You are on page 1of 1

Enam menteri kanan terajui NKRA

PUTRAJAYA 27 Julai 2009 - Enam menteri kanan dilantik menerajui enam Bidang Keberhasilan
Utama Nasional (NKRA) bagi mencapai matlamat indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) secara
lebih berkesan lagi.

Mengumumkan demikian hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, setiap
minggu beliau akan berjumpa dengan setiap menteri berkenaan bagi menilai
pencapaian KPI yang telah ditentukan.

Ini bermakna, kata Perdana Menteri, dalam setiap enam minggu beliau akan
dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan
NKRA seperti yang dirancangkan.

"Bagi NKRA meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan


berkemampuan, menterinya adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin; NKRA mengurangi kadar jenayah, menterinya
adalah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan NKRA memerangi
rasuah, menterinya adalah Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.

"NKRA meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula,


menterinya adalah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; NKRA memperkasa
prasarana luar bandar dan pedalaman, menterinya adalah Datuk Seri
Shafie Apdal dan NKRA menambah baik pengangkutan awam,
menterinya adalah Datuk Seri Ong Tee Keat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana


Menteri Bersama Pegawai Kerajaan di sini.

Enam NKRA itu diumumkan sempena 100 hari beliau sebagai Perdana Menteri
pada 11 Julai lalu dan hari ini beliau memperincikan keenam-enamnya.

Najib berkata, bagi membuktikan tahap kebersungguhan untuk menjayakan


NKRA dan KPI berkenaan, tiga bengkel khusus telah diadakan di peringkat
Jemaah Menteri.

Katanya, langkah yang pertama kali dilaksanakan itu adalah bagi merangka,
memperinci dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit.

Beliau berkata, bagi anggota Jemaah Menteri yang tidak termasuk dalam
NKRA, mereka dan kementerian masing-masing tidak terkecuali dari
mempunyai KPI.

"Setiap menteri selain daripada enam menteri yang telah saya nyatakan tetap
dipertanggungjawabkan mencapai KPI kementerian masing-masing.

"Saya sendiri juga akan memantau prestasi kementerian tersebut pada setiap
enam bulan," katanya. .
Sumber : Utusan Malaysia

Foto : Carian Cikgu Razali Samad

You might also like