You are on page 1of 10

PERLEMBAGAAN KELAB BOLA KERANJANG SMK JALAN PASIR PUTEH, IPOH

FASAL 1.

NAMA
Kelab ini dikenali sebagai Kelab Bola Keranjang SMKJPP.

FASAL 2.
2.1

ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN


Alamat Berdaftar Alamat berdaftar SMK Jalan Pasir Puteh, Jalan Pasir Puteh, 31650, Ipoh Perak. Alamat berdaftar and alamat urusan ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk Kelab.

2.2

FASAL 3 OBJEKTIF DAN MATLAMAT


4.1 4.2 4.3 4.4 Untuk menggalakkan dan membangunkan Keranjang di peringkat sekolah. sukan Bola

Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan semua warga sekolah terutama pelajar SMKJPP. Untuk memastikan bahawa Perlembagaan dan kaedah-kaedah Kelab dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli. Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal-usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yag dipegang oleh anggota. Untuk memastikan prosedur pemilihan untuk mewakili Kelab dalam sukan bola keranjang adalah terbuka dan adil. Untuk mewakili Kelab dalam mana-mana pertandingan sukan bola keranjang (jika ada) Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan Kelab.

4.5 4.6 4.7

FASAL 4.

KEAHLIAN
Keahlian Kelab ini terbuka kepada semua pelajar SMKJPP yang berminat.

FASAL 5.
5.1

YURAN KEAHLIAN
Setiap ahli baru hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan kepada Kelab seperti berikut: Yuran Tahunan : RM10.00

5.2

Yuran hendaklah dibayar selepas atau pada mesyuarata agung tahunan kelab tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menyertai aktiviti kelab. Sekiranya yuran tahunan tidak dijelaskan dalam tempoh satu (1) bulan tanpa alasan yang munasabah, Jawatankuasa induk berhak membatalkan keahlian ahli yang berkenaan. Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ahli ingin menjadi semula, beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran, yuran tahunan dan penalty sebanyak RM10. Permohonan ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.

5.3

5.4

FASAL 6.
6.1

KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI


Tiap-tiap ahli Kelab dibenarkan menyertai dalam segala kegiatan yang dianjurkan oleh Kelab ini.

FASAL 7. HAK

MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

Semua ahli yang membayar yuran tahunan sebelum 1 Februari tahun tersebut adalah berhak untuk menghadiri mesyuarat agong tahunan dan boleh mengundi dan diundi dalam mesyuarat tersebut.

FASAL 8. PEMBERITAHUAN DAN PEMECATAN AHLI


8.1 Mana-mana ahli Kelab yang membuat permohonan betulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu diluluskan oleh Jawatankuasa Induk adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli Kelab. Setiap ahli Kelab yang didapati menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan perlembagaan Kelab bolehlah dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh masa sebagaiman yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Tatatertib. Sebelum tindakan sedemikian diambil, ahli itu hendaklah diberikan surat membela diri. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib. Ahli yang berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Induk dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Tatatertib. Jawatankuasa Induk mempunyai kuasa samada menerima, menolak atau membuat apa-apa keputusan yang lain berhubung dengan rayuan tersebut dan keputusan Jawatankuasa Induk adalah muktamad.

8.2

FASAL 9. AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


Mesyuarat Agung Tahunan mestilah mengandungi antara lain agendaagenda berikut:1. Menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas 2. Menerima dan meluluskan Laporan Jawatankuasa berkenaan kegiatan kelab dalam sepanjang tahun yang lalu. 3. Menerima dan meluluskan laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu. 4. Menguruskan hal-hal lainyang dibentangkan di dalam mesyuarat Agung Tahunan; dan 5. Memilih Jawatankuasa Induk yang baru mengikut fasal 15.1 perlembagaan ini dan melantik dua (2) orang juruaudit mengikut fasal 21.1 perlembagaan ini setiap dua (2) tahun sekali.

FASAL 10. JAWATANKUASA INDUK


10.1 Jawatankuasa Induk Kelab hendaklah terdiri daripada: a. Pengerusi b. Timbalan Pengerusi c. Setiausaha d. Penolong Setiausaha e. Bendahari f. Penolong Bendahari e. enam (6) orang Ahli Jawatankuasa Sekiranya terdapat kekosongan jawatan disebabkan penjawat jawatan telah melepaskan jawatan atau meinggal dunia, maka calon yang mendapat undi kedua terbanyak di dalam Mesyuarat Pemilihan yang lepas adalah tersendiri layak untuk memegang jawatan tersebut dipersetujui oleh persatuan jika calon yang demikian tidak ada atau menolak tawaran jawatan itu, maka pemilihan bagi mengisi kekosongan tersebut perlu dibawa ke dalam mesyuarat agung yang akan datang.

