You are on page 1of 1

KUAH KACANG ISTIMEWA Sumber Resepi : Datin Syuryani Datuk Shuaib(Isteri Menteri Datuk Shafie Afdal)SDK Oktober 2006

Kuah Kacang Istimewa by AnnaQawina

Bahan-bahan : 5 ulas bawang putih* 5 ulas bawang merah* 2 batang serai* 20 tangkai cili kering* 1/2 inci halia * (kisar bahan bertanda *) Air asam jawa secukupnya gula dan garam secukup rasa 1 kg kacang tanah - digoreng bersama sedikit minyak dan ditumbuk dgn kulitnya sekali separuh halus 2 keping gula melaka(nisan)*Ana tambah yang ni..-direbus dan ditapis supaya lebih bersih sblm digunakan.

Cara-cara : Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan kacang tanah yang ditumbuk tadi dan kacau cepat2. (Boleh masukkan sedikit air bersama) Masukkan air mengikut kepekatan yg diingini dan di kacau sentiasa agar dasar periuk/kuali tidak berkerak & kuah kacang berbau hangit. Masukkan juga air gula melaka. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. Kacau2 sehingga masak sepenuhnya, kalau pekat boleh tambah sedikit lagi air. *Jika berlebihan sila simpan dalam peti ais & sesekali dipanaskan InsyaAllah tahan sebulan atau lebih..

You might also like