You are on page 1of 19

Pertumbuhan Dan Perkembangan Fizikal Kanak-kanak Pertengahan dan Akhir

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak merupakan tempoh yang tenang dimana pertumbuhan dan perkembangan tidak terlalu pesat dan konsisten. i. KETINGGIAN :

secara purata tinggi kanak-kanak bagi peringkat pertengahan dan akhir ialah sebanyak 2-3 inci setahun sehingga berumur 11 tahun. Purata tinggi kanak-kanak perempuan ialah 4 kaki atau 10 inci manakala purata tinggi kanak-kanak lelaki 4 kaki atau 9 inci ii. BERAT BADAN : Berat badan kanak-kanak akan bertambah sebanyak 5 hingga 7 paun setahun. Ini disebabkan pertambahan saiz tulang dan sistem otot serta organ tubuh badan tertentu. Peningkatan berat dan kekuatan motor pada kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah dipengaruhi oleh faktor genetik dan senaman. Kanak-kanak lelaki pada peringkat ini lebih kuat berbanding kanak-kanak ak-kanak lelaki mempunyai lebih banyak sel otot. Perubahan fizikal yang sukar dilihat ialah tulang-tulang lembut kanak-kanak akan terus berkembang menjadi tulang yang matang. Walaubagaimanapun, pada peringkat ini tulang kanak-kanak adalah mudah patah

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR

Kanak-kanak peringkat ini mengalami perkembangan kemahiran motor yang cepat. Kemahiran motor kasar merupakan kawalan pada tingkah laku yang memerlukan banyak otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan persekitarannya. Perkembangan kemahiran motor banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata-tangan kanak-kanak. Faktor perkembangan motor kanak-kanak ialah latihan, peniruan, genetik, perkembangan otak dan budaya.

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS


Kemahiran motor halus merupakan kemahiran menggunakan otot-otot yang kecil seperti jari dan tangan. Kanak-kanak yang mulai masuk ke alam persekolahan menjadikan otot mata dan tangan mencapai koordinasi yang lebih baik . Selain itu, kemahiran motor halus kanak-kanak peringkat ini bertambah baik . Ini dapat dilihat melalui : i. Tulisan tangan mereka lebih kemas semasa tahun persekolahan ii. Kanak-kanak enam tahun boleh memukul, menampal, mengikat tali kasut, dan membutang baju iii. Kanak-kanak berumur 10 hingga 11 tahun mula menunjukkan kemahiran mengendalikan sesuatu yang serupa dengan cara orang dewasa

SENAMAN BAGI KANAK-KANAK PERTENGAHAN DAN AKHIR

Senaman memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Mengikut kajian yang dibuat, kanak-kanak akan aktif selama 30 minit setiap hari. Kanak-kanak lelaki adalah lebih aktif berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Beberapa cara untuk menggalakkan kanak-kanak membuat senaman adalah: i. Sekolah harus menawarkan lebih banyak aktiviti-aktiviti fizikal. ii. Sekolah harus memperbaiki aktiviti-aktiviti fizikal yang diperlukan kepada kanak- kanak.

SUKAN BAGI KANAK-KANAK PERTENGAHAN DAN AKHIR

Sukan membawa kesan positif dan negatif kepada kanak-kanak. Kesan positif menyertai sukan atau permainan adalah seperti berikut: i. Kanak-kanak diberi peluang untuk belajar bagaimana untuk bertanding. ii. Kanak-kanak juga berpeluang mempelajari estim kendiri ( self-esteem ) Kesan negatif kanak-kanak menyertai sukan atau permainan adalah seperti berikut : i. Kanak-kanak berasa tertekan untuk mencapai kejayaan dalam sukan atau permainan

Gizi untuk Tumbuh Kembang Anak Masa anak-anak merupakan masa yang paling penting karena anak anak mengalami masa pertumbuhan yang sangat pesat pada usia bayi hingga pra remaja. Setiap bagian tubuh memiliki perbedaan kecepatan dalam pertumbuhan. pertumbuhan alat-alat kelamin merupakan pertumbuhan yang paling lambat pada masa kanak-kanak, namun mengalami percepatan pada masa pubertas. Sebaliknya, pertumbuhan susunan syaraf pusat berlangsung paling cepat pada masa kanak-kanak, kemudian menjadi lambat pada masa akhir kanak-kanak, dan relatif berhenti pada masa pubertas. Berbeda dengan pertumbuhan yang melihat perubahan fisiologis sebagai hasil dari proses pematangan fungsi-fungsi fisik, perkembangan merupakan perubahan-perubahan psiko-fisik sebagai hasil dari proses pematangan fungsi-fungsi fisik dan psikis pada anak yang ditunjang oleh faktor lingkungan dan proses belajar. Secara sederhana perkembangan bisa diartikan sebagai proses pematangan fungsi-fungsi yang non-fisik. Perkembangan dapat diamati dari berbagai kecakapan dan keterampilan anak, sedangkan mengamati pertumbuhan anak adalah dengan mengukur berat badan, tinggi badan, lingkar kepala, lingkar dada, lingkar pinggul, lingkar lengan, dan lain-lain. Banyak faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak. Salah satu penyebab utamanya adalah masalah gizi. masalah gizi ini dapat disebabkan oleh sang ibu yang kekurangan gizi pada saat hamil maupun masalah gizi kurang pada anak itu sendiri. Masalah gizi kurang pada ibu hamil dapat menyebabkan anak rentan terhadap berbagai penyakit seperti virus dan lain-lain yang dapat berpengaruh terhadap pertumbuhan anak. Stimulasi lingkungan dan faktor keturunan akan mempengaruhi perkembangan anak. Oleh karena itu penting memperhatikan makanan anak setiap hari untuk mencegah terjadinya kasus gizi kurang, lebih, maupun masalah gizi salah. Dampak yang akan dihadapi anak jika makanan tidak mengandung zat gizi yang sesuai dengan kebutuhan anak secara nyata adalah pertumbuhan dan perkembangan anak yang terhambat. Hal ini lebih mudah diukur dan dapat menjadi indikator status gizi anak. Namun ada akibat jangka panjang yang umumnya tidak disadari oleh para orang tua yaitu ketidakmampuan otak berfungsi secara normal. Mungkin keadaan anak nampak baik-baik saja secara fisik, hanya berat badan saja yang kurang sehingga orang tua tidak begitu khawatir. Berhati-hatilah dan waspadalah karena jika orang tua menganggap remeh, maka keadaan yang lebih berat dan kronis akan terjadi, kekurangan yang dapat menyebabkan badan anak berukuran lebih kecil diikuti dengan ukuran otak yang juga kecil, serta jumlah sel darah otak berkurang dan terjadi ketidakmatangan dan ketidaksempurnaan organisasi biokimia dalam otak. Para ahli perkembangan menggunakan istilah the Golden Age untuk masa tiga tahun pert ama. Masa ini merupakan masa yang sangat penting bagi pertumbuhan dan perkembangan kecerdasan serta keterampilan motorik, mental, sosial dan emosional. Pada masa ini terjadi mielinisasi, pertumbuhan dendrit dan sinaps yang pesat, sehingga terbentuk jaringan otak yang kompleks. Jaringan otak pada anak yang tumbuh normal sampai umur 3 tahun akan mencapai 80 % berat otak orang dewasa. Apabila sebelum mencapai umur 3 tahun terjadi kekurangan zat gizi tertentu, maka akan menimbulkan kelainan-kelainan fisik (pertumbuhan terhambat) maupun mental (otak terganggu).

