Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
PENGURUSAN BILIK DARJAHPENGENALANMASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAHJabatan Ilmu PendidikanIPGM, Kampus Tuanku BainunPengenalan1
 
Salah satu cabaran guru yang amat besar sekali ialah pengurusan disiplin danbilik darjah. Guru sentiasanya dihantui oleh soalan-soalan berkonflik seperti “Adakahsaya ataupun murid-murid saya memerlukan peraturan untuk mengawal disiplin?” atau“Adakah saya perlu menyediakan senarai konsekuen terhadap salah laku yang berlakudalam bilik darjah ini?”Sesetengah pentadbir dan guru berpendapat bahawa pengurusan bilik darjahdan disiplin adalah sinonim. Golongan ini sentiasa mentakrifkan pengurusan bilik darjahsebagai kebolehan guru untuk (i) mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik semasapengajaran dan pembelajaran, dan (ii) mengurangkan tingkah lakudisruptif/mengganggu. Manakala, mereka yang cenderung kepada pendekatanpemusatan murid pula dilihat pengurusan bilik darjah sebagai satu persediaan murid-murid untuk kehidupan apabila mereka dewasa nanti.Kian lama disiplin dan pengurusan bilik darjah menjadi tajuk perbincangan hangatdalam kalangan para pendidik dan orang ramai. Yang biasa menjadi isu ialah betapaserius masalah-masalah disiplin di sekolah hari ini. Apakah sekolah-sekolah masa kini jauh berbeza berbanding dengan sekolah-sekolah 10 atau 20 tahun yang lalu? Apakahkesan tingkah laku bermasalah ke atas pembelajaran murid-murid dan pengajaran gurudalam bilik darjah?Bab ini akan menghuraikan beberapa aspek berkaitan dengan masalah disiplindan tingkah laku bermasalah bilik darjah termasuk konsep, jenis-jenis masalah disiplin,tingkah laku bermasalah bilik darjah dan punca-punca masalah disiplin dan tingkah lakubermasalah bilik darjah.2
 
PENGURUSAN BILIK DARJAHMASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAHJabatan Ilmu PendidikanIPGM, Kampus Tuanku Bainun3
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more