You are on page 1of 1

Terima kasih puan pengerusi majlis. Yang berusaha Cik Noor Zilah Mohd.

Rejab GB SKDOJ, barisan guru-guru penolong kanan, Yang dihormati Puan Ain Maisarah selaku tetamu jemputan pada hari ini, barisan rakan-rakan guru serta murid-murid yang cikgu kasihi. Assalamualaikum.. Selamat Pagi.. Good Morning.. Zhau An. Kalei dan Saba al hair. Sebelum cikgu berbicara dengan lebih lanjut izikan cikgu membacakan bait-bait lagi Allahyarham P.Ramlee yang cikgu rskan amat mendalam maksudnya. Tiada kata secantik bahasa Untuk ku puji adinda Tiada gambar secantik lukisan Nak ku tunjuk perasaan Bait lagu Tiada kata secantik bahasa begitu mendalam maksudnya bg diri cikgu. Dan cikgu merasakan amat bertuah kerana dilahirkan di bumi Malaysia ini dimana kita dapat bergaul dengan rakan-rakan bebilang kaum dan bahasa percakapan. Dan salah satu objektif bulan bahasa ini adalah bertujuan untuk anak-anak semua mempelajari, mengenali dan cuba mencintai bahasa-bahasa asing. Bulan bahasa pada tahun ini membawa tema Indanya Bahasa dan bermula dari hari ini 17 Jun 2013 hingga 19 Julai 2013. Besarlah harapan cikgu agar anak-anak semua dapat turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan mengambil bahagian dalam pertandingan2 yang dianjurkan. Moga melalui aktiviti2 seumpama ini, kita dapat mecungkil bakat-bakat baharu untuk dipertengahkan dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan anda dengan rakan-rakan anda melalui bahasa. Sekian sahaja dari cikgu Wabillahitaufik terima kasih tq, xie xie nandri dan syukran jazil an.

You might also like