1.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Manusia adalah merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian. Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini adalah Nabi Adam dan Hawa. Secara realiti dan hakikinya, setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma. Menurut Shaffer (1999) seperti yang ditulis oleh Kamarulzaman Kamaruddin(2009) dalam buku bertajuk Psikologi Perkembangan : Panduan Untuk Guru, perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku secara kompleks. Menurut beliau, perubahan secara kuantitatif adalah perubahan yang dapat diukur secara konkrit seperti pertambahan saiz, tinggi dan berat. Perubahan ini adalah perubahan kuantiti kerana ia dapat ditentukan dengan ukuran pada satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Pandangan ini turut disokong oleh Atan Long (1980). Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan itu sama ada berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat. Selain itu, Paul Eggan dan Don Kauchak pula berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Secara ringkasnya, Mok Soon Sang(2008) menjelaskan bahawa perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal. 1.1 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Menurut Mok Soon Sang(2009), pertumbuhan dikatakan berlaku dalam dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Misalnya, perkembangan dari arah kepala ke kaki (cephalocaudal), iaitu mengikut struktur dan fungsi (kepala dahulu sebelum badan dan kaki) dan dari arah tengah ke tepi (proximodistal), iaitu dari tengah menghala ke tepi anggota badan (tangan bergerak dahulu sebelum jari tangan bergerak). Seterusnya, Mok Soon Sang menjelaskan bahawa perkembangan dan pertumbuhan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat pralahir (prenatal) iaitu ketika dalam kandungan selama 9 bulan, peringkat bayi iaitu ketika berumur 0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-kanak ketika berumur 2 hingga 3 tahun, peringkat pertengahan iaitu ketika kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun, peringkat akhir kanak-kanak iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun, peringkat awal remaja ketika berumur 11 hingga15 tahun, peringkat pertengahan remaja iaitu ketika berumur 16 hingga18 tahun, peringkat akhir remaja ketika berumur 18 hingga 21 tahun, peringkat dewasa ketika berumur 21 hingga 60 dan peringkat tua selepas berumur 60 tahun keatas. Perubahan dari segi bentuk fizikal dan tingkah laku saling berkait dengan proses perkembangan. Ini bermakna, perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008), terdapat lima prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama, proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Proses perkembangan bayi adalah sama dalam semua peringkat melainkan bayi yang lahir awal, mungkin akan lambat dalam beberapa aspek. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak terutamanya dalam perkembangan kognitif dan bahasa. Prinsip kedua, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus. Seterusnya, mereka menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dengan kata lain, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga mati. Dalam proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Pada setiap peringkat, kanak-kanak akan

mendapat kemahiran yang tertentu. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak. Prinsip yang keempat pula ialah corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sebagai contoh, sesetengah kanakkanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini akan menjejaskan perkembangan emosi dan sosial kanak- kanak tersebut. Perkara ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan antara manusia seperti yang kita dapat lihat di dalam sebuah bilik darjah. Prinsip perkembangan yang seterusnya adalah perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. Selain itu, mereka menyatakan bahawa proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangan potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang. 2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka(nature) dan faktor persekitaran(nurture) sebagai penyebab utama ketidaksamaan kadar perkembangan seseorang individu. Pengaruh genetik atau baka keatas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889) di Austri. Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) dalam buku Perkemb angan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, baka merujuk kepada ciri -ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak- anak mereka seperti yang dikatakan oleh R. Hilgard. Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan , minat dan kawalan emosi. Gen-gen yang terkandung di dalam kromosom ini menguasai perkembangan manusia dan akan memberikan sifat unik bagi setiap individu. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. Oleh sebab itu, menurut hasil kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan kadar perkembangan manusia. Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan nanti. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Latar belakang keluarga yang porak peranda akibat perceraian, kematian, perpisahan akan memberi kesan buruk kepada emosi kanak-kanak seterusnya kepada perkembangan personaliti mereka.

Faktor baka juga mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Sebagai contoh, individu yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk bersosial dengan orang lain kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukannya adalah terbatas. Saiz badan akan menentukan sama ada individu sesuai melakukan suatu aktiviti ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti akan meningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal ini menyebabkan individu tersebut akan diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya sekaligus akan membentuk sahsiah sihat. Contoh seterusnya ialah individu yang berasal daripada keturunan yang berpenyakit. Individu tersebut besar kemungkinan akan mewarisi penyakit, seperti lelah dan kencing manis melalui baka. Jadi, kanak-kanak tersebut sukar menyertai aktiviti sosial dan menyebabkan perkembangan sosialnya terganggu. Justeru, hubungan kanak-kanak tersebut dengan rakan-rakan menjadi berkurangan. Kemudian, dia akan merasa sedih dan sunyi. Impaknya, proses perkembangan sahsiahnya menjadi tidak sihat kerana perkembangan sosial dan emosi terjejas. Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah persekitaran. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu. Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan-rakan, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia. Semua perkara ini akan mempengaruhi perkembangan seseorang manusia. Mengikut penulis Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi, dalam buku Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, apabila kesihatan bayi selepas lahir dijaga, ini akan mempercepatkan pertumbuhan gigi susu pada gusi bawah ketika bayi berumur antara enam hingga lapan bulan. Seterusnya, khasiat yang diberikan seperti susu ibu amat baik dalam mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental bayi tersebut. Pada tahap ini, perkembangan motor yang merangkumi kemahiran- kemahiran kordinasi otot telah mula meningkat. Antara kemahiran motor yang disebut ialah memegang, menyedut, menghisap, duduk, merangkak, berjalan, berlari dan sebagainya. Selain itu, keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah turut menjadi faktor perkembangan kanak- kanak. Perbezaaan gaya hidup sesebuah institusi keluarga seperti suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga akan melahirkan individu yang mengikut perbezaan kadar perkembangannya. Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepadaanak-anak. Ibu bapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak- anak dipenuhi dengan baik. Gaya hidup yang sihat yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga kesihatan, bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna. Selain itu, faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Perkembangan ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak- kanak. Pemakanan yang diambil kanak- kanak haruslah berzat, bersih dan seimbang. Makanan yang boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak membantutkan perkembangan mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan ketika makan dan minum. Penyusuan susu ibu adalah lebih baik kerana susu ibu bebas dari jangkitan. Ketika sudah mencecah umur 4 tahun, kanak-kanak haruslah disajikan dengan makanan yang mempunyai banyak kandungan tenaga kerana pada masa ini kanak-kanak adalah sangat aktif. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu. Sebagai contoh hubungan interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang tidak kurang penting di dalam perkembangan kanak-kanak. Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2 mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau tingkah-laku di sekolah dan

