You are on page 1of 30

HADITH RIWAYAH DAN DIRAYAH

Oleh: Ustaz Rabbani At-Takiri Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu.

MAKSUD HADITH RIWAYAH


Iaitu suatu ilmu yang mengkaji tentang periwayatan hadithhadith Rasulullah s.a.w. sama ada dari aspek perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifatnya.

Yang dimaksudkan dengan riwayat di sini bukan sahaja sekadar memindah atau meriwayat hadith sehingga sampai kepada kita tetapi riwayat yang penuh teliti, tepat dan amanah.

MAKSUD HADITH DIRAYAH


Iaitu suatu ilmu yang mengkaji tentang hakikat riwayat, syaratsyarat, jenis-jenis, hukumhukumnya serta rijal atau perawi hadith.

Ia juga termasuk kajian tentang hadith dari aspek penerimaan dan juga penolakannya serta kefahaman tentang nas atau teks hadith. Ilmu Hadith Dirayah juga dikenali dengan ilmu mustalah alHadith atau Usul al-Hadith.

Berdasarkan definisi di atas, jelas menggambarkan bahawa ilmu hadith riwayah lebih menekankan kepada soal periwayatan hadith sematamata, sama ada dari sudut tulisan, hafalan atau huraian.

Antara faedah ilmu ini ialah dapat memelihara hadith-hadith Rasulullah s.a.w. dari tersilap atau tersalah. Antara ulama yang menghasilkan karya dalam ilmu ini ialah Imam Bukhari dan Muslim melalui sahihnya. Namun begitu, ulama pertama sekali mencipta ilmu ini ialah Muhammad Ibn Syihab al-Zuhri (m.124 H) seorang tabiin yang terkenal.

Sementara ilmu hadith dirayah pula lebih menekan kepada soal metode bagaimana menentukan hukum sesebuah sanad dan matan hadith sama ada sahih atau dhaif.

Antara faedah ilmu hadith dirayah ialah dapat mengetahui mana hadith yang diterima dan mana yang ditolak oleh ulama. Ulama pertama sekali mencipta ilmu ini ialah al-Qadi Abu Muhammad alHasan Ibn Abd al-Rahman Ibn Khalid alRamahurmuzi (m.360 H) melalui kitabnya al-Muhaddith al-Fasil Bayna al-Rawi wa alWai.

Dari gambaran tersebut juga menjelaskan bahawa objek atau bahan kajian kepada ilmu hadith dirayah ialah sanad dan matan hadith. Sementara objek atau bahan kajian kepada ilmu hadith riwayah ialah perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat Rasulullah s.a.w.

Gabungan antara ILMU HADITH DIRAYAH dan RIWAYAH inilah yang membentuk ULUM ALHADITH.

Sementara yang disebut sebelum ini, ilmu hadith dirayah dikenali juga dengan nama Mustalah al-Hadith atau usul alHadith. Ia merupakan suatu ilmu yang mengkaji tentang metode-metode bagi mengenal pasti penerimaan atau penolakan sesebuah hadith sama ada dari aspek sanad ataupun matannya.

Oleh itu, tumpuan dan prihatin yang begitu tinggi diberikan oleh ulama hadith terhadap ilmu ini, maka ia telah melahirkan beberapa jenis ilmu bagi memantapkan lagi ilmu tersebut, seterusnya bagi mencapai objektif ilmu tersebut, iaitu mengenal pasti hadith yang diterima atau ditolak.

Antara ilmu-ilmu tersebut ialah ilmu Rijal al-Hadith, ilmu al-Jarh wa al-Tadil, ilmu Gharib al-Hadith, ilmu Munkhatalaf al-Hadith, ilmu illal alHadith dan Nasikh al-Hadith wa Mansukhih. Di mana kesemua ilmu ini merupakan komponen kepada ilmu Usul al-Hadith yang dikenali dengan nama Ulum al-Hadith.

PERKEMBANGAN HADITH RIWAYAH (Zaman Rasulullah SAW)


i. Segala perkataan, perbuatan, taqrir, sifat dan tingkah laku baginda merupakan perakuan pengajaran dan ikutan para sahabat R.A. ii. Sebahagian besar para sahabat R.A. menerima hadis secara lisan dan menghafaznya. Mereka mempunyai daya ingatan yang kuat disebabkan mereka buta huruf.

3. Terdapat sahabat yang menulis hadis setelah mendapat keizinan daripada Rasulullah S.A.W:
LARANGAN KEIZINAN Pada peringkat awal penurunan al-Quran Ketika al-Quran tidak diturunkan. dibimbangi bercampur dengan al-Quran. Ditakuti al-Quran dan hadis ditulis dalam Ditulis pada lembaran yang berlainan. satu lembaran. Bagi mereka yang mempunyai daya Bagi mereka yang mudah lupa. ingatan yang kuat.

Zaman Sahabat R.A


Pada zaman ini telah terdapat kegiatan penulisan hadis, cuma ianya tidak dikumpulkan secara khusus dan dibukukan.

Zaman Tabiin
1. Pengumpulan hadis mula dilakukan kerana: i) Ramai penghafaz hadis berpindah ke negeri lain. ii) Ramai penghafaz hadis mati di medan jihad. iii) Kemunculan hadis maudhu (palsu). 2. Khalifah Umar Abdul Aziz mengarahkan agar Abu Bakar bin Muhammad bin Hazam iatu gabenor Madinah al-Munawwarah supaya mengumpulkan dan mencatat hadis daripada para penghafaz hadis.

