You are on page 1of 5

TINDAKAN 1 Menunjukkan model berbentuk tangga yang berwarna-warni dan menarik i) menunjukkan model tangga yang berwarna-warni kepada

murid. Tindakan ini bertujuan untuk menarik minat murid terhadap kaedah yang akan saya perkenalkan. Selain itu, ia juga dapat membimbing murid mengaitkan persamaan model tangga ini dengan objek tangga yang sebenar di samping dapat memberi ransangan dan gerak balas yang baik oleh murid-murid kerana berkait rapat dengan objek di persekitaran mereka. ii) murid melukis bentuk tangga di udara menggunakan jari dan melukis di atas kertas Tujuannya adalah supaya murid mudah mengingati struktur pengiraan kaedah yang saya ajar dengan mengaitkannya dengan bentuk objek tangga Model tangga

TINDAKAN 2 Memperkenalkan cara mengira hasil tambah melibatkan pengumpulan semula menggunakan kaedah Tangga. FASA 1 i) Mengajar murid konsep tambah Tujuannya adalah agar murid memahami konsep tambah dengan baik dan bagi mengatasi kelemahan sesetengah murid 3 Dinamik yang masih lagi keliru dengan operasi tambah dan tolak ii) menghafal fakta asas tambah dalam 1 hingga 20 dan menjalankan kuiz Tujuannya adalah bagi mengatasi kelemahan beberapa orang murid yang gagal menguasai fakta asas tambah seterusnya memudahkan pengiraan yang akan saya ajarkan nanti. FASA 2 i) Mengaitkan struktur pengiraan kaedah tangga yang mempunyai bentuk yang sama dengan tangga Tujuannya adalah bagi memudahkan murid mengingati struktur pengiraan kaedah yang saya ajar dengan mengaitkannya dengan bentuk objek tangga ii) Memperkenalkan cara mengira hasil tambah melibatkan pengumpulan semula menggunakan kaedah Tangga. Tujuan adalah bagi mengajar murid cara mengira hasil tambah melibatkan pengumpulan semula menggunakan kaedah Tangga. Selain itu, rasional tindakan ini adalah bagi mengatasi kelemahan

murid dalam mengira hasil tambah melibatkan pengumpulan semula seperti terlupa untuk meletakkan nilai 1 yang mewakili nilai 10, 100 atau 1000 pada rumah berikutnya. TINDAKAN 3 Latihan mengira hasil tambah melibatkan pengumpulan semula menggunakan bantuan grafik kaedah tangga i) Latihan tambah melibatkan pengumpulan semula menggunakan bentuk grafik tangga pada ruangan pengiraan Tujuannya adalah bagi melatih murid mengira hasil tambah menggunakan bentuk pengiraan tangga. Soalan yang diberi juga mudah di mana soalan hanya melibatkan julat nombor yang lebih kecil iaitu 3 digit. Lembaran kerja mengandungi grafik bentuk tangga sebagai panduan kepada murid mengira menggunakan kaedah yang diperkenalkan ini. Saya menyarankan kepada muriduntuk mengira hasil tambah mengikut nilai tempat dan isi nilai pada ruangan kosong yang disediakan. Contoh soalan 234 + 717
hasil tambah rumah sa

__________

+ +

130 1700

hasil tambah rumah puluh hasil tambah rumah ratus

_________ __________

TINDAKAN 4 Latihan mengira hasil tambah melibatkan pengumpulan semula menggunakan Kaedah Tangga i) Latihan mengira hasil tambah nombor 2 digit dan 3 digit melibatkan pengumpulan semula menggunakan Kaedah Tangga Tujuannya adalah untuk memahirkan murid mengira menggunakan Kaedah Tangga melalui latihan mengira melibatkan nombor 2 dan 3 digit sahaja terlebih dahulu. Langkah ini bagi membolehkan murid mahir dengan pengiraan bentuk tangga yang diajar tanpa menggunakan bentuk grafik seperti sebelum ini. ii) memeriksa lembaran kerja murid-murid Tujuannya adalah bagi mengenalpasti tahap kefahaman murid dalam mengira hasil tambah menggunakan kaedah tangga. Murid yang masih lemah akan dibimbing mengira menggunakan bantuan bentuk grafik seperti pada TINDAKAN 3 sehingga murid itu mahir.

TINDAKAN 5 Latihan mengira hasil tambah melibatkan pengumpulan semula menggunakan Kaedah Tangga hingga nombor 4 digit. i) Latihan mengira hasil tambah melibatkan pengumpulan semula menggunakan Kaedah Tangga hingga nombor 4 digit. Tujuannya adalah bagi menguji tahap kefahaman murid dalam mengira hasil tambah menggunakan kaedah tangga. Latihan tambah melibatkan nombor yang semakin besar iaitu 4 digit. Soalan yang diberi juga adalah semakin sukar dan benar-benar menguji penguasaan murid terhadap kaedah yang diajar. Hal ini meningkatkan tahap penguasaan murid dalam menambah melibatkan kemahiran mengumpul semula hingga nombor 4 digit.

You might also like