sebaliknya. Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanakkanak yang kekurangan peluang. Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya sekolah dengan pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa. Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu kala yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah. Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap individu memang tidak dapat dinafikan mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza. 3.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK Mengikut Woofolk& Margetts (2007), perkembangan fizikal adalah merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, kekuatan dan keupayaan untuk melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya ialah seperti berjalan, berlari, memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya. Selain itu, perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan pendengaran. Semasa perkembangan, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks yang lain. Pada peringkat kanak-kanak, kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah lebih stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Selain itu juga, pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih kepada bercorakkan penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat umur 6 hingga 8 tahun iaitu ketika pertengahan kanak-kanak, dapat dilihat beberapa perkembangan fizikal berlaku iaitu ketinggian dan berat badan meningkat secara perlahan hinggalah keperingkat remaja. Gigi susu juga perlahan-lahan diganti dengan gigi kekal dan penulisan kanak-kanak ketika ini menjadi lebih kecil dan baik. Pada ketika ini juga, kanak-kanak mampu menghasilkan lukisan yang diorganisasi secara terperinci dan dalam permainan pula, mereka akan menambah permainan yang mengikut peraturan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih kasar. Perkembangan fizikal akhir kanak-kanak pula iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun semakin berkembang. Pada ketika ini, kemahiran motor seperti berlari, melompat, melontar, menyepak, menangkap, menggelecek diuruskan dengan lebih cepat dan dikoordinasi dengan lebih baik. Selain itu, masa tindak balas bertambah baik dan membantu perkembangan kemahiran motor. Kemahiran dalam penulisan juga semakin berkembang. Peralihan akhir kanak-kanak kepada awal remaja adalah didahului oleh individu perempuan 2 tahun lebih awal. Ketika umur meningkat kepada 11 hingga 14 tahun iaitu zaman awal remaja, pertumbuhan paling ketara sekali ialah melibatkan perkembangan organ seks. Bagi remaja perempuan, pada ketika ini akan berlaku penambahan lemak pada bahagian tertentu badan dan pada ketika ini, biasanya remaja perempuan akan mengalami kematangan lebih awal berbanding lelaki. Remaja perempuan mula keluar haid dan mencapai klimaks kepada pertumbuhan badan. Bagi remaja lelaki, pada ketika inilah pertumbuhan mula memuncak dan kesedaran orientasi seksual mula wujud.

3.1 TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK Robert Havighurst berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi keluarga amat mempengaruhi personaliti kanak-kanak.

Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas seperti berjalan, berlari atau melompat, yang dilahirkan di dalam kehidupan individu pada sesuatu peringkat yang tertentu akan membawa kepuasan serta mendorongkannya mengulangi tugas tersebut. Manakala kegagalan melaksanakan tugas kali pertama akan membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya meneruskan tugas itu. Beliau juga menegaskan bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat. R. Havighurst menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak iaitu pada peringkat kanakkanak (6-12 tahun). Antara tugas-tugas perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini ialah membentuk fizikal untuk permainan. Ketika ini, kanak-kanak lebih cenderung untuk bermain atau melakukan sesuatu aktiviti yang lebih menggunakan tenaga kerana kanak-kanak pada ketika ini amat aktif. Oleh sebab itu, kanak-kanak memerlukan fizikal yang lebih kuat untuk melakukan aktiviti-aktiviti dan permainan yang lasak. Selain itu,kanak-kanak ini juga mula membentuk konsep diri yang sihat. Hal ini kerana badan yang aktif akan menjadikan tubah badan kanak-kanak lebih sihat dan cergas. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak telah menguasai konsep-konsep moral, nilai dan kemahiran hidup. Selain itu, kanakkanak yang mula berkomunikasi bersama-sama rakan-rakan baru sudah mula membentuk kemahiran sosial dan mula membentuk kebebasan peribadinya. Kanak-kanak mula memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira yang biasanya diasah dan diajar oleh guru-guru ketika belajar di sekolah. Pelbagai kebolehan yang mula dikuasai oleh kanak-kanak menjadikan mereka mula belajar berdikari seperti mahu pergi ke sekolah tanpa dihantar ibu bapa, mahu membeli barang-barang mereka sendiri dan sebagainya. Ketika ini jugalah kanak-kanak mula untuk belajar membezakan peranan lelaki dan perempuan. Perasaan ingin tahu kanak-kanak pada ketika ini biasanya mula berkembang dan perkembangan yang positif membantu kanak-kanak lebih yakin dalam menhadapi dunia sebenar. 3.2 DATA DAN PERBINCANGAN 3.2.1 UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK BERUMUR 7 TAHUN JADUAL 1 : UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL BAGI MURID TAHUN 1 SAIZ SAIZ TINGGI(CM) BERAT(KG) KEPALA(CM) BADAN 125.0 125.1 128.4 31.6 29.4 32.2 51 50.4 50.8 S S S

