You are on page 1of 2

REFLEKSI HAFEEZ SHAFEEK BIN AHSOH

Dengan nama Allah SWT yang maha besar dan maha pengasih, saya bersyukur kepadaNya kerana dengan limpah kurniaNya saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan sebaik-baiknya dan pada masa yang ditetapkan dan saya berharap agar mendapat keputusan yang baik. Pertama sekali saya berterima kasih kepada pensyarah subjek Seni Dalam Pendidikan iaitu Encik Ahmad Shobri Mohd Noor kerana banyak memberikan tunjuk ajar dari awal sehingga tugasan ini berjaya disiapkan. Seterusnya kepada ahli keluarga saya yang memberi semangat untuk belajar walaupun mereka jauh daripada saya dan juga tidak ketinggalan kepada guru-guru pelatih yang lain yang turut sama membantu dalam menjayakan tugasan ini. Selain itu,terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sama-sama tidak masalah mengenai

mengenal erti putus asa turut berbincang dan menyelesaikan tugasan ini.

Semasa melaksanakan tugasan ini, terdapat beberapa masalah yang dihadapi antaranya memahami kehendak soalan. Beberapa soalan yang diminta adalah sedikit mengelirukan saya dan rakan-rakan. Walau bagaimanapun, dengan bantuan pensyarah pembimbing yang tidak jemu-jemu menerangkan kehendak soalan, akhirnya kami berjaya melaksanakan tugasan ini. Selain itu, kekangan masa juga serba sedikit menjadi masalah semasa menyiapkan tugasan ini. Ini kerana aktiviti-aktiviti rasmi IPG yang sedikit padat pada semester ini membuatkan kami sedikit terganggu dalam menyiapkan tugasan ini terutamnya dar segi waktu latihan dan pembuatan bahan. Tetapi itu sebenarnya bukan

alasannya. Sebenarnya ia adalah salah kami sendiri yang tidak pandai menguruskan masa. Kami berharap kami dapat menguruskan masa dengan lebih baik di dalam melaksanakan tugasan pada masa akan datang.

Dalam menghasilkan tugasan ini, terdapat beberapa kekuatan yang boleh ditimbulkan. Antaranya ialah tugasan ini mampu memberi ilmu dan input mengenai integrasi mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang lain terutamanya dalam bidang Bahasa Melayu yang menjadi batu sandaran kami kelak apabila bergelar guru. Selain itu, tugasan kali ini juga memerlukan kami membuat persembahan dimana mampu meningkatkan lagi motivasi diri kami untuk berdiri di hadapan orang ramai.

Dari segi kelemahan pula, pengurusan masa yang tidak efisyen pula sedikit sebanyak menjejaskan kualiti tugasan ini. Ini disebabkan oleh diri kami sendiri dimana kami melengah-lengahkan masa untuk menghasilkan tugasan ini memandangkan tarikh penghantaran yang masih jauh lagi. Sikap ini memakan diri kami sendiri dimana kamisedikit kelam kabut untuk menyiapkan tugasan ini di saat-saat akhir. Walau bagaimanapun, kelemahan ini adalah dari diri kami sendiri, Kami berazam di masa hadapan untuk mengatur masa dengan lebih baik lagi dalam menghasilkan tugasan yang seterusnya. Berdasarkan tugasan ini, satu lagi ilmu yang diperlukan sebagai seorang guru telah saya pelajari. Pelbagai perkara yang saya pelajari di dalam menyiapkan tugasan ini boleh diaplikasi di dalam kehidupan seharian kita dan semasa bergelar seorang guru kelak. Sekali lagi, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu serta menyokong kami dan rakan-rakan semasa menyiapkan tugasan ini.

Yang benar, (HAFEEZ SHAFEEK BIN AHSOH)

You might also like