yang perlu diambil perhatian (tidak baik) oleh auditi dan
menyatakan sebab serta tindakan yang perlu dilakukan oleh auditi.

21 Disiplin Diri yang Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan dan undang-undang. Pekerja yang i. Nilai & Etika Dalam
Tinggi berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan, arahan dan undang-undang. Mereka Perkhidmatan Awam
juga sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa menjaga imej dan ii. Dasar Penerapan Nilai
maruah diri dan Jabatannya. Islam Dalam Pentadbiran
Contoh:

i. Juruaudit mesti datang ke pejabat mengikut waktu yang telah ditetapkan.


ii. Memenuhi temujanji yang telah ditetapkan dengan pihak auditi dan lain-lain agensi.
iii. Berpakaian kemas dan tidak menjolok mata.
iv. Mematuhi segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.
v. Menghindari diri daripada aktiviti yang kurang sihat.

22 Bersyukur Bersyukur merupakan satu nilai yang amat dituntut oleh agama. i. Nilai & Etika Dalam
Perkhidmatan Awam
Contoh:
ii. Dasar Penerapan Nilai
i. Mengguna dan menjaga segala kemudahan yang diberi dengan baik. Islam dalam
ii. Tidak sombong dan bangga diri dengan pangkat dan kebolehan yang ada. Perkhidmatan Awam
iii. Bersedia memberi bimbingan dan tunjuk ajar.

Bertanggungjawab Seorang yang bertanggungjawab akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan i. Nilai & Etika Dalam
cekap dan sempurna. Perkhidmatan Awam
ii. Dasar Penerapan Nilai
Contoh: Islam dalam
Perkhidmatan Awam
i. Melaksana dan menyelesaikan tugas dalam tempoh yang telah ditetapkan.
ii. Bertanggungjawab atas keputusan dan tindakan yang dibuat.
iii. Sentiasa mematuhi arahan dan perintah.

(xii)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
Bersabar Seorang yang bersabar akan sentiasa memastikan bahawa semua tindakan yang diambil i. Nilai & Etika Dalam
tidak dibuat dengan terburu-buru dan gopoh-gapah. Individu tersebut juga merupakan Perkhidmatan Awam
seorang yang tabah dan cekal terutamanya ketika berdepan dengan masalah. ii. Tonggak Dua Belas
Contoh:
i. Tidak mudah mengalah dan tenang apabila menghadapi tekanan.
ii. Tidak cepat marah dan panas baran.
iii. Tidak mudah kecewa apabila dimarahi.

Bersederhana Sifat bersederhana amat dituntut terutamanya bagi mengelakkan pembaziran serta i. Nilai & Etika Dalam
mengelakkan diri daripada bersikap riak terhadap orang lain. Perkhidmatan Awam
Contoh: ii. Tonggak 12

i. Membuat perancangan yang teliti terutama ketika berbelanja.


ii. Berbudi pekerti terutamanya ketika berkomunikasi.
iii. Bersederhana dari segi berpakaian.

23 Semangat kerja Semangat kerja berpasukan amat disarankan bagi memastikan sesuatu tugas dapat i. Nilai & Etika Dalam
berpasukan dilaksanakan dengan mudah dan pantas. Saling tolong-menolong antara satu sama lain Perkhidmatan Awam
dapat mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Selain itu, idea yang bernas dapat ii. Dasar Penerapan Nilai
dicetuskan apabila sesuatu perkara itu dibincangkan bersama-sama. Islam dalam Pentadbiran
Contoh:
i. Kerap berbincang mengenai tugas yang dilaksanakan.
ii. Mendengar dan menerima pendapat orang lain.

24 Berhemah dalam Seseorang yang berhemah akan sentiasa memberikan layanan yang baik dan menuturkan i. Nilai & Etika Dalam
berkomunikasi kata yang sopan di hadapan ketua, rakan sekerja dan pihak auditi. Perkhidmtan Awam
Contoh: ii. Tonggak 12

i. Menggunakan tutur kata yang sopan ketika bercakap.


ii. Menegur dengan cara yang baik.