BIL NAMA

1 AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA 2 MOHD FAIZ BIN MOHD NOR 3 FIQREE BIN MOHAMED YUSOF

PURATA 126.2 31.1 50.7 S Jadual 1 di atas menunjukan data ujian perkembangan fizikal murid tahun 1 yang merangkumi tinggi, berat, saiz kepala dan saiz badan. Murid yang terlibat dalam ujian ini adalah Ahmad Syazwan bin Zakaria, Mohd Faiz bin Mohd Nor dan Fiqree bin Mohamed Yusof . Ketiga-tiga murid ini diambil daripada kelas yang berlainan. Ahmad Syazwan merupakan murid kelas 1A, Mohd Faiz dan Fiqree pula merupakan murid kelas 1B. Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi ketiga-tiga murid tersebut dari segi tinggi, berat,saiz kepala dan saiz badan. Dari segi ketinggian, Ahmad Syazwan dan Mohd Faiz mempunyai ketinggian yang hampir sama iaitu 125 cm dan 125.1 cm manakala Fiqree mempunyai ketinggian 128.4cm. Ini menjadikan purata ketinggian murid tahun 1 adalah 126.2cm. Dari segi berat badan pula, Fiqree lebih berat berbanding Ahmad Syazwan dan Mohd Faiz. Fiqree mencatakan berat sebanyak 32.2kg, Ahmad syazwan 31.6kg dan Mohd Faiz 29.4kg. Ini menjadikan purata berat badan mereka sebanyak 31.1 kg. Ketinggian dan berat badan Fiqree adalah lebih berbanding Ahmad syazwan dan Mohd Faiz adalah disebabkan oleh faktor genetik dan faktor pemakanan murid tersebut. Ibu bapa yang tinggi dan besar akan menghasilkan anak-anak yang tinggi dan besar. Sebaliknya, ibu bapa yang rendah dan kecil akan menghasilkan anak-anak yang rendah dan kecil. Dari segi pemakanan pula, kanakkanak yang mendapat nutrien yang mencukupi akan kelihatan lebih tinggi dan sihat berbanding dengan kanak-kanak yang kurang mendapat nutrien. Dari aspek saiz badan pula, ketiga-tiga responden mempunyai saiz badan S iaitu kecil. Kanak-kanak pada usia 7 tahun kelihatan kecil kerana dalam lingkungan usia ini mereka sangat aktif bergerak dan bermain. Walau bagaimanapun, faktor pemakanan memainkan peranan penting dalam menentukan saiz badan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengambil makanan yang mempunyai

banyak lemak dan karbohidrat berkemungkinan besar untuk menjadi obesiti dan gemuk. Sebaliknya, kanak-kanak yang menjaga pemakanan mereka dengan mengamalkan makanan seimbang akan menjadikan saiz badan mereka ideal. Jika dikira Body Mass Index(BMI) ketiga-tiga responden ini, ternyata mereka mempunyai BMI yang normal iaitu dalam lingkungan 18.5 hingga 23.5. BMI yang normal menunjukkan kanak-kanak mempunyai berat badan dan tinggi yang seimbang dan mempunyai saiz badan yang ideal. Dari segi saiz kepala, Ahmad syazwan, Mohd Faiz dan Fiqree masing-masing mencatatkan saiz kepala 51cm, 50.4cm, 50.8cm dan menjadikan purata saiz kepala bagi ketiga-tiga responden adalah 50.7cm. Jadi, saya dapat simpulkan bahawa, dalam lingkungan kanak-kanak 7 tahun, perkembangan saiz kepala adalah hampir sama. Kesimpulannya, perkembangan fizikal kanak-kanak 7 tahun adalah hampir sama tetapi faktor genetik dan faktor pemakanan yang membezakan perkembangan mereka. 3.2.2 UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK BERUMUR 10 TAHUN JADUAL 2 : UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL BAGI MURID TAHUN 4 SAIZ SAIZ TINGGI(CM) BERAT(KG) KEPALA(CM) BADAN 131.4 131.6 128.7 34.8 34.5 32.1 52.5 53.5 52.3 S S S

BIL NAMA

1 MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN 2 MOHD IZZAT BIN MAZLAN 3 AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN

PURATA 130.6 33.8 52.8 S Jadual 2 di atas menunjukan data ujian perkembangan fizikal murid tahun 4 yang merangkumi tinggi, berat, saiz kepala dan saiz badan. Murid yang terlibat dalam ujian ini adalah Muhd Syafiq bin Kamaruddin, Mohd Izzat bin Mazlan dan Azizol bin Mohamed Deraman . Ketiga-tiga murid ini diambil daripada kelas yang sama iaitu kelas 4A. Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi ketiga-tiga murid tersebut dari segi tinggi, berat,saiz kepala dan saiz badan. Dari segi ketinggian, Muhd Syafiq dan Mohd Izzat mempunyai ketinggian yang hampir sama iaitu 131.4 cm dan 131.6 cm manakala Azizol mempunyai ketinggian 128.7cm. Ini menjadikan purata ketinggian mereka adalah 130.6cm. Ini menunjukkan pada tahap ini, kanak-kanak lebih tinggi berbanding kanak-kanak 7 tahun. Dari segi berat badan pula, Muhd Syafiq dan Mohd Izzat mempunyai berat badan yang hampir sama iaitu masing-masing mencatatkan berat badan 34.8kg dan 34.5kg. Berat badan Azizol pula adalah 32.1kg. Ini menjadikan purata berat badan mereka sebanyak 33.8 kg. Ini menunjukkan berat badan kanak-kanak 10 tahun adalah lebih banyak berbanding kanak-kanak 7 tahun. Perbezaan ketinggian dan berat badan ketiga-tiga responden adalah tidak ketara. Hal ini demikian kerana ketiga-tiga responden mengamalkan pemakanan yang sihat. Dari aspek saiz badan pula, ketiga-tiga responden mempunyai saiz badan S. Pada tahap ini, kanak-kanak sangat aktif bergerak dan bermain, jadi saiz badan mereka tidak mengalami masalah obesiti sekiranya mereka menjaga pemakanan merekaa. Jika dikira Body Mass Index(BMI) ketiga-tiga responden ini, ternyata mereka mempunyai BMI yang normal iaitu dalam lingkungan 18.5 hingga 23.5. BMI yang normal menunjukkan kanak-kanak mempunyai berat badan dan tinggi yang seimbang dan mempunyai saiz badan yang ideal. Dari segi saiz kepala, Muhd Syafiq, Mohd Izzat dan Azizol masing-masing mencatatkan saiz kepala 52.5cm, 53.5cm, 52.3cm dan menjadikan purata saiz kepala bagi ketiga-tiga responden adalah 52.8cm. Ini menunjukkan saiz kepala kanak-kanak 10 tahun adalah lebih besar berbanding kanak-kanak 7 tahun. Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak terus berlaku dari semasa ke semasa. Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini juga hampir sama bagi ketiga-tiga responden. 3.2.3 UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK BERUMUR 12 TAHUN JADUAL 3 : UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL BAGI MURID TAHUN 6 BIL NAMA 1 BADRUL HISYAM BIN ISHAK 2 KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR 3 MOHD HAFIZUL BIN AHMAD TINGGI(CM) BERAT(KG) SAIZ KEPALA(CM) SAIZ BADAN 143.4 131.4 144.1 44.5 36.7 49.3 52.9 53.6 55.0 M M L

