You are on page 1of 17

DEFINISI

Kempen = segala usaha(kegiatan dan tindakan) yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan (rayuan dan lainlain) untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu(matlamat dan lain-lain).- DBP Budi bahasa = bermaksud tingkah laku dan perbuatan. Nilai murni = ditafsirkan sebagai prinsip, standard dan tatacara tindakanseseorang dalam sesuatu organisasi tanpa mengandungi unsur-unsur asing(biasanya unsurunsur yang mencemarkan) bersih benar,suci, dan tulen.

Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia. (Wan Mohd. Zahid, 1988)

KEMPEN BUDI BAHASA


Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa. Perbuatan Tidak Berbudi Bahasa Situasi di mana pemandu tidak bertimbang rasa di jalan raya Orang ramai membuang sampah sesuka hati, Memotong barisan tabiat memandu yang kurang sopan dan merbahaya Tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan, Bercakap kasar dengan pelanggan / kekasaran terhadap para pelanggan Merokok di kawasan larangan merokok ialah kurangnya perasaan sivik terhadap harta benda awam

Senyuman Ikhlas budi bahasa yang paling asas iaitu melemparkan senyuman dan mengucapkan terima kasih masih sukar dilihat dalam masyarakat kini.

Rakyat Kelas Pertama Dapat kita rasakan bahawa ungkapan first class infrastructure, third class mentality itu tepat menggambarkan kerisauan ramai rakyat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekonomi negara terus berkembang pesat; penggunaan teknologi semakin berleluasa; jalan raya diperbanyakkan dan diperluaskan; dan banyak kawasan dibangunkan untuk perumahan dan perindustrian moden. Namun, cara pemikiran kita dan peradaban kita tidak mengalami kemajuan yang sama, malah seolah-olah semakin mundur. Kita menghadapi satu senario di mana sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis. identiti dan jati diri masyarakat Malaysia semakin luntur. Budi Pekerti Asas Utama Kepincangan ini telah melahirkan beberapa sindrom negatif yang kini dipandang seakan-akan satu kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia. Namun, pada hakikatnya, kita telah meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara, dari Rukun Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020. Jelaslah bahawa aspirasi kita dalam bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan realiti kehidupan kita masa kini. Dalam kesibukan kita sehari-hari, kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak kita. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi bahasa warisan kita. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri sendiri, peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat. Nilai-nilai Murni Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting kerajaanuntuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni kedalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini diharap dapat memperkukuhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri setiap individu. Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian.

Aktiviti Yang Dijalankan


1.Mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan) Mengadakan aktiviti seperti makan sekeluarga, menghormati ibu dan bapa, meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa, pertandingan sajak, pertandingan bergambar dan minggu keluarga. 2. Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran) Mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa, choral speaking,boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, animasi, Anugerah Asrama Terbilang dan Kem Jatidiri. 3. Berbudi Bahasa (Kemasyarakatan) Mengadakan aktiviti seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen Pemanduan Bersopan. 4. Senyum dan Terima Kasih (Perkhidmatan) Mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih. 5.Cintai Alam Sekitar, Flora dan Founa Mengadakan aktiviti seperti gotong-royong 'Sungaiku Bersih Alamku Permai', 'Tandas Bersih',' Kampung Indah Masyarakat Ceria','Anugerah Bandar Berbudi Bahasa', 'Anugerah Gerai/Pasaraya Terbaik' dan 'Anugerah Untuk Perusahaan Kecil'

Kempen ini perlu diadakan kerana kedapatan dikalangan masyarakat masa kini nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang tidak berbahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab.

kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah satu gelombang yang diharap akan mengembalikan rakyat kepada asas hidup berbudaya negara ini. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah sepenting dan sebesar Wawasan 2020, destinasi impian yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri. Amalan-amalan budi bahasa yang mudah dilakukan misalnya menyambut tetamu, melayan tetamu dan tatacara tidak rasmi ketika bertemu. Budi dan bahasa tidak akan terbalas dan bukan untuk dibalas. Budi dan bahasa yang baik akan terus kekal menjadi kenang-kenangan.

Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni bermaksudusaha yang terancang untuk menghasilkan masyarakat Malaysia yang mengamalkantingkahlaku dan perbuatan berdasarkan prinsip dan standard yang elok dan baik.

Kempen Budi Bahasa dan NilaiNilai Murni yang dilancarkan oleh PerdanaMenteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi bertempat di Istana Budaya bertarikh11 Januari 2005 Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni ini adalah puncak daripada tindakan kerajaanuntuk menerapkan serta menanam nilai-nilai murni ke dalam alam fikiran, hati budi serta perilaku warganegara Malaysia di semua peringka t. Kempen ini diharap akan dapatmeneguhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri masyarakat

Setiap warga sekolah perlulah menjadikan budi bahasa dan nilai-nilai murni sebagai budaya atau trade mark sekolah mereka. Dalam melaksanakan budi bahasa dan nilainilai murni di sekolah, imej diri yang positif dalam cara berfikir dan bertindak, melahirkan perasaan dan pertuturan yang menunjukkan kemurnian budi bahasa dan nilai-nilai murni.

Institut integriti Malaysia (IIM) telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) dalam memenuhi cabaran keempat, wawasan 2020 iaitu .....membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur... sebagai usaha sokongan untuk melahirkan masyarakat maju yang berintegriti dengan bertunjangkan budi bahasa dan nilai-nilai murni.

Budi bahasa dan nilai-nilai murni perlu ditekankan di peringkat sekolah atau peringkat kecil lagi kerana pada peringkat ini adalah peringkat peniruan tingkahlaku.Pada peringkat kecil atau persekolahan, pelajar amat mudah dibentuk kerana merujuk kepada apa yang pernah diungkapkan oleh ulamak terkenal Nusantara, Dr. Hamka, Hendaklah adab sopan anakanak dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. Imam AlGhazali pula menegaskan, Anak-anak bagaikan permata yang boleh dibentuk mengikut kehendak pengukirnya.

Pelajar yang berakhlak mulia boleh dilahirkan dengan melihat kepada asas-asas pembinaannya. Secara umumnya, seorang cendikiawan, Ibnu Maskawaih dalam penulisannya Tahdzub AlAkhlaq menyenaraikan perkara-perkara yang menjadi asas kepada perubahan seseorang, iaitu: i) Mencari teman yang baik ii) Selalu muhasabah diri iii) Tidak mengikut dorongan hawa nafsu iv) Berterusan melakukan kebaikan v) Berusaha meningkatkan diri melalui kelemahan diri

Budaya kemesraan dan sayang-menyayangi adalah dua teras utama yang perlu dalam membina akhlak mulia pelajar.

Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein ketika majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni peringkat kebangsaan pada 21 Jun 2005 yang baru berlalu menegaskan, Dalam alam pendidikan, ilmu pengetahuan tanpa budi belum tentu dapat menjamin kemajuan bangsa terutamanya dari segi ketahanan budaya dan moralnya. Oleh itu, saya menyeru kepada warga pendidikan terutamanya guru-guru untuk samasama melaksanakan tanggungjawab masingmasing dalam memperkasa budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam kehidupan...

Pertandingan kelas terbersih terus dikekalkan untuk membina akhlak mulia seperti bekerjasama, tolongmenolong dan menjaga kebersihan. Biasanya sekolah menyediakan hadiah dan piala untuk kategori pelajar terbaik mata pelajaran, pelajar kedatangan terbaik, pelajar harapan kokurikulum setiap tahun pada hari anugerah kecemerlangan sekolah. Antara perkara yang boleh dicadangkan ialah memperkenalkan anugerah Tokoh Pelajar Berakhlak Sekolah yang diadakan setiap tahun untuk menggalakkan pelajar menghiasi diri mereka dengan akhlak yang terpuji. Pelajar Berakhlak Mulia bulanan juga boleh diperkenalkan untuk mendorong minat pelajar membaiki akhlak mereka.

You might also like