25 Mengkompromi Mengkompromi kepentingan boleh didefinisikan sebagai bertolak ansur dalam memberi
Kepentingan nasihat tanpa menjejaskan kebebasan seorang Juruaudit.

(xiii)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan

26 Hadiah atau Peraturan 8 Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Perintah Am Bab D
Ganjaran Tatatertib) 1993 menetapkan bahawa seseorang pegawai tidak boleh menerima atau Peraturan-peraturan Pegawai
memberi atau membenarkan ahli keluarga serta mana-mana orang menerima secara Awam (Kelakuan dan
langsung atau tidak langsung apa-apa bentuk hadiah atau pemberian daripada atau Tatatertib) 1993 – Peraturan
kepada mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan jika penerimaan atau 8
pemberian itu mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.

27 Kedudukan rasmi Juruaudit adalah dilarang daripada menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan Perintah Am Bab D
peribadi. Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan
Contoh: Tatatertib) 1993 – Peraturan
4
i. Menggunakan kedudukan untuk membeli sesuatu seperti membeli tanah.
ii. Meminta sumbangan peribadi daripada orang lain.

29 Aktiviti Luar Anggota Jabatan Audit Negara tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang pekerjaan luar Arahan Ketua Audit Negara
yang boleh mencemarkan imej Jabatan Audit Negara. Perkara ini telah dinyatakan di Bil. 1/2002 – Penglibatan
bawah Arahan Ketua Audit Negara Bil. 1/2002 – Penglibatan Dalam Pekerjaan Luar. Dalam Pekerjaan Luar.

Anggota Jabatan Audit Negara juga tidak boleh memberi kurusus, ceramah atau seminar Arahan Ketua Audit Negara
anjuran sektor swasta kecuali yang mendapat kebenaran bertulis daripada Y. Bhg. Ketua Bil. 5/2002 – Memberi
Audit Negara. Perkara ini telah dinyatakan di bawah Arahan Ketua Audit Negara Bil. Kursus/Ceramah/ Seminar
5/2002 – Memberi Kursus/Ceramah/ Seminar Anjuran Sektor Swasta. Anjuran Sektor Swasta.

Contoh:

i. Juruaudit tidak boleh menyediakan akauan pihak auditi seperti Majlis Daerah dan
sekolah.

(xiv)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan

30 Aktiviti Sosial Seseorang pegawai tidak boleh pada bila-bila masa terlibat dalam apa jua yang menyalahi Perintah Am Bab D
undang-undang atau peraturan-peraturan Negara atau terlibat secara langsung atau tidak Peraturan-peraturan Pegawai
langsung dalam kegiatan kurang berakhlak atau jenayah. Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 – Peraturan
Contoh: 4

i. Terlibat dalam kegiatan perjudian.


ii. Terlibat dalam aktiviti lumba haram.
iii. Terlibat dalam pergaulan bebas yang boleh menimbulkan fitnah.
iv. Terlibat dalam pertubuhan haram dan ajaran sesat.

Ekonomi Seseorang pegawai tidak boleh: Perintah Am Bab D


Peraturan-peraturan Pegawai
i. Mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan atau Awam (Kelakuan dan
perjalanan apa-apa perusahaan komersil, pertanian atau perindustrian. Tatatertib) 1993 – Peraturan
ii. Mendapatkan upah kerja bagi mana-mana institusi, syarikat atau, firma atau individu 5
persendirian.
iii. Memberi apa-apa laporan atau keterangan pakar, sama ada dengan percuma atau
mendapat upah. Arahan Ketua Audit Negara
Bil. 1/2002 – Penglibatan
Dalam Pekerjaan Luar.

Parti Politik Seseorang pegawai hendaklah setiap masa mengamalkan sikap berkecuali atau tidak Perintah Am Bab D
memihak kepada mana-mana parti politik dan tidak melanggari larangan yang terkandung Peraturan-peraturan Pegawai
di dalam Perintah Am Bab D. Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 – Peraturan
Contoh: 21

i. Terlibat dalam gerakan reformasi.


ii. Mengedarkan risalah atau bahan berkaitan parti politik.

(xv)

You might also like