PURATA 139.6 43.5 53.8 Jadual 3 di atas menunjukan data ujian perkembangan fizikal murid tahun 6 yang merangkumi tinggi, berat, saiz kepala dan saiz badan. Murid yang terlibat dalam ujian ini adalah Badrul Hisyam bin Ishak, Khairul Amin bin Mohd Nor dan Mohd Hafizul bin Ahmad. Ketiga-tiga murid ini diambil daripada kelas yang sama iaitu kelas 6A. Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi ketiga-tiga murid tersebut dari segi tinggi, berat,saiz kepala dan saiz badan. Dari segi ketinggian, Badrul dan Hafizul mempunyai ketinggian yang hampir sama iaitu 143.4 cm dan 144.1 cm manakala ketinggian Amin adalah lebih rendah iaitu 131.4. Ini menjadikan purata ketinggian mereka adalah 139.6cm. Ini menunjukkan pada tahap ini, kanak-kanak lebih tinggi berbanding kanak-kanak 7 tahun dan 10 tahun. Dari segi berat badan pula, Hafizul mempunyai berat badan yang lebih berbanding Badrul dan Amin. Berat badan Hafizul ialah 49.5kg, Badrul 44.5kg dan Amin 36.7kg. Ini menjadikan purata berat badan mereka sebanyak 33.8 kg. Ini menunjukkan berat badan kanak-kanak 10 tahun adalah lebih berbanding kanak-kanak 7 tahun dan 10 tahun. Dari aspek saiz badan pula, Badrul dan Amin mempunyai saiz badan yang sederhana iaitu M manakala Hafizul mempunyai saiz badan yang agak besar iaitu L. Saiz badan hafizul adalah lebih berbanding Badrul dan Amin kerana kanak-kanak ini berasal daripada keluarga yang mempunyai saiz badan yang besar. Hafizul mengamalkan pemakanan yang tidak sihat kerana dia suka makan coklat. Hasil soal selidik, dia juga menyatakan bahawa dia suka makan setengah jam sebelum tidur. Dari segi pemakanan yang tidak sihat, akan menjadikan saiz badan kanak-kanak lebih besar. Jika dikira Body Mass Index (BMI) ketiga-tiga responden ini, Badrul dan Amin mempunyai BMI yang normal iaitu dalam lingkungan 18.5 hingga 23.5. Namun, bagi Hafizul, dia mempunyai BMI yang tidak normal kerana mencatatkan BMI sebanyak 23.8. Ini menunjukkan dia mempunyai berat badan yang berlebihan. Sekiranya, dia tidak menjaga pemakanan kemungkinan besar dia akan mengalami masalah obesiti. Dari segi saiz kepala, Badrul,Amin dan Hafizul masing-masing mencatatkan saiz kepala 52.9cm, 53.6cm dan 55.0cm dan menjadikan purata saiz kepala bagi ketiga-tiga responden adalah 53.8cm. Saiz kepala Hafizul lebih besar disebabkan badannya yang besar. Ini menunjukkan saiz kepala kanak-kanak 12 tahun adalah lebih besar berbanding kanak-kanak 7 tahun dan 10 tahun. Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak pada tahap ini mengalami proses perkembangan fizikal secara berbeza-beza disebabkan oleh faktor baka dan persekitaran. 4.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK Menurut Nani,M. dan Rohani,A. (2007), dalam bukunya Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah(cetakan ketiga), kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran ( Spodek dan rakan-rakan 1987). Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Dengan kata lain ia adalah suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak. Maksud kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitf kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan otak mereka serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Hal ini bermaksud, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak dan sensori motor(fizikal) serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembanagn sosial. Perkembangan kognitif juga merujuk kepada kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami serta mengungati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masingmasing. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Secara holistiknya, perkembangan kognitif boleh ditakrifkan sebagai proses peningkatan keupayaan fikiran, pengetahuan dan keintelektualan seorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelasaian masalah, memahami, menganalisa dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman baru yang dilaluinya. 4.1 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK Mengikut teori perkembangan Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra-Operasi (2-7 tahun), Peringkat Konkrit (7-12 tahun) dan akhir sekali ialah Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun).

Bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun, mereka berada pada tahap ketiga berdasarkan teori Piaget yang dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Pada ketika ini, sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan keperluan orang lain akan beransur hilang kerana pada peringkat ini kanak-kanak akan bersifat lebih matang dan terbuka serta bakal menempuhi peringkat seterusnya iaitu awal remaja. Selain itu, Jean Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak akan mengalami pemusatan perhatian terhadap satu-satu perkara, mereka mula memperoleh konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsang. Pada peringkat ini, perasaan ingin tahu kanak-kanak mula meningkat dan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Mengikut Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padanan. Mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri. Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung lima konsep yang asas, iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu. Skema merujuk kepada kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya. Adaptasi pula merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal". Akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat menyesuaikan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu. Menurut Nani,M. dan Rohani,A. (2007), terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Pertama, faktor persekitaran fizikal. Kewujudan alat permainan binaan seperti blok dan lego akan menggalakkan mereka berfikir secara kreatif dan inovatif. Faktor kedua ialah persekitaran emosi. Persekitaran emosi negatif dapat mengganggu perkembangan

kognitif kanak-kaak. Faktor ketiga pula ialah persekitaran komunikasi. Persekitaran komunikasi amat penting dalam menggalakkan keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif. 4.2 DATA DAN PERBINCANGAN 4.2.1 UJIAN KOGNITIF BAGI MURID BERUMUR 7 TAHUN JADUAL 4.1 : UJIAN KUANTITI AIR BAGI MURID TAHUN 1 BIL NAMA 1 2 3 AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA MOHD FAIZ BIN MOHD NOR SEBELUM TIDAK SAMA SAMA SELEPAS TIDAK SAMA SAMA

