You are on page 1of 10

BAHASA MUZIK PENGENALAN Dalam konteks Pendidikan Muzik KBSR, Bahasa Muzik adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan

pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik, konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik, dan konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara tersebut seterusnya membaw a kepada kemahiran membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya muzik. 1. KONSEP-KONSEP MUZIK 1. Irama, melodi dan ekspresi merupakan konsep muzik utama yang dikenal pasti. 2. Konsep-konsep yang berkaitan dengan muzik dapat dihimpunkan di baw ah konsep-konsep utama tersebut.

Konsep Utam a

Konsep Berkaitan Detik Meter Tekanan Tempo Corak irama Tempoh masa (Nilai not)

Irama

Melodi

Pic Skel Frasa Har moni Warna ton Tekstur Bentuk

Ekspresi

Mud Dinamik

1.1

IRAMA Irama merangkumi faktor 1.1.1 Detik Dalam muzik, detik adalah unit denyutan. Denyutan yang berulang dan berterusan adalah elemen yang fundamental dan penting dalam seni muzik. Jangka masa dari satu detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik seperti dalam carta 1, 2 dan 3. 1.1.2 Meter Secara konvensionalnya, detik dihimpukan dalam kumpulan 2, 3, 4 dan seterusnya. Lazimnya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar. Pengumpulan tersebut dikenali sebagai pembahagian meter dan dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa seperti berikut: 2 4 3 4 4 4 6 8 3 8 2 2 4 2 detik, meter, tekanan, tempoh masa ( duration) dan

tempo. Irama terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi.

Angka di sebelah atas menyatakan bilangan detik dalam satu unit atau bar. Angka di sebelah baw ah pula menyatakan jenis not yang menjadi asas detik berkenaan sama ada not krocet(4), minim(2), kuaver(8) dan sebagainya. Meter diklasifikasikan meter lazim dan meter tak lazim (a) Meter lazim dan 4 4 dikenali sebagai meter lazim.

3 Meter 2 , 4 4

Dalam meter lazim duaan

2 , setiap bar mengandungi dua detik krocet ( 4

q ).

Setiap detik krocet bersamaan dengan nilai dua kuaver (

q= e e

).

(b)

Meter Tak Lazim 6 merupakan meter tak lazim duaan. Setiap detik mempunyai 8 persamaan nilai masa tiga kuaver. Dalam sesuatu bar terdapat dua detik Meter asas yang dinotasikan sebagai kuaver ( Contoh:

e e e

).

q. q .

Setiap krocet bertitik (

q. )

mew akili tiga

1.1.3 Tekanan Semasa menyanyi atau yang lebih daripada memainkan sesuatu corak irama seringkali kuat atau lebih diberi penegasan lain. Menguatkan detik tertentu

terdapatdetik yang dirasakan lebih detik-detik

diertikan sebagai memberi tekanan. Simbol (

dan > ) digunakan

sebagai tanda tekanan pada detik yang berkenaan. Contoh:

1.1.4

Tempo Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu. Sesetengah lagu boleg dicipta dalam tempo cepat, lambat atau sederhana. Tempo boleh dinyatakan dengan menggunakan istilah seperti Allegro, Andante dan Moderato. Tempo juga boleh dinyatakan dalam bentuk digit mengikut sukatan metronome dan ditulis seperti berikut:

= 114

= 80

q.

= 60

1.1.5

Corak Iram a Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap ( rehat ) disusun menggunakan berlainan nilai masa untuk menjadikan satu corak yang nyata. Semasa menulis corak irama, pembahagian meter adalah penting sebagai panduan dan sukatan nilai not dalam setiap bar agas menepati bilangan detik yang ditetapkan mengikut meter yang digunakan. Contoh :

Pengumpulan not mengikut nilai perlu difahami bagi kekeliruan antara meter 6 3 seperti dan . 8 4 ( a ) Corak Irama Rentak Rentak merupakan corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi lagu. Corak irama rentak memberi identiti kepada sesebuah lagu sebagai lagu berentak Mac, Waltz, Inang, Masri, Asli, Sumazau dan Joget. Beberapa contoh corak irama rentak tersebut adalah seperti berikut : i) Rentak Mac atau

ii)

Rentak Waltz

iii)

Rentak Inang

iv)

Rentak Masri

v)

Rentak Zapin

vi)

Rentak Joget

vii)

Rentak Sumazau

( b ) Corak Irama Ostinato Satu corak irama yang dinyanyikan atau dimainkan secara instrumental berulang-ulang dalam sesebuah lagu lazimnya sebagai ir ingan dan harmoni.

