You are on page 1of 2

REFLEKSI Kami telah mendapat soalan tugasan bagi MTE 3110 daripda pensyarah kami.

Tugasan ini terbahagi kepada tiga tugasan kecil lagi. Tugasan yang pertama ialah ujian berstuktur di bawah topik sistem persamaan linear dan ketaksamaan serta elgebra matriks. Tugasan kedua pula terbahagi kepada tiga permasalahan, masalah A, masalah B dan masalah C. Tugasan kedua memerlukan kami untuk menyelesaikan soalan-soalan matematik algebra dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti kaedah penghapusan, kaedah penurunan Gauss-Jordan, kaedah Matriks dan petua Cramer. Tugasan ketiga pula kami perlu menyiapkan refleksi secara kritikal, analitikal dan rasioanal sepanjang tempoh kami menyiapkan tugasantugasan tersebut. Sepanjang menyiapakn tugasan 2, saya banyak membuat rujukan daripada perpustakaan, meminjam pelbagai buku yang berkaitan mengenai dengan algebra. Saya juga banyak bertanya keapda rakan-rakan yang lebih mahir, terutamanya dalam sistem penyelesaian linear. Kaedah-kaedah penghapusan yang pelbagai membuatkan saya sedikit keliru mengenai penghapusan berkenaan. Contohnya seperti kaedah pengahapusan dan kaedah Gauss-Jordan. Saya menghadapi masalah dalam melihat perbezaan kedua-dua matriks berkenaan.

Walaubagaimanapun setelah membuat banyak rujukan, saya mampu menjawab soalan masalah A dengan baik walaupun saya mengambil masa yang lama dalam menyelesaikan masalah berkenaan. Bagi masalah B, sya tidak menghadapi masalah yang sukar kerana pada bahagian ini saya mahir dalam pembinaan graf dan juga menyelesaikan masalah dalam bentuk situasi. Walaupun soalan agak mengelirukan tetapi saya dapat

menyelesaikan dalam tempoh yang singkat. Masalah C juga tidak bergitu membebankan kerana dalam banyak-banyak topik Algebra saya menggemari bahaagian aplikasi persamaan linear. Ini adalah kerana, apabila kita sudah boleh membaca pergerakan algebranya, maka penyelesaian masalah tidak akan menjadi begitu susah. Terutamanya dalam mencari arus dalam rangkaian litar elektrik. Selain daripada rangkaian elektirik, aplikasi ini juga boleh dijumpai dalam lalu lintas kenderaan terutamanya jalan yang mempunyai persimpanagan yang banyak, di mana kita boleh membuat anggaran dan kiraan yang baik untuk memastikan berapa

kenderaan yang melalui kawasan berkenaan. Saya berharap saya dapat menggunakan aplikasi ini di dalam kehidupan seharian. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu. Tidak dilupakan juga kepada pensyarah yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

You might also like