You are on page 1of 4

Minggu 8 (Aktiviti 4) MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR AKTIVITI MENCAMPURKAN AIR Bahan-bahan: Termometer Air sejuk Air panas

panas Silinder penyukat Bekas @ bikar Kertas latihan

Sebelum melakukan eksperimen, ramalkan jawapan bagi setiap soalan di bawah: 1) Apakah pendapat kamu yang akan berlaku jika 100C dan 60C yang sama bahagian dicampurkan? Suhu air berubah iaitu lebih tinggi daripada suhu 100C dan lebih rendah daripada suhu 60C.

2) Apa yang akan membuatkan satu kolam berisi air yang bersuhu 22C menjadi sejuk pada satu hari dan panas pada hari lain? Air akan menjadi sejuk apabila dicampur dengan ais dan akan menjadi panas apabila dicampur dengan air panas.

3) Apa pendapat anda yang akan menyebabkan suhu meningkat apabila anda sakit? Bolehkah anda mengurangkan suhu anda dengan mengambil satu minuman sejuk? Boleh atau tidak? Mengapa? Suhu meningkat kerana sistem badan merangsang gerak balas imun. Mengikut teori, anda dapat mengurangkan suhu dengan mengambil minuman sejuk. Hal ini kerana minuman sejuk akan menjadi panas, dan badan akan menjadi sejuk. Pada praktikalnya, ia tidak berkesan kerana berat badam anda lebih besar berbanding berat minuman sejuk yang diambil.

Prosedur : 1) 40ml air sejuk dan 40ml air suam disukat dalam silinder penyukat yang berasingan. 2) Setiap suhu dicatat dalam jadual di bawah. 3) Air suam dan air sejuk dicampur bersama. Suhu campuran dicatat. 4) Langkah-langkah di atas diulang untuk campuran yang telah ditetapkan di dalam jadual. Jumlah air 40ml air sejuk dan 40ml air suam 30ml air sejuk dan 50ml air suam 20ml air sejuk dan 60ml air suam 10ml air sejuk dan 70ml air suam 160C 540C 410C 180C 570C 440C 140C 600C 380C 140C 460C 290C Suhu air sejuk Suhu air panas Suhu campuran air

Adakah keputusan sama dengan ramalan anda? Ya atau tidak? Kenapa? Ya. Suhu air yang dicampur akan lebih tinggi daripada suhu air sejuk dan lebih rendah daripada suhu air panas. Hal ini kerana, kedua-dua air yang dicampur akan mencapai satu suhu yang seimbang.

Penguasaan Ilmu Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan-soalan berikut: 1) Apa yang telah anda pelajari dari aktiviti ini? (5 markah) Melalui aktiviti ini, saya dapat pelajari banyak perkara. Antaranya ialah: (i) Saya dapat pelajari tentang cara-cara untuk mengendalikan satu-satu eksperimen dengan teratur dan kemas. (ii) Saya juga dapat memahami konsep mengukur dan menggunakan nombor. (iii) Selain itu, saya juga dapat mengetahui apa yang berlaku sekiranya keduadua air dengan suhu yang berlain dicampurkan. (iv) Saya dapat mengaitkan uji kaji dengan kehidupan harian

2) Bahagian manakah daripada kurikulum Sains sekolah rendah yang mengajar topik tersebut? (5 markah) (i) Tahun 4 : Menyiasat Daya dan Tenaga ( Memahami bagaimana mengukur panjang, masa, dan kepentingan menggunakan unit standard)

3) Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti-aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran anda? (5 markah) (i) Aktiviti ini dapat digunakan sebagai eksperimen untuk membantu murid mahir dalam kemahiran mengukur (ii) Aktiviti ini juga boleh dilakukan untuk membantu murid memahami konsep perkaitan antara kemahiran mengukur dengan menggunakan nombor (iii) Sebagai contoh, dalam aktiviti ini murid menyukat air dengan menggunakan silider penyukat dan mengukur suhu dengan menggunakan termometer. (iv) Guru juga boleh membuat uji kaji dengan menggunakan air yang berlainan jenis dan suhu.

4) Kreativiti merupakan elemen penting Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik. Apakah ciri-ciri kreatif dalam kemahiran proses mengukur dan

menggunakan nombor ? (5 markah) (i) Murid perlu diajar bagaimana untuk mengukur dan menggunakan nombor. (ii) Menggalakkan murid berfikir dan mengaitkan keadaan sekeliling dengan hasil eksperimen. (iii) Murid perlu menguasai kemahiran mengukur dan menggunakan nombor. (iv) Pengukuran perlu selaras dengan alat pengukuran dan unit yang digunakan. (v) Dapat menjamin kebolehpercayaan keputusan eksperimen

5) Dalam membangunkan keupayaan kanak-kanak untuk berfikir dan bekerja secara saintifik, terdapat beberapa teknik guru boleh lakukan untuk menggalakkan pembangunan kreativiti. Bincangkan perkara-perkara yang boleh anda lakukan? (5 markah) (i) Guru haruslah memberi panduan yang jelas prosedur-prosedur menjalankan aktiviti dan peka dengan setiap langkah yang dijalankan oleh murid-murid. (ii) Apa yang lebih penting, guru memberi kebebasan yang secukupnya kepada murid untuk memerhati, menaakul, berbincang dan membuat keputusan agar pembelajaran lebih berkesan.Ini membantu kemahiran sains mereka lebih berkembang dan membantu pembelajaran. (iii) Perbincangan semula bagi membetulkan sebarang kesilapan atau

memastikan murid telah menjalankan praktikal dengan betul haruslah diadakan. (iv) Setelah praktikal dijalankan guru haruslah meminta murid menulis laporan dan refleksi agar mereka dapat mengulang kaji kembali ilmu yang dipelajari dan mengesan sebarang kelemahan atau salah faham pelajar tentang konsep yang telah dipelajari.

You might also like