1.1.6

Tempoh Masa Dan Nilai Not Panjang atau pendek bunyi dilambangkan dengan not dalam pelbagai bentuk seperti dengan tanda rehat pelbagai bentuk seperti

x e q h w
Lambang Not

. Masa senyap ( period of silence ) dilambangkan

Carta 1 Nama not

Lambang Rehat

Semibrif

w h

Persamaan Nilai Krocet 4 krocet

Minim

2 krocet

Krocet

Kuaver

1 krocet

krocet

Nilai sesuatu not dapat dipanjangkan dengan meletakkan satu titik di tepi not tersebut. Titik tersebut mew akili separuh daripada not asal. Carta 2

Nama not Minim bertitik

Lambang Not

Lambang Rehat

h. q.
6

Persamaan Nilai Krocet 3 Krocet

Krocet bertitik

1 krocet

Per kaitan nilai antara not dan tanda rehat dapat dilihat secara grafik seperti berikut. Carta 3 Not & Tanda Rehat w h q e Perbandingan Nilai Masa 4 bit

2 bit

1 bit

1bit 2

Ikon boleh digunakan untuk mew akili not dan tanda rehat. Contoh:

h q

boleh diw akili lambang boleh diw akili lambang

1.2

MELODI Melodi adalah turutan pic yang disusun sama ada secara menaik, menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila pic dan not diubah. Contoh melodi: Lenggang Kangkung

1.2.1 Pic Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi sama ada bunyi tinggi atau bunyi rendah. Contoh:

&

Pic rendah

Q
Pic tinggi

Pic bergerak secara bertangga, melompat dan mendatar. (i) Pergerakan bertangga

(ii) Pergerakan melompat

(iii) Pergerakan mendatar

1.2.2 Skel Skel adalah suatu siri pic yang disusun secara menaik atau menurun

mengikut jeda tertentu dan mew ujudkan kesan nada atau tonaliti. Dalam muzik KBSR, hanya dua jenis skel sahaja yang ditegaskan iaitu skel Major dan skel minor (harmonik).

(i) Skel Major menaik

(ii) Skel minor menaik

1.2.3

Frasa Frasa adalah sekumpulan not yang membentuk satu unit penyataan muzik yang signifikan atau satu keratan lagu. Dalam penulisan skor muzik, frasa ditanda dengan simbol berikut:

Contoh:

1.2.4

Harm oni Har moni adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau lebih not yang berbunyi serentak. Ini melibatkan kaunter melodi yang terdiri daripada dua lapisan suara, dalam bentuk kaunter melodi, kord, dron dan ostinato. Contoh :

1.2.5

Warna ton Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu alat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi ringan. Contoh : i) ii) Dram bes Kastanet bunyi berat bunyi ringan

1.2.6 Tekstur Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau bunyi yang terdapat dalam sesebuah gubahan. 1.2.7 Bentuk Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik. Segmen muzik ini boleh terdir i daripada motif, frasa dan seksyen. Segmensegmen muzik ini boleh diulang dan dipelbagaikan untuk membentuk sesebuah karya muzik. 1.3 EKSPRESI Ekspresi adalah ber kaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Pernyataan perasaan dan fikiran ini dapat disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan. 1.3.1 Mud Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan. Mud lazimnya dinyatakan sebagai riang, sedih, bersemangat dan sebagainya.

1.3.2

Dinam ik Dinamik adalah berkaitan dengan sifat kuat atau lembut bunyi muzik yang dihasilkan. Dalam skor Iagu, dinamik dinyatakan dalam bentuk tanda isyarat dan istilah seperti beransur lembut ( ( ). ) dan beransur kuat

10

You might also like