You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H SMK PALONG SEBELAS TAHUN 2012 (JUMAAT : 9 FEBRUARI 2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada : Yang Berusaha Puan Rosni Binti Rosli (Pengetua SMK Palong Sebelas) Yang Berusaha Puan Hajah Zakiah Bin Abu Zarin (GPK Akademik dan Pentadbiran) Yang Berusaha Puan Zainab Binti Shamsudin (GPK HEM) Yang Berusaha En. Zakariah Bin Sahid (GPK Kokurikulum) Barisan Ketua Bidang, kaunselor-kaunselor Sekolah, guru-guru dan pelajar yang dikasihi sekalian. Bersama-samalah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang mulia ini bersempena MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH. Hadirin yang dihormati, Seperti yang sedia maklum, umat Islam seluruh Malaysia telahpun menyambut Maulidur Rasul SAW yang jatuh pada hari Ahad 5 Februari 2012, bersamaan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah. Tema yang dipilih pada kali ini ialah PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH , selaras dengan tema Maal Hijrah 1433 Hijrah. Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah. Hadirin yang dikasihi, Bagi menyerikan majlis pada hari ini, dijemput Ayahanda Abu Abu Zarin bagi mengetuai bacaan selawat dan . Dipersilakan. .Bacaan SAW. Selawat ke atas Nabi Muhammad

Terima kasih diucapkan kepada Ayahanda Abu Abu Zarin. Hadirin sekalian, 1

Seterusnya majlis tanpa membuang masa menjemput Ustaz Huzairi Bin Adam, ___________________________________________________________ , untuk menyampaikan ceramah beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ************************** (KALAU ABANG BAGI KUIZ) **************************** .Ceramah Maulidur Rasul Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Huzairi Bin Adam atas ceramah beliau sebentar tadi. Diharapkan dengan ceramah yang baru disampaikan dapat memberi pengetahuan kepada kita yang tidak tahu mengenainya, memperingatkan kita yang lupa untuk dijadikan dan ikutan seterusnya mencontohi sikap dan teladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW. Hadirin sekalian, Sebagai tanda penghargaan, majlis menjemput Puan Rosni Binti Rosli (Pengetua SMK Palong Sebelas) diiringi oleh Ustaz Tuan Lokman Bin Tuan Man (Ketua Bidang Kemanusiaan) bagi menyampaikan cenderamata.. Dijemput Ustaz Huzairi Bin Adam menerima cenderamata atas kesudian beliau menyampaikan ceramah dalam majlis ini. Seterusnya dijemput Ayahanda Abu Zarin untuk menerima cenderamata Begitulah tadi penyampaian cenderamata oleh puan pengetua. Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Sebelum beredar, dijemput Ustaz Huzairi Bin Adam dan Ayahanda Abu Zarin diiringi oleh puan pengetua dan pentadbir ke Dewan Selera SMK Palong Sebelas untuk menikmati jamuan yang disediakan . Dipersilakan .Kuiz Penutup Para pelajar yang dikasihi sekalian, Sebelum bersurai, majlis diteruskan dengan agenda seterusnya iaitu soalan kuiz untuk para pelajar. Soalan ini terbuka kepada para pelajar dimana soalan-soalannya berkisar daripada ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Huzairi Bin Adam sebentar tadi. Pelajar yang ingin menjawab diminta tampil ke hadapan Tahniah kepada pemenang kuiz Dengan ini berakhir sudah MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH. Serangkap pantun daripada saya, Pesan rasulullah sematkan di dada 2

Al-quran & al-hadis menjadi pegangan Ucapan selawat usah dilupa Itulah sebagai tanda ingatan Akhir kata, wabillahitaufik warahmatullahiwabarakatuh. walhidayah, wassalamualaikum

- Tamat ********** (KALAU ABANG TAK BAGI KUIZ, PEGI MAKAN TERUS NGEHHH NGEHHH) ****** .Ceramah Maulidur Rasul Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Huzairi Bin Adam atas ceramah beliau sebentar tadi. Diharapkan dengan ceramah yang baru disampaikan dapat memberi pengetahuan kepada kita yang tidak tahu mengenainya, memperingatkan kita yang lupa untuk dijadikan dan ikutan seterusnya mencontohi sikap dan teladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW. Hadirin sekalian, Sebagai tanda penghargaan, majlis menjemput Puan Rosni Binti Rosli (Pengetua SMK Palong Sebelas) diiringi oleh Ustaz Tuan Lokman Bin Tuan Man (Ketua Bidang Kemanusiaan) bagi menyampaikan cenderamata.. Dijemput Ustaz Huzairi Bin Adam menerima cenderamata atas kesudian beliau menyampaikan ceramah dalam majlis ini. Seterusnya dijemput Ayahanda Abu Zarin untuk menerima cenderamata Begitulah tadi penyampaian cenderamata oleh puan pengetua. Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Dengan ini berakhir sudah MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH PERINGKAT SMK PALONG SEBELAS. Serangkap pantun daripada saya, Pesan rasulullah sematkan di dada Al-quran & al-hadis menjadi pegangan Ucapan selawat usah dilupa Itulah sebagai tanda ingatan Sebelum beredar, dijemput Ustaz Huzairi Bin Adam dan Ayahanda Abu Zarin diiringi oleh puan pengetua dan pentadbir ke Dewan Selera SMK Palong Sebelas untuk menikmati jamuan yang disediakan . Para pelajar diminta tunggu di dalam dewan untuk agenda seterusnya. Akhir kata, wabillahitaufik warahmatullahiwabarakatuh. walhidayah, wassalamualaikum

Majlis diserahkan kepada ______________________________________ agenda seterusnya. Dipersilakan. - Tamat

untuk

You might also like