You are on page 1of 1

FAKTA TOKOH

Pengasas Risalah An-Nur Memperjuangkan Islam di Turki Risalah An-Nur ditulis ketika beliau dibuang daerah dan semasa beliau ditahan di dalam penjara.

INSPIRATOR
G R U P P E N G K A J I T A M A D U N D U N I A | B I L A N G A N 0 9 M E N J E J A K . M E N E L A D A N I . M E M I M P I N | 1 5 O K T 2 0 1 3

BADIUZZAMAN KEKAGUMAN ZAMAN


Oleh Ummahatul Hamimah Bt Yatim

inspirator.blogspot.com

Biografi

KATA-KATA Saya akan buktikan kepada dunia bahawa Al-Quran ialah matahari rohani yang tidak akan luntur dan tidak akan padam. ~~ Menghidupkan kembali agama berarti menghidupkan suatu bangsa, hidupnya agama berarti cahaya kehidupan - Badiuzzaman Said Nursi

Perkongsian kali ini mengenai seorang lagi tokoh yang memberikan sumbangan yang besar dalam kelangsungan Islam khususnya di Turki. Tokoh ini dikenali dengan karyanya Risalah An-Nur iaitu sebuah risalah yang berperanan memberikan pencerahan kepada rakyat Turki ketika mana jatuhnya sistem pemerintahan khalifah dan bermulanya sistem pemerintahan sekular oleh pihak pemerintah yang diterajui oleh Mustafa kamal Ataturk. Tokoh yang dimaksudkan di sini ialah Badiuzzaman Said Nursi. Beliau dilahirkan di sebuah kampung bernama Nurs, di timur Anatolia. Nama Nursi ialah sempena nama kampung ini. Beliau menerima pendidikan asas daripada para ulama terkenal di daerahnya. Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kecerdikan dan kemampuan yang luar biasa untuk belajar. Beliau dapat menguasai dan menghafal ilmu dalam masa yang singkat. Hal ini membuatkannya terkenal di kalangan guruguru, kawan-kawan dan orang ramai. Dalam masa yang singkat, beliau mampu mendalami ilmu Tafsir, Hadith, Fiqh, Mantiq, Logik dan Nahu. Beliau juga berjaya menghafal lebih kurang 80 buah Matan. Semasa masih

berusia 16 tahun, beliau telah mengalahkan beberapa ulama terkemuka yang telah menjemputnya ke beberapa majlis perbahasan. Ketika itu perbahasan ialah satu amalan biasa di kalangan ulama. Mereka kemudian menggelarnya Badiuzzaman atau Kekaguman Zaman.

Ilustrasi wajah Ibn Battutah dalam pengembaraan ke seluruh dunia

cullah Risalah Al-Nur karangan beliau sebagai usaha menghidupkan semula cahaya Islam di Turki. Dalam usaha beliau menyebarkan Risalah Al-Nur pelbagai rintangan terpaksa beliau tempuhi. Beliau berkalikali ditangkap dan dipenjarakan kerana kebimbangan pihak pemerintah lantaran pengikutnya yang semakin ramai menerima risalah AlNur tersebut. Beliau juga beberapa kali cuba dibunuh dengan diberikan racun dalam makanannya. Walaupun pelbagai rintangan terpaksa beliau tempuhi beliau tidak berputus asa meneruskan penulisan dan penyebaran risalah tersebut kerana baginya kebenaran iman ialah kebenaran sejagat yang paling penting.

Sumbangan Perjuangan
Ketika mana Islam semakin pudar cahanyanya di bumi Turki kerana undang-undang yang dilaksanakan pemerintah pada masa itu yang menjadikan unsur-unsur Islam cuba dipadamkan dengan mengarahkan azan ditukar ke bahasa Turki, al-Quran bahasa Arab diganti dengan al-Quran terjemahan dan dilarang memakai tudung dan serban serta banyak lagi proses pensekuleran dilaksanakan oleh pihak pemerintah pada masa itu maka munPada hari ini karangan beliau yang termasyhur Risalah anNur telah diterjemah kedalam 40 bahasa dan disebarkan keseluruh dunia. Ia merupakan satu tafsiran alQuran yang disusun melebihi 130 tajuk. Secara umumnya risalah ini berkisar kepada persoalan-persoalan berkaitan dengan akidah dan keimanan. Satu-satunya sumber rujukan untuk risalah ini ialah kitab suci al-Quran.

gptdunisel.blogspot.com

Gptd Unisel

+6013.391.7122

#gptdunisel

You might also like