10.2

FASAL 11. TUGASTUGAS JAWATANKUASA INDUK


11.1 11.2 11.3 11.4 Melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa. Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas Mengurus dan mentadbir Kelab dan menjalankan programprogram Kelab. Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan program-program yang diluluskan. pentadbiran dan

11.5 11.6

Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda. Menimbang rayuan keputusan Jawatankuasa Tatatertib bagi ahli-ahli Kelab

FASAL 12. TUGAS AHLI JAWATANKUASA INDUK


12.1 Pengerusi Pengerusi dalam masa jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Induk dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat serta disiplin ahali-ahlinya 12.2 Timbalan Pengerusi Timbalan Pegerusi hendaklah membantu Pengerusi melaksanakan tanggungjawab menguruskan pentadbiran Kelab. Dia hendaklah memangku dan melaksanakan tanggungjawab Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi. 12.3 Setiausaha Setiausaha bertanggungjawab dalam segala urusan pentadbiran Kelab mengikut perlembagaan dan arahan-arahan Jawatankuasa Induk. Beliau juga bertanggungjawab mengenai urusan surat-menyurat dan menyimpan buku daftar ahli yang sah. Dia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat

catatan mesyuarat. 12.4 Bendahari Bendahari hendaklah membuat kutipan yuran pendaftaran dan keahlian, menyimpan semua rekod dan buku kira-kira. Beliau juga bertanggungjawab untuk memastikan ketetapan butiran di dalam semua rekod dan buku kira-kira. 12.5 Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa hendaklah mempengerusikan Jawatankuasajawatankuasa yang ditubuhkan di bawah fasal 17 dan menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Pengerusi. 12.5.1 Tugas Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa a. Jawatankuasa Kewangan Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mencari sumber pendapatan Kelab seperti tajaan, bantuan dari kerajaan, derma dan cara-cara lain yang sah dari segi undangundang Kelab dan undang-undang negara. b. Jawatankuasa Pembangunan Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempenegrusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk menganjurkan program-program pembangunan dan latihan serta termasuk pembangunan pegawai dan jurulatih. c. Jawatankuasa Teknikal Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk menyemak, menyelaras dan menguatkuasakan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan sukan. d. Jawatankuasa Pemilihan Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa

Pemilihan dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk mengenalpasti pemain-pemain untuk diperakukan kepada Jawatankuasa Induk bagi mewakili Kelab untuk sukan bola keranjang dalam mana-mana pertandingan. e. Jawatankuasa Pertandingan Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mengelolakan pertandinganpertandingan di peringkat Kelab. f. Jawatankuasa Tatatertib Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk memutuskan keskes berhubung salah laku ahli dan menjatuhkan hukuman terhadap ahli berkenaan.

FASAL 13. KEWANGAN


13.1 Sumber kewangan Kelab boleh diperolehi melalui: a. yuran pendaftaran dan yuran tahunan ahli b. derma dan tajaan; c. bantuan sekolah d. hasil-hasil aktiviti Kelab; dan e. sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang negara.

13.2 Pendapatan Kelab yang diperolehi hendaklah digunakan bagi tujuan mencapai objektif dan matlamat Kelab dan ahli-ahlinya seperti dalam Perlembagaan ini. 13.3 Perbelanjaan yang kurang daripada RM500.00 bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Bendahari bersama Pengerusi atau Setiausaha. Perbelanjaan yang melebihi RM500.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk. Bendahari boleh menyimpan wang runcit tunai tidak melebihi daripada RM100.00 dalam sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam akaun Kelab. Penyata wang yang diterima dan dibelanjakan beserta Lembaran Imbangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit mengikut Perlembagaan dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli Kelab. tahun kewangan Kelab ini ialah 1 Januari hingga 31 Disember pada tiap-tiap tahun.

13.4 13.5

13.6

13.7

FASAL 14. JURUAUDIT


14.1 Dua (2) orang yang bukan menjadi Ahli Jawatankuasa Induk boleh dilantik semasa Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula. Tugas Juruaudit ialah membuat pemeriksaan terhadap penyata kewangan Kelab dan membuat laporan dan pengesahan penyata-penyata yang berkaitan dengan kewangan

FASAL 15. PERTIKAIAN DALAMAN


Adalah menjadi tugas Jawatankuasa Induk Kelab untuk menyelesaikan apa pertikaian yang timbul di kalangan ahli-ahli Kelab mengikut prosedur, peraturan atau kaedah dalaman Kelab.

FASAL 16. PENAUNG/ PENASIHAT


16.1 Jawatankuasa Induk Kelab boleh juga melantik orang-orang yang layak penaung atau penasihat bagi Kelab ini, sekiranya perlu. Penaung atau Penasihat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi dan membuat keputusan bagi pihak Kelab.

16.2

Disahkan betul.

PENGERUSI

SETIAUSAHA

KETUA GURU PENASIHAT

You might also like