3) Muhammad bin Muslim bin Shihab al-Zuhri mengumpulkan dan membukukan hadishadis Rasulluah SAW untuk diedar ke seluruh pelusuk negara Islam. 4) Pada zaman kerajaan Abbasiyyah,Abu Jaafar al-Mansur telah mengarahkan Imam Malik bin Anas supaya menyusun sebuah buku hadis yang dikenali sebagai kitab alMuwatta.

5. Selain itu, buku-buku hadis yang dikenali sebagaial-Kutub al-Sittah telah dihasilkan iatu: i)Al-Jamiu al-Sohihu susunan Imam al-Bukhari. ii) Al-Jamiu al-Sohihu susunan Imam Muslim. iii)Sunan Abi Daud susunan Imam Abi Daud. iv)Sunan al-Tirmizi ,susunan Imam al-Tirmizi. v) Sunan al-NasaI,susunan al-Nasai.

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS DIRAYAH


1. Perkembangan ilmu hadis dirayah seiring dengan perkembangan ilmu hadis riwayah. 2. Usaha pengumpulan hadis nabi dilakukan kerana dikhuatiri akan hilang daripada perawi. 3. Faktor pengumpulan hadis nabi kerana kemunculan hadis maudu(palsu). 4. Usaha pembukuan buku hadis menggunakan prinsip-prinsip,kaedah dan istilah hadis seperti marfu; mauquf, maqtu; mursal,munqati;dan syaz.

5) Imam Zuhri antara orang yang memperkenalkan ilmu hadis. 6) Antara kitab-kitab yang terhasil ialah: i. Al-Tabaqat ii. Ilal al-Kabir iii. Ulum Hadis iv. Ikhtilaf al-Hadis v. Al-Nasikh wa al-Mansukh vi. Marifat Ulum al-Hadis

pertama

PEMBAHAGIAN HADIS DIRAYAH


1. i. ii. iii. iv. v. vi. Berkaitan dengan sanad: Al-Jarh wa al-tadil Tabaqat al-Muhaddithin Marifah al-Sahabah Marifah al-Tabiin wa Atbauhum Al-Muttafaq wa al-Muftaraq Al-Mutalif wa al-Mukhtalif

2. Berkaitan dengan matan:


i. ii. iii. iv. v. vi. Gharibu al-Hadis Mushkil al-Hadis Al-Nasikh wa al-Mansukh Lughat al-Hadis wa Balaghatuhu Hadis Maudu Mukhtalif al-Hadis wa Muhkamuhu

3. i. ii. iii. iv. v. vi.

Berkaitan dengan sanad dan matan: Takhrij al Hadis Ilal al-Hadis Hadis Tahlili Al-Itibar wa al-Mutabiu wa al-Mushahidu Qawaid Naqdu al- Hadis Inda al-Muhaddisin Taqsimat al Hadis wa Anwaauhu wa Mustalahatuhu

PERBEZAAN ANTARA HADIS RIWAYAH DAN DIRAYAH


Hadis Riwayah 1 Ilmu hadis riwayah ialah satu cabang ilmu untuk mengetahui cara-cara penyalinan,pemeliharaan dan pembukuan hadis yang disandarkan kepada Rasulullah. Hadis Dirayah Ilmu hadis dirayah merupakan satu kaedah dan peraturan untuk mengetahui tentang sanad, matan, cara menerima dan menyampaikan hadis, sifat-sifat rawi dan lain-lain lagi.

2. T Tujuan ilmu hadis riwayah pula untuk Ilmu hadis dirayah ialah untuk meneliti menjaga hadis daripada sebarang sifat-sifat rawi dan marwinya iatu sanad kesalahan pemindahan sesuatu yang dan matan sesuatu hadis. disandarkan kepada Rasulullah SAW.

Tujuan Mempelajari Hadith Dirayah


1. Meneliti sifat-sifat rawi, sanad dan matannya. 2. Untuk meneliti dengan tepat sama ada sesuatu hadith itu sahih, hasan, dhaif atau maudhu. 3. Dapat membantu seseorang menentukan sama ada sesuatu hadith itu diterima atau ditolak. 4. Memberi keyakinan kepada sesuatu hadith bahawa ianya benar-benar daripada Rasulullah SAW.

Renungkan Seketika Soalan Ini


1. Apakah yang dimaksudkan dengan hadith dirayah? 2. Siapakah yang telah mengarahkan Imam Malik bin Anas menyusun sebuah buku hadith? 3. Apakah sebabnya Nabi Muhammad SAW melarang para sahabat menulis hadith pada peringkat awal?

4.Apakah perbezaan di antara hadith riwayah dengan dirayah? 5.Jelaskan faktor-faktor larangan dan keizinan penulis hadith Rasulullah serta alasannya? 6.Huraikan sejarah perkembangan ilmu hadith riwayah? 7.Terangkan peranan anda dalam mempertahankan kesucian hadith Rasulullah?

CUKUPLAH SAMPAI DI SINI


SELAMAT MENEMPOH PEPERIKSAAN SEMOGA BERJAYA. JIKA DEMO DEME TAK BOLEH JAWAB SOALAN EXAM, SILA ANDA CALL TALIAN INI SECARA DIRECT LINE:

999

You might also like