1.0Pengenalan
Di dalam perkembangan dunia pada hari ini, yang semakin maju dan serba moden, bentuk komunikasi yang baik adalah sangat penting terutama di dalam sesebuahorganisasi yang sering berhubung terus dengan pelbagai pihak samada dalaman dan jugaluaran. Komunikasi juga merupakan asas kepada kemajuan dan kejayaan kepadasesebuah organisasi yang sedang beroperasi, di mana sesebuah organisasi yang berjayaadalah organisasi yang mempunyai tahap komunikasi yang baik dengan persekitarannya.Komunikasi melibatkan pemindahan atau penyaluran maklumat daripada individu,kumpulan dan sebagainya. Secara ringkasnya, kemajuan organisasi bergantung kepadakadar kejayaan komunikasi ahli kumpulan. Maka sekiranya sesebuah organisasi tersebutgagal dalam persaingan, ia secara tidak langsung memperlihatkan ahli sesebuahorganisasi itu tidak mempunyai komunikasi yang baik dengan persekitarannya. Oleh itu,setiap yang berada dalam organisasi mestilah memainkan peranan yang pentingterutamannya dalam aspek komunikasi .
1.1Definisi komunikasi
Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan Inggeris ‘communication.’ yang bermakna penyertaan atau pemberitahuan maklumat, ini dinyatakan oleh
JaafarMohammad (1996),
di dalam bukunya “Kelakuan Organisasi”. Komunikasi juga satu proses mengubah maksud daripada pengirim kepada penerima. Sesuatu maksud itudipindahkan menerusi medium misalnya panggilan telefon, memorandum, atau perbincangan.
1