FIQREE BIN MOHAMED YUSOF Jadual 4.1 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti air yang telah dijalankan ke atas murid tahun 1 ataupun murid yang berumur 7 tahun. Dalam ujian ini, pada mulanya, kuantiti air yang sama dimasukkan ke dalam dua bekas yang sama. Murid tersebut perlu menyatakan adakah kedua-dua bekas air tersebut mempunyai kuantiti air yang sama ataupun tidak. Ketiga-tiga responden menyatakan bahawa kuantiti air dalam bekas tersebut adalah sama. Kemudian, salah satu air dalam bekas itu dimasukkan ke dalam bekas lain yang mempunyai saiz yang berbeza. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air dalam kedua-dua bekas itu adalah sama ataupun tidak. Dalam ujian ini, seorang daripada responden, Ahmad Syazwan telah menyatakan kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama manakala dua orang responden lagi, Mohd Faiz dan Fiqree menyatakan bahawa kuantiti air adalah tidak sama. Dalam hal ini, Ahmad Syazwan berjaya menjawab soalan tersebut dengan tepat manakala dua orang lagi tidak dapat menjawab dengan betul. Ini menunjukkan Ahmad Syazwan sudah menguasai prinsip identiti manakala Mohd Faiz dan Fiqree masih tidak dapat menguasai prinsip identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak sudah boleh mengetahui bahawa sekiranya tiada kuatiti yang ditambah atau dikurangkan , maka kuatiti air tersebut tetap sama walaupun dimasukkan di dalam bekas yang berbeza saiznya. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) sepatutnya sudah dapat menyatakan kuantiti air itu tetap sama walaupun kelihatan paras air berbeza disebabakan air tersebut dimasukkan ke dalam bekas yang berbeza saiznya. JADUAL 4.2 : UJIAN PANJANG TALI BAGI MURID TAHUN 1 BIL NAMA 1 2 3 AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA MOHD FAIZ BIN MOHD NOR SEBELUM TIDAK SAMA SAMA SELEPAS TIDAK SAMA SAMA

FIQREE BIN MOHAMED YUSOF Jadual 4.2 menunjukan butiran mengenai ujian panjang tali yang dijalankan ke atas murid yang berumur 7 tahun. Dalam ujian ini, dua utas tali yang sama panjang telah digunakan. Dua utas tali tersebut disusun dalam dua baris yang sama tersebut akan ditunjukan kepada responden. Responden akan menentukan sama ada dua utas tali tersebut adalah sama panjang ataupun tidak. Daripada ujian yang dijalankan ke atas ketiga-tiga responden, mereka menjawab bahawa dua utas tali yang disusun dalam dua baris yang sama, adalah sama panjang seperti yang direkodkan dalam jadual diatas. Seterusnya, seutas tali dialihkan ke tepi sedikit dan kemudiannya responden diminta untuk menentukan sama ada kedua-dua utas tali itu adalah sama panjang atau tidak. Hasilnya, Ahmad Syazwan menyatakan bahawa kedua-dua utas tali tersebut tetap sama panjang manakala dua orang lagi menyatakan tali yang dialihkan tersebut lebih panjang. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) mampu menentukan bahawa panjang kedua-dua utas tali tersebut adalah sama walaupun kedudukannya telah diubah. Daripada ujian panjang tali ini, didapati bahawa hanya Ahmad Syazwan yang boleh menguasai prinsip identiti manakala Mohd Faiz dan Fiqree masih gagal untuk menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan.

JADUAL 4.3 : UJIAN BILANGAN BOLA BAGI MURID TAHUN 1 BIL NAMA 1 2 3 AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA MOHD FAIZ BIN MOHD NOR

SEBELUM TIDAK SAMA SAMA

SELEPAS TIDAK SAMA SAMA

FIQREE BIN MOHAMED YUSOF Jadual 4.3 menunjukan butiran mengenai ujian bilangan bola yang dijalankan ke atas responden tahun 1. Dalam ujian ini responden dikehendaki menyatakan sama ada bilangan bola yang disusun dalam dua baris yang berbeza adalah sama ataupun tidak. Pada mulanya, bola disusun secara selari dengan kadar jarak yang sama. Kemudian, salah satu baris duit syiling itu akan dipanjangkan jaraknya. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada responden. Jawapan responden terhadap bilangan kedua-dua baris duit syiling tersebut akan direkodkan. Daripada jadual 4.3 ini, untuk soalan pertama, ketiga-tiga responden menyatakan bilangan bola adalah sama. Selepas susunan bola diubah, hanya Ahmad Syazwan yang berjaya menyatakan bilangan bola bagi kedua-dua baris adalah sama. Bagi, Mohd Faiz dan Fiqree, mereka menyatakan bahawa bilangan bola yang diubah susunannya adalah lagi banyak. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit( 7-11 tahun), sudah boleh menyatakan bilangan bola adalah sama walaupun baris kedua dipanjangkan. Beliau menyatakan bahawa, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan ( conservation ). Daripada ujian ini, hanya Ahmad Syazwan telah mencapai peringkat Operasi Konkrit dan telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan ( conservation ). Ini juga mungkin kerana Ahmad Syazwan lebih bijak daripada Mohd Faiz dan Fiqree kerana dia berada dalam kelas 1A. Mohd Faiz dan Fiqree pula masih tidak dapat menguasai prinsip identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya atau susunannya berubah. 4.2.2 UJIAN KOGNITIF BAGI MURID BERUMUR 10 TAHUN JADUAL 5.1 : UJIAN KUANTITI AIR BAGI MURID TAHUN 4 BIL NAMA 1 2 3 MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN MOHD IZZAT BIN MAZLAN SEBELUM TIDAK SAMA SAMA SELEPAS TIDAK SAMA SAMA

AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN Jadual 5.1 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti air yang dijalankan ke atas responden tahun 4. Dalam ujian ini, dua bekas air yang sama dan satu bekas air yang berbeza digunakan. Pada mulanya, kuantiti air yang sama dimasukkan ke dalam dua bekas yang sama saiz. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air tersebut adalah sama ataupun tidak. Hasilnya, ketigatiga responden iaitu Syafiq, Izzat dan Azizol menyatakan bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Jawapan responden direkodkan seperti dalam jadual. Kemudian, salah satu bekas yang berisi air tadi dituangkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz yang berlainan. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air dalam kedua-dua bekas itu adalah sama ataupun tidak. Dalam ujian ini, ketiga-tiga responden tahun 4 ini menyatakan bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Mereka menyatakan demikian kerana kuantiti air yang sama tetap sama apabila dimasukkan ke dalam mana-mana bekas sekalipun. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) sudah dapat menyatakan kuantiti air itu tetap sama walaupun dimasukkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz yang berbeza jika tiada penambahan kuantiti kepada air tersebut. Dalam ujian ini, jelas membuktikan bahawa ketiga-tiga responden telah pun menguasai prinsip identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak sudah boleh mengetahui bahawa sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah. JADUAL 5.2 : UJIAN PANJANG TALI BAGI MURID TAHUN 4 SEBELUM SELEPAS

BIL NAMA 1 2 3 MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN MOHD IZZAT BIN MAZLAN

