You are on page 1of 30

KEPENTINGAN RANCANGAN LIMA TAHUN DALAM PERKEMBANGAN SOSIO-EKONOMI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

HIDAYATUL ISMA BINTI SUMADIN NOR ATIQAH BINTI NOR AZIZAN

PENGENALAN

Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan iaitu penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi: Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah.

Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia.

Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk.
Implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan.

Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku.
Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluangpeluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu.

PEMBANGUNAN EKONOMI

Pembangunan ekonomi di negara kita dilaksanakan melalui rancangan pembangunan lima tahun yang dimulakan oleh kerajaan Parti Perikatan sejak sebelum merdeka lagi. Pada peringkat awal, rancangan tersebut memberikan tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar bandar. Dasar ekonomi baru (DEB) pula diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum.

DEB dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Apabila tempoh DEB tamat pada tahun 1990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pula diperkenalkan untuk menyambung hasrat DEB sehingga tahun 2000. Dalam pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun menerusi DEB dan DPN, banyak dasar pembangunan dan agensi kerajaan diwujudkan secara bersepadu untuk memastikan kejayaan pembangunan ekonomi negara.

KEPENTINGAN PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Sebelum Penjajahan

Sistem dan pembangunan ekonomi masyarakat Melayu adalah berkisar kepada sektor pertanian dan juga perikanan, pemungut hasil hutan dan juga yang melibatkan diri dalam mengeluarkan hasilhasil bumi. Menjalankan urusan pertukaran barangan (barter) keperluan dengan pihak-pihak lain.

Menjadi pembekal utama hasil-hasil tersebut kepada saudagar-saudagar Arab, India, China dan seterusnya kepada pedagangpedagang Eropah seperti Belanda dan Portugis. Contoh : kecemerlangan orang Melayu dalam perdagangan Melaka sebagai pusat perdagangan.

KEPENTINGAN PEMBANGUNAN EKONOMI SEMASA PENJAJAHAN BRITISH.


Sistem dan pembangunan ekonomi lebih tertumpu kepada industri getah dan bijih timah. Membawa masuk buruh dari China dan India. Orang Melayu masih kekal dalam pekerjaan tradisi mereka. polisi pemerintahan pecah dan perintah (devide and rule) -telah membawa perubahan kepada struktur kekuasaan politik di Semenanjung Tanah Melayu -menjadi batu penghalang kepada kewujudan satu masyarakat yang bersatupadu -Pembahagian kawasan-kawasan penempatan dan sektor pekerjaan mengikut kaum telah menyebabkan ketidakseimbangan kedudukan ekonomi antara kaum dan perbezaan kemajuan di antara wilayah.

Wujud Dwiekonomi @ ekonomi Dualisme


Ekonomi Tradisional Masyarakat Majmuk India Tumpuan Melayu Melayu

Ekonomi Moden Tumpuan Bukan Melayu Cina

Negeri-negeri Pantai Timur kurang alami perubahan. Jurang ekonomi amat ketara antara melayu dengan bukan melayu. Juga antara bandar dan luar bandar.

FASA RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN NEGARA (1956-2010)


Rancangan Pembangunan Negara Fasa 1 (1956-70) -Rancangan Malaya 1 (1956-60), ke 2 (1961-65) dan Rancangan Malaysia 1 (1966-70)
Rancangan Pembangunan Negara Fasa 2 (1971-90) -Rancangan Malaysia ke 2 (1971-75), ke 3 (1976-80), ke 4 (1981-85) dan ke 5 (1986-90) Rancangan Pembangunan Negara Fasa 3 (1991-2010) -Rancangan Malaysia ke 6 (1991-95), ke 7 (1996-2000), ke 8 (2001-2005) dan ke 9 (2006-2010)

RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA FASA PERTAMA

Usaha-usaha kerajaan merancang dan melaksanakan perancangan dan pembangunan negara bagi mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan politik dan sosioekonomi. Usaha pemulihan ekonomi selepas Merdeka Pembangunan luar bandar. Pelbagaikan Asas Ekonomi (perkenal komoditi tambahan) Kemajuan pertanian, perusahaan, kemudahan asas dan perkhidmatan. NAMUN; gagal hapus ekonomi Dualisme, kadar kemiskinan dan pengangguran.

Rancangan Malaya 1 (1956-60)


Tumpu Pembangunan Luar Bandar dan memulihkan getah. 2 matlamat: Bangun ekonomi luar bandar, rapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. Kurangkan kadar kemiskinan. Penekanan sektor ekonomi, perkhidmatan sosial dan awam. Agensi Utama: RIDA (kini MARA) dan LKTP (kini FELDA). 1959, tubuh Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

1.

2.

Rancangan Malaya Ke 2 (1961-65)


Rancangan

yang lebih menyeluruh dengan penyertaan dari pihak pemerintah hinggalah ke rakyat biasa. Perbanyak kemudahan asas dan kepelbagaian ekonomi luar bandar.

4 matlamat: 1. Kurangkan beza taraf hidup antara kawasan bandar dan luar bandar. 2. Peluang pekerjaan 3. Menyediakan lebih banyak kemudahan asas

Rancangan Malaysia 1(1966-70)


- Pembangunan negara menyeluruh kesemua bidang ekonomi. Bersepadu dengan Sabah dan Sarawak. Matlamat: 1.Pelbagai ekonomi dalam sektor perindustrian 2.Perbanyak peluang pekerjaan 3.Peningkatan pendapatan dan guna sumber 4.Memupuk integrasi

Tumpuan pembukaan tanah besar-besaran dan penyediaan kemudahan.


Bantuan kredit luar bandar Institusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Bank Pertanian, Koperasi Luar Bandar, FELCRA(Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah), MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian) Perindustrian: lulus akta Pelaburan 1968, MIDA dan memberi taraf perintis industri-industri baru.

RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA FASA KEDUA (1971-1990)


Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) Rancangan Malaysia Ke 2 (1971-75) -Perbaiki kedudukan ekonomi tidak seimbang antara kaum dan wilayah. -Matlamat DEB: capai perpaduan melalui; 1. Basmi Kemiskinan 2. Susun semula masyarakat. -Lima usaha basmi kemiskinan ialah: 1. Peluang kerja diisi oleh semua kaum.

2.Kurang jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan wilayah 3.Peningkatan daya pengeluaran dan pendapatan 4. Perbaiki taraf dan kualiti hidup 5.Wujudkan suasana pekerjaan dari komposisi kaum. -DEB usaha wujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian. -wujudkan pusat pertumbuhan ekonomi melalui pembukaan rancangan tanah bersepadu) seperti KEJORA dan DARA. -Bagi percepatkan DEB, agensi PERNAS, UDA, RISDA dan LPP ditubuhkan.

Rancangan Malaysia Ke 3 (1976-80) -Peringkat ke 2 DEB dan RRJP1. -Rancangan Pembangunan Wilayah, buka bandar baru; bina KESEDAR dan KETENGAH. -Getah,kelapa sawit, pertanian dan perindustrian. Rancangan Malaysia Ke 4 (1981-85) -Perkemas RMK 1 dan 2. Ketika ini ekonomi dunia lembap. -Penekanan perusahaan berat, teknologi tinggi dan tenaga kerja mahir. HICOM ditubuhkan. -Buka kaw.perusahaan baru, bina PNB dan Skim ASN(1981).

Rancangan Malaysia Ke 5(1986-1990)


-Memaksimumkan penggunaan tanah, sumber manusia dan peluang latihan kemahiran. -Strategi sektor perusahaan: 1. Peranan sektor swasta dan kecekapan agensi kerajaan. 2. Giatkan perusahaan pembuatan. cth : (bina PROTON) -Hasil: kepesatan ekonomi mampu menghadapi kemelesetan ekonomi dunia.

RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA FASA KETIGA (1991-2000) RRJP ke-2 Rancangan Malaysia Ke 6 (1991-1995) -Kekal dan seimbangkan ekonomi dalam DPN. -Strategi: 1.Tingkat daya saing, penglibatan sektor swasta. 2.Kurangkan penyertaan sektor awam. 3.Dasar liberalisasi dan perbaiki iklim pelaburan. 4.Galakan perindustrian teknologi canggih. 5.Kukuh pasaran kewangan dan modal.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)(1991), lanjutan DEB. Objektif: Pupuk perpaduan, pembangunan seimbang, penglibatan swasta dalam susunatur masyarakat dan pembangunan sumber manusia

Rancangan Malaysia Ke 7 (1996-2000)


-Menyokong dan kekalkan proses pembangunan. -Tingkat pertumbuhan potensi keluaran, peralihan struktur dan pembangunan seimbang. -Peningkatan produktiviti dan kecekapan (swasta). -Strategi: 1. Stabilkan ekonomi makro 2. Tingkat produktiviti 3. Tabungan dalam negara maju 4. Kurangkan defisit akaun semasa imbangan pembayaran

RRJP ke 3(2001-2010) Rancangan Malaysia ke 8 (2001-2005)


-Dasar WAWASAN NEGARA: Menjamin pertumbuhan mapan, kukuh daya tahan ekonomi dan masyarakat bersatu dan saksama. -Wawasan 2020 (28/2/1991) menjadi negara maju dgn acuan sendiri. 9 cabarannya: negara bersatu padu, masyarakat berjiwa bebas, demokratik, bermoral etika, liberal, saintifik, progresif, penyayang, adil dan makmur. -Gabung DEB+DPN = tingkat keutuhan dan daya saing negara.

-Strategi RMK 8:
1.Mantap ekonomi makro dan dasar kewangan berhemah 2.Tingkat kemantapan ilmu, kemahiran, kepakaran,penyelidikan, sains dan teknologi. 3. Tingkat daya saing dan ketahanan ekonomi. 4.Luaskan penggunaan ICT. 5. Semai nilai murni dan positif masyarakat dgn sistem pendidikan, sosial, agama dan media.

Rancangan Malaysia ke 9(2006-2010)


-Peringkat 2 RRJP3 dan fasa 2 Wawasan 2020 -Pembangunan INSANIAH. Cabarannya: 1.Tingkat prestasi negara 2.Kukuh daya saing, tahan dan Inovasi. 3.Daya pengeluaran dan pengetahuan ekonomi. 4. Bangun sumber manusia. 5. Kemiskinan sifar. Kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi. -Strategi: 1.Keseimbangan Optimum dan saksama. 2.Rakyat termiskin sifar. 3.Tingkat prestasi agihan (ekuiti,pendapatan)

4.Kemudahan dan khidmat berkualiti. 5.IKS peneraju pertumbuhan ekonomi. 6.Imbangan belanjawan 7.Keberkesanan penswastaan. 8.Urus sumber semulajadi secara berhemat. -Keutamaan ialah kepada projek kukuhkan daya saing, penuhi keperluan sosioekonomi segenap masyarakat, projek yang ada kesan berganda dan struktur bersifat fungsian juga projek yang menyebabkan kebocoran dalam ekonomi.

-Masalah: 1.Kurang pelaburan swasta 2.Kurang tenaga mahir 3.Import teknologi, mahir urus dan jentera.

RMK-10

KESIMPULAN

Berlakunya peralihan identifikasi sosioekonomi kaum dan pembentukan negara maju berasaskan dasar dan pelaksanaan ekonomi negara.

You might also like