You are on page 1of 1

Sang Arnab dan Si Kura-kura Dalam sebuah hutan, tinggal seekor arnab yang sombong.

Sang Arnab selalu merasakan dirinya terlalu hebat. Suatu hari, Sang Arnab mengganggu Si kura-kura yang sedang makan lalu mencabar Si Kura-kura berlumba lari. Si Kura-kura bersetuju dengan cabaran itu. Si Kura-kura telah berbincang dengan sahabat-sahabatnya yang untuk mencari helah bagi mengalahkan Sang Arnab. Pada keesokan harinya, perlumbaan dimulakan. Banyak binatang lain datang untuk melihat perlumbaan itu. Sang Arnab berlari dengan pantas meninggalkan Si Kura-kura. Sang Arnab berhenti rehat kerana menyangka Si Kura-kura jauh ketinggalan di belakang. Si Kura-kura memulakan rancangan untuk mengalahkan sang Arnab. Akhirnya, Si Kura-kura dapat mengalahkan Sang Arnab yang sombong itu.

You might also like