TIDAK SAMA SAMA

TIDAK SAMA SAMA

AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN Jadual 5.2 menunjukan butiran mengenai ujian panjang tali yang dijalankan ke atas responden tahun 4. Dalam ujian ini, dua utas tali yang sama panjang telah digunakan. Pada mulanya, dua utas tali disusun dalam dua baris yang sama dan kemudiannya responden akan menentukan sama ada dua utas tali tersebut adalah sama panjang ataupun tidak. Jawapan yang diberikan oleh responden akan direkodkan. Daripada ujian yang dijalankan keatas ketiga-tiga responden ini, mereka menjawab bahawa utas tali ini adalah sama panjang. Seterusnya, seutas tali tadi akan dialihkan sedikit kedudukannya. Responden diminta untuk menentukan sama ada kedua-dua utas tali itu adalah sama panjang atau tidak. Didapati bahawa, ketiga-tiga responden menyatakan bahawa panjang tali yang dialihkan kedudukannya itu adalah sama dengan panjang asal. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) mampu menentukan bahawa panjang kedua-dua utas tali tersebut adalah sama walaupun kedudukannya diubah. Daripada ujian panjang tali ini, terbukti bahawa ketiga-tiga responden ini telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan. Dalam prinsip identiti,kanakkanak sudah boleh menyatakan bahawa sekirannya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuk diubah. JADUAL 5.3 : UJIAN BILANGAN BOLA BAGI MURID TAHUN 4 BIL NAMA 1 2 3 MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN MOHD IZZAT BIN MAZLAN

SEBELUM TIDAK SAMA SAMA

SELEPAS TIDAK SAMA SAMA

AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN Jadual 5.3 menunjukan butiran mengenai ujian bilangan bola yang dijalankan ke atas responden tahun 4. Dalam ujian ini responden dikehendaki menyatakan sama ada bilangan bola yang disusun dalam dua baris yang berbeza adalah sama ataupun tidak. Pada mulanya, bola disusun secara selari dengan kadar jarak yang sama. Kemudian, salah satu baris duit syiling itu akan dipanjangkan jaraknya. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada responden. Jawapan responden terhadap bilangan kedua-dua baris duit syiling tersebut akan direkodkan. Daripada jadual 5.3 ini, untuk soalan pertama, ketiga-tiga responden menyatakan bilangan bola adalah sama. Selepas susunan bola diubah, ketiga-tiga responden menyatakan bahawa bilangan bola bagi kedua-dua baris adalah sama. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit( 7-11 tahun), sudah boleh menyatakan bilangan bola adalah sama walaupun baris kedua dipanjangkan. Beliau menyatakan bahawa, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan ( conservation ). Daripada ujian ini, saya dapat simpulkan bahawa ketiga-tiga responden telah mencapai peringkat Operasi Konkrit dan telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan ( conservation ). Dalam prinsip identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya atau susunannya berubah.

4.2.3 UJIAN KOGNITIF BAGI MURID BERUMUR 12 TAHUN JADUAL 6.1 : UJIAN KUANTITI AIR BAGI MURID TAHUN 6 BIL NAMA SEBELUM TIDAK SAMA SAMA SELEPAS TIDAK SAMA SAMA

1 2 3

BADRUL HISYAM BIN ISHAK KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR

MOHD HAFIZUL BIN AHMAD Jadual 6.1 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti air yang dijalankan ke atas responden tahun 6. Dalam ujian ini, dua bekas air yang sama dan satu bekas air yang berbeza digunakan. Pada mulanya, kuantiti air yang sama dimasukkan ke dalam dua bekas yang sama saiz. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air tersebut adalah sama ataupun tidak. Hasilnya, ketigatiga responden iaitu Badrul,Amin dan Hafizul menyatakan bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Jawapan responden direkodkan seperti dalam jadual. Kemudian, salah satu bekas yang berisi air tadi dituangkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz yang berlainan. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air dalam kedua-dua bekas itu adalah sama ataupun tidak. Dalam ujian ini, ketiga-tiga responden tahun 6 ini menyatakan bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Mereka menyatakan demikian kerana kuantiti air yang sama tetap sama apabila dimasukkan ke dalam mana-mana bekas sekalipun. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) sudah dapat menyatakan kuantiti air itu tetap sama walaupun dimasukkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz yang berbeza jika tiada penambahan kuantiti kepada air tersebut. Dalam ujian ini, jelas membuktikan bahawa ketiga-tiga responden telah pun menguasai prinsip identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak sudah boleh mengetahui bahawa sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah. JADUAL 6.2 : UJIAN PANJANG TALI BAGI MURID TAHUN 6 BIL NAMA 1 2 3 BADRUL HISYAM BIN ISHAK KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR

SEBELUM TIDAK SAMA SAMA

SELEPAS TIDAK SAMA SAMA

MOHD HAFIZUL BIN AHMAD Jadual 6.2 menunjukan butiran mengenai ujian panjang tali yang dijalankan ke atas responden tahun 6. Dalam ujian ini, dua utas tali yang sama panjang telah digunakan. Pada mulanya, dua utas tali disusun dalam dua baris yang sama dan kemudiannya responden akan menentukan sama ada dua utas tali tersebut adalah sama panjang ataupun tidak. Jawapan yang diberikan oleh responden akan direkodkan. Daripada ujian yang dijalankan keatas ketiga-tiga responden ini, mereka menjawab bahawa utas tali ini adalah sama panjang. Seterusnya, seutas tali tadi akan dialihkan sedikit kedudukannya. Responden diminta untuk menentukan sama ada kedua-dua utas tali itu adalah sama panjang atau tidak. Didapati bahawa, ketiga-tiga responden menyatakan bahawa panjang tali yang dialihkan kedudukannya itu adalah sama dengan panjang asal. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) mampu menentukan bahawa panjang kedua-dua utas tali tersebut adalah sama walaupun kedudukannya diubah. Kesimpulannya, daripada ujian panjang tali ini, terbukti bahawa ketiga-tiga responden ini telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan. Dalam prinsip identiti,kanak-kanak sudah boleh menyatakan bahawa sekirannya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuk diubah. JADUAL 6.3 : UJIAN BILANGAN BOLA BAGI MURID TAHUN 6 BIL NAMA 1 2 3 BADRUL HISYAM BIN ISHAK KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR MOHD HAFIZUL BIN AHMAD

SEBELUM TIDAK SAMA SAMA

SELEPAS TIDAK SAMA SAMA

Jadual 6.3 menunjukan butiran mengenai ujian bilangan bola yang dijalankan ke atas responden tahun 6. Dalam ujian ini responden dikehendaki menyatakan sama ada bilangan bola yang disusun dalam dua baris yang berbeza adalah sama ataupun tidak. Pada mulanya, bola disusun secara selari dengan kadar jarak yang sama. Kemudian, salah satu baris duit syiling itu akan dipanjangkan jaraknya. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada responden. Jawapan responden terhadap bilangan kedua-dua baris duit syiling tersebut akan direkodkan. Daripada jadual 6.3 ini, untuk soalan pertama, ketiga-tiga responden menyatakan bilangan bola adalah sama. Selepas susunan bola diubah, ketiga-tiga responden juga menyatakan bahawa bilangan bola bagi kedua-dua baris adalah sama. Mereka berkata demikian kerana mereka mengatakan bahawa apabila bola yang sama digunakan sudah tentu bilangannya adalah sama walaupun diubah kedudukannya. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit( 7-11 tahun), sudah boleh menyatakan bilangan bola adalah sama walaupun baris kedua dipanjangkan. Beliau menyatakan bahawa, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan ( conservation ). Daripada ujian ini, saya dapat simpulkan bahawa ketiga-tiga responden telah mencapai peringkat Operasi Konkrit dan telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan ( conservation ). Dalam prinsip identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya atau susunannya berubah.

5.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK Kajian tentang perkembangan kanak-kanak memberikan implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Kanak-kanak dalam peringkat umur 7-12 tahun ini telah mengalami perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan dan kanak-kanak dalam lingkungan umur ini juga kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberikan kepada mereka. Pada usia lingkungan 7-12 tahun ini, kanak-kanak boleh diajar bermain alat muzik dan aktivitiaktiviti seperti melukis dan mewarna kerana mereka sudah pun mengalami perkembangan otot-otot halus. Perkembangan otot-otot halus ini membantu mereka untuk menggenggam sesuatu dengan kemas dan kuat. Selain itu, ibu bapa dan pendidik boleh melibatkan kanak-kanak ini dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti berenang dan gimnastik kerana aktiviti seperti ini mampu menguatkan otot, daya tahan otot dan membina pergerakan yang lebih cekap. Pendidik boleh menyediakan aktiviti lasak untuk kanak-kanak lelaki seperti bermain bola sepak, ragbi dan hoki kerana kanak-kanak lelaki cenderung untuk melakukan aktiviti lasak. Manakala pendidik juga perlu menyediakan permainan yang bersesuaian untuk kanak-kanak perempuan seperti bola jaring dan bola baling. Selain menyediakan aktiviti fizikal, kanak-kanak juga perlu disajikan dengan makanan yang seimbang dan bersesuaian dengan tahap umur mereka. Dalam lingkungan umur ini mereka perlu disajikan dengan makanan yang mampu memberikan tenaga kepada mereka kerana kanak-kanak di antara 7-12 tahun ini sangat aktif bergerak dan bermain. Jadi, mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk mejalankan aktiviti-aktiviti tersebut. Menurut Gorbin dan Lindsey ( 1994 ), kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan psikomotor. Pada tahap usia ini kemahiran psikomotor halus menjadi lebih baik dan cekap. Kebiasaannya, dalam usia kanak-kanak ini, perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian diri seseorang individu. Jika diperhatikan, dalam sebuah kelas akan terdapat perbezaan yang ketara dari segi ketinggian, berat dan bentuk badan pelajar. Terdapat murid yang gemuk dan kurus serta murid yang tinggi dan rendah. Kebiasaanya, sebuah kelas akan mengandungi pelbagai etnik pelajar yang berbeza dari aspek bentuk fizikal. Jika diperhatikan, kaum cina mempunyai kulit yang cerah, bermata sepet manakala kaum melayu mempunyai kulit yang sedikit gelap berbanding kaum cina dan kaum india mempunyai kulit yang gelap. Namun perbezaan fizikal mengikut kaum merupakan ciri-ciri universal dan diterima umum. Kanak-kanak tidak merasakan perbezaan kaum menggangu kehidupan mereka seharian. Sebaliknya, perbezaan fizikal dari segi saiz badan seperti kanak-kanak yang mempunyai saiz badan yang besar, gemuk, pendek dan sebagainya.

6.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK

Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru, dan daripada kasar kepada halus mengikut perkembangan fizikal individu. Mengikut Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Mengikut Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif: konstruktivisme) dalam buku Mok Soon Sang(2009) menyarankan dan mengaturkan langkah-langkah pengajaran yang berdasarkan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif Piaget. Langkah pertama yang perlu dilakuakn oleh guru berdasarkan kajian mereka ialah merancang sesuatu situasi pembelajaran yang mencabar untuk pelajar. Langkah kedua ialah menimbulkan dan menggerakkan tindak balas pelajar, dan sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhati tindak balasnya. Langkah seterusnya ialah dengan memberi kerja tugas yang berkaitan bagi pemindahan pembelajaran supaya mereka dapat mengaplikasikan apa yang diajar kedalam penyelesaian masalah. Langkah terakhir ialah dengan membentuk kumpulan yang mengandungi pelajar yang hampir sama peringkat perkembangan kognitif mereka, agar membolehkan pelajar yang berada di peringkat perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar pelajar di bawah perkembangan kognitif yang rendah. Mengikut implikasi pengajaran dan pembelajaran oleh Jean Piaget pula guru boleh menggunakan bahan yang konkrit bagi mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks. Penggunaan bahan berbentuk 3D, rajah, carta dan pengalaman pelajar itu memberi peluang pelajar bersedia ke arah pembelajaran yang lebih komples. Aktiviti seperti memberi peluang kepada pelajar mencari alternatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat hipotesis sendiri. Sebagai contoh, dalam kelas Pendidikan Seni Visual guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan catan dengan menggunakan teknik yang difikir sendiri oleh murid. Selain itu, kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat kepada fakta-fakta dengan cara membiarkan murid meneroka dan mengkaji konsep itu sendiri. Sebagai contoh, murid-murid boleh berfikir mengapa terjadinya siang dan malam. Melalui cara ini, sistem pembelajaran akan lebih menarik dan pasti menghiburkan para pelajar. Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari dan di terokai oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah difahami.

7.0 RUMUSAN DAN CADANGAN 7.1.1 RUMUSAN Selepas mengkaji dan memahami pelbagai teori serta pandangan ahli-ahli psikologi terkenal, saya dapat merumuskan bahawa perkembangan individu adalah bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan melalui peredaran masa menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju kearah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan individu sebenarnya dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu faktor baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan adalah satu pertalian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza dimana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat sebelum lahir(prenatal), bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Anda mungkin juga meminati:

You might also like